cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Wednesday, September 18, 2019

Scones cafe mana lagi best - teatime with Shima




August 25, 2019
Saturday Afternoon,
Teapot Deli, SACC Mall. 



kejadian dah lama dah. 
baru nak up cerita. 
cerita sembang2 petang. 
ada dating dengan this lovely lady. 
Shima yang i kenal gara2 Kashmir lah ni. 
so we all meet up lah sambil luah rasa.

sambil nak makan2 lah kan. 
Shima belanja minum petang kita hari ni. 
Thanks beb. 
nanti kita jumpa lagi ye. 


love traveling like me. 
but dia sentiasa boleh je travel. 
i pulak ikut keadaan kalau nak travel. 
dah merata donia diterjah. 
semoga lebih meriah lah peta dunia in future u teroka ye beb. 


she ordered tea. 
i took Nescafe Tarik. 
As usual kalau ke Teapot Deli. 
and  i know she wanted to have some scones kat sini. 


ini dia. 
Pilihan hati kami kalau nak makan scones. 
Pergi lah ke TEAPOT DELI, SACC Mall. 
as i reviewed before, SO FAR THIS IS THE BEST ONE. 


I took this. 
Lamb Pie. 


My Nescafe Tarik. 


Shima took this. 
Like Chicken Pie. 
cute sangatkan. 


ALHAMDULILAH..
petang yang indah. 
tak lama kami sembang. 
just melepaskan gian nak bersembang. 

Thanks for hearing my celoteh. 
Thanks hantar balik gak. 
May ALLAH bless our friendship. 
Semoga kita bersama - sama  in heaven. 
YA RABBBB..



Tuesday, September 17, 2019

Beli Madu di Jungle House, I City Central, Shah Alam.




Review Product.
Jungle House

setiap kali ke I City Central sure ternampak this kiosk. 
Orang jual madu. 
tapi tak pernah nak tersinggah. 
tak berminat pun masa tu. 
tapi entah cam ne last week macam boleh tersinggah pulak. 

tengok cuma ada satu salesperson di situ. 
menegur lah dia. 
maka kami diberi air sample untuk diminum.
sedap. 


memula tengok2 dari jauh. 
mengimpit dekat. 


terus tersinggah. 


macam2 jenis madu ada. 
hasil product tempatan ni tau. 


santai2 je. 
cantik decor dia. 
tapi kalau takat nak minum air madu kok sampai berkerusi2 begini ye. 
cantik pulak. 
very neat. 



mascot nya. 



ini air madu. 
dah di dilute kan. 

 

macam2 flavor ada bererti macam2 functions. 


ni for energy booster. 


for calcium. 


for immune system. 
nak bagi power lah sikit kot. 

 

untuk relax lah. 
bagi tenang2. 


untuk detox. 
kalau lah minum malam pagi besok bangun terus kurus alang kah bahagianya kan. 
hehehee


pandai memujuk si Willie ni. 
maka terbeli lah i. 
i bought the detox one. 


promote lebih sikit lah ye.  


beli yang ni. 


satu ni dalam RM130. 
hope boleh lah detox bebanyak. 
buang segala racun dalam badan. 
insyallah.
nak sihat.
kita tunggu je lah result nya nanti ye. 

Tuesday, September 10, 2019

Santai Penye, Central I - City




Restaurant Review. 
I City Central
Shah Alam. 



Another review yang dapat i buat waktu orang belanja i on my birthday. 
Ke I City Central lah ni. 
kan new shopping mall there. 
jadi puas mencari2 dapat lah i restaurant yang dapat memenuhi selera kami. 
jumpa lah this restaurant. 
memang baru sangat. 
senang je nak cari. 
betul2 depan sebelah kiri SOGO. 
di tingkat 3 letaknya. 



letak muka tukang review ye.
I bagi review ikhlas tau.
tak tipu.
lahir dari tekak i.
hehehee.



just wonder kenapa Signage dia cam tu.
SANTAI PENYE..
tak de T.
i pun tak tau.
in fact bila tanya kat staffs depa pun tak sure.
tapi katanya bunyi tetap penyet. 



susun atur di dalam restaurant.
kerusi flat gak lah ni.
trend sekarang lah kot kan.
nampak neat.
tapi tu lah.
bagi vontt.. like us ni memang sakit lah kalau duduk lelama. 



jom kita bukak menu nya. 



macam2 ada.
for me kira reasonable lah. 


sambal free lah kan. 
nak tambah pun tak kesah. 



cam ni lah.
pilih lah mana yang berkenan.
ada tahap kepedasannya. 


Ini Ayam Penyet. 
quite a big portion to me. 
puas hati makan. 
i dah lupa pulak harganya.


Ini Lele Penyet. 
Ikan keli lah ni. 
pun big portion. 


nafsu besar. 
i took this too.
Bakso. 


Teh Ice. 


Mine sedap punya. 
Cincau Bandung. 



