cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Monday, March 29, 2021

Tomyam Udang dengan Homemade tomyam paste.




Dah lama i tak update here. 
macam hal jadi dalam my life recently. 
so mood menulis or bergembang di sini agak merudum. 
bukan pasal tak de mood ke apa. 
tapi lebih kepada macam busy sikit. 
so all the sudden bila nampak hasil gambar2 yang ditangkap ada di Google Photo terus i plan nak menulis sikit lah. 
sekurang2nya ambik mood nak menulis ni.
bukan nak cerita apa sangat. 
so pelan2 kita sembang ye. 

dah makan tengahari ke?
plan nak masak apa tu?
ini cerita i semalam. 
i cooked for our lunch. 
masak apa ek?


well kalau ada lah daun ni.
Daun Ketumbar dengan udang i rasa yang paling sesuai adalah TOMYAM. 
dan i gunakan   MY HOMEMADE TOMYAM PASTE
dijamin halal.

i memang suka daun ketumbar. 
siap buat ulam lagi. 
then last 2 weeks i balik kampung Kuala Selangor. 
so kita borong udang laut fresh. 
my SIL jual RM50.
udang laut. 
udang fresh.
udang reasonable price. 


Ini lah rupa pengakhirannya. 


Ada ulam. 
termasuk lah daun ketumbar. 


Baby Kailan Oyster.
Fresh2. 
takat i gorengkan bawang putih dan halis. 
bagi hangus sikit. 
then masukkan kicap dan oyster sauce. 
then gaul2 sayur. 
jangan layu2. 


tak sah Tomyam tak de Telur Dadar kan. 
kita buat sikit. 
memula i goreng kan bawang putih seketul2 gitu.
then bila agak garing baru i curahkan bancuhan telur dgn bawang besar.
gorengkan tanpa cili. 


my tomyam banyak sayur. 
udang sorang seketui mana yang besar. 
kalau sedang2 sorang ambik lah 2 ekor. 
puas hati makan. 


my own tomyam. 


tak payah makan apa dah. 
hirup dia je. 
i masukkan nasi setakat 2 sudu je. 


dap ehhh. 


udang makan sekor besar2 best sungguh lah. 


alhamdulilah. 
syukur. 
segar je tomyam. 

tak lama lagi nak puasa dah kan. 
so i dah plan nak buat tomyam paste lagi nanti. 
boleh lah kita bertomyam nanti ye. 
insyallahh. 

 

Friday, February 26, 2021

LEMPENG KELAPA my style my version




dah minum petang semua?
makan apa?
apa kata kita buat Lempeng Kelapa.
Sedap sungguh lah kan. 
tapi sedap pada orang yang suka lah kan. 
hehehehe..


this is my Lempeng Kelapa. 
Sure selang 2 3 minggu i akan buat. 
favorite semua di rumah ni. 


nak buat my style tak?

Bahan:

3 cups tepung gandum
5 cups air
1 cup kelapa parut
i cup santan pekat (i pakai santan kotak je).
2 TBS gula pasir
1 TBS garam

Cara:

1. kacau semua bahan hingga sebati.
2. panaskan pan sederhana.
3. ambik sesenduk batter then lenserkan ke pan yang telah diletakkan sikit minyak. 
4. dah siap. 


tengahari tu pulak i masak simple je. 
ada SAMBAL TELUR PECAH dan ASAM PEDAS AYAM. 
ada SAYUR KENTANG SUUN dan TELUR MASIN. 


jadiiiii..
kita gu kan lah dengan LEMPENG KELAPA tu. 
sedap weiii. 
mencicah ASAM PEDAS AYAM tu memang superb. 
betul tak. 
eeee...
sodapp. 


then ada gak SAMBAL TELUR PECAH..
perghhhh.

So waktu PKP ni memacam yang difikirkan. 
berat rasa kotak kepala ni kan. 
esp bila membabitkan financial. 
serba tak karuan. 
tapi kena ikhlas lah. 
kena redha. 
ALLAH buat kerja dia. 
berserah je lah..
so jangan fening2. 
jom kita melempeng.

Wednesday, February 24, 2021

My sweet fingers - bunga2 dulang, potpouri dan sirih junjung moden.





Gambar introduction setelah sekian lama tak mengubah. 
cantik tak?
hehehehee..


Dah lama sungguh tak melembutkan jari jemari yang dah mula kaku ni. 
dah lama tak gubah mengubah. 
dah lama tak buat exclusive hampers sempena hari raya. 
dah terdetik di hati nak kemaskan my workshop.
kira nak tutup buku lah. 
hajat hati nak sedekah je lah kat sesiapa yang berminat nak mengubah2 ni.
banyak ribbons yang cumel ada dalam my collection. 
nak mengemasnya tu asyik bertangguh. 
then all the sudden masa i kat dapuq dapat call.
"Kak boleh tak gubahkan bunga dulang".
"kakak saya nak akak gak yang buat".
permintaan dari kawan yang boleh dikira hampir separuh dari adik beradik nya kalau nak menikah selalu menempah hantaran dari i. 
bila permintaannya tu agak simple i bersetuju even short notice je. 
almost a week je sebelum nak collect. 
sabar je kan. 


