cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Monday, December 27, 2010

Wedding di mana - mana..

Weekends penuh dengan wedding saudara mara Hubby. On Saturday nite di Kuala Selangor. Ingat nak pergi petang. Tapi kan petang nya merewang kejap dengan Hubby ke One Utama. Dari jauh terang benderang rumah pengantin. Rumah pusaka ni masih utuh. Sedikit renovation je yang dibuat di bahagian belakang.
Heii.. anak bujang kecik i ni amik gambar pelamin ke, amik gambar anak dara tuuu..
Tiba je terus makan. Tengok ye apa yang kami makan..hee... Makan lagi....Untung gak majlis orang Jawa ni. Boleh datang waktu malam. Tapi of course the food different dengan apa yang akan diserve esok.. Hubby suka food yang diserve waktu malam. Masakan kampung.
Sekarang walau di kampung, majlis kahwin menggunakan buffet style. Sometimes, food jadi agak hancur. Yelah sentiasa digodeh - godeh... Sebab tu my father lebih suka concept hidang. Memang leceh. Tapi concept tu seronok. Makan pakai hidang. Lebih 'sopan'. Di dapur orang perempuan akan sibuk mengatur makanan dalam pinggan atau mangkuk..
I suka lauk ni. Ceker Masak Lemak Rebung. Ceker sama maksud kaki ayam, chicken feet. Ceker ni kaya dengan omega. Tip untuk masak rebung agar tidak berbau, rendam rebung dengan air basuhan beras. Sure tak bau.. Cobalah...
Urep Pegaga atau Kerabu Kelapa dengan Pegaga. Fresh
Ayam Masak Kicap
Goreng Pedal dan Hati Ayam.
Kalau di kampung selalunya internal organ ni tidak akan terbuang. Pasti jadi lauk... Kalau dulu - dulu lagi lah.. Kulit ayam, orang kampung akan goreng garing.. Yelah..ayam kampung..Sedap sangat...Now, jangan diamalkan lagi makan kulit ayam. Especially perempuan.. Bahaya...
Satu lagi dish menambah selera. Serunding. Dibuat 3 atau 4 hari sebelum majlis.
Biasanya di kampung Hubby ni, orang perempuan akan bergotong royong membuat kerja di bawah. Disediakan pangkin untuk duduk beramai - ramai.
Kami balik agak lewat malam. Seronok bersembang dengan saudara mara Hubby yang sudah lama tak jumpa. Itu lah istimewanya majlis kahwin di kampung.
Keesokan harinya pulak, kami dijemput oleh uncle Hubby yang tinggal di Padang Jawa. Tak pernah pergi pun. Tak rapat sangat. Tapi kalau orang dah jemput, wajib hadir jika ada kelapangan.
Masakan majlis di bandar ni, standard lah kan.. Mesti ada Nasi Minyak, Ayam Bercili, Pajeri Terung atau Nenas. Nothing special. Kami lapar, so blasah je lah..hee..
Anak siapa lah makan bersungguh - sunguh tu.. Depa tak breakfast. Bersiap awal. Tunggu punya tunggu, pukul 13.30pm baru kami berangkat ke majlis..Pasal nak saing dangan saudara Hubby. Memang kebulur betullah kami..
On my right, Kakak to my MIL. Still sihat. Last jumpa dia masa fisrt baby, Abang Luqman umur 5 bulan.. Now Abang Luqman dah 13 tahun.
Hubby jumpa saudara mara yang lama sangat tak ketemu. Zaman kecil Hubby, dia tak rapat dengan saudara sebelah MIL. Kisah - kisah sedih lah.. Tak nak cite..Dapat lah i berkenalan.. Hubby introduced me..Salam i disambut oleh saudaranya. "Ooo ini bojo ne, wong nyo gede yo"...I jeling kat Hubby. Hubby semyum simpull...Eeee... tak sesuai tau.. Nyampah.. Tau lah i suka makan.. Jangan lah cakap cam tu...
Kitarang balik dalam pukul 15.30PM, tapi tak terus balik rumah. Singgah sat di Plaza Masalam. Anak - anak Sidek potong rambut. I singgah di MBG, beli buah - buahan. MBG memang my favorite place. Paling i suka, Red Dragon Fruit dan Cherry.. Best sangat.
The boys potong rambut. Dah nak dekat naik sekolah.. Yang kecik tu dah nak naik Standard One.
Selalunya i beli satu kotak Cherry. RM78 sekilo (sekotak). I baik dengan budak kedai tu.Anak saudara bini tokey... Dapat lah kurang 3, 4 hengget. Jambu air tu sekilo RM12. Dragon Fruit tu sekilo dalam RM12 gak. Fuji Apple tu 7 biji R10. Cukup lah ration untuk seminggu.. Kengkadang tak sempat pun..heee...
Very advance. Diarang boleh deliver to your doorstep. Pesan online, order must be RM50 above. Senanglah. Boleh i terus order. Tak yah nak jinjing berat - berat.. Dah senang nak senang...This fruit shop ni belongs to Chinese muslim, Encik Adnan Lee. Kahwin dengan orang Lombok, Indonesia.
Biasanya lepas beli buah, dapat lah i segelas juice. FOC lagi.. hee.. I mintak Orange plus Pear. Freshh... ALHAMDULLILAH...
Sampai rumah, i terus terbongkang.. Migraine sesangat...



