cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Friday, August 31, 2012

Bau dari bunga apa tu...

Hari ni dah Jumaat. Hari segala hari. Penghulu hari.. Hari Jumaat disunnah kan memakai wangi - wangian terutama nya ketika mau bersolat Jumaat.. (tetiba macam ustazah lah pulak..hee). I pun jenis yang tak boleh tinggal parfume. tak pakai macam tak sah... tapi bukan yang berbau satu alam ye.. Memadai..supaya kita sendiri berasa selesa bila bertemu orang..

Sabda Rasulullah, "Sesiapa yang menghabiskan 1/3 dari hartanya untuk wangian, maka dia bukanlah dari golongan yang membazir".


Wangi-wangian juga adalah merupakan kegemaran Rasulullah SAW.  beliau pernah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menyukai setiap yang berbau harum (wangi) dan suka pada pakaian yang bagus-bagus" (HR Ad-Dailami)



Rasulullah SAW sangat berminat dan memakai wangi-wangian, sebaliknya membenci bau-bauan yang busuk dan keji. Keadaan ini dirakamkan oleh sahabat Nabi SAW, iaitu Anas bin Malik r.a, Sesungguhnya Nabi SAW tidaklah beliau menolak (apabila diberikan) wangi-wangian).


then i searched and google jumpa blog U M I E S Y A R A H  ini yang menceritakan pasal wangian Kasturi yang dipakai RASULALLAH.. Baginda menyukai wangian Kasturi.. (tetiba rasa macam nak pakai gak parfume yang berbau Kasturi..Ada yang menjual ke???)..


Actually masa berkunjung rumah NekCik, masuk ke TV room dia, terus terhidu bau- bauan yang menyenangkan.. I pun mengepoh.. Rupa - rupanya bau bunga - bunga.. Bunga apa ek???Cer teka..
ada 3 jenis bunga kalau tak silap.. so, siapa tau?? saje je nak menguji minda u all..
Ada beberapa jenis bunga yang berbau wangi di sini.. Bunga apa tu????Tetiba rindu Bali. bau yang sering terhidu bila berada di Pulau Dewata...
***********************************************
 Volume 3, Book 47, Number 756 :
Narrated by 'Azra bin Thabit Al-Ansari
When I went to Thumama bin 'Abdullah, he gave me some perfume and said that Anas would not reject the gifts of perfume. Anas said: The Prophet used not to reject the gifts of perfume.


26 comments:

  1. Bunga kenanga, bunga kemboja dan satu lagi tu bunga wangi malam...lupa pulak nama dia...

    ReplyDelete
  2. bau aroma semulajadi bunga bungaan......
    remy tak beberapa kenal...tapi rasa cam bunga kemboja jer....he3

    ReplyDelete
  3. I pernah terbaca kat blog mazidul tentang minyak kasturi syifaa....cuba la u tgk blog dia samada betul kasturi tu yg u maksudkan

    Tentang bunga tu...err i cuma kenal bunga kemboja je tu.pun sbb i mmg peminat bunga kemboja...dari kecik duk bau harum kemboja ni sebab belakang rumah i...kubur ;-)
    Seram?? Ishh apa nk takut dgn org mati ...saje buat lawak aihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org cina tak suka kemboja. Binga kubur katanya. Rumah I penuh dgn kemboja.

      Delete
  4. yg putih besar tu bunga kemboja... yg kecik tu tak kenal hehehe

    ReplyDelete
  5. I suka hidu bunga tapi sebab memang tak pernah nya reti tanam bunga, bab teka ni memang failed la Yan...

    ReplyDelete
  6. sometimes smells can also waken up our old memory...

    ReplyDelete
  7. bunga kemboja yg ada kuning2 tu. yg kecik2 putih tu melor ke? tp cm bunga limau pun ada tau....!x pasti sgtlh pasal nama bunga ni. yg kenal betul bunga kertas ngan ros jer.....hehehe...slm hr raya Yan! Maaf zahir n batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemboja yang besar sikit tu. yg kuning tu kenanga dan yg putih kecik tu kemuning..

      Delete
  8. tanjung, melur dan kemboja, de hadiah x kak yan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemboja betul.. yang lain tu kenangan n kemuning.

      Delete
  9. salam kakyan, nie bunga kemuning kan... bila berbunga ia wangi sesangat...

    ReplyDelete
  10. Rietta xpndai bab bab bunga....tp agak rietta, klu xslap, bunga kenanga,bunga chempaka dan satu lg mngkin bunga tanjung....klu bunga melur msih kdup xthu lew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee.. ada yang tak betul tu.. tp yg penting wangiii...

      Delete
  11. cuba saya teka..tapi kalau betol pn yan kena bagi voucher lomantika yer...yang besar sikit tu..kemboja...yang putih kecik tu kemuning..satu lagi kenanga....betol tak??? betoll...hadiahnya????????

    ReplyDelete
  12. As-salam Yan
    Eloklah hidup, walau dekat atau jauh, dua-dua bau bunga.

    ReplyDelete

cliks..cliks