cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Thursday, March 31, 2011

Roti Goreng.

Pernah tak makan Biskut Goreng? Sebenarnya recipe ini adalah recipe turun menurun dari my arwah nenek. Tau tak biskut mayat? biskut keben? biskut keras? Dari all this biscuit ini lah dihasilkan satu juadah. Makanya dari arwah nenek, turun pada My Mommy. And hari ini i tried to make it. Hasilnya... boleh lah.. Cuma i tak gunakan biscuit. I gunakan roti.
Roti - roti ini i bakar terlebih dulu kasi garing betul. Yang atas tu kurang garing. So, sebaik - baiknya garing biar bit crunchy. Lepas dibakar garing, i pecah - pecahkan seperti di bawah ni.

Antara bahan - bahan yang diperlukan untuk dijadikan 'Roti Goreng' selain dari roti tadi (dalam 8 keping) adalah

1. segengam ikan bilis.. (ikut suka banyak mana).
2. Tambahkan sedikit udang basah dalam 5 ekor (sedeehana besar) kemudian dipotong - potong kecil.
3. 5 ulas bawang kecil.
4. 2 ulas bawang putih.
5. chicken stock.
6. taugeh.
7. lada sulah dalam 5 biji.
8. daun sup.

Gimana ya caranya???

1. Tumbukkan ikan bilis bersama bawang kecil dan bawan putih. Campurkan juga lada sulah.
2. Tumis kan bahan - bahan yang ditumbuk tadi.
3. Masukkan udang basah tadi. Biarkan sedikit kering.
4. Tambahkan garam dan chicken stock.
5. Masukkan taugeh. I suka taugeh yang agak crunchy. So, masak kejap saja.
6. Padamkan api.
7. Masukkan roti yang dipecah - pecahkan tadi, langsung gaul rata.
8. Roti mungkin akan sedikit lembut.
9. Taburkan hirisan daun sup sebelum dihidangkan..

Hasilnya.... Tadaaaaa....


Buat breakfast sedap, buat minum petang pun sedap..

Wednesday, March 30, 2011

Nasi Bakar, Banana Pancake dan Banana Fritter

Dua tiga hari ramai fren bloggers ada yang bertanyakan sal Bali dan Bandung. So, ini mengingatkan i tentang Indonesia lagi.. Kali ni i nak cerita sikit sal local food di Indonesia. I ni jenis yang suka mencuba local food. Salah satu food yang teringin sangat nak cuba dan akhir nya dapat dicuba adalah
Tak pernah dengar kan?? I pun pertama kali dengar masa tengok menu di Indonesia.



So i telah mencubanya tika di Bandung dan di Bali. Masa di Jakarta, tak pulak teringin nak mencuba Nasi Bakar ni.. Tapi bagi sesiapa yang ingin nak cuba kalau berkunjung ke Jakarta, boleh cuba di sini. I teringin nak mencuba membuat Nasi Bakar ni.. Nantilah one day i try buat.

Version Nasi Bakar di bawah ni masa i and family makan di Dapur Alam, Bali.. Memang dah plan nak local food while in Bali for this time.
Nasi Bakar di bawah ni masa i makan di Kampung Daun, Bandung... Keinginan i untuk makan Nasi Bakar ni masa travel ke Bandung memang dasat lagi bila member2 in the group pun jenis suka mencuba. I torak kat depa untuk cuba Nasi Bakar ni.. Dan tidak menghampakan...
ini yang di Kampung daun.
Satu lagi local food yang i suka since i stayed at this hotel, Banana Pancake. Bukan our traditional Lempeng Pisang ye.. It just one thin layer of traditional pancake then filling nya just slices of banana dan sedikit kepala parut kalau tak silap. Cicah or spread dengan air gula or caramel.. Sedap nak gila tu.. Pasalnya i ni jenis meminati dessert. So, anything can do.

Satu lagi....

Banana
Fritter pun sedap. Alahhhh..Goreng Pisang makan sama Honey dan Ice Cream.. Yumm..yumm....Yang kat bawah ni adalah Bebek Bengil Tepi Sawah, Ubud version. I love more on yang ada di Ambian Restaurant, Ubud.
Simple je.. But rasanya tuh enak sih....

Tuesday, March 29, 2011

Longan Pudding with custard

Pudding ni i intai dari rumah Jintan Manis.. Thanks for dapat beri semangat untuk akak masuk dapur semalam.

Bahan-bahanya
4gram serbuk agar-agar - i tak pakai. Sebab cari - cari kat Giant tak ada.. Yg ada crystal jelly.
beberapa biji buah longan segar -
i pakai yang dalam tin je pasal bukan musim.
300ml susu segar- boleh ganti dengan susu sejat -
i guna 1 caw susu cair.
200ml air -
5 1/2 cawan air plus 1 caw syrup longan.
4 sudu besar gula -
i tambah gula dan susu pekat ikut suka kalau nak manis.
1 1/2 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air) -
i letak 1 cawan pasal nak kasi keras.


