cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Tuesday, April 26, 2011

Bibik Is

Ada perasaan pelik ke tengok photos di bawah? Emm.. i just wanna share with you guys about this thing. Ceritanya bermula dari seorang bekas bibik. Bibik ini adalah bibik yang ke 4 berkhidmat dengan i sefamily. Beliau adalah Iswatun Khasanah. Orangnya tak lah lawa mana. Kulit nya gelap, kurus melidi je, dan rendah. TAPI mulia hatinya itu yang tiada tandingan. Beliau ni tak panjang jodohnya dengan kami. Setakat 11 bulan. Tapi dalam masa 11 bulan ni lah, beliau benar2 menambat hati kami sekeluarga. Bukan minyak penunduk atau ilmu hitam yang digunakan.

Tapi beliau seorang yang patuh kepada ugama. Boleh mengajar anak - anak sholat dan mengaji.. Sholat duha langsung tak tinggal... Lembut menghadapi karenah anak - anak... Anak yang agak degil boleh lembut hatinya.. ALHAMDULLILAH.. Sampaikan anak - anak kalau mau ke sekolah boleh mencari Bibik untuk bersalaman.. Perkataan yang dikeluarkan memang ternyata tulus ikhlas. As i said, jodoh tak panjang. Beliau terpaksa balik ke Jawa Tengah atas masalah kesihatan suami nya.. Berat hati, tapi terpaksa kami lepaskan.. Bayangkan i boleh menangis bila kami nak berpisah. Hati kaudu i ni boleh jadi lembut..

Walaupun sudah berpisah, kami tetap berhubung kerana beliau telah i berikan tips bagi menambah pendapatan dengan membekalkan tenaga pekerja dari sana.. - PEMBANTU RUMAH lah... ALHAMDULLILAH usahasama kami ini telah berlanjutan sehingga sekarang. ALHAMDULLILAH jugak pembantu - pembantu yang dibekalkan oleh Bibik Is ini baik - baik belaka. Tapi adat lah.. ada gak dua tiga yang komeng. Tapi itu normallah.. Almost 40 plus dah masuk, yang buat cerita takat 3 orang.. Kira ok lah kan..heee...

Ok..disebabkan keakraban kami ini lah, semasa pembantu rumah i bercuti i telah berusaha membawa Bibik Is datang semula ke Malaysia atas tiket pelawat dan bekerja dengan kami setakat sebulan sahaja..ALHAMDULLILAH dan bersyukur sangat atas kerjasama dan kerelaan suami beliau yang mengizinkan dan terpaksa berpisah selama sebulan di bulan ramadan dan syawal. Satu lagi yang membuatkan kami agak rapat adalah keperihatinan beliau atas keluarga kami.. Selalunya sekiranya ada apa - apa masalah dalam keluarga, beliau sekeluarga sering merasakannya. Kenapa i cakap begitu? Pasal, setiap kali itulah beliau akan menelefon i dan bertanyakan khabar. Dan bila i nyatakan apa masalah kami, beliau dan suami akan bersholat hajat selama 3 hari 3 malam bagi mendoakan kesejahteraan kami. I m so touched.

Disebabkan keakraban ini jugalah dengan senang dan relahati i mengirimkan sedikit wang buat beliau. Sudah lama i berhajat untuk bersedekah kepada warga miskin, anak yatim dan janda - janda di bumi Kendal, Jawa Tengah. Bukan tak ada semuanya ini di sini. Tapi i rasa lebih terpanggil untuk berbuat demikian di sana. Bukan tujuan i ingin menunjuk - nunjuk di sini. But i wanna share something. Bayangkan duit yang i sedekahkan itu bukan lah banyak mana..Setakat RM 500. Tapi sambuatannya amat luar biasa. Duit yang diberikan dapat diagihkan kepada anak yatim seramai 50 orang, janda - janda dijemput ke rumah beliau seramai 23 orang, dan juga sedikit fakir miskin.. terharu sangat.

