cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Monday, June 13, 2016

Sambal Bunga Kantan dengan Jemput2 Bilis



Dah puasa ke 8 hari ni. 
Masak apa tadi?
Hari ni Chef CiJu masak Mee Hoon. 
I lak memang dari awal2 lagi verangan nak buat Sambal Bunga Kantan. 
Tiga hari lepas i dah buat sikit. 
then semalam i went to Giant and bought another 4 stalks bunga kantan. 
sebatang dalam RM2.89. 

ya ampunnnnnn.
tak kan i nak beli 2 batang je kan. 
taman mini i pulak dah habis stock. 
nak tak nak memang i nak kena beli. 
i need to make sambal.
 this is so important for our sahur. 
 ALHAMDULILAH, the indian man yang ada kat counter sayur ni bagi i discount. 
never mind kak, i bagi you RM5 je semua.. happy lah i. ALLAH memberkati you dik.
suka i. ye lah.. kalau tidak i need to pay about RM11.50.. 
tak hagak2 kan.  bunga kantan je pun. 


so since dah dapat murah tu, i kena buat gaklah.. 
jangan sampai kering pulak nanti dalam fridge tu. heeeee.. 
nampak bahan kat atas ni. ada Belimbing Buluh.. 
so means, ada 2 sambal yang akan i buat. 
but for this N3, i will share my Sambal Bunga Kantan dulu. 


I hiris nipis2 . bila batang yang ke4, i dah tak larat. heeeee.. 
kasar2 je i hiris. hambik ko belalang. 


Ikan bilis yang kasar2 tu dalam segengam. (i ni jenis yang tak ada ukuran pun masak).  main campak2 je. 


Bawang besar dalam 4 buku. nak banyak lagi, tambah je lah. 
kalau nak bawang kecik pun boleh.. hangak2 lah ye. 


Bawang putih sikit. Blend sesama. 


theni blend cili padi dalam 3 genggam. nak pedas, tambah lagi. 
then ikan bilis tadi tu digoreng garing, campurkan dalam cili, dan blend bersama. 
Kalau tak nak halus2 pun tak pe. kasar2 sikit. 


then i tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau. 

 

masukkan cili api dan ikan bilis yang telah dikisar tadi tu. 
sampai naik bau. 
then masukkan hirisan bunga kantan. 
gaul sampai layu. tambahkan gula sikit dan garam. 
masak lah sampai semuanya layu dan naik minyak. 


Ini lah hasilnya. 

Sebelum berbuka tadi tu Hubby kata tak nak beli kuih2 ke kat Bazaar Ramadan. 
i cakap tak payah lah.
i buat Cucur Bilis je. 
boleh micah dengan Sambal Bunga Kantan.


Tadaaaaa... 

Ini lah yang kami makan waktu berbuka tadi. licing cucur bilis yang i buat. berebut2 lah gamaknya. heeeee... Hubby kata kena makan dan kena puji ni. sebab dapur terkejut tengok i masak. SADIS. anyway, i was so happy.. ada sikit lagi  sambal for sahur nanti.  and bakal menyusul Sambal Belimbing Buluh soon. 

Selamat mencuba..
dan selamat bersahur untuk puasa di hari kesembilan.. 

INSYALLAH....

25 comments:

  1. Boleh cuba buat nanti ni, tapi versi kakcik kena kurang cili sebab kakcik tak tahan makan pedas... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni cili sikit je kak..then masak kering2..semua kata x pedas..

      akak.campur cili besar sikit..so x berapa pedas.

      Delete
  2. wah macam sedap je nih, boleh cuba buat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap dear.. esp kalau u suka bunga kantan.

      Delete
  3. Macam sedap pula samabal bunga kantan tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended.. esp buat makan sahur. berselera semua.
      tp now kantan dah makin mahal kan.

      Delete
  4. menarik ni kak yan....tak pernah cuba..kena try la tp versi kurang pedas la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau cilinya dimasak kering2.. insyallah tak berapa pedas.. cuba lah. tak nyesal.

      Delete
  5. Mahal ya ampun bunga kantan di sana ye Yan
    Kakak nak cubalah sambal bunga kantan cara ini. Nampak sedap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal sangat kak.. sangat.. tu nasib baik dia bagi discount kat saya.. kalau tak, memang hebat lah lag i sambal saya. heeee
      boleh cuba kak. sedap lagi pun.

      Delete
  6. wah kena cari anak pokok bunga kantan lah macam ni bila tenguk harga makin mahal. Campak kat kampung sesekali balik boleh petik hasilnya.

    Fuh mengancam tenguk sambal tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul you..tanam bebanyak kat kg.. boleh buat jualan tau esp waktu open house ni.

      Delete
  7. Macam rare pulak buat saya sambal bunga kantan tu Azian..
    Teringin nak mencuba tentu wangi bau bunga kantan tu kan..
    Regu yg terbaik dengan cucur bilis tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp sedap sis yati. semerbak bau kantan masa menumis tu.

      makan dgn cucur bilis mmg marbeles.

      Delete
  8. salam ramadan kak yan..
    bulan bulan puasa ni kena pekena sambal ke, kerabu ke baru ada selera nak makan.hihi
    btw, sy takde isi lagi. just tak selera bulan puasa je. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadan dear.
      betul sgt tu. sambal2 yang kering2 cam ni lah penambah selera.

      sabar menanti ye..

      Delete
  9. YA ALLAH KAK....sedap nyer !! Saya suka sangat makan mcm nie !

    ReplyDelete
  10. nampakkkk sedapppp kak. tapi fae jenis tah tahan pedas.

    ReplyDelete
  11. Alolo ziyan..that day i datang..i kutip 2 bijik bunga kantan you!! Tak tau pulak u nak buat sambal hu..hu
    Cjuu ofer..i hambik jerlah...wakil tuan rumah bagi
    Sat lagi i cuba buat noooooo

    ReplyDelete
  12. banyak cili api, banyak bilis, bwg putih... perkkkh mmg mabeles
    msti terangkt ngn pedas n semerbak bunga kantan nyer

    ReplyDelete
  13. wahhh...nanti nak cuba la...ada 2 batang bunga kantan kat rumah tu...

    ReplyDelete
  14. Nampak menarik aje, Kak Yan. Tak pernah pulak saya buat sambal bunga kantan. Nak jugalah try nanti. Campak baling ajekan!

    ReplyDelete

cliks..cliks