cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Thursday, July 11, 2024

breakfast di SANTAI LAMAN KASIH AJ, Saujana Utama


Suatu hari di hari minggu. 
kita nak ajak org breakfast. 
tapi tak tau nak ke mana. 
since i ada di Subang Bestari so my pet sis, AS ni offer nak bawak bf ke Saujana Utama. 
kita pun apa lagi la kan. 
nak try naik kete baru gitu. 


malam tadi nya hujan membasahi alam. 
rasa nyaman pagi ni. 


merasa kami naik kereta baru ting ting. 
tgk si pembawa kereta tu. 
berdesup tekan minyak. 


tak lama kami sampai di sini. 
dibawak makan pagi di sini. 
ramai org di sini. 


sebelah tepi kedai pun dah disoyok. 
tambah ruang makan pelanggan. 


i terus tgk food dia. 
varieties. 
memacam ada. 


kuih muih pun banyak sangat pilihan. 


i terus terperangkap dgn yg ini. 
NASI KERABU AYAM RENDANG. 
tp kureng sikit bila ayam nya digoreng. 
but still sedap di tekak i. 


pilihan As, MEE HOON SUP.


Mymommi punya. 
MEE HOON GORENG. 
tp tak blh nak makan sgt sebab agak pedas. 


pilihan chef ciju. 
NASI LEMAK. 


then ada tambahan lagi tu. 
ROTI CANAI. 
panas2.


NESCAFE ICE. 
emmm. 
dah kena tukar minuman i ni kan. 

ALHAMDULILAH. 
selesai makan kami terus balik semula ke SUBANG BESTARI. 
ALHAMDULILAH. 
dah dibelanja naik kereta. 
tup2 dibelanja sarapan pagi. 
Semoga As dimurahkan rezeki lagi. 
petang ni nak jumpa lagi ni. 
INSYALLAH. 



 

Wednesday, July 10, 2024

Pakistan May - June, '24 - Bermalam di CHILAS INN HOTEL & RESTAURANT (Day 3)

 

ok lah. 

i sambung cerita diarang yg terpaksa menempuh satu jangkawaktu perjalanan yg cukup panjang. 

i bubuh caption ATUK BAIK dr FB ye. 



PAKISTAN 30 Mei - 10 Jun 2024
Hari ke 2 - Islamabad ke Chillas
CHILAS INN HOTEL & RESTAURANT
Makan malam
Pukul 1:30 pg sampai ke hotel dan terus makan malam.
@ Perjalan telah melalui 487 km dan selama 16 jam
REZEKI ALLAH TAK SALAH ALAMAT
PERSEPSI manusia terhadap rezeki pelbagai. Manusia seringkali melihat rezeki hanya dari material saja.
Pada hal masih banyak jenis rezeki yang dapat kita rasakan, seperti keluarga yang bahagia, rakan-rakan yang baik, persekitaran yang menyegarkan dan sebagainya.
Ada segelintir manusia yang merasakan sumber rezeki hanya hasil kerja keras dan usahanya saja.
Sedangkan Allah SWT telah menyediakan pelbagai jalan menuju rezeki yang telah disebutkan dalam al-Quran.
Rezeki, jodoh, dan kematian sudah ditakdirkan oleh Allah SWT, dan akan tetap menjadi rahsia-Nya.
Oleh sebab itu, sebagai manusia kita wajib berusaha untuk mendapatkan rezeki tersebut.
Selain itu, ia mesti diiringi dengan doa yang sebaik-baiknya kepada Allah SWT. Selebihnya, kita serahkan pada takdir dan ketentuan Allah SWT.


ni depa bergambar waktu pagi sebelum berlepas ke Hunza.

cerita smlmnya setelah sampai di hotel pukul 1.30am.
badan penat tp perut lapar, tetap kena makan.

dinner time. 


i rasa ni CHICKEN KARAHI


ni NASI PUTIH dan CHOWMEIN (kalau tak silap i).
CHOWMEIN ni adalah CHINESE STIR FRIED NOODLE. 


diarang kata once tiba terus la makan. 
maybe dah get ready the food la kan. 


tgk kat sini ada NASI PUTIH.
org diarang ni jarang makan lauk2 ni dgn nasi. 
main diarang makan ROTI. 



