cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Friday, June 28, 2013

Nasi Ambeng di kenduri arwah MIL

Kurang lebih dua minggu lalu setahun sudah my MIL meninggal dunia.. so seperti kebiasaannya lah kan akan ada kenduri.. sambil bersedekah tahlil sambil sedekah rezeki buat penduduk kampung. this time, majlis dibuat dibuat my SIL. dah namanya orang Jawa, maka Ambeng lah dijamu buat tamu.. Ari tu ada Pak T e m u k tanya, tak ada bontrot ke bila dah nak dekat puasa ni.. Ni jawapan nya Pak Temuk.. hee..


I ni kira macam mem je. heee.. mai - mai dah siap semua.. ye lah sebenarnya di rumah my SIL ni bila ada majlis kenduri macam ni semua kaum keluarga bergotong royong. Ipar duai my SIL memang ramai.. dah memang menu nya menu depa kan.  Nasi  Ambeng gitu... lebih kurang 15 talam disediakan.. 


bahagian dalam rumah pulak menyediakan kuih - muih dan buah - buahan.. 


kunun lah kata tolong kannn..heee.. alaaa.. i tolong potong kuih yang tak seberapa tu jeee... kalau majlis macam ni, ramai lah sedara mara yang contribute kuih muih.. sampai berloyang - loyang gitu. macam - macam ada.. 


disebabkan kuih yang agak banyak, maka disediakan macam ni. campur je.. letakkan 4 4 setiap piring. sebab  satu Ambeng akan dibahagikan kepada 4 orang.. 


sedapnya kuih Puteri Ayu tu..


ada Kuih Koci.. synonym dengan orang Jawa. 


ini yang i bawak.. i bawak je tau.. bukan buat. heee.. i beli kat Pasar 6.. sangat sedap... satu keping dalam RM3.. memang lazat..


kalau majlis tahlil di sini biasanya hanya dihadiri kaum lelaki. kaum perempuan memang tak ada.. kalau ada takat close family je..


almost habis je tahlil dibaca, Ambeng pun dikeluarkan..


nampak tu. dah bersusun... setiap talam, 4 orang.. 


tengok tu.. besides Ambeng, ada piring yang penuh dengan kuih muih.. ada buah - buahan gak.. kira nanti tamu hanya makan kuih - kuih je tau..nak tengok Ambeng tu cam ne?? (for those yang tak pernah jumpa lahh).


seeeee...itu lah Ambeng.. Sangat banyak nasi tu.. sangat - sangat banyak..


Ambeng ni nanti akan dibahagi 4 for 4 orang.. kemudian akan dibawak balik. means 4 orang tadi tak akan makan nasi dalam talam tu.. nasi tu dibawak balik. bontrot.. (Jawa word ni tau. macam berkat.)


family i memang agak jarang bertemu keadaan begini.. jadi bila dijemput tu, macam sakanlah kan. heee.. snap sana snap sini.. 



Anak - anak i pun amik satu talam for them... tapi depa bukan bungkus.. depa makan kat situ gak. heee.. lawak tul..salah adat betul.. sebenarnya perut depa lapar. kalau kata bungkus dan makan kat rumah nanti, mau jadi macam bersahur pulak. heee.. tu yang makan je.. 


yang depa ni lak, 4 bahagian tadi tu dibahagikan dan 3 bahagian dibungkus. satu bahagian depa makan berempat.. sedang elok lah kann..tapi satu bahagian tu pun cukup banyak untuk dimakan berempat.. 


lauk di atas akan diketepikan, dan nasi dibahagi empat..


pembungkus yang berlapis daun pisang telah pun disediakan..


then pindahkan lauk - lauk dipembungkus ni. nak tau apa lauk - lauk dalam Ambeng tengok di S I N I.


kemudian pindahkan nasi.. ( semuanya dibuat menggunakan tangan. tiada istilah geli yeee.. )


siap dipindahkan, barulah dibungkus..ada caranya lah..


seni membungkus ni hanya orang Jawa je lah yang tau.. then orang Jawa yang selalu ke majlis kenduri Ambeng je yang mahir buat ni.. heee...


sama cam kami lah.. setelah 3 bahagian diambik, tinggal satu, maka makan lah kami.. 


tapi i tell you, even satu tu pun kami tak terhabis.. sangat banyak.. seronok sebenarnya makan macam ni.. lebih - lebih lagi makan we all adik - beradik dengan My Mommi. plus Princess Aurora. Little 'Ali, just tidurrr... kami 4 beradik perempuan makan bersama - sama.. :-)

nak makan Nasi Ambeng ni best nya kala ada majlis kenduri.. tapi now dah ada banyak yang dijual. dah commercial. Macam di W a r u n g   I b u, Tanjung Karang.  tak lama lagi puasa.. pasti banyak ada di pasar ramadan. cuma sudah tentu tak sama kann... 

***********************
Volume 3, Book 31, Number 120 :
Narrated by Sahl
The Prophet said, "There is a gate in Paradise called Ar-Raiyan, and those who observe fasts will enter through it on the Day of Resurrection and none except them will enter through it. It will be said, 'Where are those who used to observe fasts?' They will get up, and none except them will enter through it. After their entry the gate will be closed and nobody will enter through it."

26 comments:

  1. woaahhh...dah lama tk makan nasi lam talam..sedap ke nasi ambeng ni ek??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap sangat..semangat kejawaan terserlah..

