siapa suka laksa.
ada macam2 laksa kan.
siapa suka LAKSA JOHOR.
saya sukaaa..
of coz lah kan.
coz m Johorean.
gituuuu.
and hari ni i nak share sikit recipe LAKSA JOHOR yang jadi favorite kami sefamily.
tapi tak lah selalu sangat i memasaknya.
ini pun 2 hari tangguh menangguh tau.
buat separuh masuk balik peti.
besok keluar balik then tak jadi.
hehehehee..
maklumlah kerja2 nya agak renyah.
dari awal membuatnya pun agak leceh kan.
nak rebus ikan lah.
nak kena siang ikan lah
nak kena kisar ikan lah.
then nak kena kisar segala mala perabah dia lagi.
then presentation nak kena cantik lah kan.
baru lah makan pun berselera kan...
kuah kena pekat.
Kalau orang Johor dulu2 lah selalunya suka makan laksa ni menggunakan tangan.
tapi i tak suka sebab i suka kuah lebih punya lah.
enak banget loooo..
kena ada sambal belacan.
tapi kali ni i malas nak buat sambal belacan.
i guna kan Sambal Ijo je yang memang dah sedia ada.
malas nak buat sambal belacan sebab kat rumah memang ramai tak makan sambal belacan.
so tak perlu bazir masa nak mengisar atau menumbuk sambal yeee..
Laksa dah siap.
jom hidangkan.
sila lah makan.
licin semangkuk ye..
Anyway i nak share the recipe dengan you all.
ikut style i lah.
Bahan2:
2 keping isi ikan tenggiri - direbus dan dikisar halus
3 biji bawang besar medium size je - dikisar
1 biji bawang besar - dihiris nipis (optional)
8 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 inci kunyit hidup - dikisar
3 kuntum bunga kantan - dipotong nipis
1 kuntum bunga kantan - dibelah dua atau 4
5 tangkai daun selasih - tak perlu dipetik2 daunnya
5 tangkai daun selasih - tak perlu dipetik2 daunnya
100 gm kerisek
2 keping asam keping
6 sudu besar cili blend
4 sudu besar (bukan rata ukurannya) serbuk kari daging
300 ml santan kotak
gula melaka sekeping
garam
chicken stock
nampak hirisan timun yang i sediakan tu.
kena berhalus cam ni lah baru ada seni memakannyakan.
tapi sebenarnya ikut suka memasing lah.
kalau yang suka simple2 tu potong lah cam ne pun.
tapi kalau boleh timun tu dibuang empulurnya.
so tak lah berair2 gitu nanti.
Hiasan pada laksa
timun dipotong membulat dan nipis
taugeh
bawang besar dipotong membulat dan nipis.
limau kasturi
daun selasih *
daun kesum *
* dua2 daun dicampur bersama dan diracik halus.
sambal belacan ikut selera sendiri lah ye.
( i akan gunakan 4 cili besar merah, 4 cili api, dan sikit belacan dibakar dan ditumbuk halus)
Cara:
1. Tumis bawang besar yang telah dihiris sampai agak layu.
2. Masukkan bahan yang dikisar halus dan tumis hingga agak kering.
3. Masukkan cili blend dan tumis hingga naik minyak.
4. Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga naik minyak.
5. Masukkan hirisan bunga kantan dan tumis sampai kering.
6. letakkan sikit air ke dalam tumisan supaya tidak hangus.
7. masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi.
8. Masukkan santan dan gaul rata.
9. tambahkan sikit air ke dalam bahan tumis.
10. tambah air tapi jangan terlalu cair.
11. masukkan gula melaka
12. masukkan kerisik
13. masukkan bunga kantan yang telah dibelah 4, daun selasih, dan daun kesum.
14. tunggu mendidih sikit then masukkan asam keping, garam dan chicken stock.
15. dah siap.
tengok kuah yang sudah i sediakan ni.
dari recipe yang i share kan kat atas ni boleh lah serve untuk 10 orang.
kalau dicairkan sikit lagi boleh makan untuk 15 org.
makan kenyang tau.
bukan makan yang cam kita order kat kedai tu tak boleh tambah2.
Allahu... sedapnya... kecur meleleh hati ni, dh lama x mkn... thnks for shring this recipe, nak try buat la...
ReplyDeletebuat sikit2 je.. kalau ikut lebih kurang cam akak buat ni pun dah jadi tu..
Deleteohh macam ni ya laksa johor..sekali tengok macam kari..
ReplyDeletesy suka laksa penang n laksa sarawak^^
Kari mmg ada pakai.. macam laksam tp pedas dan berkari.
Deletebetul tu. tp kalau dah teringin tu mmg kena gagahkan jugak lah..
ReplyDeleteSedapnyaaaaaa.. Tqs for sharing Kak Yan
ReplyDeleteNo problem dear. nnt melaksa lah yee..
Deletesedapnya! thank you sharing, insyaallah boleh cuba :D
ReplyDeletecuba ye.. rasa2nya tak nyesal lah tu.
Deletesedapnya laksa Johor! feveret saya ni..tapi blom pernah masak sendiri kat rumah, kalau teirngin nak makan, mintak akk tolong buat..tq share resepi:)
ReplyDeletekalau nak buat, buat sikit je dulu.. or buat paste dia je dulu. then nak makan dilutekan je sikit. rebus spaghetti dah boleh makan dah.
DeleteHaishh, my fav ni kak tapi macam akak juga la, nak membuatnya tu bercinta. Next time boleh try resipi akak lak. Selalu ikut resipi azie kitchen.
ReplyDeleteboleh je. buat sikit2 je dulu.. mmg renyah buat dia ni kan.
Deletesedapnye...dah lama xmakan...haah kan...kalau makan dengan tangan...kuah xbanyak....
ReplyDeletekena buat lah tu. tak biasa sangat makan pakai tangan. even mmg orang johor kita ni.
DeleteKuah laksa johor ni rasanya hampir sama dgn rasa kuah laksa pedas terengganu cuma kuah laksa terengganu lebih cair, tapi kami guna isi ikan sardin jr.
ReplyDeleteCara potong timun tu saya tau, sbb saya peenah duduk dgn mak sedara di johor dorg selalu masak laksa johor ni.
oo baru tgk youtube.. cuma laksa johor ada tambahan kerisek dan daun2 spt daun kesum n daun selasih. daun selasih ni kena ada baru naik bau dia. maybe itu a bit different lah kot. plus kena makan dgn spaghetti.
Delete