cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Thursday, December 15, 2011

Serunding Ikan


Ok guys. Hari ni i just nak share sumthing which is so new to us sefamily. Kami orang Johor. So, this recipe kami tak pernah cuba. Recipe east coast. Kelate punyo. My bro in law is Kelantanese. So banyak lah food orang Kelantan kami boleh share. And last Eid Ul Adha, my sister CiTi made Serunding Ikan.. Kami memang tak perrnah buat.. So, CiTi pun menunjukkan kan kepakarannya. Belajar dari Mok Mertuo...

Memula ikan direbus. CiTi buat takat 5 6 ekor je.

Isi ikan dicarik - carik kan. Pisahkan dengan tulang nya.

Potongkan bawang besar dalam sebuku. Halia lebih kurang 1 inci dengan bawang putih dalam 4 biji ditumbuk bersama.

Kelapa kering kena ada. Kelapa ni bukan disangai tau.. Tapi dijemur sampai seakan - akan garing sangat. Dan kelapa ini dicampur bersama - sama ikan tadi dan segala perabah tadi tu.

Kemudian dikisar halus. Kisar bersama garam dan gula. Ikut sesedap rasa kita. Kalau orang Kelantan, sure lagi manis kot. Yang kami makan ni agak - agak lah rasanya..Sedap weiii.. Tak perlu digoreng pun.. Lecehnya cuma nak leraikan isi ikan je..Kami makan serunding ni dengan Ketupat Lo atau Berasak.. Seddapppp...





Ni lah yang tukang buat nya...CiTi.. 


p/s: I tau maybe my recipe ni tak berapa nak padan dengan orang Kelantan. Tapi itu lah yang diceritakan dan i tengok sikit - sikit masa CiTi buat Serunding Ikan ni. Kalau salah, tolong betulkan yeeee...
**************************************************************
Narrated by Anas
The Prophet halted to consummate his marriage with Safiyya. I invited the
Muslims to his wedding banquet. He ordered that leather dining sheets be spread. Then dates, 

dried yoghurt and butter were put on those sheets. Anas added: The Prophet consummated 

his marriage with Safiyya (during a journey) whereupon Hais (sweet dish) was served on a 

leather dining sheet.

Hadith Sahih Al Bukhari

22 comments:

  1. amboi sedapnyaa serunding tu, lagi berbaloi bila buat sendiri kan..guna ikan apa tu?

    ReplyDelete
  2. eh, takyah masak ek kak..nampak cm senang je..

    ReplyDelete
  3. senang jerk nak buat...boleh try kalu rajin..kihkih.

    ReplyDelete
  4. saya tak reti makan seruding... huhuhu...

    ReplyDelete
  5. Saya mmng suka serunding ikan...tapi tak reti nak buat...

    ReplyDelete
  6. Yan...rasanya orang yang buat serunding mestilah orang yang sabar... dan rajin...hehehe... akak ni tak berapa nak rajin...makan rajinlah...

    ReplyDelete
  7. nampak mudah saje
    tapi bab nk jemur yg payah ye :)

    ReplyDelete
  8. Ooooo... macam tu caranya buat serunding ikan. Tak payah godek2 atas kuali, ya? :)

    ReplyDelete
  9. mak saya selalu buat, makan dgn nasi impit. sedapp

    ReplyDelete
  10. tengok cam senang kak yan...tapi tak taulah bila nak cuba..hehehe

    ReplyDelete
  11. simple tp nmpak msti sedap...

    dana penah mkn serunding ikan ni masa gi umah mertua kt kerteh... kt sana biasa mkn ngn nasi impit mmg agak manis... rasa lain skit lah sbb dana kt johor biasa mkn serunding kelapa yg pds+manis

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Yan

    salam CiTi...tolong buatkan untuk saya...he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  13. duh sedapnya...

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    ReplyDelete
  14. mak aih, nampak sedap je. meh kirim sini sket...

    ReplyDelete
  15. ala2 serunding terengganu gak ni kak, kitaorang panggil sambal ikang;)

    ReplyDelete
  16. wah pandainye. pernah mkn, tp tak pernah buat. gitu ye buatnya. menarik kan! :D

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum...
    sedap nampaknya resepinya blh cuba nanti n nak tambah cili api kut kasi pedas kaw...

    ReplyDelete
  18. kalau letak kelapa goreng x boleh ke?

    ReplyDelete
  19. kalau cara mak saya tetap kena goreng atas api sampai garing macam serunding daging tu....xde kelapa pun.tapi resepi semua orang tak sama dan banyakkan...boleh try ni...nmpk simple je..:)

    ReplyDelete
  20. sy sebagai anak jati klate pon tatau buat neh. mkn hajor...huuhuhuu

    ReplyDelete

cliks..cliks