cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Friday, June 5, 2026

Mazza Uzbekistan - Singgah Termez Mosque, Termez, Uzbekistan (1)




Berminat nak ke AFGHANISTAN?
join my next trip in this coming OCTOBER. 

DM 0169151027 for more info ye. 


tengok gak Tiktok i ye. 


i tetap nak promote my trip ke Afghanistan this October 2026. 
Those who are interested to join me please DM ye. 
i need another 5 pax. 


ok.. hari ni sambung cerita dari SINI. 
kami disediakan 2 van utk kami ber8.
then satu van akan terus ke Samarkand, then satu lagi akan ke Tajikistan. 


kami ber8 akan guna van yg hitam tu. 
sangat selesa kami.
i lak dpt seat depan. 
memang best la. 
TG duduk belakang tu. 
heheheh
kat Afghanistan pun sama. 
sebenarnya kesukaran utk i naik bahagian belakang van. 
tu yang dibaginya duduk depan. 
supaya nak nyusahkan orang la kan. 
hehehehe


dari Soliman Rahimi, Akhunbabaev, Suxondaryo Region (susah betul i nak ingat nama tpt2 ni),
after the immigration check point.
kami menuju ke Termez.
kami nak lunch dulu.


keadaan jalan mmg sangat berbeza dgn Afghanistan. 
memang modern sgt dah. 
sambil kita layan music org uzbek.


after 18 minutes tiba la kami di sini. 
Kami nak lunch di sini. 
Kami lunch di LAZZAT OSH MARKAZI. 
dah lapaq dah. 


kat sini kami berhenti utk lunch dan kemas kan our luggage. 
kami kena bawak luggage kecik je. 
pakai utk sehari semalam.
yg lain2 nak kena dihantar ke Samarkand. 
so kita tak perlula nak hangkut semua luggage utk cross Tajik then cross lagi Uzbek nnt. 
light travel je.
 kami akan stay just one night in  Dushanbe, Tajikistan. 


masuk2, ni nampak dulu. 
diarang ni tak de nak boikot2 pun benda2 ni. 
ok je. 


abaikan la ye suara2 kami tu ye. 
video bila dicut2 ni kan pelik je kan. 
tak pe. janji ada video. 


package Uzbekistan/Tajikistan dah termasuk meals (breakfast/lunch/dinner).
atas meja dah tersedia nasi sepinggan. 
terkejut i tgk nasi nya. 
penuh dan besar.


ada banyak condiments.
acar ni mak aiii dia punya kecut nya. 
banyak betul cuka nya. 


i tak sure apa ni. 
tapi memang memacam yg diberikan. 


nampak ni pickle timun pun ada.
ada salad dan pickle cili. 


banyak huruf Russia yg buat bingung kita nak sebutkan. 
selesai makan kami meneruskan perjalanan. 
di Termez ni agent akan bawak roam around kejap. 
kalau tak dpt spend time lama di sini, at least dpt pegi masjid pun ok sangat dah. 

Apa ni Termez?
apa kaitan nya dgn sejarah islam.
penah dengar Imam Ar Tirmizi?
di Termez ni la beliau dilahirkan and dikebumikan di sini. 

Muhammad ibn Isa al-Tirmidhi, often referred to as Imām at-Termezī/Tirmidhī,  was an 
Islamic scholar, and collector of hadith from Termez. He wrote al-Jami` as-Sahih, 
one of the six canonical hadith compilations in Sunni Islam.


kami tiba di perkarangan masjid ni dlm pukul 2.50pm.


dapat la kami ke sini.
dipanggil Hakim Termiziy jome' masjidi


cantik architecture masjid ni. 


ni bahagian toilet dia. 




disediakan tuala tangan di sini. 
bersih. 
lepas wuduk diberi/ambik tuala tangan ni dan lap. 
tujuannya adalah tpt wuduk ni sentiasa kering. 


memang cantik, kemas, bersih kawasan wuduk. 


kawasan masjid ni ditanam dgn memacam bunga2. 
  mostly roses. 


waktu asar kurang lebih another 1.30hrs lagi.
tak ada org langsung di sini. 
tapi menurut TG kalau waktu solat je masjid akan penuh dgn jemaah. 
hebat kan. 


cantik kan. 
carpet nya tebal sungguh. 


canti memang masjid ni. 


bagi chance ibu dan anak mengabadi kenangan di sini. 
almost 1 hour gak kami di masjid ni. 
kita meneruskan perjalanan yg masih panjang lg ni. 


nak singgah mana2 tourist spot di Termez ni agak susah la sebab kami terpaksa 
nak cross border. 
jauh lagi perjalanannya. 
almost 4 hours baru nak sampai. 
kalau kita ke sana sini lagi, pakai nampak besok pagi baru sampai Dushanbe. 


gerak la kami memulakan perjalanan panjang ni.


tulisan2 di sini mmg susah nak faham la kan. 
Tinggalan Soviet. 


tiba di daerah Shurchi, Uzbekistan dlm pukul 17.33pm.
dah nak maghrib. 
autumn time cam ni la. 
pukul 5.30 pun dah masuk maghrib. 
siang pendek. 


selepas 30 mins kami stop utk toilet time di petrol pump. 
dlm hati sure profer toilet akan ada la kan.
tapi hazab ko.
toilet berkunci. 
toilet lelaki bukak, tp tak sanggup nak masuk sebab sgt berbau.
dah tu kena cangkung la pulak. 


petrol pump dia memang luas. 
pulak tu time ni berangin kuat. 
sejuknya buatkan pundi kencing tambah menderita. 
hehehe. 


tunggu kejap sbb TG mintak dgn tokey kedai ni nak tumpang toilet perempuan. 
sayang sekali.
cangkung jugak.
no water, no issue sebab kita ada air mineral.
bukan takat tu, tak ada lampu. 
ya rabbb..
menahan la pundi kencing i ni. 


kami stop kat sini dlm 30 mins. 
org lelaki mana yg nak buang air, ok je kat sini.
Abang Luqman tahan kencing je dia. 
tak sanggup kata dia. 

then kami pun terus kan perjalanan. 
another one hour kami akan tiba di boarder Tajikistan.
sepanjang tu jugak mmg tak jumpa public toilet. 
kalau ada pun for sure bukan yg ada toilet seat.
kena tunggu la cerita kami setibanya di immigration nanti. 





cliks..cliks