so i ajak lah Abang Irfan ke AEON nak cari bunga2an. 
need helper lah kan. 


nak yang warna putih2. 


jenuh lah mencari dan memilih. 
bunga yang dihajati tak de. 
nak cari ke tempat lain mungkin agak susah musim COVID ni. 
akhirnya ambik lah yang similar dgn apa yang diinginkan. 


so dapat lah bunga yang sebegini. 
dah i gubahkan lah untuk dijadikan bunga dulang. 


ok kan. 


nak nya cuma 6 jambak saja. 


simple je gubahannya. 
kejap je i siapkan. 
tak sampai setengah malam selesai. 

then pengantin mintak gak dibuatkan bunga tangan. 


since bunga dulang tu dah putih2 sangat.
then hand bouquet tak nak lah warna putih2 lagi kan. 
even nak guna waktu nikah. 
so to make it cantik dan berseri i guna kan warna bunga yang macam ni. 
ada pink2. 
ada orangy2. 
biat menarik. 


campur2kan dengan bunga kecik2 tu. 



i tambahkan dengan kain lace di bahagian pemegang. 
so dah settled lah apa yang dimintak. 
since tak de apa yang boleh diberi sebagai hadiah buat pengantin i decided to make bunga rampai modern mengguakan potpouri dan boleh diberi pada pikah lelaki sewaktu majlis akad nikah nanti. 
payah lah untuk i guna pandan sebagai bunga rampai. 
then ada banyak lagi bunga kering dalam simpanan maka i berhajat nak buat. 


masih banyak lagi. 
so sesiapa yang nak buat potpouri nanti boleh je i buatkan. 


then i ada this. 
i pun tak tau nak panggil apa. 
nampak cam cartoon2 gitu kan. 
but it is so cute to my eyes. 


ada berjenis ribbons. 
so ambik this color. 


tak de kain net. 
dah habis. 
i guna je dolly paper. 
kena creative lah kan. 


tepek kan cam ni. 
pandai2 lah. 


pengantin tu dah i bubuhkan sikit penyeri. 
letak lah bunga plastic kat situ. 


tadaaaa..
dapat lah i buat kan sebanyak 24 batang. 
katanya pihak lelaki dalam 20 orang. 
ok sangat lah kan. 


ingat dah settle. 
ya ampunnnn.. 
selesai bunga rampai baru i teringat yang depa ada tempah 1 simple bouquet untuk sirih junjung. 
waduhhh.. 
bunga2nya tak ada. 
terpaksa sekali lagi i ke AEON. 
pergh..
malas sungguh nak keluar. 
tapi kena gak lah kan. 
dah i sambar je lah mana ok. 


ini lah hasilnya. 
nanti bila dah dapat kat diarang tinggal selitkan sikit daun sireh. 
then lepas ni pengantin boleh je guna sebagai hiasan di rumah. 
so tak membazirlah kan. 
i guna je kotak kayu yang ada dalam simpanan i. 
guna je yang tu. 
still nampak cantik kan. 

waktu bagi tau nak bagi hadiah bunga rampai merayu lah pulak mintak dibuatkan another potpouri untuk majlis doa selamat berkhatan. 
pulak.. 
alhamdulilah i pun menggali2 lah kain2 yang ada. 
dapat lah gak kain net yang terselit2. 
nak dalam 30 potpouri. 
i kata i cuba. 
color up to me. 


tadaaa..
kita guna warna chocolate. 
banyak ribbon kaler ni yang masih tak terpakai. 


siapa yang dapat boleh lah gantung di mana2. 
kereta pun ok. 
dalam bilik pun ok. 


i just bought Teddy's Dream dari Lovely Lace. 
wahhh..
sedapnya bau dia. 

Syukur majlis dah berlangsung January 8, 2021 lepas. 
pengantin happy sangat. 
i pun happy gak lah kan. 
alhamdulilah jemari i masih lembut. 
tetiba rasa tak nak bagi kat orang lah apa yang i ada tu. 
simpan dulu. 
mana tau ada majlis aqiqah ke nanti . 
ecehhhhh. 
insyallahhhh..

* i ada gak blog for my sweet fingers ni. 
boleh tengok SINI ye. 
cuma blog ni memang tak terjengah since long back. 

Monday, February 22, 2021

Ginger Drink



nak buang angin liar dalam badan. 
moh kita buat cenggini. 
kalau dulu i hate ginger. 
tak suka sangat. 
tapi bila tau khasiat dia i terus mencuba. 
then gradually i suka. 
so i nak share one drink which make badan u selesa. 
buang angin je. 


i guna halia tua. 
i hiris2kan cenggini.
i tak buang kulitnya. 
tapi bersih kan betul2. 
i siap guna berus. 
masukkan air dalam 3 cawan. 


i ada gula melaka. 


i tak nak terlalu manis. 
masukkan separuh je. 


rebuskan sampai mendidih. 

then sejukkan..
kalau i, i suka yang masih hangat2 tu. 
sedappp..

ok.. selamat mencuba...


