cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Saturday, October 23, 2010

Anniversary ke 15 tahun

Diam tak diam, pejam celik, pejam celik sudah 15 kami hidup sebagai suami isteri.. Kalau nak kira sebagai teman atau kawan pulak, almost 25 years. Yelah i kenal Hubby since 1985..Tapi Hubby kata dia suka kat i since 1984..heee (terperasan lah sudah orang suka kat kita...heee...Tu dia katalah). BUT the actual date yang i bertentang mata dengan Hubby dan terdetak he is the man..Kononnya lah ...on April 2, 1995. Nak tau kat mane? Canteen hostel...Emmm... ALHAMDULLILAH.. setelah 1 dekad tunggu dia (dah lah hubungan jarak jauh lagi - hubby study in US almost 5 years), akhir nya kami disatukan pada Oct 22, 1995. 15 years already....

So, when i went out yesterday afternoon, i bought a chocolate for him..Selalunya lelaki belikan chocolate utk perempuan kan.. Alahhh tu zaman cintan cintun.. Ni realistic..Tak kesah. Asalkan tercapai maksudnya... Sebenarnya tak tau nak bagi hadiah apa pun. Pasal kami selalu bagi hadiah tak ikut waktu pun. Rasa nak bagi, bagi je.. Chocolate ni sebenarnya memang sedap dimakan. Tapi i pesan kat Hubby jangan makan. Cuma letakkan di atas meja office nya.. (Tapi ada space ke kat meja Hubby ni.. Pandai - pandai lah ye..). I kata kat Hubby chocolate ni tahan setahun, terus Hubby kata sampai hati.. Setahun je.. Sebenarnya maksud i, chocolate ni kalau nak dimakan, boleh dimakan dalam masa setahun, tapi kalau tak nak makan, chocolate ni tahan dalam jangka masa yang lama. SO..jangan makan..tengok je..
I love with the word inside. So sweet.. Nak recall masa cintan - cintan dulu, pantang nampak card yang ada wording cam ne. Terus beli dan kirimkan kat hubby. Dulu mana ada email - email ni. No facebook lah..
Hubby pun baru balik outstation Penang, semalamnya dan kebetulan dia tiba di rumah tepat jam 12 malam..Sempat borak sat and wish to each other..Sambil tu Hubby kata ada something that he bought untuk i.. Nak tau apa..Jab ye..I ni sebenarnya sudah influenced by Hubby punya idea kalau bab cutlery. Lebih terarah designer's items. dia berikan i hadiah di bawah ni..heeee

*******
*****
***
**
*
*
*
*


Juice squeezer antique (kami memang ada sikit minat dengan antique items).
Kata Hubby, simboliknya juice squeezer antique ni ialah - bila i perah buah - buahan, ada buah yang masam dan ada yang manis. Sama macam rencah kehidupan kami sebagai suami isteri. Ada kala masam adakala manis. Tapi ALHAMDULLILAH selama 15 tahun rasa - rasanya banyakkk yang manis - manis. Adat lah kan... Kemudian sambung Hubby lagi, juice squeezer antique ni tak berkarat.. Sama lah macam kasih sayang kami.. Tak pernah berkarat, heee.. ada ke patut kan.. Tapi i tak kesah.. Kebahagiaan yang ALLAH kurniakan di samping anak - anak yang soleh dan sihat tambah menceriakan..Sebenarnya yang i inginkan .. bukan emas berlian (tapi kalau bagi, i ngap gak), bukan branded handbag (tulis je kat sini sebenarnya ini yang di nanti...heee).... ni dia..

Juice squeezer by Alisse and Phillipe Starck - jumpa kat rumah Uncle Google
Juice squeezer ni dah lama kami dok tenang/ usha kat Xtra. So hubby kata sementara menunggu juice squeezer ni sampai, (kirim kat my sister dan dia tolong belikan kat Holland), Hubby belikan yang antique dulu.. Ok lah B, thank you....
Saja selit gambar ni pasal gambar kami yang lain tak ambik pun. sibuk makan...
Well tak lengkapkan kat my N3 kalau tak ada cerita pasal makan kan.. So, malam tu i ajak Hubby makan di luar. Mulanya mau ke Subak. Tapi hari ni hari Jumaat, so tak payah lah..sure jem KL. Hubby suggested ke Jeram saja.. Moon light dinner u. Tepi pantai lagi.. Sebelum sampai, i called owner kedai untuk buat lauk - lauk yang kami ingin makan..Bila sampai je, kami tengok ramai pelanggan ada di situ. Tak sampai berapa saat, hidangan kamipun sampai...Layan je lah ye..

Very juicy - Udang Goreng Kunyit
I suka Kailan Goreng Ikan Masin...freah and crunchy
Ala - ala Tumis Lada - kecik -kecik..tapi Abang 'Imran suka sangat.
Di bahagian dapur banyak seafood yang masih segar - segar sedang menanti. Kata Encik Rosli, malam minggu nanti lagi ramai yang datang. SO, dia kena prepare with all this things awal - awal...

