cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Thursday, April 28, 2011

My first boy - Muhamad Luqman Mohd Zamberi

Muhamad Luqman bin Mohd Zamberi.
Lahir tanggal 30 April, 1997 bersamaan 22 Zulhijjah 1417 di Pusat Rawatan Islam, Jalan Ipoh pada 3.47AM dengan berat 3.10KG ketika i berumur 29 tahun. Normal delivery. Macam - macam perasan bila first pegang Muhamad Luqman. Macam tak percaya dah ada baby.. Tapi i rasa serik sangat nak bersalin lagi.. heee.. trauma lah kunun..
Muhamad Luqman ni really active active boy masa kecik. Selalu i rasa nak menangis kalau melayan dia. If we eat out, Hubby kena makan dulu then baru i. When wanted to spend somewhere, i memang kena bawak one of my sister tolong i handle dia. Lagipun masa tu i dah started having back pain..Especially i could not bend my body kalau nak cuci Muhamad Luqman bila dia pu pu..
Ni masa dalam hari, di kampung.
Teringat i masa preggy dulu. Dari awal i disahkan pregnant, i dapat merasakan i dapat anak lelaki. Naluri nya kuat sangat. Jadi bila dapat tau je boy, i terus panggil baby dengan 'Muhamad Luqman'. Dia lah peneman i (dalam perutlah) masa Hubby tak ada di rumah. In fact kalau Hubby busy sangat dan tak balik rumah..
Ni masa Muhamad Luqman sebulan.
I suka sangat bercakap dengan Muhamad Luqman. Bergetar - getar my belly kalau dia response. I still remembered dan tak akan lupa sampai bila - bila. During ramadan, Muhamad Luqman adalah 'alarm' kami for sahur. Dia akan mengelodak selagi kami tak bangkit for sahur. Once dah masuk je food dalam perut i, dia akan senyap.. Heee... Perkara ini berlaku cukup sebulan..Lucu tapi cukup mengesan..
Ni selepas Muhamad Luqman berumur 4 bulan, we went to Ipoh just nak hunt for antique.. Memang gila kami..
Keadaan kulit muka Muhamad Luqman agak serius selepas treatment jaundices. Muka dia agak berbezakan waktu ni..
Disebabkan masalah di atas lah, i suka pakaikan Abang Luqman dengan cap. Yang ni adalah first cap which i bought at Mothercare. Sampai sekarang ada..
Dah mula dapat kaki.
ALHAMDULLILAH. Kesannya boleh terlihat sampai sekarang. Abang Luqman sudah belajar berpuasa semasa umurnya 6 tahun dan hampir completed sebulan. Dia demam. So, adalah 3 hari rongak.. Satu lagi, sekarang pun Abang Luqman suka mengamalkan puasa sunat Isnin Khamis with no obligation. I lak yang susah sangat nak ikut nya..hee.. Sesekali teman kan lah kan..
Minat memasak. Ni Mee Bandung hasil tangan Abang Luqman. Adik - adik jadi mangsa kena makan..hee. Tapi yang ni memang sedap Abang Luqman buat.
Pizza ni memang dia sendiri yang uli..
Yang ni pulak, dia gunakan cream craker as a base.. Suka hati dia je.. Tapi licin beb..
Abang Luqman juga suka melukis. Tengok hasil nya ye..
mewarisi bakat Hubby not me.
Abang Luqman ni jenis orang yang ceria. Kena marah cam ne pun.. kejap je ok semula..
This coming Saturday, Abang Luqman akan menyambut kelahirannya yang ke 14. Besar betul dah sekarang. Tinggi nya aje dah melangkau i, 173cm. 2 cm extra dari i.. Huuhh..bayang kan dia ada extra 4 tahun to grow up..Semoga menjadi anak yang lebih taat dan hormat orang yang lebih tua dan SOLEH. Semoga menjadi abang yang boleh mendidik adik - adik. Semoga lebih berjaya di dunia dan akhirat. AMEEN..Ibu SAYANG Luq...

Wednesday, April 27, 2011

Pasar Chow Kit waktu malam..

