cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Wednesday, April 6, 2011

Bunga - bunga di Taman

Pagi ni nak hirup udara segar di luar rumah.. Lepas hantar the kiddos to school, i lepak kejap kat luar rumah.. Pandang kanan kiri, almost pokok - pokok kat tepi rumah i ni berbunga. Suka sangat.. Especially My Franggipani. Walaupun gambar - gambar di bawah ni bukan semuanya diambil pagi tadi.. jom layan dan cuci mata..
Seminggu lepas i tengok kembang nya cam ni lagi...
Kelmarin tangkap, dah kembang sangat cam ni.. Suka tengok
Ni pulak yang agak tinggi. Warna yang sedikit berbeza.
Yang ni ada di tepi kolam kecik. Memang rimbun. Sentiasa berbunga kalau yang warna putih ni.Orang cakap bunga kubur. I tak kesah. Penting bau wangi.
Yang ni lak ada di depan deck tepi kolam besar. Kalau berbunga memang banyak. Tapi kalau tak musim, dia togel je..Ada tiga lagi warna kat umah i ni. Tapi semput - semput bunga nya nak keluar. Kebanyakan yang warnanya kuning.
Yang ni kalau ada guests datang rumah dan balik agak jauh malam, mesti akan cakap" eh! macam bau bunga rampai orang kawin lah". Seram je kan.. Ni lah bau bunga Kesidang atau pun dipanggil Kerak Nasi. Suka sangat baunya..
Ada yang panggil Pokok Tikar Seladang atau Bunga Tikam Seladang. Seladang???Kat mana rationalnya, i tak tau..
Scientific name: Vallaris Glabra
Bunga Kenanga ni bila disentuh terus di kawasan tu wangi je.Especially malam...
Scientific name: Cananga Odorata. (macam odorono lak)
Masa kecik2 dulu i panggil pokok ni Santalia. Tapi sebenarnya bukan - Jeliti. Orang suka buat bongsai. I pun dulu teringin.. Tapi lama2 terfikir kenapa lah nak diubah nature dia.. Heee... So, now biar kan dia meliar..Ada panggil Water Jasmine.
Scientific name: Wrightia Religiosa
Akar Dani nama pokok ni. Jenis creeper. Dipanggil gak Ceguk atau Rangoon Creeper, atau Drunken Sailor. Memula berbunga, warna putih thne tukar pink. Wangiii...
Scientific name: Quisqalis Indica
Tu yang di menjalar ke pokok balak ke pokok pulai kat sebelah pagar tu.. Lawak gak, balak/pulai berbunga pink..
Bukan takat yang berbau wangi berbunga. Helicornia i pun tengah berbunga sakan. Macam - macam warna ada.
Helicornia pun ada banyak jenis. Tak tau nak panggil apa..
Scientific name: Helicornia Pogonantha
Suka gunakan daun dan bunga sebagai hiasan my big table.
Calathea Lutea
Banyak sangat bunga. Kalau tak silap dipanggil Sepit Udang.
Yang ni paling kedekut nak merebak. Kalau dulu kat kampung merebak satu kebun. Bila i tanam kat umah, My Mommy kata pasal apa lah tanam pokok hutan meliar ni...
Ada blogger cakap yang ni dipanggil Bunga Mak Datin. I tak tau apa nama betul nya..
Suka dedaun cam ne.. Bila berbunga, nampak lah bunga warna kuning nya..
Ok lahh cukup itu sahaja.. Ingat minggu ni nak p nursery.. Cari tanah.. Jadi ke tak yee...Sabtu dah ada benda nak kena buat.. Ahad kot.. INSYALLAH..

15 comments:

  1. wahh cantik! saya suka tgk bunga...:)

    ReplyDelete
  2. menjamu mata dgn bunga..memang riang hati dapat tengok bunga cantik kan?

    ReplyDelete
  3. nieza,

    kalau tgh kembang2 memang cantik sangat kan... Suka tgk

    ReplyDelete
  4. sayangsayangibu bagus for mind therapy. Relax

    ReplyDelete
  5. ooo..mcm tu rupanya bunga kesidang..ari tu ada makcik tanya..hehe

    bunga jasmine tu mcm bunga melor lah..yg selalu wanita india pakai kat rambut tu..

    aha..yg bunga mak datin tu mmg banyak kat rumah kass..hehe..tak taulah pasal ape nama nye camtu..emm..musykil..

    ReplyDelete
  6. bunga secantik dan sekembang tuan nya. aku pun nk tanam bunga cam gini kt umah baru nanti...jiwa kita byk persamaan.

    ReplyDelete
  7. Bunga kesidang tu mmg best sangat Nurkass.. Wangi.. macam bunga rampai.

    bunga mak datin tu yg paling tak tahan.

    ReplyDelete
  8. Na, hamboi kau..sedap2 kembang ye.. Sikembang franggipani tu mmg best tu tanam keliling rumah.. segar je..

    Dah pegi Lorenzo tak? nanti nyesal.

    ReplyDelete
  9. yan, sukanya tengok gambar-gambar bunga yang berkembang ni...rasa tenang je di hati...

    ReplyDelete
  10. kak aya, baunya pun semuanya wangi je.. suka sangat kalau semuanya berbunga.

    ReplyDelete
  11. Nurul, i dah lama tak jaga.. Campak je baja.. Now bibik yg tolong bela.. dah tak larat nak bongkok2..

    ReplyDelete
  12. kak...
    nama saintifix tu salah tulis...hehehe...nama yg kedua huruf kecik kak...(mentang2 la sy ajar pasal pasei bende nih...heheheh)

    ReplyDelete
  13. Alamakkk cikgu marah lah..

    akak tak tau tapi saja blasah je..hee

    ReplyDelete

cliks..cliks