cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Saturday, August 26, 2017

Bila rindu bertandang..


tak lama lagi dah nak raya kurban kan.
u all balik kampung?
i maybe tidak lah.
maybe just raya kat Shah Alam je.

My boys pun tak balik Malaysia.
Alaaaaa.. I is rindu lah.
First time berjauh waktu raya haji ni. 
Memang pesantren tak benarkan depa ni keluar waktu raya kurban ni. 
ada lah activities yang sudah diatur maybe. 

Jadi windu i ni sangat lah menggunung..
nak ke sana pun terpaksa kensel lahkan sebab depa tak boleh keluar asrama pun. 
nak lepaskan windu ni nak kena plan lah nak pegi bila. 
maybe i will go end of September ke.
ada sesiapa nak ikutttt??



saje nak lepas windu ni i share gambar Abang Luqman waktu dia masih stayed kat asrama Cijanggel. 
Kawasan ni agak dekat dengan Kampung Daun. 
Kawasan nya betul2 kat atas gunung. 
Abang Luqman memang suka this place. 


Kat sini lah dulu asrama dan tempat belajar Abang Luqman masa memula belajar di Darrut Tauhid. 
Tapi now dia dah berpindah ke new area. 
Masih di kawasan sejuk di Bandung lah. 
Ada hamba allah yang wakafkan bungalow pada anak2 santri ni. 
Hebat kan. 
Gambar ni pulak diambil sewaktu asrama Abang Irfan dan asrama Abang Luqman bergabung sempena activity kemerdekaan baru2 ini. 


meriah seminggu depa kat gunung ni. 



Ini pulak asrama yang kedua Abang Irfan stayed.
Another bungalow yang diwakafkan. 
hebat2 orang diarang ni kan.



gambar ni diambik Abang Luqman melawat Abang Irfan. 
Masa ni memang dah mula kurus dia. 


Abang Irfan sama2 dengan santri anak (bawah umur).
ini nak lawan lah ni. 


Abang Irfan bagi gambar ni minggu lepas. 
guna handphone mushrifnya. 
Hp Abang Irfan dipegang mushrifnya. 
tak boleh suka2 hati guna hp kan. 
Dia tanya i, "Ibu, i dah kurus kan".
memang berat badan depa dua2 susut sejak belajar di sini. 
Makan kan tak sama macam makan di rumah kan. 


Ini gambar masa Abano Irfan memula belajar di sana. 
masih montel kan. 
pipi Abang Irfan memang gebu gebas.


ini gambar terlatest diarang. 
belakang Abang Luqman tu sorang lagi santri dari Malaysia. 
Orang Kuala Kangsar katanya. 
Jadi so far hanya ada 3 santri dari Malaysia yang belajar di sini. 


activity yang dijalankan di sini. 


Abang Luqman dah macam ustaz bila dipandang dari belakang. 


Nampak tak Abang Irfan tu?


Ini pulak activity yang masuk dalam program TV di Indonesia..
bulan puasa lalu.
dapat lah i menengoknya.
seronok bila dapat tengok my darling kat sini. 



Ini pulak activity bulanan mereka..
bersihkan jalan di daerah mereka. 


Abang Luqman sedang buat presentation. 



I miss both of them so much. 
INSYALLAH ada rezeki i will go there soon. 
Depa maybe lambat lagi balik nya ke Malaysia. 
Maybe cuti akhir tahun nanti 
Biar depa concentrate dengan pengajian di sana. 
Mintak dua'a kan dari kawan2 semua. 
biar depa ni terang hatinya dan lancar pelajarannya. 
Semoga cita2 depa tercapai. 
YA RABBB...
Kalau ibu ada kepak, sekarang juga ibu terbang ke sana.
Jumpa u both. 
ibu cium2. 
ibu gomol2 pipi bambam baby ibu tu. 
sure semua melese2 manja2 kan..
aduhaiii.. 
tenangkan hati ibu ni. 

20 comments:

  1. semoga mereka sentiasa dirahmati Allah, dan menjadi anak soleh... syukur akak dpt hantar anak2 belajar sekolah agama... kat indonesia mmg bagus pembelajarannya... cantik tempat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSYALLAH...
      ALHAMDULILAH.. semoga ALLAH makbulkan.
      thanks for the prayers dear.

      Delete
  2. Insha Allah..berbaloi berbaloi berjauhan dengan ilmu dan pengalaman yang mereka dapat. salam Aidiladha in advance sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameeeenn.. mudah2an kan.. thanks for the dua'a.
      eid mubarak to u too dear..

      Delete
  3. nampak macam resort je banglo tu. hihi. apapun moga mereka success selalu . salam aidiladhan dan salam merdeka sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasan tanah tinggi nadhie. macam cameron highland.
      salam aidiladha..

      Delete
  4. semoga dipermudahkan urusan mereka berdua belajar di sana. sejuk mata tengok keadaan mereka kat sana. mereka pun tentu rindu sangat dengan family di malaysia. salam aidiladha in advance :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amen..ameennn ya raabbb.. mmg rindu dah tu..
      eid mubarak to u too.

      Delete
  5. dengar tajuk entri pun dah syahduu..
    semoga ibunya di Msia dan anak2nya di Bandung baik-baik saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Nurul?
      itu lah kan.. tapi tak pe. kejap lagi ibu ke sana. heeee

      Delete
  6. ibu perlu berkorban utk anak2 soleh...in sya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mr. Bukhari. ( i guess ini Uncle ke?) INSHALLAH.. sentiasa berkorban utk kesayangan kita kan..
      thanks sudi comment.

      Delete
    2. sorry Yan, aunty share ngan uncle...

      Delete
  7. dana ni walaupun anak baru sorang, kecik lg tp dpt rasa kerinduan akak... yelah perasaan emak2 ni selalu hampir sama...

    hebat2 org kaya kt sana ye kak yan, banglo yg di wakafkan pun bukan main besar, lengkap segalanya... cntik pulak tu... nsb la 2 beradik tu mudah berjumpa yek... sekurang2nya ada lah yg nengok2kan si adik kt sana...

    takpe kak yan, dtg akhir bln 9 pun ok, ibu nya kene tahan rindu skit lg... kalau rindu kene lyn gambar2nya, jgn akka nngis udah yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Dana.. biasalah kan.. dah tu 2 pulak kat sana. rindu sangat2.
      tapi insyallah ke sana dalam 3 minga lagi kot.

      Delete
  8. betul kak.. orang sana hebat2 bila rezeki lebih diwakafkan macam2 buat bekalan akhirat.. rumah selesa semoga murah rezeki selalu orang yang wakaf tu. anak2 pula mendalami ilmu agama.. berkat. hihi sikit hari lagi nak jenguk anak2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALHAMDULLILAH kan.. mudah2an ALLAH memberkati mereka.
      Mingggu depan kot ke sana.. INSYALLAH.

      Delete

cliks..cliks