Saturday, February 20, 2021

My homemade Pandan Kaya dengan Cakoi.



hari ni i nak share my style my version of Pandan Kaya. 
tapi sebelum tu i nak share about the cakoi which i bought from one couple ni. 
the husband is a Kashmiri yang ada buat tour ke Kashmir last time. 
then nikah dengan orang malaysia and now tinggal di Malaysia. 
since tak buat tour due to this wabah dia pun rajin lah menjual itu ini. 
just to support him n his wife i beli cakoi dari dia. 
dia tolong family wife dia kot cam tu lah.  

so i bought  2 packs cakoi. 
1 pack ada 8 sticks of cakoi and cost me about RM10 per pack. 
for me the cakoi not bad. 
sedap lah. 
i tak pandai nak judge sebab i terlalu jarang makan cakoi yang jual kat gerai2 tu. 
sebab i tak tahan dengan bau minyak dia. 
so bila beli yang frozen ni ok gak lah. 
sebab i pakai minyak tak ulang2. 
still fresh lah. 


beli 2 packs dapat 1 dip dia. 
but i have to be franked lah kan. 
the dip not so good. 
watery. 
tak macam yang biasa dijual lah. 


i buat minum petang. 
ada Kopi Ratu kat situ. 
ada cakoi dan dip nya. 
and ada my PANDAN KAYA.


i lebih suka makan this cakoi dengan my Pandan Kaya. 
i prefer the cakoi makan dengan my homemade Pandan Kaya. 


memang best. 
sooo shedapppp. 


ni i makan dengan roti. 
makan dengan apa pun sedap lah. 
i share the recipe. 
tak nyesal kalau buat sendiri. 
malah puas hati lah. 
i dapat recipe ni dari whatapps yang dipanjang2kan. 
so i forgot siapa punya recipe asal ni. 

i pun improvised kan sikit the recipe. 
not 100% dari asal. 




Bahan

1 tin of air pandan ( guna 4/5 helai daun pandan tua dikisar halus).
1 tin susu cair
1/3 tin air 
2 TBS susu pekat. 
1/2 tin gula pasir. recipe asal 1 cup then adjust ke 3/4 cups. 
1/2  TBS garam
3 TBS tepung jagung.

Cara

1. air pandan dikisar dan ditapis. 
2. campur kesemua bahan di atas sehingga merata. 
3. jerangkan atas api dan kacau sentiasa. 
4. kalau nak pekat kacau dalam jangka waktu 45mins.
5. kalau nak watery dalam 20mins atau sehingga adunan melepuh2.
6. sejukkan seketika then masukkan ke dalam bekas yang telah disterlize kan. 

selamat mencuba.....

Tuesday, February 16, 2021

Tau Fu Fa Jelly with Cincau My style my version.




Almost 2 weeks kan kita alami cuaca panas membahang. 
rasa2nya ada sekali kot hujan di malam hari. 
tapi tak lama pun. 
pagi hari dah terasa bahang kalau berada di luar rumah. 
badan jadi lesu, letih, lembik kalau outing even in short time. 
i lah tu. 
keluar beli groceries tak sampai 2 jam pun balik sakit kepala bawak sampai ke malam. 
serba tak kena. 
rumah AC 24/7 pun masih tak rasa sejuk. 

so since dah panas2 ni tekak pun rasa kering je. 
rasa nak minum or makan benda sejuk2 lah kan. 
as a dessert lover i mmg suka prepared any kinda dessert lah. 
tapi tak boleh bebanyak. 
kalau tak memang ke tong sampah lah. 


so hari ni i buat benda ni. 
Tau Fu Fa Cincau Jelly. 
simple sangat buatnya. 


dah tak keluar ke pasar malam dan dapat makan Tau Fu Fa kita buat ala2 lah ye. 
Jelly type of coz tak sama dgn Tau Fu Fa pasar malam. 
texture of coz berbeza. 


yang penting dapat buat dan dapat makan. 


Semak2 almari stock i ada Jelly Strips. 
so i pakai yg tu je. 
ada Jelly Powder tp tak nak pakai lah. 


Jom tengok recipe nya. 

Bahan

5 strips jelly strips. 
2 SB gula pasir. 
2 caw air
2 caw air soya kotak any brand. 
sikit flavored cincau. 

Cara

1. basuh dan jerang jelly strips bersama air.
2. masukkan gula pasir dan biarkan larut semua hingga mendidih. 
3. Kemudian masukkan air soya dan kacau rata. 
4. let it boil for awhile. 
5. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. 
6. potong dadu cincau dan letakkan dalam bekas acuan. 
7. Perlahan2 tuangkan air soya ke dalam acuan yang berisi cincau. 
8. let it cool sekejap dan masukkan ke dalam fridge. 

Air gula melaka. 

1 buku gula melaka dimasak bersama 2 caw air. letakkan sikit daun pandan dan secubit garam. 
biarkan mendidih dan sedikit memekat. 

Serving

Keluarkan jelly ke dalam bekas dan curahkan air gula. Hiaskan dengan longan atau Lychee. 
ahhhhh sedapnya...


SELAMAT MENCUBA...

 

cliks..cliks