cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Wednesday, June 15, 2016

Sambal Belimbing Buluh


Apa ni?




Belimbing Buluh. I amik kat kampung masa balik kampung sambut puasa hari tu. 

Banyak. i nak buat sambal. This is my first time nak try.  menjadi or not, kita tengok hasil dan response dari sipemakan sambal. 


yang dalam mangkuk kat atas tadi i kisar. nak halus boleh, nak kasar pun boleh. ikut suka hati lah.. 


i tambah lagi 4 5 bijik, i hiris tak terlalu nipis. 


Ikan bilis yang kasar2 ni, dalam segengam. i goreng garing.  



then i kisar dengan cili api dalam 3 gengam. nak pedas lagi, tambah lagi cili.
bagi terangkat2


untuk sambal ni, i tambah bawang kisar dengan bawang yang i hiris nipis. 


Bawang yang dikisar dalam 4 buku. 


Blend dengan bawang putih.. agak2 ye.. 


first i tumis bawang besar n bawang putih yang dikisar tadi tu. 
sampai layu.


bila dan naik bau dan naik minyak, i masukkan cili dgn ikan bilis yang dikisar tadi.


hirisan belimbing yang kasar2 tadi pun, masukkan. kacau sampai cam ni. sampai naik bau.. sampai satu rumah bersin. heeeee


Masukkan sikit pati ikan bilis, garam, gula. ikut suka. 


then i masukkan kicap manis. jangan banyak sangat tau.
nanti jadi sambal kicap lah.. 
asal nampak warna hitam2 sikit tu, ok lah.


then ini lah hasilnya.. not bad.. 

selamat mencuba. 

18 comments:

  1. Tak terfikir kakcik yang belimbing buluh boleh buat sambal macam ni. Nanti boleh cuba... :)

    ReplyDelete
  2. ada kawan saya buat kerabu kak ....npk sedap saya belum try lagi...sbal ni cicah lempeng pun sedap kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerabu? masam lah ye..
      lempeng cicah sambal ni memang kaw. kaw..

      Delete
  3. Sambal macam ini tahan Yan kalau simpan dlm botol tutup.
    Masuk dlm fridge. Nak makan ambil banyak mana nak makan panaskan dlm microwave.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tahan kak zakie. dah almost a week.. masih ada balance.. sayang.. panaskan je lah.

      Delete
  4. aduhhh sedapnya. klu jumpa belimbing ni nanti nak try resepi kak yan.
    selalu beli sambal hitam yg campur belimbing ni selain makan dgn nasi, sedap buat inti sandwich.
    btw ni ig sy, www.instagram.com/nikmuis
    dah lama tak update. lepas tukar hf malas nak install ig.kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je dear..
      boleh je makan dgn apa pun.
      sure sedap lah..lagi2 org yg suka pedas.

      Delete
  5. sedap ni..masam2 pedas..makan waktu sahur mmg best..terangkat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi belimbing buluh akak ni kurang masam lah pulak..

      Delete
  6. Walaupun saya tak suka belimbing buluh ni tapi tengok Kak Yan up gambar cara-cara nak masak terliurlah pulak. Lagi-lagi gambar ikan bilis! Tak tahulah bulan puasa ni ikan bilis memang menyelerakan sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba MD. kalau u tak suka masam, just letak sikit je..
      ada rasa lah kan. then more kan cili dan bilis.
      sure sedap.

      Delete
  7. Replies
    1. senang je brother..suruh je kak cinta yg buat..insyallah ok.

      Delete
  8. Assalamualaikum kak yan..klu style sambal itam org pahang, belimbing tu rebus dulu..dia akan jadi wrne hitam..pastu bru msk dgn dgn sambal..tu ygbjd sambal itam

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam..

      ooo ye ke..nnt boleh buat lagi..tq dear

      Delete
  9. Pernah jugak buat sekali bila org kata sedap. Tapi masa tu buar terbanyak belimbing kot. Waduhhhh masam sangat haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni kurang masam hainom..
      akak buk cili je lebih.

      Delete

cliks..cliks