Beliau berhempas pulas mengusahakan majlis in dengan memanggil kiai yang memang terkenal di daerahnya dan dibacakan nama i and hubby dalam doa mereka.. ALHAMDULLILAH majlis berjalan lancar. Isteri pak kiai bercakap dengan i dan mengucapkan terima kasih.. I terus jawab sedikit sangat yang i hulurkan.. Tapi katanya, INSYALLAH yang sikit itu dapat dikongsikan bersama mereka.. ALHAMDULILAH..

Sbagai menghargai usaha Bibik Is i nak jadikan majlis ini suatu kenangan, maka i jadikan N3. Bayangkan 4 keping gambar yang dikirmkan kepada i telah membelanjakan sebanyak Rph30,000. kira - kira RM18 lah kurang lebih... Pada beliau banyak benar lah tu.. Kita???? heran ke dengan RM18 tu. So, terfikir dalam kepala, betapa i yang suka sangat bershopping.. duit shopping tu agaknya boleh dibuat makan setahun oleh 4 atau 5 family agaknya. Ehh....tapi tak pe lahh.. shopping tetap shopping, i akan terus menghulurkan seberapa yang i termampu bagi kegembiraan insan yang memerlukan..hee...Tak insaf langsung. Sama - sama lah kita berdoa agar ALLAH tetap membuka pintu hati i ini untuk membantu tak kira walau bila, di mana mereka atau siapa mereka.

Jom tengok gambar...
.
Para jemputan yang datang ke majlis kenduri Bibik Is. Sampai duduk - duduk di luar rumah tu.
Di dalam rumah pun agak ramai. Ketika ini pak kiai sedang membacakan doa..
Bibik Is terpaksa meminjam dapur tetangga untuk menyediakan juadah buat tetamu.. Tu dia.. Masakannya seperti nasi ambeng. Mereka bergotong royong. Atas tanah je tu..
Kalau tak silap juadahnya adalah Nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng, sayur, mee, dan mentimun. Ayam merupakan makanan mewah di daerah mereka. Hanya ada waktu raya sahaja... itu pun tengok keluarga juga.
Kaum janda yang hadir seramai 23 orang. Tapi tak semua dapat diphoto..
ALHAMDULLILAH selamat sudah majlis yang dibuat. Sekali lagi i tegaskan di sini bukan tujuan i untuk menunjuk - nunjuk. Tapi nak share sedikit kegembiraan ini. Sikit bagi kita tapi begitu besar bagi yang memerlukan.. INSYALLAH kalau ada rezeki i teringin nak ke daerah ini. Nak jengah rumah anak - anak yatim yang terlibat. Nak pegang kepala anak - anak yatim tersebut. INSYALLAH. Doakan ye panjang umur i, sihat badan, jejak kaki i sekeluarga di sana.

Satu lagi i nak share. My Kashmiri fren ada bagi tau kat i, last Friday sewaktu Jumuah, the imam yang dijemput dari daerah terpencil (kawasan sempadan ) memberitahu bahawa masjid di kampung beliau telah dibakar akibat masalah perkauman. My fren kata kalau i nak donate something bolehlah..So, if rakan blogggers tergerak hati nak donate sama, maybe i boleh salurkan bersama.. Tak banyak sikit pun tak pe katanya.. INSYALLAH.Kalau ada sesiap berminat, boleh call or contact me di email ye.. No obligation.. SHARING IS CARING kan..

I edit sikit..
Since Kak Seroja request the cct num, i publish kan kat sini ye.. Tapi kena masuk acct i dulu lah ye..INSYALLAH i akan sampaikan...
AZIAN ELIAS
CIMB BANK
12050000537108
Kalau dah bank in, bagi tahu ye..

64 comments:

  1. hurmm..insaff kak...ktrg dah la asik² soping...mbazir je kn..org lain mkn pn kdg² x ckup...[sbnrnye dah lama insaf, tp x leh nk ubah la] ehehe

    ReplyDelete
  2. haah... ai pun insaf. baik betul bibik is sekeluarga ye kak. siap buat solat hajat. bagus betul. beruntung la kak yan

    ReplyDelete
  3. tersentuh sangat.... kan bagus kalau semua bibik macam ni... mesti bibik is... tak boleh diganti dengan bibik2 yang lain... patutla kak yan susah nak lepaskan...

