cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Tuesday, June 14, 2016

Shopping di Aeon Mall, Shah Alam



dah hari ke sembilan dah hari ni.
kejap nya kan.
and hari ni i tak masuk office. 
MyMommi lak ajak i pegi shopping.
i tukang teman je. 

we all ke Aeon Mall, Shah Alam. 
itu dah pasti kan.
MyMommi belum pernah sampai ke sini lagi.


sempat lak berpicca tu. 
ingatkan nak naik train tadi. heeeee


hari tu masa ke sini, i usha2 tempat ni. 
hari ni i paksa MyMommi bergambar kat situ. 


kat sini gak. 
ngikut je lah MyMommi ni. 


suasana kat Aeon Mall waktu ni agak sunyi.
puasa kan.
lagipun weekdays. 
i memang akan ke tempat2 macam ni hanya weekdays dan office hour. 
tak perlu berebut walau di mana jua. 


i ajak MyMommi masuk ke sini. 
verangan tepi katil


then kami turun to this area. 
suka lah MyMommi. i pun suka. 
tapi pocket i rabak you. gara - gara Mr Yellow yang asyik meradang je since 2 months ago. 
rabak serabak rabak nya pocket dibuatnya. 


ini sebenarnya MyMommi aim nak beli.
bekas kuih.
tapi tak menarik lah pattern2 nya. 
i suggest MyMommi nanti ke Parkson. INSYALLAH ada banyak choices. 


kalau lah my pocket tak rabak, sure i rembat dah ni. 
i bukannya boleh tengok any kitchen towel or tea towel ni. 
mau i hangkut. 


pusing - pusing lagi, then MyMommi terbekenan dengan yang ni.
senang katanya. 
ada tutup dimuncung teko ni.
lalat tak masuk nanti. 
iyo lah mak.
heeeeee


and ini sebenar2nya yang dicari.
glass.
katanya nanti tak cukup yang ada tu bila hari raya.
layan je lah.
nak berapa agaknya?
amiklah 2 dozens. 
wokeyyy.. siap.


macam2 ada di sini. memang rambang bijik mata you,


sambil menunggu budak2 ni packing glasses tu, we all duduk di sini.
Ini pun nampak menarik. one set just RM66.


dari tadi i menahan nafsu. 
tup - tup i teringat malam tadi Hubby complained.
dia tak suka lah pakai mugs kaler golap.
tak nampak air katanya. ya ampunnn.
jadi semedang nafsu bergelodak, 
i sambar mug putih di sini. 
sama pattern dengan pinggan mangkuk yang sedia ada... 
suka lah weiiii.
bukan sebijik bukan 2 bijik, sedozen i hangkut you. 


hhhh.. memang berhantu tempat ni.
sakan kalau masuk, sure ada je nak disambar. 


tu tengok. satu troley dah. 


jumpa lak dengan Chef CiJu.


then MyMommi heret kami ke sini. 
nak beli apa lak tu.
i aim this. tungguuu.


since tak leh makan minum, baik i balik. 
MyMommi  nak sambung tempat lain. 
i merayu nak balik sebab i lapar sangat. heeeeeee

okk.. kejap lagi nak buka kan.. 
nanti kita rasmi mugs baru.. yeaaayyy..


18 comments:

  1. Kita pompuan ni memang kan kalau diberi green light untuk shopping laju je walaupun sebelum tu tanak shopping. Kalau pergi AEON saya suka area bed sheet. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul anis.
      paling tidak sure grab satu kan.. aduiii..
      i pun suka bed sheet, cookware..

      Delete
  2. agaknya kemana lah mommi akak tu sambung supink yek...
    seronok dia supink2 utk kepeluan raya... mmg lengang je kan time2 hari keje
    cuba hari ujung minggu compom pnh pdt org

    ReplyDelete
  3. dalam rabak pun penuh jugak 1 troli.hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee..heee.. teruk akak ni kan dear...
      darling, u ada IG tak?

      Delete
  4. waahhh, sronok jer tgk shopping brang kelengkapan rumah...IQ pun baru pergi AEON Shah Alam sabtu lepas...ramainya orang masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ akak mmg tak akan pegi waktu org ramai. sebab akak akan cepat pitam. heeee.
      tak sanggup bersesak2.

      Delete
  5. amboiii kak shopping raya dah walaupun duk kata tunggu tunggu tuuuu..hehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan akak lah dear..

      my mom je.

      i beli mugs je.

      Delete
  6. Bli ziyaan..nnti rasa da jemu..bak mai setapak..i sedia menanti

    ReplyDelete
  7. amboi yan dah shopping raya syok nye
    pompuan ni kalau bawa tempat2 macam tu mau seharian itupun belum puass
    tapi hati senang kan penuh troli hehee

    ReplyDelete
  8. bestnye shopping2 pinggan mangkuk...lagi best kalau dalam beg ada duit 5-6 ribu...hahaha...sy part berangan memang tak semengah...alhamdulillah nampak sehat mak akak ye...semoga terus di beri kesihatan yg baik buat makcik...mudah mudahan :)

    ReplyDelete
  9. salam kak yan!
    heee baru nak mengaktifkan diri ni ...
    fuhhh AEON mall tu besarrr sungguh ... saya baru sempat g 2 kali utk lunch jumaat (bila ada meeting di kampus SA) ...
    tak habis ronda lagi .. lepas raya nnt la ukur kilometer dalam tu ...hhehe

    ReplyDelete
  10. suka juga kak tapi selalu window je...tahan...tahan...heheheh

    ReplyDelete
  11. Kak, tiap kali raya kena beli glasses baru, tempat kuih baru,langsir baru, alas kaki baru, kan! Barulah namanya raya! Saya tak sempat lagi nak shopping barang macam ni sebab bulan puasa ni saya malas nak keluar rumah. Tak tahan haus! Hahaha!

    ReplyDelete
  12. Saya pun suka jugak tengok tempat tempat gini AE. Walaupun bukan untuk membeli, tengok pun rasa kenyang haha....

    ReplyDelete

cliks..cliks