cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Tuesday, August 3, 2010

Masuk paper tu beb...

Excitement rentetan dari reunion STTJ on last Saturday, July 31, 2010 masih terasa lagi..Bayangkan betapa sibuk nya talian Facebook kami.. Masing - masing nak mengulas setiap keping gambar yang diloadkan..Kelakar bila baca comments dari kengkawan..Terasa macam umur 16/17 tahun dulu lak..Then hari ini lagi excited..pagi - pagi lagi Inu dah sound kat FB, berita pasal kami keluar di Utusan Malaysia muka surat 26..Ingat nak beli lah..Pasal kat rumah cuma subscribe Berita Harian.. Pergi ke office petang ni, terlupa lak nak singgah kat mamak paper tu. So, melepas lah..Tapi ALHAMDULLILAH Rick ke Inu tag kat FB pasal keratan akhbar tu..Terima kasih diucapkan kepada brother Zabry Mohamad Madzlan, orang kuat Utusan Malaysia..Kira - kira kita mengambil kesempatan lah ni..Apa gunanya kawan kan..

Pelajar STTJ, 1984/1985 merakamkan pertemuan pada majlis perjumpaan di Shah Alam baru - baru ini.

Disebabkan tulisan yang terdapat dalam keratan yang dicopy pastekan dari FB ni, (mengecek dari Rick) maka tulisannya terlalu kecill. So, ditulis kembali dengan ehsan Utusan Malaysia..(saja cipta)


Sumber dari Utusan Malaysia, Isnin, Ogos 3, 2010, halaman 26..

"Selepas 25 tahun membawa haluan masing - masing, mereka akhirnya berjaya disatukan dalam satu perjumpaan yang pertama kali diadakan di Shah Alam hujung minggu.

Kehadiran kira - kira 100 bekas pelajar Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, STTJ, Seremban, Negeri Sembilan, pengambilan 1984/1985 itu di Hotel Universiti Teknologi Mara, (UiTM) sudah cukup menjadikan majlis tersebut meriah.

Apalagi nama - nama samaran seperti Rawang, Rick, Bamo, West, Chief, Sam, Hana, Yan yang dilekatkan pada baju masing - masing sedikit sebanyak berjaya mengamit nostalgia sewaktu belajar di sekolah tersebut.

Menurut penyelaras majlis, Nur Inu Zakaria, mereka berhasrat untuk menganjurkan program seumpama itu di masa depan berikutan sambutan yang amat menggalakkan.

Katanya, jika tiada halangan, mereka bercadang mengadakannya sempena Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.

Pada majlis itu juga, mereka berjaya mengutip derma kira - kira RM1,500 untuk disumbangkan ke rumah anak yatim dan fakir miskin, Raudahatul Ikhwan d Subang Permai, Shah Alam".

4 comments:

  1. Seronoknya bertemum kawan-kawan lama.. mesti banyak yang diceritakan, ya? :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah ! tumpang seronok..

    Mesti banyak yang digossipkann...
    haha

    ReplyDelete
  3. Kak Nani: tulah kan..seronok dpt kenal member2 yg jd org penting ni.

    Kakcik: tak sempat2 nak cerita kak..ramai sangat..

    Linda: TQ..tak sempat nak gossi[.Kitarang gossip kat FB lepas tu...Pasal ada yg CLBK

    ReplyDelete

cliks..cliks