cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Monday, August 31, 2020

Mandy Chicken my style my version


Nasi Mandy Chicken.

untuk berteman di IG ni. 
one of my IG friend share recipe Nasi Arab dengan I. 
siap DM lagi bagi tau details how to cook this nasi arab. 
kebetulan waktu tu musim MCO so i pun bersemangat lah nak memasak. 
i did this during ramadan kalau tak silap. 
but then i adjust sikit2 ikut kesesuaian tekak kita lah kan. 
then i referred to other youtube.
dari Chef Ammar pun i ada tengok. 
jadi terhasil lah Chicken Mandy my style my version. 

tapi syukur jugak dapat idea dari IG member ni. 
Semoga ALLAH sentiasa melimpah keberkahan dlm kehidupan beliau. 
bukan semua orang suka nak share recipe kan. 
kalau orang tau nikmat share ilmu ni sure orang seronok. 
sebab ilmu ALLAH ni akan berkembang dan pahala jariah kita sampai akhirah mengalir. 
MASYALLAHHH..
ehhhhh..
tetiba jadi ustazah ek. 
hehehheee..
saje nak bagi pandangan. 
tak salah kan. 


Recipe for the chicken and the  broth.  

Ingredients for the broth.


some of the spices needed for the broth. 


Roasted Chicken 

Ingredients.

1  1/2 ekor setengah (1 ekor belah 4 + 2 whole legs)
- 2 biji bwng besar - potong 4 or 6.
- 2 biji tomato - potong 4
- 3 Akar Ketumbar
- 2 helai bay leave - guna yg dried one.
- 2 ts jintan manis
- 2 ts lada hitam biji
- 2 ts ketumbar biji
- 6 biji buah pelaga
- 2 kiub ayam
- 1 tb serbuk kunyit
- 2 tb rempah kurma
- 4 tb minyak masak
- 3 tb garam







Cara

1. Mix all the spices dlm air separas untuk 1 ekor setengah ayam. (air boleh diukur dr berapa banyak beras yang hendak dimasak then tambahkan sikit lagi untuk dibuat soup masa makan nasi nanti.)
2. Rebus sampai ayam masak tapi jangan over cooked. 
3. Toskan ayam dan diperapkan dgn  bhn perapan.
4. Air rebusan digunakan utk masak nasi.
5. Selebihnya sebagai sup makan dgn nasi.

atau ikut je process spt di video atas. 


**********************************************************************************

Recipe for the Rice. 



Ingredients.

1 Bwng besar atau bawang Holland  - slice thinly or dice
2 inches Halia - slice halus
3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/buah pelaga. I tak suka bunga lawang. so i omitkan)
3 tb ghee campur 1 tb minyak masak.

Cara:

1. Rendam basmathi dengan garam kasar/biasa sedikit selama 30min. 
2. Kemudian toskan nasi. (garam digunakan sbb nanti nasi akan lembut & cantik berderai...itu tipsnya)
3. Panaskan minyak sapi dan sikit minyak (boleh guna margerin/butter pun blh tp minyak sapi lg sedap).
4. Masukkan bahan2 hiris dan 3 sekawan td.
5. Tumis smpi separuh garing.
6. Masukkan beras yang telah ditoskan tadi.. 
7. Ratakan beras dengan bahan yang ditumis tadi sampai air dari beras mengering. 
8. Masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk.
9. Pindahkan beras yang telah digoreng bersama bahan tumisan tadi ke dalam periuk nasi. 
10. Sesuaikan dengan rasa nasi tu dgn rasa garam. 


* Kalau beras biasa sukatan mcm biasa la yer.. 
Tp klu basmathi I guna 1 cup beras = 1.5 cup air


11. Once nasi dah masak letaklah safron yang telah dilarutkan bersama air panas.
12. Letakkan juga sedikit pewarna kuning 
13. Taburkan 3 or 4 stems of ketumbar. 
14. Tutupkan kembali periuk dan biarkan sebentar lagi. 
15. Biarkan dulu, jgn dikacau takut beras patah. 