so diarang focus makan. 
selesai makan terus masuk bilik berehat. 
besok pepagi dah nak sambung perjalanan ke HUNZA. 


pemilihan hotel ni dibuat pada hari bertolak dr ISLAMABAD. 
kalau tak kan stay di BESHAM. 
elok benar bukan weekend. 
kalau tak sure penuh. 
even hotel ni category standard saja tp rasanya selesa untuk berehat for transit. 
tiba kul 1.30am check out at 8.30am. 
very short time. 


facility pun memadai. 


nak check out dah. 


kita tengok dulu sekitar hotel ni. 
tiba dah malam tak nampak la kan. 
so pepagi ronda2 sekitar hotel. 


wahhh..kemain ATUK BAIK kan. 


abadi kan memory bersama. 


kedai2 yg berada di hadapan hotel. 


bila dah travel kita keluar dr our confort zone. 
itu lah manisnya bila travel ni. 

PAKISTAN 30 Mei - 10 Jun 2024
Hari ke 3 - Chillas
CHILAS INN HOTEL & RESTAURANT , CHILAS
KKH Chilas, Chilas 14100 Pakistan
Mungkin kalau taraf dia dahulu, hotel 5 bintang sekarang ni. Suasana nyaman.
Berhampiran dengan Bazar Utama, Chilas
Chilas Inn Hotel terletak di Chilas. Ia mempunyai bilik-bilik mewah yang dilengkapi dengan semua kemudahan asas.
Antara salah satu penginapan terbaik yang tersedia di kawasan itu.
Hotel Chilas Inn telah dirasmikan pada tahun 1986.
Chilas Inn Hotel adalah hotel standard yang terletak di Main Road Chilas, Gilgit, Lokasi Gilgit Baltistan yang meriah secara semula jadi.
Dilengkapi dengan kemudahan seperti perkhidmatan bilik, tv, tempat letak kereta, restoran, dobi, air panas, pemanas, keselamatan 24 jam yang membantu memenuhi penginapan yang menarik tetapi santai.
Apabila memasuki Hotel Chilas Inn ini, anda akan serta-merta merasakan suasana intim istimewanya yang membuatkan anda berasa seperti berada di rumah anda sendiri.
Setiap butiran telah dipilih dengan penuh semangat dan setiap bilik patut dikunjungi.
Hotel Chilas Inn mempunyai 15 bilik dan julat harga 2500 hingga 5000 PKR.
Setiap Bilik Tidur dilengkapi perabot yang mencukupi dan direka dengan menarik. Bilik-bilik adalah luas dan dilengkapi dengan katil yang besar dan peralatan tempat tidur yang selesa.


sebelum meneruskan perjalanan kena la breakfast dulu. 
pratha ke or just roti biasa diarang la kan. 


and omelete ni bagi la time apa pun. 
memang diminati oleh orang Malaysia. 

time to depart for Hunza. 
journey ambik masa 4 jam plus. 
tp of coz bukan itu ye. 
tambahkan lagi sebab kena stop2. 
nak lunch. 
nak toilet.
nak ambik2 gambar.

Okk.. nanti kita cerita the journey with the sceneries to HUNZA.


plan nak explore Pakistan hujung tahun ni?
DM me ye. 0192129958. 

Monday, July 8, 2024

Pakistan May - June, '24 - Perjalanan berbelas jam ISLAMABAD ke CHILAS (Day 2)



once naik coaster the guests terus check in Hotel Red Line. 
simple je hotel ni sebab mmg plan hanya for transit. 
nak kena refresh. 
tak breakfast kat sini pun. 

depa checked in dalam pukul 6am. 
then the agent bagi tau gerak dlm kul 11am. 
eeee.. tak de makna nya depa nak relax2 duduk dalam bilik kan. 
so the guests insisted to move at 8.30am. 

the actual itinerary utk malam ni adalah bermalam di BESHAM.
dan akan stay di  BESHAM RAMADA HOTEL. 
then perjalanan dr ISLAMABAD ke BESHM sekedar 4 - 5 jam saja. 
that's why the agent planned nak gerak lewat sikit dan pd pemikiran beliau guests might be penat. 
dan perlu rest sebelum memulakan musafir ke utara pakistan. 

tp since dah agak awal keluar nya macam tu Mr Saad pun plan better terus maju ke CHILAS. 
kira2 almost 3/4 journey ke HUNZA dah cover. 
the group actually pada awalnya lalu NARAN. 
tp since laluan masih belum dibukak maka TERPAKSA menggunakan laluan BESHAM. 

sebenarnya kalau boleh agent2 tak nak menggunakan laluan BESHAM ni. 
kenapa?