    ReplyDelete
  4. memanggg tak sangka la dgn rm500 tu blh buat kenduri besar2an kan kak..
    klu kita kat sini makan riban2 ...

    ReplyDelete
  5. simpati ngan nasib dieorang... tu la pasal... kita ni selalu alpa dengan kesengan kita kn :(

    ReplyDelete
  6. Sangat tersentuh kakcik membaca coretan ini. Yan publishlah no akaun bank - senang bagi yang ingin turut menderma menyalurkan sumbangan. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  7. Tersentuh hati. Teringat bibik saya yang dua orang tu yang lari ikut lelaki.

    Suami dah serik tapi saya memang tak larat rasanya. Rumah kena kemas seminggu sekali. Bertuah Kak Yan.

    ReplyDelete
  8. bertuah kak yan sbb dapat bibik mcm tu...siap buat solat hajat bagai...semoga rezeki kak yan, bibik is dan para ibu tunggal di sana sentisa dimurahkan rezeki...amin...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak:)

    Sejuk hati baca al-kisahnya..

    Moga akak sentiasa dimurahkan rezeki dengan bantuan yang dihulurkan ..:)

    ReplyDelete
  10. besarnya nilai rm500 kita kat sana ye kak yan

    kita kalau shopping kat sini, setakat rm500 tu, sekejap jer abes.. huhu

    ReplyDelete
  11. Bak kata orang, orang memberi kita merasa.

    Bila kita memberi, dan ada yang menerima, terasa suka dan lega. Seronoknyaaa..

    Bertuah U pernah mendapat pembantu sebaik IS tu. Dan lihatlah, bila kita ikhlas, dia pun ikhlas dgn U semula.

    *Sudah salin dlm hp no akaun. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  12. untung nya akak dapat bibik sebaik bibik Is... dapat panjangkan lagi silaturrahim sampai begitu sekali... tumpang gembira...

    ReplyDelete
  13. Ya Allah kak yan..fida pun tersentuh baca entry ni.
    Moga Allah lipatkan lagi rezeki kak yan sekeluarga, insyaAllah...

    ReplyDelete
  14. "alhamdulillah baik dan murni hati bibik is tu..tapi sedih lah sbb bibik is kena balik...tp tindakan kak yan selalu berhubung dgn bibik is mmg sagt terpuji,apatah lagi membantu ibu tunggal dn ank2 yatim kat kg bibik is.."

    ReplyDelete
  15. Sha,

    tulah kan.. tp tk pe lah kan kita ada niat nak sedekah sikit2 tu pun kira insaf lah kan..heee..teruk kan akak ni.,

    ReplyDelete
  16. ALHAMDULLILAH Nieza.

    akak mmg beuntung sangat.. anak2 syang kat dia.

    ReplyDelete
  17. Dwaty,

    of course tak ada ganti.. Sampai la ni pun tak ada ganti..

    ReplyDelete
  18. Tulah ye Sz..

    akak bila ingat2kan, rasa regret. Tp akak harap dgn apa yg akak hulurkan sedikitsebanyak dapat membantu.

    ReplyDelete
  19. Taufiq Arifin,

    semuga kita sentiasa diberri kesedaran oleh ALLAH.. INSYALLAH.

    ReplyDelete
  20. Tulah kan kak..

    ooo saya edit dah kat n3.. INSYALLAH kalau ada yg sudi, saya berterima kasih dan amat menghargai.

    ReplyDelete
  21. Tulah Azrina, dalam bab maid ni mmg ikut untung nasib lah.. Pening kalau main lelaki tu.. Parah kita.

    ReplyDelete
  22. INSYALLAH Wahida.

    akak amat2 berterima kasih bila diberikan manusia sebaik Bibik Is.