Siput Landak. tak pernah makan

Lokan.sebenarnya ada dua lagi dishes yang tak de gambar kat sini.. Kerang Berlada dan Telur Dadar..
Satu lagi, warung ni kami noticed sudah berwajah baru. Nampak lebih teratur. Pelanggan pun semakin ramai..Menu lengkap terpampang di dinding. Para pekerja dah ada uniform khas. Banyak peningkatan.
Tapi kami memang puas hati makan malam tu walau hanya di warung. Yang penting the quality..Almost mid nite kitarang bergerak pulang. Happy hari ni. Terasa bertambah - tambah bahagia bersama - sama wishes dari teman - teman dan family.. Thanks ALLAH..

22 comments:

  1. auntie!!jeles lol tgk auntie..wawahh..kan main romantik ek..alhamdulillah...dah bersama 15 tahun..jihah pon nak kekal macam auntie ngn hubby jugak...hehe...semoga auntie dan hubby terus kekal hingga akhir hayat..aminn~

    ReplyDelete
  2. Tahniah yan !
    anniversary 15th ..

    see, lagi lama kahwin, bertambah sayang and romantika d'amour kanns...

    Moga kalian terus bahagia dunia dan akhir bersama anak-anak ..amin. :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah Yan kerana berjaya menempuh gelombang dan gelora berumah tangga selama 15 tahun.

    ReplyDelete
  4. Salam Yan...

    semoga wangi itu tetap semerbak
    semoga kasih itu tetap mengharum
    semoga ikatan itu tetap tersimpul
    semoga yang baik itu ke akhir hayat...

    Selamat ulangtahun perkahwinan ke 15 untuk Yan dan suami. :)

    ReplyDelete
  5. wahhh.. k.yan.. 15 thn tu..
    satu temph y ckup pnjang.. Tahniah kerana bjaya mempertahankannya.. Lya doakan agar ianya bertahan hingga ke akhir hayat & smoga k.yan & hubby kekal bahagia dgn sepenuhnya kasih sayang hingga k akhir hayat..

    tahun 1985... lya baru di lahirkan.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Salam Najihah,

    jeles ye..he..anyway tq for the wish

    ReplyDelete
  7. Salam Linda,

    thanjs ye.. tulah lagi sekarang ni kalau kuar mesti nak berdua.. Jalan pimpin tangan tu kemestian.. INSYALLAH sampai ke akhirnya

    ReplyDelete
  8. Salam Bonda,

    ALHAMDULLILAH setakat gelombang kecik2 tu adalah.. tak sampai gelora.. Bersyukur sangat.. Harap2 sampai ujung nyawa

    ReplyDelete
  9. Salam Kakcik,

    alahhhh so sweet. Thanks for the doanya kak..INSYALLAH

    ReplyDelete
  10. Salam Alya,

    INSYALLAH, tq ye Alya.

    Baru lahir ye..hee..masa tu akak dah tingkatan 5, SPM.

    ReplyDelete
  11. tahniah kak yan.. moga kekal sampai hujung nyawa.. amin
    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  12. salam kak yan.. HAPPY 15th Anniversary!!! sooooo romantic bombastic sweeettttttt!!!!!! suka sgt explanation ur hubby regarding the antique juicer tu. so meaningful!!!

    then tgk lauk pauk kt jeram tu... tetiba lapar pulak. heheh.

    anyway semoga ikatan perkahwinan kak yan & suami terus mekar dan bekekalan sehingga ke akhir hayat. Ameen.

    ReplyDelete
  13. Salam Cyana,

    thanks for the wish. Mudah2an hendaknya. Tambah tua tambah romantic. He.. hubby akak mmg cam tu. jenis banyak sgt berfikir. some times tak faham apa dia ckp...

    nnt cyana boleh cuba.. mmg sedap kat situ.. ada contact num kan kat situ.. i m sure u wont regret.

    ReplyDelete
  14. happy anniversary kak.
    semoga kekal bahagia hingga akhir hayat Insya Allah.

    ReplyDelete
  15. Salam Leez,

    tq for the wish..INSYALLAH..mudah2an

    ReplyDelete
  16. salam
    tahniah kak
    semoga kekal bahagia selamanya
    amin..=)

    ReplyDelete
  17. Salam Cheqna,

    ma kasih ya..INSYALLAH..

    ReplyDelete
  18. yan selamat ulang tahun ya..semoga kekal bahagia selama lamanya.

    ReplyDelete
  19. HAPPY ANNIVERSARY KAK
    15 TAHUN..ALHAMDULILLAH...MOGA KEKAL ABADI

    ReplyDelete
  20. Salam CM,

    terima kasih atas doanya..

    ReplyDelete
  21. Salam Ati,

    terima kasih ye.. INSYALLAH berkekalan hingga hujung nyawa.

    ReplyDelete

cliks..cliks