1. journey mengambil masa yg lebih panjang sebab jaraknya bertambah another 100km extra. 
2. road thru BESHAM ni kurang bagus la. 
3. tak ada apa2 yg menarik di sepanjang perjalanan ke BESHAM - CHILAS. 
4. Hotel2 yg ada di BESHAM tidak begitu bagus facilities nya like limited services kinda. 
5. activity di BESHAM ni semata2 TRANSIT je. 

kalau nak kata tak de benda apa yg menarik kalau menggunakan laluan BESHAM ni i rasa laluan ke PANGGONG LAKE (India) lagi tak menarik sebab u tak nampak rumah or pokok2 pun. 
Gunung ganang batu je. 
tp i percaya scenery toward to the north ni lebih menarik. 
kalau i tgk dr gambar dan video yg dishare ke group. 


check in time. 


simple room. 
still ok to me. 
supposedly diarang stay kat GRAND ISLAMABAD HOTEL. 
dah namanya tak de rezeki la kan. 


tuk tuk pakistan. 
atau pun cam angkut di Indonesia. 


memulakan perjalanan ke utara. 
toll ada. 


enjoy la ye, 


after plus minus 1 hour diarang tiba di EMERALD CUISINE RESTAURANT.
i copy paste caption yg ditulis oleh ATUK BAIK ye. 

PAKISTAN 30 Mei - 10 Jun 2024
Hari ke 2 - Islamabad ke Chillas
Singgah di Emerald Cuisine Restaurant untuk sarapan pagi yang terletak di Jhang Bahtar Road, Jhang Bahtar.
Akan menjadi pilihan utama untuk makan makanan Pakistan. Dengan menu yang banyak, makanan yang berkualiti dan harga yang berpatutan.
Yang terbaik yang saya cadangkan adalah teh Masala Chai. Setelah 4 hari di Pakistan, tak boleh bandingkan restoran ini yang sangat sedap. Semua rombongan kami pun kata begitu.


depan resto. 


besar gak kan resto dia. 


para pekerja busy menyiapkan hidangan. 
style diarang once guests tiba baru la depa busy memasak. 

*benda cam ni lah yg kurang setuju dgn style org Malaysia. 
cara ni banyak waktu akan terbuang sebab food hanya akan disediakan bila guests sampai di resto. 
kunun2nya nak serve food panas2. 
kita lak tak sabar la kan. 
nak gerak ke utara tu lama lagi. 
kalau boleh tiba resto terus hidang kan food then makan, then sambung journey. 
kan. 
tang ni i think i pun setuju. 
they need to improvise this kinda service. 


masala omelete memang jadi pilihan. 
sama je kalau travel ke Kashmir India. 
omelete la yg paling i suka. 


PARATHA panas2. 


once ada masa, memasing focus dgn phone. 
menunggu breakfast memang lewat lah. 
cam tu la depa. 


after a few moment laterrrr.


breakfast pun dihidangkan. 
time to eat. 


One of the guest ambik gambar dgn local coz she quite wondered with the way local ni breakfast.
tp mmg style org Malaysia la kan. 
sesuatu yg unik tu sure nak diabadikan dgn bergambar. 
it's me sangat. 

lepas breakfast terus kan perjalanan lagi. 
almost 3 1/2 - 4 hours travel singgah di BESHAM HOLIDAY INN HOTEL & RESTAURANT.
kalau tgk pada nama Holiday Inn tu jgn lah ingat cam HILTON di Malaysia.
ni hanya sekedar nama.