Untuk Custard Sauce
1 1/2 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air) -
i pakai 1/2 senduk.
1/2 cawan susu segar@susu sejat -
1 tin susu cair
1/2 cawan air -
2 caw air dan syrup longan.
2 sudu besar gula -
2 senduk gul
a dan 1/2 caw susu pekat.


Cara-caranya
1. Potong buah longan kecil-kecil dan ketepikan, kemudian serbuk agar-agar di bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu masukkan di dalam periuk bersama susu segar dan air, kacau sebati dan biarkan agak mendidih.
- i tak pakai longan fresh.. Buah longan tin tu i letak je dalam acuan. letak 2 atau 3 ketul.
2. Masukkan pula buah longan, gula, bancuhan tepung kastard dan kacau selalu sehingga agak pekat. Akhir sekali curahkan puding di dalam acuan dan sejukkan sebentar pada suhu bilik baru di masukkan di dalam peti ais. ros gunakan acuan silicon bentuk bintang.
- bahan puding tu i satukan, kacau dan terus jerang sampai didih. Kemudian terus curahkan dalam acuan yang i dah letakkan buah longan. i just pakai cawan je..
3. Buat Kuah Kastard, masukkan semua bahan sos kastard di dalam periuk dan kacau sebati, kacau sehingga sos menjadi berkilat dan pekat, jika terlalu pekat boleh juga tambahkan sedikit air, ambil puding longan tadi dan letakkan di dalam piring, curahkan sos kastard di atasnya dan taburkan juga hirisan buah longan serta hirisan anggur hitam sebagai hiasan, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
- kuah custard tu i satukan jugak dan kacau sentiasa atas api. kacau sampai didih. i buat agak pekat sikit. custard tu i buat sedikit lembik..


So, anda semua boleh cuba dua versions. I rasa mana - mana pun sedap kot. Cuma yang mine tu bit manis.. I kalau buat dessert memang suka manis.. So, kalau sesiapa yang ada kencing manis tu, hati - hati lah ye.. Cuba lahh.. very easy...

