November 25, 2026.
Plaza Shah Alam.
Macam2 terjadi pada hari ni.
ada yang baik dan ada yg kurang menarik.
Tapi i nak cerita yang baik2 je.
hari ni i dapat bertemu semula dengan my first helper.
helper ni kitarang ambik in 1999.
masa tu i tengah sarat mengandungkan Abang 'Imran.
dan waktu tu Abang Luqman baru berumur sekitar 3 thn lebih cam tu.
She is Sabahan.
i dapat ni dari contact hubby..
staff hubby merupakan adik kepada arwah Adnan Abu Hassan.
composer lagu tu.
isteri arwah dulu kan Sabahan.
so dari situ la i dapat this helper, RINA.
i diberitahu yang rina ni baru berusia 21 thn.
Rina ni ber6 beradik dan agak susah kehidupan nya di Sabah.
maka dia dan adik nya pun datang la ke Semenanjung mencari rezeki sebagai helper.
disebabkan kurang yakin dengan pembantu dari tanah seberang pada waktu tu maka kami pun bersetuju dengan idea mengajikan Rina.
Dalam keadaan sarat perut i tu kira i bersetuju je la dgn idea Hubby pakai pembantu orang sabah.
Lagipun memang tak ada siapa pun yang boleh menjaga Abang Luqman pada waktu tu.
Abang Luqman pun tersangat la active boy masa tu.
then bila Abang 'Imran lahir pada June 2000 maka Rina la yg mengurus Abang 'Imran sewaktu i keluar mengajar.
Jadi baby pada waktu banyak gak Rina yang menguruskan.
i kena yakin kan diri i yang anak2 i akan dijaga oleh Rina dengan baik.
ALHAMDULILAH...
tak lama la Rina dan kami.
Sewaktu i mula2 berhenti mengajar dan involve dgn business Rina banyak menjaga seharian di rumah.
then tak lama Rina berhasrat berhenti kerja.
I pulak masa tu tengah sibuk2 sangat dgn business.
tapi mana la boleh kita nak paksa org kerja dgn kita kan.
so rina berhenti kerja pada tahun 2001.
masa tu Abang 'Imran baru setahun.
selepas rina berhenti dan balik ke Sabah, kami seperti terputus hubungan.
then ada sekali tu dia add i di FB then kami bertukar phone number.
but then hilang lagi sehinggalah awal thn ni dia masuk dlm my TIKTOK LIVE.
then kami pun plan2 nak jumpa.
dari sehari ke sehari tak jadi - jadi.
akhirnya pada tarikh ni kami berjumpa.
memula plan nak ke Icity.
but then Icity asyik banjir kilat kalau hujan lebat, i ubah ke AEON.
but then still area AEON tu potensi utk banjir kilat pun sama je.
so i ubah lagi ke Plaza Masalam.
Kami terus ke cafe BUMBU ABAH.
our food today.
lapaq sangat waktu ni.
Rina malu katanya.
so kita kena la buatkan cenggini.
memang i tak sangka kami dapat berjumpa kembali.
Rina sedih bila dapat tau hubby dah tak de.
Cik Zam orang baik sangat kata Rina.
ALHAMDULILAH..
dah lama duduk makan tadi sambil sembang2 kami pegi carik coffee pulak.
Penat mencarik di Zus, di Coffea Coffee samada diarang ni blh pakai QR code ke tidak.
both tak de QR code.
emmmmm.. akhir ni di sini baru dapat.
penat sembang kat bawah tadi tu, kami basuh tekak dengan coffee.
sambung lah sembang kami di sini.
cuma tak best nya, kerusi ni agak keras utk seorang pesakit slip disc macam i ni.
mengopi sambil bercerita.
sedap wei air ni.
Mine - LITTLE BUTTER LATTE.
Rina - LITTLE BUTTER POP CORN LATTE plus ada cream cam tu la.
sedap sangat pada i.
nampak gaya kita tukar citarasa la.
sebelum ni asyik dengan ZUS and COFFEA COFFEE je kalau ke Plaza Masalam ni.
since these cafe tak boleh nak QR, maka better i masuk ke LUCKIN COFFEE je la kan.
hehehe.
sebenarnya masih banyak benda yang nak disembangkan.
tapi masa ni kan dah nak habis office hour.
takut2 kalau hujan nnt rina terperangkap dalam jam pulak.
Rina hantar i balik.
i sempat meminta maaf dari rina apa je kesalahan i sewaktu rina bekerja dgn kami.
Rina kata tak de la kak.
rina yang patut mintak maaf.
maka kami saling bermaafan.
insyallah ada umur panjang kami akan berjumpa lagi.
Rina dah macam adik i saje la.
rina cakap kalau kak yan sunyi2 bagi tau je rina.
nanti rina ambik akak di rumah then kita keluar ngopi.
INSYALLAHHH..
semoga ALLAH kukuhkan hubungan ini.