cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Friday, March 18, 2011

Memula ke Penang, then Perlis..Part 3

Second day kami in Penang. Hari ni nak balik dah. Apa - apa pun kami nak pekena breakfast orang Penang. Hubby tak habis - habis dok promote Nasi Kandaq. Yelahhh...tiap kali outstation ke Penang, dia selalu pekena Nasi Kandaq. Sebenarnya teman bukan pengemar Mamak's food. Tapi kata orang kalau dah ke Penang, kalu tak pekena Nasi Kandaq kalu..bukan travel ke Penang lah namanya.
Sementara tunggu ahli rombongan yang lain bersiap.
So, lepas mencari - cari, kami tiba di Nasi Kandar Line Clear, (24 jam lagi you). Punyalah ramai orang yang makan. Belum waktu lunch pun. I thought we just went for breakfast. Tapi, the food made us crazy.. My Moomy suka sangat dengan ikan gorengnya. Abang Luqman crazy dengan telur sotong.. Memasing suka dengan telur ikan..Pendek kata panjang nyawa lah.. semuanya suka. Lepas pekena roti canai, memasing mencuba nasi kandaq.. Perrghhhh!!!..Lalok beb...
Kedai dia bukan dalam restoren besar. Just melekat kat tepi big resto. Memang rezeki dia..
Kedai dia celah bedah je beb.. Sebelah nya lak tu resto nasi kandaq gak..
Ayam goreng ni memang sedap. Memula ambik seketul je, lepas tuuu... terus ambik 3 ketui..
Telur Ikan, Telur Sotong.. semuanya sedappp!!!
Kunon nak pekena roti canai. Sekali pekena terus makan Nasi Kandaq Line Clear.
Bertimpa - timpa pinggan kami. Bukan i makan sorang tau..
Tengok je kepala ikan tu. Patut lah teluqnya besaq - besaq...
Kedai ni memang forfular..Ramai artis and celebrities yang mai..
Kedai tepi restoren.
Lepas makan kami kena balik semula ke hotel. Got to checked out. So, biar lepas tu kitarang boleh merayap sebelum balik Shah Alam. Sambil - sambil tengok sekitar Geogetown. Tak banyak perubahan. Still macam dulu. Banyak buildings preserved. Some dicat balik..
Tapi yang ni memang menanti rebah je. But surprisingly ada yang masih tinggal di sini.l
Lepas checked out, kami terus ke Cowrasta. Satu lagi perkara wajib dilakukan kalau ke Penang. Beli asam jeruk. Emmm...keluaq ayaq liuq.. ALHAMDULLILAH. Now dah ada peniaga Melayu Islam yang menjual asam jeruk ni. Walaupun hakikatnya asam jeruk yang dijual mereka itu datang dari peniaga atau kilang Cina. Tapi sebagai seorang Moslem, i lebih terarah membeli di kedai saudara kita ni.. (kalau you all membeli di pasar, belilah di kedai orang Moslem walaupun harga di kedai Moslem tu lebih RM1, 2. Ingat JIHAD).
Kawasan pasar ni terletak betul - betul berdepan dengan Balai Polis Geogetown.
Ni satu kedai Moslem. Tapi kan owner ni siap kata yang tak elok kat kedai satu lagi. Siap mentioned, "Kedai Aishah tadak sijie Halal. Kami ada..". I terus cakap kat my Mommy, tak payah lah kita beli kat kedai pakcik ni. Moh kita ke kedai Aishah.. Tak baek kan...
Sebelum ke Kedai Aishah, kami ronda - ronda kejap di depan pasar. Tak ada apa yang menarik minat kami. Aim hanya nak beli jeruk - jeruk then terus ke Batu Feringi.
Senang je nak ke kedai ni..
Boleh rasa sebelum beli.
Ni lah Aishah. Dulu dia pelajar UiTM Shah Alam. Ada gak kedai wholesale untuk pakaian muslimah..
Sedapp....tapi harus beingat. Saccerine (not sure ejaannyanya) tu tinggi.. Kurang - kurangkan ye...
Ni pun kena pekena gak..Cendol dan Buah Berangan... Tempat depa ni rasanya tak penah berubah. Then kami sambung lagi.. Tak p mana - mana. Sight seeing je. Tengok KOMTAR, jalan sekitar Lebuh Pantai, Padang Kota. Kami malas nak turun pasai panas..
Komtar dari jauh.
Teringat i Balai Polis ni. Masa belajaq di MTC, bila dah masuk Sem 2, i duduk luaq. Tak suka dengan envo di hostel. Tiap hari berulang dengan bas warna kuning tu. I tumpang rumah sedara yang kerja sebagai Ketua balai di Balai Polis Lebuh Pantai ni.. Pernah terserempak dengan pelakon Jalaludin Hassan waktu dia ada shooting kat balai ni..
I got to make bit survey pasal hotel di Batu Feringi. My Indonesian fren, Yanti nak ke sini. Dapatlah satu dua hotel yang nampak menarik Antaranya Hydro Hotel. Macam hotel baru. I pernah duk di Holiday Inn in 2002. Tapi kalau sekarang i nak suggest kat Yanti, i rasa hotel ni bit tua dah...Too much different di Batu Feringi kalau boleh i katakan. Banyak modern houses di lereng - lereng bukit which facing to the ocean. Kalu kat Shah Alam sure i dah rembat 2 3 bijik hee...rumah kotak..
Puas mencari excess ke Batu Feringgi, at last after made some u turns.