16. Once nasi sudah benar2 tanak gemburkan dengan menggunakan chocstick. sikit2 je. 
17. Gembur nasi tu dr tepi ke tengah dgn chosptik or garpu perlahan2
18. Nak berbau smoky letakkan arang dan minyak masak dan tutup periuk. 

* Sebenarnya dengan menggunakan bahan2 di atas saja nasi sepertinya sudah berbau smoky. 

****************************************************************************************

Preparation for the roasted chicken and lamb



Bahan perapan ayam:

Ingredients. 

2 tbs chilies powder
4 tbs curry powder
4 tbs sos tiram
2 tbs salt
1/2 kiub ayam
2 tbs Madu (ikut kesesuaian rasa, kalau takde gantikan dgn gula pun boleh)
4 tbs olive oil
4 tbs air rebusan ayam

ATAU..

2 tbs chilies powder
1  tbs coloring
2 tbs salt
1/2 kiub ayam
4 tbs olive oil
4 tbs air rebusan ayam
2 ready made rempah nasi mandy.





Cara

1. Mix all these ingredients and marinate for 30 mins or maybe more.
2. Then panggang dlm oven 150°c guna api atas je. 
3. After 15 mins keluarkan dan sapu lg dgn bahan perapan.
4. Bakar lg another 15 mins.
5. dah siap. 

* untuk Lamb pulak omitkan madu.

Selamat mencuba ye. 
Untuk Salatah dan Salsanya i buat di N3 akan datang. 

Saturday, August 29, 2020

Wedding di Desa Pinggiran Putra.



dapat undangan dari my second cousin. 
musim2 covid ni memang seriau nak attend mana2 wedding kan. 
tapi kalau tak pegi pun tak patut sangat kan. 
jadi bagi mengelakkan bersesak2 esok hari waktu langsungnya maka kami datang malam harinya. 
malam sebelum majlis besar lah kan. 
seronok tengok pelamin yang meriah ni. 
dulu2 my passion mengubah hantaran. 
banyak gak dapat tempahan. 
siap ada  b l o g   lagi. 
sekarang ni macam nak layu je. 
majlis berinai tak lah meriah sungguh2.
sebab nya majlis kumpul2 sama kawan dan family. 
kan tak bagi sesak2 kan. 


kami sampai pun almost at 9pm. 
jumpa mak pengantin dan sedara2 dari kampung yang dah lama tak jumpa. 
some ada yang hampir 30 thn tak pernah bertembung sekali pun. 
itulah eloknya ada majlis kawin ni kan. 
dapat jumpa sedara mara. 

then terus lah kami makan malam. 
ada Asam Pedas. 
dapat pulak extra tempe mak pengantin bawak dari dapur. 


Kacang Buncis Goreng. 
ni yang sedap kan. 


lagi tambah selera bila ada Sambal Belacan buatan Bibik. 
i siap bertambah2 nasi.
adoii...
dah tu komplen kenapa timbang tak turun2 ek. 
makan dan malam pulak tu. 
Mak pengantin bagikan bunga rampai. 


Adat orang melayu cam ni lah kan. 
Bunga Rampai ni lebihan dari majlis nikah pagi nya tadi. 
Dapat lah kita pulak bila datang malam ni. 
orang dulu2 siap dijemput2 bagi bunga rampai ni kan. 
bagi aura wangi buat pengantin. 


sebelum balik teringin nak bergambar dengan pengantin depan pelamin. 
pengantin busy lah pulak dengan berinai. 
so mak2 dara je lah yang bergambar. 


sebelum balik kita abadikan gambar bersama Mak Pak Pengantin. 
seronok kita kan bila ke majlis kawin dapat door gifts. 
Door gifts dari rumah pengantin. 
ALHAMDULILAH..
majlis berjalan lancar keesokan hari ni. 
panas lit2 katanya. 

Didoakan pengantin dikurniakan keberkatan dalam berumah tangga. 
harus sabar sentiasa. 
bahagia dunia akhirat. 

Tuesday, August 25, 2020

Birthday treat with Mee Bandung my style.