Pernah ke sini?? Pasar Chow Kit. I believe ramai yang biasa ke sini. I also used to it. Kalau dulu i pergi waktu pagi masa still duduk di Kuala Lumpur. Then when we moved to Shah Alam in 2002, dah tak pernah ke sini waktu pagi.. Tapi kitarang suka pergi waktu malam..Senang cerita hampir tengah malam lah.. Kenapa i suka ke sini.. First, tak panas..Second, tak ramai orang. Third, lebih murah daripada Pasar Section 6, dan yang fourth, kalau lapar i terus leh pergi ke Kedai Kak Som di Kampung Baru..heeee

Jadi malam minggu lepas, terlanjur nak hantar CiLi balik Setapak Jaya, kitarang pun singgah lah sini.. Tengok ye apa kitarang borong.
Memula kitarang beli sayur kat sini. Segala mak nenek sayur ada kat sini.. Kangkung, sawi, terung, eehhhhh..banyaklah..
Nampak tu dah sebakul dah tu..
Just nak share, kat lorong ni pun ada hotel tau. Regency Hotel. Nampak bilik kat atas tu tak.. Ramai yang duk sini..Eemmm????Baik sangka..baik sangka..
Sambung balik.. Ni part paling best. Nak borong cili.. Cili hijaulah, cili merah lah, cili api lah...Macam2 cili..Yang duk kat situ pun CiLi...
Memang nak cari tempe. Tapi i tak berapa berkenan lah tempe plastic ni.. Cari yang bersalut daun pisang. Tapi habissss....So, tak beli.
Emmm.. model pasar lah pulakkk.
Kitarang pi kat area ni lakk. Ni sayur kampung..Rebung, kerdas, daun limau purut, jengkol..heeee.. jering lah.
Waduhhh... petaii.. Masak Sambal Tumis Udang Petai sedap niiii....
Tau apa ni? Ni lah Siput Sedut. Tapi Hubby panggil.. Siput Chot..chot..hee.. Geli hati mendengarnya. Ni masak lemak sedap. Pernah tak makan siput ni dengan tepung kanji dan dicampur daun selasih.. Ni kira authentic food lah.. Food dulu - dulu...Kami spent beli sayur kat sini sebanyak RM36. Banyak sayur, tapi sikit je spent.. Huuuhh best betul...
Then beli ikan.. Macam 2 gak ada.. Besar, kecik, sedang pun ada... Kitarng beli ikan, udang, sotong. Sebelah nya pulak ada ayam.
I beli ayam modern ni sekor. Then...
I beli 3 ekor ayam kampung.. Sekilo RM9.00
Ternampak lak yang masih idup ni..heee. sian dia.. tinggal tunggu masa je..We spent about RM90. Dah discount dah tu.
Then cari buah lakk.. Perrgghhh
Pulasan sekilo RM8.00 see..mahal betul i just took 2 kilos. Teringin sangat.
Then beli Dragon Fruit.
Nampak tak pisang kembar ni. Siapa berangan nak anak kembar, beli dan makanlah.. heee..
Buah - buahan tempatan memang mahal.. pelik kan?
We spent about RM42 here.. Kira banyak gak lah..
Cukup lah untuk seminggu. Nanti tambah - tambah lah kat Shah Alam.. Tak le i ke sini. K lepas tu kitarang balikk... Then tak singgah mana - mana untuk makan. Nanti cakap makannn je kan..hee.. sebenarnya kami dah makan dah....Kensel hajat nak makan kat Kak Som..

Tuesday, April 26, 2011

Bibik Is

Ada perasaan pelik ke tengok photos di bawah? Emm.. i just wanna share with you guys about this thing. Ceritanya bermula dari seorang bekas bibik. Bibik ini adalah bibik yang ke 4 berkhidmat dengan i sefamily. Beliau adalah Iswatun Khasanah. Orangnya tak lah lawa mana. Kulit nya gelap, kurus melidi je, dan rendah. TAPI mulia hatinya itu yang tiada tandingan. Beliau ni tak panjang jodohnya dengan kami. Setakat 11 bulan. Tapi dalam masa 11 bulan ni lah, beliau benar2 menambat hati kami sekeluarga. Bukan minyak penunduk atau ilmu hitam yang digunakan.

Tapi beliau seorang yang patuh kepada ugama. Boleh mengajar anak - anak sholat dan mengaji.. Sholat duha langsung tak tinggal... Lembut menghadapi karenah anak - anak... Anak yang agak degil boleh lembut hatinya.. ALHAMDULLILAH.. Sampaikan anak - anak kalau mau ke sekolah boleh mencari Bibik untuk bersalaman.. Perkataan yang dikeluarkan memang ternyata tulus ikhlas. As i said, jodoh tak panjang. Beliau terpaksa balik ke Jawa Tengah atas masalah kesihatan suami nya.. Berat hati, tapi terpaksa kami lepaskan.. Bayangkan i boleh menangis bila kami nak berpisah. Hati kaudu i ni boleh jadi lembut..