BISMILLAHHH..
jemput semua. 


bahagia kita wak bila orang belanja. 
semakin membesar je rasa. 
ALHAMDULILAH.
Harga for me reasonable lah. 
sama je kalau makan kat mana2 restaurant yang setaraf begini. 

restaurant ni boleh di categorize kan sebagai restaurant yang baik lah pada tekak we all. 
Kami bagi 4.5 BINTANG. 
boleh ulang2 nanti. 




Adress  :  L3 - 04, Central,
                Persiaran Multimedia I-City,
                Shah Alam, Selangor. 
Hours  :  Closes 10.00PM
Phone  :  014 - 343 8160

Saturday, September 7, 2019

Anak tahun 2000 sambut birthday di hari raya




June 6, 2019.
Kampung Permas Kelapa. 
Second Eid 2019. 




Cerita lama sungguh dah ni. 
tapi tetap nak buat N3. 
tetap nak cerita. 

hari raya pertama kalau ikut2kan dah dibuat N3 hari tu. 
tapi cerita apa yang kami buat. 
ini nak N3 kan sebab hari ni adalah birthday Abang 'Imran. 
kami as usual memang tak ada grand2 celebration. 
just suka2 potong2 cake cam tu lah. 


pagi ni hujan lebat di kampung. 
macam best sangat kalau dapat tengok hujan cam ni. 
rasa bersih alam.
kejap lagi pasti ramai our guests akan sampai. 


pagi raya kedua kami dapat berkumpul semua adik beradik. 
Masa ni Cik Ti dah nak balik ke Kelantan. 
Cik Rah dah sampai kelmarin. 
jadi untuk tak melepaskan moment kami bersama yang dah selalu ambik gambar ber4 cepat2 kami bergambar. 
Muka semua selebet je tak bermake up. 
mata semua sepet2 nampaknya.
hehehehee..


masukkan lah gambar sikecik2 ni. 
memang meriah kalau dah kumpul semua. 
semua rasa sedih sebab Baby Akhtar nak balik kelantan. 
tak dapat nak main2 lagi. 


pagi tu kami sarapan Roti Canai yang dibeli di kedai makan yang dah pun dibuka. 
hebat orang kampung yang berniaga ni. 
rebut peluag hari raya. 
orang bandar yang balik ke kampung sure serbu kedai2 yang menjual sarapan di pagi raya kedua. 
siapa lah nak masak raya2 kan. 
beli lebih so that ada tetamu yang datang kami jamu kan je roti canai beserta kuih2. 


antara kuih2 yang dihidangkan. 
kuih memang tak pernah tak habislah. 
ALHAMDULILAH.


kena buat cam ni. 
sebab ada banyak station di rumah nak sediakan kuih muih ni.


masing2 bawak kuih untuk dijamukan ke para tamu yang berkunjung ke rumah MyDaddi and MyMommi.


dari pelbagai 'company' ni. 
dari Muar ada.
dari Shah Alam ada.
dari KL ada. 
dari Kelantan ada.
semua lah. 



chocolate yang dibeli Cik Ti dari Langkawi pun ada. 



glasses dah siap2 disusun. 
sama gak dengan pinggan.


air tak boleh sikit2. 
dah ready macam ni. 
nanti refill je lah. 


then malam raya ke2 baru dapat sambut birthday Abang 'Imran.
beli je lah cake dari Secret Recipe. 
nak suruh Chef Ciju buat memang tak lah kan. 
tak sempat pun. 


dah besar panjang dah anak ibu ni. 
dah 19 tahun dah. 
dia seronok sebab katanya birthday dia satu dunia cuti. 
hehehehe..
tahun ni je dik oiiii..



gitu lah Abang 'Imran. 
kami semua doakan agar Abang 'Imran sentiasa diberkahi hidupnya. 
sentiasa bersemangat dalam hidup. 
sentiasa taat kepada ALLAH. 
jadi anak yang menyenangkan hati ibu abah. 
INSYALLAHHH..


kebetualan hari dia sambut birthday kami dikunjungi anak2 yang lahir pada tahun yang sama dengan Abang 'Imran. 


Abang Hadri lahir bulan March 2000, 
kiri Abang Hadri rasa2nya kurang lebih sebulan dua tahun 2000.
Abang 'Imran bulan June 2000, 
then Cik Eni bulan September 2000 (pangkat Mak Sedara to Abang 'Imran dan Abang Hadri).
then anak pak sedara i yang baju melayu merah tu tahun 2000 gak. 
tapi tak sure bulan berapa. 

semua ni anak tahun 2000. 
sebenarnya ada ramai lagi saudara mara yang melahirkan baby dalam tahun 2000. 
My cousin ada 2 orang lagi. 
My SIL pun ada satu. 

Ini lah anak2 yang lahir pada tahun yang sama. 
tapi jarang dapat berkumpul dan bertegur sapa. 
jadi bila jumpa hari raya mereka MESTI beramah mesra. 

cliks..cliks