      Delete
  2. makan yang bungkus dan makan berempat tu feel dia lain kot sis kan? saya tak pernah makan nasi Ambeng ni... dari kecik sampailah nak jadi mak budak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Feeling dia lain..tak tau lah kalau u jenis pengeli..but we all semua dah biasa..malah seronok sgt.

      Delete
  3. Wow!!!! I jeles youuuu! I dah lama tingin nak tengok suasana camnih. So traditional. Ohh terujanya I, Yan!

    Untung you ada peluang dapat hadirii dan tengok suasana budaya asli yg indah cenggini. And thanks a lot, sebab U ambil gambar yang cantik, step by step yang I dah lama tingin nak tengok!

    Thanks! Thanks!

    *Saya pernah makan sekali jer Nasi Ambeng, tu pun beli kat pasar Ramadhan tahun lepas. Tak sedap pun. I tingin yang asli macam tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke. tak pe Azieazah. nanti2 mana tau kalau aa rezeki rumah i buat macam ni. hee. i will invite u. INSYALLAH..

      kalau kat umah in laws i memang kenduri ambeng AA.. kalau yg beli tu memang tak sedap sangat.. biasa2 saje.. not too jawa lah.. dua'a kan u akan dapat peluang one fine day.

      Delete
  4. Bulan puasa ni nampaknya mesti pekena nasi ambeng... biasanya ada kat bazar Ramadan sek 19 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada.. but not as good as kat kampung lah kann..

      Delete
  5. Aina ingatkan makan macam tu. Bnayak betul nasi dia habis ke 4 org makan tambahan pulak bermacam kuih dan buah lagi, rupanya bawak balik.

    Adat elok di kekalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi tu sebenarnya bukan untuk dimakan di situ. dibawak balik utk dimakan sekeluarga.. adat lah tu. yang baik kekalkan..

      Delete
  6. Oh mcm tu caranya, ingatkan makan semua tu tp ikut logik mana habis ye tak sb byk

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lah tu... kena makan kat rumah.. makan sama family. sebab tu org lelaki je yang diundang.

      Delete
  7. ms memula tgk dulu mmg rs pelik...tp bla da lama2 da jd mcm biasa..org2 jawa kt kg tu krap jg wat kenduri

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenduri macam ni lah ye. best kan. unik.. susah nak cari kat bandar.. hanya kat kg2. tu pun kg2 org jawa pure..

      Delete
  8. tak pernah makan nasi dalam talam ramai-ramai macam ni hehe. selalu beli nasi ambang kat pasar malam je. sedap. suka sambal kelapa dia best

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu sangat lah dah modern.. tak macam yg dalam talam tu. very exotic. sambal kelapa tu serunding kelapa actually. menang sedap.

      Delete
  9. Family saya Jawa, kampung kami di PD pun Jawa, tapi tak amalkan nasi ambeng dalam kenduri. Mungkin Jawa kami dari daerah lain kot sebab sambal goreng jawa kami pun lain daripada jawa lain. Tapi memang taulah caranya. Memang seronok kan makan ramai2 macam nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe adat jawa kg or family u tu dah tak diamalkan lah tu.. jawa yg macam ni, kira memang jawa pure kot. cakap pun mmg cakap jawa pekat. memang seronok budaya nya.

      Delete
  10. wahh lebih kurang cam kenduri kt penang..kalo kenduri arwah, kami kt penang buat nasi dalam talam..makan ramai2 satu dalam dlm 4 atau 3 orang. Semua nasi dan lauk dalam talam..makan share gitu. Best sangat..saya suka.

    ReplyDelete
  11. ala k.yan.....ngiler dibuatnya.....last week tak dapat balik batu pahat ade kenduri ambengan jugak....huhu

    ReplyDelete
  12. kak yan.. terliurnya tgk nasi ambeng tu.. ayam tergolek kt ats tu.. sedap tak kak.. selalu makan nasi ambeng versi johor jer.. mak mertua buat.. tu pun dah tersangatla nikmatnyerrrr... hihhhi

    ReplyDelete
  13. yan, kat johor kan biasa buat nasi ambeng kalau kenduri tahlil atau yasinan. kg mak yan di pontian tak de ke? saya ni terliur memandangnya kerana dok utara ni, jangan haraple nak jumpa..

    ReplyDelete
  14. cik yan, family saya tak berapa nak buat nasik ambeng ni. tapi kalau ayah pegi kenduri atau yasin mmg kami tunggu dia bawak balik nasik ambeng. tapi makan pun da pukul 10 lebih. susah nak jumpa yg sedap kalau beli..

    ReplyDelete
  15. Besarnya portion satu dulang tu Yan. Dah tinggal 1/4 pun masih boleh makan ramai-ramai. Pernah jugak dijamu Nasi Ambeng dalam majlis tahlil kat kampung tapi tak pernah jumpa sebanyak tu dalam talam. Yang bagus tu bab kuih. Kita ingat dah habis dah meyusun... tapi nanti sampai lagi dua-tiga jenis. Kenalah korek gerobok ambik piring lagi. Seronoknya hidup berkampung...

    ReplyDelete
  16. teringin remy nak mkn nasi ambeng yg ori mcm nie...meriah kalau mkn ramai2......

    ReplyDelete

cliks..cliks