On July 27, 2020 baru i rajin nak masak for the family. 
birthday gurl nak rehat kunun2nya. 
tu yang dah beberapa hari baru i masak. 
I made MEE BANDUNG
i pernah share last time. 
then this time i ubah sikit2. 


ni kurang sikit kuah nya. 
nak sedap lagi tambah lagi kuahnya. 
segar bila dapat masak sendiri kan. 


makan pun anak beranak je. 
tak de majlis makan2 dgn family lain. 


i dah cukup puas hati dengan recipe yang i share kan kat sini. 
kali ni i buat kuahnya agak pekat lagi. 
means i tambah lagi Biskut Marrie dalam kuah. 
kalau sebelum tu dalam 15 ke 17 keping. 
tapi kali ni dalam 20 keping. 


taugehnya i memang suka tak bercelur. 
suka yang mentah gitu. 
rangup jadinya. 


ALHAMDULILAH..
sedap. 


kalau nak ganti atau tambah dengan Mee Hoon pun ok. 


sebelum kuah dituangkan ke dalam mangkuk. 


begini lah rupanya. 


guna Limau Kasturi lagi sedap sebenarnya. 


syukur. 
akhirnya dapat gak memasak sikit untuk dimakan bersama.
kunun2 treat to my family lah. 
makan luar kan dah sudah. 
so ini i masak pulak untuk diarang. 

ALHAMDULILAH..
another family bonding time with the family. 
just thru food. 
Blessed. 


 

Saturday, August 22, 2020

Resipi LAKSA JOHOR my style my version





siapa suka laksa.
ada macam2 laksa kan. 
siapa suka LAKSA JOHOR.
saya sukaaa..
of coz lah kan. 
coz m Johorean. 
gituuuu. 
and hari ni i nak share sikit recipe LAKSA JOHOR yang jadi favorite kami sefamily. 


tapi tak lah selalu sangat i memasaknya. 
ini pun 2 hari tangguh menangguh tau. 
buat separuh masuk balik peti. 
besok keluar balik then tak jadi. 
hehehehee..
maklumlah kerja2 nya agak renyah. 
dari awal membuatnya pun agak leceh kan. 
nak rebus ikan lah. 
nak kena siang ikan lah
nak kena kisar ikan lah. 
then nak kena kisar segala mala perabah dia lagi. 
then presentation nak kena cantik lah kan. 


baru lah makan pun berselera kan...
kuah kena pekat.
Kalau orang Johor dulu2 lah selalunya suka makan laksa ni menggunakan tangan. 
tapi i tak suka sebab i suka kuah lebih punya lah. 


enak banget loooo..


kena ada sambal belacan. 
tapi kali ni i malas nak buat sambal belacan. 
i guna kan Sambal Ijo je yang memang dah sedia ada.
malas nak buat sambal belacan sebab kat rumah memang ramai tak makan sambal belacan. 
so tak perlu bazir masa nak mengisar atau menumbuk sambal yeee..


Laksa dah siap. 
jom hidangkan. 


sila lah makan. 
licin semangkuk ye..


Anyway i nak share the recipe dengan you all. 
ikut style i lah. 


Bahan2:

2 keping isi ikan tenggiri - direbus dan dikisar halus
3 biji bawang besar medium size je - dikisar
1 biji bawang besar - dihiris nipis (optional)
8 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 inci kunyit hidup - dikisar
3 kuntum bunga kantan - dipotong nipis
1 kuntum bunga kantan - dibelah dua atau 4
5 tangkai daun selasih - tak perlu dipetik2 daunnya
5 tangkai daun selasih - tak perlu dipetik2 daunnya
100 gm kerisek
2 keping asam keping
6 sudu besar cili blend
4 sudu besar (bukan rata ukurannya) serbuk kari daging
300 ml santan kotak
gula melaka sekeping
garam 
chicken stock



nampak hirisan timun yang i sediakan tu. 
kena berhalus cam ni lah baru ada seni memakannyakan. 
tapi sebenarnya ikut suka memasing lah. 
kalau yang suka simple2 tu potong lah cam ne pun. 
tapi kalau boleh timun tu dibuang empulurnya. 
so tak lah berair2 gitu nanti. 