Walaupun sudah berpisah, kami tetap berhubung kerana beliau telah i berikan tips bagi menambah pendapatan dengan membekalkan tenaga pekerja dari sana.. - PEMBANTU RUMAH lah... ALHAMDULLILAH usahasama kami ini telah berlanjutan sehingga sekarang. ALHAMDULLILAH jugak pembantu - pembantu yang dibekalkan oleh Bibik Is ini baik - baik belaka. Tapi adat lah.. ada gak dua tiga yang komeng. Tapi itu normallah.. Almost 40 plus dah masuk, yang buat cerita takat 3 orang.. Kira ok lah kan..heee...

Ok..disebabkan keakraban kami ini lah, semasa pembantu rumah i bercuti i telah berusaha membawa Bibik Is datang semula ke Malaysia atas tiket pelawat dan bekerja dengan kami setakat sebulan sahaja..ALHAMDULLILAH dan bersyukur sangat atas kerjasama dan kerelaan suami beliau yang mengizinkan dan terpaksa berpisah selama sebulan di bulan ramadan dan syawal. Satu lagi yang membuatkan kami agak rapat adalah keperihatinan beliau atas keluarga kami.. Selalunya sekiranya ada apa - apa masalah dalam keluarga, beliau sekeluarga sering merasakannya. Kenapa i cakap begitu? Pasal, setiap kali itulah beliau akan menelefon i dan bertanyakan khabar. Dan bila i nyatakan apa masalah kami, beliau dan suami akan bersholat hajat selama 3 hari 3 malam bagi mendoakan kesejahteraan kami. I m so touched.

Disebabkan keakraban ini jugalah dengan senang dan relahati i mengirimkan sedikit wang buat beliau. Sudah lama i berhajat untuk bersedekah kepada warga miskin, anak yatim dan janda - janda di bumi Kendal, Jawa Tengah. Bukan tak ada semuanya ini di sini. Tapi i rasa lebih terpanggil untuk berbuat demikian di sana. Bukan tujuan i ingin menunjuk - nunjuk di sini. But i wanna share something. Bayangkan duit yang i sedekahkan itu bukan lah banyak mana..Setakat RM 500. Tapi sambuatannya amat luar biasa. Duit yang diberikan dapat diagihkan kepada anak yatim seramai 50 orang, janda - janda dijemput ke rumah beliau seramai 23 orang, dan juga sedikit fakir miskin.. terharu sangat.

Beliau berhempas pulas mengusahakan majlis in dengan memanggil kiai yang memang terkenal di daerahnya dan dibacakan nama i and hubby dalam doa mereka.. ALHAMDULLILAH majlis berjalan lancar. Isteri pak kiai bercakap dengan i dan mengucapkan terima kasih.. I terus jawab sedikit sangat yang i hulurkan.. Tapi katanya, INSYALLAH yang sikit itu dapat dikongsikan bersama mereka.. ALHAMDULILAH..

Sbagai menghargai usaha Bibik Is i nak jadikan majlis ini suatu kenangan, maka i jadikan N3. Bayangkan 4 keping gambar yang dikirmkan kepada i telah membelanjakan sebanyak Rph30,000. kira - kira RM18 lah kurang lebih... Pada beliau banyak benar lah tu.. Kita???? heran ke dengan RM18 tu. So, terfikir dalam kepala, betapa i yang suka sangat bershopping.. duit shopping tu agaknya boleh dibuat makan setahun oleh 4 atau 5 family agaknya. Ehh....tapi tak pe lahh.. shopping tetap shopping, i akan terus menghulurkan seberapa yang i termampu bagi kegembiraan insan yang memerlukan..hee...Tak insaf langsung. Sama - sama lah kita berdoa agar ALLAH tetap membuka pintu hati i ini untuk membantu tak kira walau bila, di mana mereka atau siapa mereka.