Kami jelajah sampai Teluk Bahang. Suka this part..
Singgah kejap di Masjid Al-Rahman.
Interior cantik, tapi bit warm. I rasa masjidnya rendah.. No airy. Tapi ALHAMDULLILAH..Dapat beriktikaf sebentar.
Cantik - cantik view kat sini. Sebenarnya rasa takut gak bila nak ke Penang masa ni. Kan bencana Tsunami di Japan berlaku at the same day kami nak berangkat ke Penang. Di sini kami tak turun pun. Panas. Just cuci - cuci mata. It was almost at 16.00PM. Kena balik dah. So, Hubby terus ke Jetty Pengkalan Raja Tun Uda. Nak naik ferry. Seronok. Dah lama tak naik. Last sekali masa sekolah dulu di MTC (Malayan Teacher's College) in 1993.
Jetty ferry.
and yachts lagi...
Ferry di Penang.


Saja je amik gamabq dengan anak bujang i.
Dari ferry kami nampak Penang Bridge.
Dah nak turun dah..
Cuaca agak redup. Turun je dari ferry, kami singgah makan di Subaidah Nasi Kandar. Kira penutup itinerary lah.. Then kami decided tak nak stop kat mana - mana kecuali buang air.
Resto ni ada 18 branches all over Malaysia termasuk di Klang. Kayo ni orang.
Mine, Roti Nan with Tandori Chicken.
Bahagia Anak - anak Sidek bila bab makan...
Kami sambung perjalanan almost at 18.00PM. Congak - congak, maybe we just take 4 hours plus untuk sampai di Shah Alam..
Accidente..
5 KM jam..Siap ada yang kering air..
Factory tamar.. Yusuf Taiyoob.
Penghibur di dalam kereta. Buat lawak tak habis - habis.Senyapnya waktu tidur je...
Tak sampai ke mana pun, dah jumpa jam. Emmm... the other side yang accident, our side yang jam.. Biasalah.. Perihatin menengok dari perihatin menolong.. Haru betullah.. Tapi yang di other side tu jam almost 5 km.. Kesain betul..Kitarang reached R&R Sungai Buluh at 23.30PM. Dan tiba rumah dengan selamat at almost 00.15AM. ALHAMDULLILAH.