Hiasan pada laksa

timun dipotong membulat dan nipis
taugeh
bawang besar dipotong membulat dan nipis. 
limau kasturi
daun selasih *
daun kesum *
* dua2 daun dicampur bersama dan diracik halus. 

sambal belacan ikut selera sendiri lah ye. 
( i akan gunakan 4 cili besar merah, 4 cili api, dan sikit belacan dibakar dan ditumbuk halus)


Cara:

1.  Tumis bawang besar yang telah dihiris sampai agak layu.
2.   Masukkan bahan yang dikisar halus dan tumis hingga agak kering. 
3.   Masukkan cili blend dan tumis hingga naik minyak. 
4.   Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga naik minyak. 
5.   Masukkan hirisan bunga kantan dan tumis sampai kering.
6.   letakkan sikit air ke dalam tumisan supaya tidak hangus. 
7.   masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi. 
8.   Masukkan santan dan gaul rata. 
9.   tambahkan sikit air ke dalam bahan tumis. 
10. tambah air tapi jangan terlalu cair. 
11. masukkan gula melaka
12. masukkan kerisik
13. masukkan bunga kantan yang telah dibelah 4, daun selasih, dan daun kesum.
14. tunggu mendidih sikit then masukkan asam keping, garam dan chicken stock. 
15. dah siap.


tengok kuah yang sudah i sediakan ni. 
dari recipe yang i share kan kat atas ni boleh lah serve untuk 10 orang. 
kalau dicairkan sikit lagi boleh makan untuk 15 org. 
makan kenyang tau.
bukan makan yang cam kita order kat kedai tu tak boleh tambah2. 

Thursday, August 20, 2020

Tauhu Lampung Sukina makan bersama Bubur Nasi.





siapa suka makan atau masak Mee Kari. 
Siapa suka kalau makan atau masak Mee Kari suka guna Tauhu Goreng tu. 
i suka sangat. 
tapi biasanya i kurangkan sebab tak pernah dapat tauhu goreng ni yang moslem punya. 
even ada logo HALAL i kurang suka lah. 
Lagipun tauhu goreng tu agak berbau kalau langsung kita guna kan. 
biasanya basuh dulu dan buang kan minyak yang menyaluti tauhu goreng tu. 

but then recently i ada jumpa product moslem. 
suka lah hati i. 
seronok gunanya. 
bau pun tak lah sekuat yang biasa i guna. 


i dpt brand ni. 
sebenarnya sebelum ni i dah ada guna brand yang lain. 
since brand yang first tu dah tak de stock so ada yang ni. 
pakai je lah kan. 
no hal. 
sedap jugak. 
boleh frozenkan.
so tak perlu risau kalau lebih dari seminggu ke dua minggu ke. 
lama lagi boleh pakai tu. 


since dah ada Tauhu Goreng macam2 lah nak dicuba. 
so i buatlah Bubur Nasi dan berlaukkan Taugu Goreng ni.


BUBUR NASI simple je. 


I gorengkan macam ni je. 
Sayur Bak Choy tu i celur je kejap. 
berapa second je. 
jangan lelama. 
then i gunakan sikit SAMBAL CILI KERING dan gaulkan bersama TAUHU GORENG dgn SAYUR BAK CHOY. 


nampak ada SAMBAL CILI KERING tu?
i pernah share recipe sambal ni. 
memang sedap. 
then i buatkan gak MINYAK BAWANG PUTIH. 
tambahkan sikit lauk dengan TELUR MASIN.


Nampak tak ni. 
tak banyak pun lauk perlu disediakan. 
simple je. 
Sayur TAUHU GORENG tu. 


then i belikan POP CORN CHICKEN KFC.
dah lengkap dahhh.
Chicken satu lagi tu kalau tak silap dari PIZZA HUT kot. 
Lupa lah pulak. 


Sedap weiii..


pelengkap menu kita pada kali ni adalah ES BUAH.
bila ada AVACADO, ada DRAGON FRUIT i buat lah air ni. 


ALHAMDULILAH...
segarrr..