    ReplyDelete
  23. Waalaikumussalam Tini.

    INSYALLAH mudah2an ye.. Sama2 kita berdoa.

    ReplyDelete
  24. Tulah kan Hanie.

    kita ni kalau dah bershopping, memang tak hengat.

    ReplyDelete
  25. Betul apap yg u cakapkan AA..

    oo pasal acct tu, tq ye.. mudah2an berjalan lancar.

    ReplyDelete
  26. Ye lah Maria. Akak amat bersyukur..

    Harap ramai lagi yg berhati mulias mcm beliau.

    ReplyDelete
  27. TQ Fida..

    akak yg rasa amat bersyukur dengan keikhlasan hati Bibik Is tu..

    ReplyDelete
  28. ALHAMDULLILAH Piasara.

    ALLAH lorong kan akak menolong Bibik Is dari segi tu.. Rasa terbalas..

    ReplyDelete
  29. Alhamdullilah kan sis...bila dapat yg baik mmg kita hargai sangat sangat..moga bibik diberi kesihatan yg baik n sejahtera....hmm sue nii bibik nak balik nii...yg da apply lom sampai ..tak tahu lee cammana nanti..harap2 n sentisa berdoa dapat yg menyenangkan,baik budi bahasa....yg penting anak anak selamat masa sue keluar keja tu jeee....

    ReplyDelete
  30. Akak mmg bersyukur sangat. Moga2 beliau sentiasa dirahmati ALLAH.

    nank dapat yg baik mmg belum tentukan Sue. Tapi bertawakal saja lah.. INSYALLAH.

    ReplyDelete
  31. Alhamdulillah tercapai jua hajat. terharu tgk pic nie...

    ReplyDelete
  32. beruntung Yan dapat kenal Bibik Is

    moga usaha murni Yan dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah untuk terus dpat dikongsi bersama yg memerlukan

    ReplyDelete
  33. ALHAMDULLILAH Kak Aya..

    saya bersyukur sangat..

    ReplyDelete
  34. INSYALLAH ibuintan,

    saya tak mengharapkan sebarang balasan . Moga ALLAH memberkatinya..

    ReplyDelete
  35. besar betui jumpah 500 ratus tu
    bagi mereka semua..

    kalau kita sini..utk sekali shopping
    bulanan jek...tu pun tak leh sampai
    sebulan pun

    semoga bertambah murah rezeki kak yan

    ReplyDelete
  36. Alhamdulillah Kak, semoga rezeki Kak Yan sekeluarga sentiasa dimurahkan Allah SWT...Nanti, bolehlah minta tolong Kak Yan untuk carikan maid from Indon yer

    ReplyDelete
  37. kadang2 tu kita tak sedar yang ramai lagi lebih susah daripada kita, ada juga antara kita akan merungut terkurang ini ke itu ke..
    kalau kita sentiasa bersyukur tentu kita tak mudah mengeluh..
    semoga kita akan sentiasa dimurahkan rezeki yg halal..

    ReplyDelete
  38. Betul tu Ati. kita rm500 tu macam main2 je kan..

    tq ati.. INSYALLAH.. sama2 kita doa ye..

    ReplyDelete
  39. Gina,

    ALHAMDULLILAH.. mudah2an ye.. Sama2 kita doa..

    ReplyDelete
  40. Kita ni manusia lemah LK.. Harap ALLAH beru kita kesedaran dan sentiasa di bawah peliharaannya..

    ReplyDelete
  41. Kebaikan kita bila dihargai,kita akan tersentuh.

    ReplyDelete
  42. uiii mane nak dpt bibik camtu skang ni?? mmg susah la if ade pon 1 dalam 1000 kot...

    i'm touching..bila camni..barula rasa ramai lagi org yg tak bernasib baik dari kita kan kak..kita kat sini bazir je makanan..huhuhuhu :-((

    ReplyDelete
  43. Hello Yan, how you doin'? I enjoyed look at your very nice pics of the Bibik....Looks like everyone having a good time too.
    You have a nice day.
    Keep well.
    Lee.