24 comments:

  1. hehehe... rambang mata kan tengok jeruk kat chowrasta... suke tengok... tp tak makan sangat pun... paling-paling pun makan jeruk salak je... yg lain Maria tak brape sangat... pastu cari buah 'belolok' yg ni sbb mak mertua yg suke... ;p

    ReplyDelete
  2. As salam,kakyan bila tengok telur ikan tue yg terliur...kat PJ saya selalu p makan telur ikan kat Res. Baiduri.

    ReplyDelete
  3. Maria akak pun tak suka sangat. Sikit2 leh lah.

    Buah belolok?? apa tu??

    ReplyDelete
  4. Huhuhu..i miss penang..tengok gambar kak yan..tetiba rindu plak pada geng2 xclassmate..penang la tempat kami bkn jer cari ilmu..cari pasal pun jadi..hahaha

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Yan

    nampaknya yg banyak berlapis pinggan tu depan yan...he he (bergurau ajer)

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. huiii
    banyaknyaa jeruk
    cheq lama dah tak pi penang
    sejak lepas sekolah la.. hehe

    ReplyDelete
  7. tq for the info kak sb kami nk pg penang bln6/7 nie..:)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah...
    finally..selamat pulang ke shah alam kakakku..hehe..

    banyak ke jeruk..nak sikit..
    kalau gi penang mmg tak sah pekena kalau tak pekena nasi kandar..huhhh..sedap..menjilat jari..hehe

    ReplyDelete
  9. dah lama tak makan telor sotong..sedapnya

    ReplyDelete
  10. best jugak pusing2 penang ngn famili ni. part makan kat penang mmg paling awesome!

    ReplyDelete
  11. salam kak, saya dah tgk semua link yg akak bg kat saya psl Bali...sgt berinformasi...kalau akak x keberatan, akak boleh bg no fon supir akak?

    tima kasih kak....sayang akak...

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum....

    yan yg ni kedai nasi kandar yg msk tv3 tu ke..nampak mcm sedap..tapi mcm yan ina pun kurang sikit minat makan kat kedai mamak terutama lauk pauk...tapi tak tahu le kot2 line clear blh tukar selera...

    ReplyDelete
  13. Ni yg maleh mai sini ni..asal masuk blog kak yan jerk..menggelodak perut ni lapa..hehehe..

    Tgh2 pose ni tgk lauk2 mesia..alamaaak aaiiih..kurush posa ku!huhuhu

    ReplyDelete
  14. telur ikan tu menikam kalbu betul, lama dah tak makan....

    ReplyDelete
  15. Menhayati perjalanan seronoknya walau penat. Yalah bila lagi nak jalan kalau bukan masa cuti sekolah kan.....

    Dah penat sampai terjelir lidah buat lawaklah tu. Hehehe.....

    ReplyDelete
  16. Assalam BSB.
    akak mmg suka telur ikan.. best sangat.

    ReplyDelete
  17. Assalam Bro Rozali,

    depa tu sebenaq nya saja sabotaj saya. Diletakkan segala pinggan depan saya. Dengki..

    ReplyDelete
  18. h4ni3, lama tu dah tak p. P lah.. mcm2 ada. tp bagi akak tak banyak berubah kecuali di kawasan bayan baru, bayan lepas, bt feringgi., Town lebih kurang cam tu gak

    ReplyDelete
  19. Mrs Eady, sharing the infos buat akak happy.

    ReplyDelete
  20. kak yan... bangga jap bila tgk gmbo2 nie. sbb cerita tentang kg saya. ahaks! dulu rasa biasa2 jek..tp bila dah doq KL, barulah tahu betapa bestnya Penang tu.. hehe. sebab tu setiap bulan sy balik kg. opps!

    ReplyDelete
  21. Assalam Cyana,

    tu pun akak tak habis2an explore balik. Dah reramai mmg susah sikit. Tp kira puas hatilah..

    ReplyDelete
  22. Rasa macam kenal je tempat2 tu...tapi dimana ya....musykil sungguh.....

    ReplyDelete
  23. Yelah.. kan tempat tanggal pusat tu.. bukan tak perasan lak..hee..

    ReplyDelete

cliks..cliks