Wednesday, August 19, 2020

Tetamu pertama eid ul adha kami di musim covid19.





wabah covid masih gitu - gitu gak kan. 
dari bulan sebelum puasa.
sampaikan puasa. 
terus ke eid ul fitri nya. 
and eid ul adha nya. 
tetap dalam lingkungan virus yang membimbangkan. 
sehinggakan nak terima guests ke rumah pun kita rasa takut2.
i lagilah risau sebab high risk people ada di rumah. 
so memang kena berjaga2. 

tapi bila eid ul adha baru ni rasa takut atau bimbang tu agak berkurang lah berbanding eid ul fitri.
mungkin jugak cases di negara kita ni agak mengurang.
a bit confident sikit bila ada tamu yang nak berkunjung. 
maka dengan itu request dari my SIL untuk bertamu kami terima. 
family adik hubby nak datang. 


since besok nya ni abduls pepagi ada hal yang perlu disettlekan. 
maka i prepared the table sesiap malam hari tu.  
nak datang tu bukan lah ramai mana. 
tapi i ni memang cam ni. 
sakan i prepare. 
heheheheee..

dah planned nak serve dishes apa to the guests. 
that's why i dah boleh plan how to set the table. 
i planned nak serve Nasi Ayam. 
tapi kira short cut nasi ayam. 
Nasi Ayam tipu2. 


atas sekali preparation.
yang ini pulak the real one. 
ini yang termampu i sediakan. 
apa tu?


ok.. 
i bought Ayamas Ayam Percik dan Ayamas Black Pepper. 
tapi nasi i buat sendiri. 
sebabnya kalau beli nasi ayam dari Ayamas banyak tu nak kena beli.
portion nasi depa ni sikit sangat sekarang ni. 
nak bertambah sure tak puas. 
malah banyak sangat nak kena beli.
so i made the nasi. 


how to make the nasi?
ikut  R E C I P E   i  di sini. 
* Sorry i have to edit here. 
nak cari recipe boleh ke NASI AYAM MY STYLE MY VERSION. 
(tak sure kenapa link tak boleh masuk ke sini). 
m sure MENJADI 99.9%.
malah lebih sedap sebab tak guna MSG. 
trust me. 

since nak buat Nasi for nasi ayam ni lah kan kena lah buat soup ayam nya kan. 
broth for the nasi. 
i guna kaki2 ayam je. 
buat banyak lah sebab nak guna for the nasi dan soup utk makan dgn nasi. 


so i just bought the ayam. 
ada 2 flavors yang memang jadi our favorite. 
Ayamas dah tak bagi any salad or even 1 slice of cucumber pun. 
plus no soup gak. 


yang dibagi hanya Sambal Pedas tu je lah. 
so i beli sebuku Lettuce and Zucchini. 
puas sikit makan. 
then jimatlah sikit masa nak menggoreng ayam kan. 


i servedkan gak Berasak dan Ketupat Loi. 
masih ada banyak yang i beku kan ni. 
then i just steamkan balik. 
back to normal lah. 
masih sedap lagi. 


then pepagi i dah buatkan Rendang Ayam Hijau. 
favorite Abang Irfan. 


malam sebelumnya tu i buatkan Serunding Kelapa Berempah ni. 
puas hati bila dapat masakkan sikit. 
R E C I P E     ada kat sini ye. 
*Edit gak. Refer to RESIPI SERUNDING KELAPA NEK MINAH.


i served kan all the cookies ni. 
koret2 kata orang jawa. 
tapi air tu i buat. 
i buat Air Nanas Cube. 


then i made this Tub Tim Krob. 
since benda ni i dah sedia buat dan banyak lebihannya dan yang penting masih ok untuk dimakan maka i sediakan for them. 
just i added Jelly je. 
instead of guna Santan KARA kali ni i guna Susu Cair je.
pun sedap. 


cuma kalau guna susu cair ni semuanya terasa manis lah. 
berbanding guna santan agak kemasin - masin sikit.


anyways semua suka. 
makan bertambah2 semuanya. 

Even i bought extra nasi dari ayamas seemed my SIL kata sedap lagi nasi i. 
amboiiii..
kembang semangkuk Mak Bedah. 
tapi memang betul lah.
tak percaya u all kena buat sendiri. 
tapi dengan SYARAT guna BERAS WANGI. 
kalau BRASMATI tak mungkin menjadi cam Ayamas.
so my idea pun boleh guna tu kan. 
kalau malas nak goreng2 ayam lah. 
guna je Ayamas. 
jimat masa sangat. 

cliks..cliks