cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Thursday, August 26, 2010

Letihhhh sangat hari ni..

Semalam keluar ke Bandar Tun Razak sebab ada appointment dengan potential customer. Meredahlah ke sana.. Cuaca panas lah sangat.Niat hati nak merayap ke Metrojaya. Yelah semedang ada vouchers RM380 ni.. Tapi since i brought the laptop, rasa malas lak nak mengusung ke hulu ke hilir. Sementelah condition kaki yang tak stable ni, jadi terbantut rancangan..Terus balik..Cuaca memang panas. Tapi pasal activity outdoor tak banyak, tak lah terasa sangat.

Tapi hari ini kena lagi keluar, pasal ada banyak barangan untuk hampers yang masih pending tu, terpaksalah jugak keluar. Cuacaaaaa, wa cakap lu... panas ting..ting....Keluar masuk kereta membuatkan kepala jadi pening. I went to four shops just nak cari items for the hampers. Last sekali i went to KK Home Decor. Dalam pada mencari - cari tu ternampak satu personality TV ni yang sekarang jadi wife to VVIP. Normala Shamsuddin. She so friendly. Sempat lah bersembang kejap. Tukar - tukar phone number.. She is so humble and nampak simple kat luar. Sweet sangat muka dia without any make up.. Hilang pening i kejap you.. hee
Datin Seri Normala Shamsuddin, humble, friendly and sweet person
Balik rumah, rasa lepak habis.. Tak kuat iman, mau jadi Abang Irfan yang tak posa tu..Bila sampai je rumah, terlentang depan TV, sejuk air cond ni buat mata suku je terbukak.. Apa lagi lelaplah.. Tup..tup.. dah nak azan.. ALLAH.. ni lah kalau padah tidur lepas Asar.. Jadi bingung... Tengok ke dapur, Chef Ciju telah menyediakan Sardine Spaghetti . This is the best spaghetti yang anak - anak suka...Layan je lah ye..
Ni lah Spaghetti Sardine
Rasa - rasanya amacam tak best je N3 ni if the pictures of food sikit sangat.. So, nak habaq mai, hubby ada beli nasi Arab dari Al-Rawsha Restaurant for bersahur pasal there were no food left since i went out for iftar with the kiddos last Tuesday. Biasalah hubby..kalau beli, sure terus tutup kedai tokey makanan tu.. Mesti banyak.. Siap boleh makan lagi for iftar esoknya.. My puppy tengah bersemangat makan Nasi Ambeng yang ada di Bazzar Ramadan at our housing area, Section 7. Sedap.!!!!
Tengok je lah susunan makanan yang dibeli hubby. Portion satu tu rasa - rasanya boleh dimakan dua orang..
Lamb Briyani
Kinda pitta bread with beef kebab..
Briyani Chicken
Ini adalah Nasi Ambeng yang tengah menjadi kegilaan ahli keluarga kami, terutamanya my puppy and Abang Luqman.
Di rumah semalam, my moomy ada menyediakan satu dessert yang sekarang ni jarang - jarang orang buat.. Kuih Abok - abok.. Ni makanan orang Jawa kalau ada kenduri kendara.. Pun sedapp...
Suka dengan warna yang digunakan, Miss satu warna, pink.. kalau tak lagi cantik warnanya
Cukup untuk hari ini.. I nak berhempas pulas menyediakan hamper selepas ini.

12 comments:

  1. Salam Perkenalan Kak Yan
    Wah !!!! sungguh natural Datin Normala tu yer.
    Lauk ARab tu sungguh meneyelerakan betul, tergugat iman

    ReplyDelete
  2. amboi kak yan...seronok jugak yer...dalam letih2 jumpa pulak persoanliti nih...huh !! lepas tu sempat lak masak masakan yang menyelerakan....tip top sungguh

    ReplyDelete
  3. Salam Gina. mmg dia so sweet. tak sangka lah pulak..sebenarnya penah terjumpa dia di area shah alam masa beli makanan di kedai makan.. tak lah pk nak tegur. tp td tu betul2 bertentang mata..hee. so terus amik gambo. macam jakun i u..

    ReplyDelete
  4. sarina: he..he.. gelilak ati bila ingat2. yelah dah bertentang mata gitu..dia yg ulur salam kat i..

    ReplyDelete
  5. sedapnya tgk beriyani ayam tu.. hehe.

    ReplyDelete
  6. mmg sedap cyana. sampai ke subuh, sampai ke buka esoknya masih lagi lembut je.. Makan nasi je pun dah sedap.tp ayam dia mild je rasanya but it really soft

    ReplyDelete
  7. amboi kak yan jumpa datin normala hilang pening nooo....heheheheh sdpnya spegethi sardin...

    ReplyDelete
  8. Salam Yan..

    portion makanan kat Rawsha tu memang mewah. Kalau order untuk seorang - boleh makan sampai 2 @ 3 orang. Kakcik belum cuba lagi di Restoran baru tu - mungkin lepas raya nanti. :)

    ReplyDelete
  9. Isk.. bestnya tengok makanan.. banyak sungguh!!!

    Cantik kan Normala Samsudin tu? Aini pun pernah jumpa dengan dia masa dia belum kahwin dengan VVIP tu ler and that time dia still jadik pengacara kat TV3 but Aini tak tegur laks sebab cam segan jer... padahal dia dok belakang Aini jer masa tu kat kedai kasut tengah cuba-cuba kasut tau! hehehe...

    ReplyDelete
  10. Salam Umiey,

    tulah..mmg ilang kejap..ha.haa..spgh sardine tu mmg sedap. kalau u jenis suka pedas, buh cili lebih sikit.

    ReplyDelete
  11. Salam Kakcik,

    mmg banyak. cuma daging kambing dia je sikit.Last time saya p kat add yg atas tu. Tp hubby kata ada satu yang baru dekat Bulatan Pandan.Tk tau kalau yg lama tu transfer kat situ.

    ReplyDelete
  12. Salam Aini,

    makanan tu rangkuman. akak kan kalau tak meriah makanan, tak meriah blog..ha..ha..

    laaa..nape tak tegur.Tp kan Aini, k yan ni jenis daring. Kalau rs nak buat, k yan blasah je.he.. kat kedai k yan selalu gak artis dtg.tak tertegur lah pulak..haa..haa.. mcm tak trill sgt lak..

    ReplyDelete

cliks..cliks