** Bloggers yang tinggal di Shah Alam dan berminat nak order thru phone, you can contact this number - 016 - 2088 - 602 (En. Adi).

14 comments:

  1. cuti sekolah memang bnyak kenduri kan :)
    Yang best tu ada makan waktu malam & masakn kampung...kelihatan sungguh sedap.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Kasihredha,

    betul tu kak. Memang sedapp... padahal dah pukul 10 tu masa makan..hee...

    ReplyDelete
  3. salam yan...

    memang tersadai abis ler kalau dah merata jelajah n ngap....ummi pun gitu...

    terima kasih bagi petua rebung tu...

    ReplyDelete
  4. betul tu.. ramai y buat wedding akhir tahun ni..
    tp rmh papan kaler biru tu, tu tradisional kan?? jenis tinggi.. lya suka rmh cam tu

    ReplyDelete
  5. Salam Ummi,

    sebenarnya mata i ni kalah dgn cahaya. Especially mata kanan.. Masa pegi tu tghari betul.. Emmm jadilah dia..

    ReplyDelete
  6. Salam Lya,

    bukan takat bulan Dec. Bulan Jan pun dah ada undangan. Then raya cina nanti. followed by on March..heee...

    tu mmg rumah lama.. Sampaikan diarang kata, nak paku kat dinding pun susah sangat.. Kayunya benar2 utuh..

    ReplyDelete
  7. best nye urap pegaga... lama tak rasa... kite pelik sbb lepas bersalin anak ke2 kite tak bole makan pegaga... bile makan je pening... tapi suke urap pegaga tu... :(

    ReplyDelete
  8. Salam ejamaria,

    kenapa ek? dah cuba refer doc?

    pegaga memang baik utk org perempuanmcm kita.

    ReplyDelete
  9. Hujung hujung tahun nie ramai betul org kawen kan ...

    ReplyDelete
  10. Salam kakyan, kenapa kulit ayam org perempuan tak boleh makan.

    ReplyDelete
  11. Salam Elly,

    memang betul. I punya dari dec, jan, feb, n march dah dok menunggu.,..

    ReplyDelete
  12. Salam BSB,

    oo.. kan banyak lemakk sangat... Boleh dapat cancer tau...

    ReplyDelete
  13. akak,
    saya mmg tak mkn kulit ayam tp nak tahu jg, naper kita pompuan tak leh mkn? just 4 info

    ReplyDelete
  14. Salam Syariza,

    bukan petua ke apa, cuma kan kulit tu penyumbang kepada cancer. Especially org pempoan ni. Bhg2 dalam perut kita tu kan ada memacam.. Lebih2 lagi yg dah masuk 40 carats cam akak ni... Better avoid lah kan..

    ReplyDelete

cliks..cliks