Jom tengok gambar...
.
Para jemputan yang datang ke majlis kenduri Bibik Is. Sampai duduk - duduk di luar rumah tu.
Di dalam rumah pun agak ramai. Ketika ini pak kiai sedang membacakan doa..
Bibik Is terpaksa meminjam dapur tetangga untuk menyediakan juadah buat tetamu.. Tu dia.. Masakannya seperti nasi ambeng. Mereka bergotong royong. Atas tanah je tu..
Kalau tak silap juadahnya adalah Nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng, sayur, mee, dan mentimun. Ayam merupakan makanan mewah di daerah mereka. Hanya ada waktu raya sahaja... itu pun tengok keluarga juga.
Kaum janda yang hadir seramai 23 orang. Tapi tak semua dapat diphoto..
ALHAMDULLILAH selamat sudah majlis yang dibuat. Sekali lagi i tegaskan di sini bukan tujuan i untuk menunjuk - nunjuk. Tapi nak share sedikit kegembiraan ini. Sikit bagi kita tapi begitu besar bagi yang memerlukan.. INSYALLAH kalau ada rezeki i teringin nak ke daerah ini. Nak jengah rumah anak - anak yatim yang terlibat. Nak pegang kepala anak - anak yatim tersebut. INSYALLAH. Doakan ye panjang umur i, sihat badan, jejak kaki i sekeluarga di sana.

Satu lagi i nak share. My Kashmiri fren ada bagi tau kat i, last Friday sewaktu Jumuah, the imam yang dijemput dari daerah terpencil (kawasan sempadan ) memberitahu bahawa masjid di kampung beliau telah dibakar akibat masalah perkauman. My fren kata kalau i nak donate something bolehlah..So, if rakan blogggers tergerak hati nak donate sama, maybe i boleh salurkan bersama.. Tak banyak sikit pun tak pe katanya.. INSYALLAH.Kalau ada sesiap berminat, boleh call or contact me di email ye.. No obligation.. SHARING IS CARING kan..

I edit sikit..
Since Kak Seroja request the cct num, i publish kan kat sini ye.. Tapi kena masuk acct i dulu lah ye..INSYALLAH i akan sampaikan...
AZIAN ELIAS
CIMB BANK
12050000537108
Kalau dah bank in, bagi tahu ye..

Monday, April 25, 2011

Restoren Hatinie

Sebenarnya dah lama sangat nak bagi tau pasal resto ni.. Rasa - rasanya since last year. Asik tertangguh je.. Yelah.. gambar - gambarnya macam tak cukup je.. And last Saturday, lepas hantar Abang Luqman gi extra class, kitarang pun berdating lah ke sini.. Rasanya bloggers yang stay kat Shah Alam dah pernah sampai sini.. Varieties of food.. Perrgghh..banyak sangat..Located in section 10, shah alam.. Tersorok sikit lah.. Tapi kalau nak makan, cari lah.. sure tidak menghampakan.


Yang atas tadi kira environment dia lah..Airy, luas. 2 lots tu.. 

I suka duk di kawasan ni.. Cantik kat sini. Lagipun dekat dengan tempat cuci tangan. senang tak payah jauh - jauh jalan.. So, kita tengok ye apa i makan last Saturday.
I teringin sangat nak makan Lontong..
I amik Nasi Impit 2 ketul ,Rendang Ayam dengan Kuah Kacang.. Ok lah..
Hubby pencinta Nasi Impit. So dia plus dengan Rendang Ayam dan Kuah Kacang.
As a pencinta dessert kan, i tak lepaskan peluang amik benda ni. Serawa Pulut Durian..Yelahh.. asik2 tengok bloggers makan durian, sampai mengidam - gidam i jadinya... Sedappp..
Walaupun masih pagi, tapi hidangan untuk lunch dah tersedia.. Banyakk. Depannya pulak ada masakan pantai timur. Ada Nasi Dagang dan Nasi Kerabu.
Ni masa i makan Ikan Patin Masak Tempoyak.. Wala..laa...
Kalau samabal tok sah cakap lah.. segala mak nenek sambal..
Ni satu lagi yang i pernah cuba kat sini. Ayam Kampung Masak Kerutuk.. 
Eh..kerutuk ke kerutup??
Ni satu lagi best kat sini. Ada tapai. I suka tapai pulut..pergghhh..
Tau apa ni??
Tidbit pun ada..
Biasakan tengok air ni.. Suka...

Eeemm.. tadi i tanya kan.. Apa ni??? Ni lah dia Surabai.. Kalau Indonesia kata, Surabi.. Di Indonesia ada berbagai - bagai version. Kita kat sini macam ni je lah.. Cuma i tak suka yang ni, dia letak sedikit.. GINGER.. i tak sukaaaaaa... Nanti nak buat sendiri lah.. Nak mintak recipe Surabi sekali lagi kat NekCik.

Satu lagi..Sebenarnya masa dah nak dekat habis makan, i perasan ada satu blogger ni. I tak berapa sure lah.. Tapi macam yakin. Cuma takut nak tegur.. Nak tanya Suhaila.. ada ke ke sini on that day..heee...

cliks..cliks