Saturday, March 26, 2011

Saturday Activities

Semalam Abang Luqman ada Qiamullail di sekolah. So, pagi ni kena fetched kat sekolah.. Kitarang pun terus had our breakfast sebelum pergi ke Kuchai Lama nak ambik En Romeo yang dah tersadai di workshop almost 2 weeks. Lega i.. I miss nak drive Cik Timah i... Layan je lah apa yang kitarang ngap kat Cili Merah Restaurant di Sect. 9 ni ye..
Abang 'Imran took Nasi Lemak. Ambik Sambal Bilis dan Ayam Goreng.
Si kecik ni walau dah ordered Milo Ice, dia leh rembat lagi air dalam bottle ni.. Siapa biasa minum air bottle ni waktu kecik - lecik dulu.. Kira - kira dalam tahun 70an hingga awal 80an. Air ni fames sangat kan..
Abang Luqman ordered Half Boiled Eggs. Tokey resto ni nak berjimat sangat. Bagi pakai mangkuk Melamine ni.. (kerajaankan dah larang pakai pinggan mangkuk jenis ni.) Tapi i tak kesah lah.. tak teruk nak ganti. Susah pecah. Tapi kan bagi lah yang elok sikit. Ni bagai nak barai dah mangkuk ni. Emm... depa ni makan je..
Tengok tu kesungguhan Abang Irfan makan half boiled egg. Tambah ketchup.
Lepas makan Hubby decided nak ambik terus En Romeo. Tapi i kata nanti tak sempat. So, kami anak - beranak ikut je Hubby pegi site.. Menujulah kami ke Tropicana..
Gerbang Tropicana. Kat sini baru i kata real bungalows. Betul - betul punya mewah bungalow at this area. Makan juta - juta beb.. Bukan juta rupiah ye...
Golf course.
Sebenarnya i memang teringin nak tengok rumah - rumah kat sini. Jom kita layan.. I tak faham betul cam ne boleh sebegini citarasa pemilik.. I ingat owner ni sure tokey cake.. Tengok rumah dia yang besar bebeno no.. Macam cake. Siap macam castle u...
Yang bawah ni lak, i suka sikit je. Too modern. Tapi yang i tak suka pasal nampak macam office.
Ni macam Australian bungalow. Still under construction. Besar sangat.
Dasat tul pasal pagar dia kaca you..Yang ni i suka...Tapi tak nak pagar cam tu.. I takut sendiri yang terlanggar lah.. Hee.. tak mampu, cakap lah... Bawah ni pun i suka. Australian bungalow. Modern. Tapi cam ni pun i tak sukalah... Besar sangat.. Nanti susah nak cari kat mana Hubby i..heee...
Nilah rumah client. Besar you..Tapi real estate dah estimate, tanah je 1.3m, buat rumah 1.5m ke 2m. Bila nak jual leh sampai ke 9m..Makkk aiiii...sedapnya...
Lepas layan mata dan verangan rangan, heee.. itu perut pun sudah munyi - munyi lorr... Then Hubby tanya nak makan mana.. Bila dah nego - nego, kitarang pun terus ke destinasinya...Memula tuju ke Persimpangan Penchala. Terus belok kiri.
Tiba T junction, belok kanan lagi.
Agak - agak 50meter terus belok kiri..
Jalan ni macam naik bukit sikit. Terus je... Jumpa lah rumah - rumah kampung di kanan kiri. Keluar je dari lorong jalan tadi,
jumpa simpang di atas ni.. Dah nampak signboard nya yang agak kecil. Belok kiri.. Pandang kanan, atas bukit, corner sikit.. Nampaklah tempat yang dituju..Apa nama tempatnya ye...
Ini lah dia... SUBAK. Do you know what is subak? Kalau di Bali subak tu macam suatu sistem pengairan di sawah - sawah padi.. Kat sini ciri - ciri Bali akan kelihatan.. Jom kita tengok..
I have been here once masa meraikan frens dari Sabah in 2009 kalau tak silap. Lepas tu teringin lagi nak pegi. Pernah plan dengan Anna sebelum dia went back to Australia, nak jumpa kat sini. Tak menjadi gak. Tak semena - mena hari ni rezeki perut dapat makan buat kali ke dua di sini...ALHAMDULLILAH..
See.. dah nampak kan Balinese nya..Green
Kolam ikan.
Surau pun ada.. Nak dengan tak nak je sembahyang.
Di bahagian atas dibuka for big occasion. Tapi kena panjat sikit. Macam company event ke..
Meja makan ni berdepan dengan kolam ikan tadi.
Sink pun cantik.K lah.. Dah layan tempat, kita layan food lak...
Mine. Longan Pandan Leaf Tea - RM9
Cuppuccino - RM9
Rasberry Bandung with Roses Flavour - RM8
Chunky Wild Mushroom served with Garlic Bread. Tak cukup garlic bread yang di servedkan. Depa mintak extra..RM12. Garlic Bread tu i tak perasan berapa hengget.
Starter kitarang ambik 2 Ibu Yati Gado - gado..- satu RM12. (bini dia punya nama kot)
Ni lah yang i ngidamkan sangat..heee... Subak Braised NZ Lamb Shank Masala - RM45. Tapi kan i rasa macam tak sama dengan yang i makan 2 tahun lalu tu.. Then Hubby kata ordered yang lain..Hubby kata i makan yang bawah ni..
Grilled Rib of Lamb - RM48. Tapi i mula confused.. Macam bukan gak.. Tapi tak kan nak ordered yang lain.. Hilang akai.. Sapa nak makan.. Tapi i tetap happy sal lamb dia semuanya sedap - sedap belaka....
Abang Luqman ordered Barbequed Beef Rib - RM48.. Pun sedappppp!!!!
Ala Subak Nasi Goreng with Chicken Satay. Ni sebenarnya pilihan Hubby - RM25.
Abang 'Imran dan Abang Irfan macam tak puas makan, terus ordered Lasagna RM25.
Lepas makan kami decided ke Kuchai Lama.. En Romeo tu...Tapi sempat lak tangkap - tangkap gambar lagi. Ni En Farouq yang tolong ambik kan gambar.
Hubby tak aci. Di berselindung di sebelah badan i. Nampak kecik je.. I yang nampak besar.. Tak aci.. tak aci...
Wedding pun leh buat kat sini..Seronok gak kan. Garden Wedding. Dah 16 wedding events buat kat sini.. Tip.. Kalau nak makan, i rasa elok p tengahari.. Tak ramai, food kita pun cepat..Ownernya, En Farouk mentined that start nex month kot, dah ada breakfast.
Cam ne nak balik pun dikasi tau nih..
Tiba di Kuchai Lama, Hubby terus ambik En Romeo.. I pun balik.. Mata berat je.. Lamb ni rasa - rasa nya telah mempangaruhi mata i.
Saja je. I tayang kereta merah ni.. Ok tak??? verangan je... Mana tau cocok buat merempit..hee..Tiba rumah... Istirehat...Lamb sedang turun...Ngantuk..i terlelap you... Esok nak wat pe ek??? Lamb ni kurang - kurang sebulam baru ilang.. heee.. tak pe. 2 tahun baru sampai sini..

Rasa - rasa nak layan gamabr.. kat sini..

Lupa nak kasi info..

SUBAK
3213, Jln Penchala Indah.

Tel 03-7729030/9031

cliks..cliks