(pernah bertekak dgn org depa ni gak pasal nama ni. dia ketegaq mengatakan standard Holiday Inn or Continental Hotel  or Hilton ni di negara dia la, sama cam world classs. helloooo.. ni bukan world chain okkkk. ni just nama. Tak mungkin service dia world service. tp dia mati2 kata ni world class. i really harap dia membaca my blog ni so dia at least bukak mata sikit pasal tourism ni. hhhhh. geram kita wak. morale of the story , BE HUMBLE jgn dok sombong diri. auww..)                                                                                                                                                                                             

kurang lebih tiba di BESHAM HOLIDAY INN HOTEL & RESTAURANT Bazaar.
Tiba dlm pukul 3.30pm.


pemandangan di town kecik ni. 


tetamu kita menuju ke resto ni. 



pemandangan biasa di Pakistan. 
suka pulak tgk.
santai2 je kan. 


busy org dapur kan. 




lunch di HOLIDAY INN BESHAM. 
Lunch tak masuk dlm package. 
tp diarang order sekali then terus bayar la. 
then sambung lagi perjalanan. 


semua ni adalah KARAKORAM HIGHWAY. 
all the way menuju ke utara Pakistan. 


another check point. 
kat sini lah all the documents ditunjukkan. 
mana copy visa nya. 
mana copy passport nya. 
semuanya la. 


tiba la di DASU. 
after almost 3 hours selepas makan tengahari di BESHAM. 
banyak intensive pembangunan yg sedang  dibuat di kawasan ini. 
stopped at DASU HYDROPOWER.
The DASU DAM is a large hydroelectric gravity dam yg sekarang under construction on the INDUS RIVER. 
DASU in dlm derah KOHISTAN.


PAKISTAN 30 Mei - 10 Jun 2024
Hari ke 2 - Islamabad ke Chillas
Tenaga Hidro Dasu, Kohistan.
Projek Tenaga Hidro Dasu ialah projek larian sungai di Sungai Indus yang terletak 7km di hulu Pekan Dasu, Daerah Kohistan (Atas), Khyber Pakhtunkhwa.
Tapak ini terletak 74km di hilir tapak cadangan Diamer Basha Dam dan 345km dari Islamabad. Projek akan menjana kuasa hidroelektrik 4320MW, dengan tenaga tahunan 21445GWj dan akan dibangunkan dalam dua peringkat.
Peringkat-I akan menjana 2160MW.
Peringkat-II akan siap dalam tempoh 5 tahun.
Projek ini dibiayai oleh Bank Dunia.
Projek Tenaga Hidro Dasu adalah salah satu projek keutamaan di bawah Dasar Kuasa 2013 dan Wawasan 2025 Kerajaan Pakistan.
@ Perjalanan telah melalui 370 km dan selama 11 jam


massive kelihatannya. 








gambar ni agak kehijauan disebabkan tingkap coaster. 
dr DASU perjalanan dteruskan. 


ni lah video sebelum depa tiba di CHILAS. 
depa tiba dah tengah malam. 
cuba tgk video ni rasa dlm hati tu lain macam je. 
i masukkan sedikit caption atuk baik dr post beliau di FB based on the video yg atas ni. 


PAKISTAN 30 Mei - 10 Jun 2024
Hari ke 2 - Islamabad ke Chillas
LEBUHRAYA KARAKORAM (KKH) - 3
(Keajaiban ke 8 dunia)
Oleh kerana mementingkan diri sendiri, potong Q dan tidak sabar serta tidak mahu mengalah, terpaksa pihak berkuasa menyelesaikan permasalahan trafik.
Ini kerana ada sesetengah tempat hanya boleh dilalui satu kenderaan sahaja. Antara banyak sebab adalah kesan batu bukit runtuh, jalan jadi rosak dan sisa batu batu besar.
@ pukul 10:00 malam
44 minit juga baru boleh lepas.


ye lah kan. 
suasana jalan tu kan. 
memasing agaknya mendiamkan diri je la. 
yang penting nak kena sampai cepat. 
nak rehat dah.

yang penting mereka semua dah selamat sampai di Chilas. 
perjalanan yg sangat panjang utk jarak 487km selamat 16 jam. 
fuhhh!!.

tapi i memang salute la kan our guests ni. 
even dah berumur tp meemang nampak steady sangat. 
kalau i memang dah mengerang kesakitan kaki. 
dah rindu sangat tilam. 

Ok la. 
kita sambung next N3 ye. 
panjang dah. 

plan nak explore Pakistan hujung tahun ni?
DM me ye. 0192129958. 



cliks..cliks