    ReplyDelete
  44. Assalam Zmah,

    INSYALLAH kebaikan kita diterima ALLAH.

    ReplyDelete
  45. Rose,

    memang lah.. Akak pun asik ngecek je dia mai keje dgn akak. Tp yelah..org ada suami.. susah..

    kita ni terlampau berlebih2. Mereka sekadar alas perut je..

    ReplyDelete
  46. Hi Uncle Lee,

    i m fine tq.. How about u?

    She's too kind to me and family.

    ReplyDelete
  47. kak yan..ntry akak sungguh touching...sy doakan akak dapat g tempat bibik is tu ye...isyaALLAH.....semoga ALLAH bg akak kesihatan yg berpanjangan untuk buat amal jariah ni...

    ReplyDelete
  48. TQ Yan....

    sama2 kita doa ye.. INSYALLAH..

    ReplyDelete
  49. bertuahnyer dapat bibik-bibik yang baik.me macam takut dan serik untuk berbibikkk...sanggup biarkan rumah berselerak dari berbibik...

    yerlah bukan semua bibik dr indon neh jahat kan masih ada yang baik dan mulia hateynyer....

    tersentuh hati sy biler bc coretan neh.

    ReplyDelete
  50. syahdu betul bace n3 ni...rase insaf la pulak...kite kat sini bermewah2 kalau berbelanja...

    ReplyDelete
  51. CheNam Nam,

    akak mmg bersyukur sangat dapat maid yang cam tu. Mmg tiada galang ganti..

    tq kerana sudi membaca..

    ReplyDelete
  52. Ain,

    tq kerana sudi kongsi rasa.

    Moga2 ALLAH sentiasa melahirkan rasa keinsafan dalam diri kita..INSYALLAH.

    ReplyDelete
  53. betul kak

    dulu masa sy kecik pon maid jaga saya. da xtau la apa jadi. lost contact da.

    baik sangat.

    ReplyDelete
  54. Selaunya yg baik itu mengesankan kan Miss B..

    Akak sekeluarga mmg teringin lah nak ke daerah dia. INSYALLAH leh jumpa.

    ReplyDelete
  55. as salam,akak best nyer kalau dpt bibik macam tue...

    ReplyDelete
  56. as salam k.yan, untung dpt maid cam dia..baik sgt...

    semoga Allah mencucuri rahmat

    ReplyDelete
  57. kak yan, ni sha bg link recipe kerutup udang sha buat...

    http://sha-as.blogspot.com/2011/01/siri-dapur-bersepah-kerutup-udang.html

    slmt mcuba!

    ReplyDelete
  58. Seribu satu lah BSB.. Mmg rezeki akak kot..

    ReplyDelete
  59. ALHAMDULLILAH Umiey..

    berterima kasih sangat..

    ReplyDelete
  60. TQ Sha darling.

    Akak nak cubalah nanti. then tayang kat Sha lak..heee....

    ReplyDelete
  61. Assalam Sis muah..muah..muah
    rasanye inilah n3 sis yang paling menyentuh kalbu...uuwaaaaa...tapi part yg best sopin tetap sopin..waduuhh buk kedengaran sangat hebat yeah!!!...heheheh

    ReplyDelete
  62. susah nk dpt org yg berhati mulia mcm bibik tu. akk mmg bertuah sgt2. terharu saya baca sumbangan akk tu cukup besar bg derang kt saner.

    tp tergelak jg part yg mula2 tu mcm nk insap shopping, tp bak kata akk "shopping tetap shopping"

    ReplyDelete
  63. Walaikumusalam Cik Sue..
    muah..muah..muah...hee

    Kira akak leh wat novel tak? hee.. rasanya luahan paling dalam kot..

    Hee..shopping?? sinonim..

    ReplyDelete
  64. Syariza,

    kita tak leh mengukur nya kan.. INSYALLAH DIA lebih mengetahui..

    He...shopping jugak ye..hee..

    ReplyDelete

cliks..cliks