cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Thursday, November 25, 2010

Jom ke Kedai Canggih

Biasa ke tengok lambang 'Canggih' tu.. Bagi bloggers yang punya anak bersekolah dan mementingkan quality, rasa - rasanya dah tak payah dikenalkan, kan? Maybe ada di antara frens yang sudah mula membeli. Yelah, takut nanti stock tak cukup atau habis.. So, kat sini i nak menguar - uarkan di mana frens boleh shopping.

Segala kelengkapan uniform sekolah ada tersedia di boutique Canggih. Dari pakaian anak - anak yang nak memulakan sekolah sampaikan ke anak - anak yang dah nak abis sekolah ( yang Form 5 lah) pun ada..

Encik Husni boleh anda temui kalau berkunjung ke Kedai Canggih Kota Damnsara.

Jika anak anda mendapat tawaran ke MRSM, anda telah penat mencarinya di mana - mana dan sukar menemuinya. Datanglah ke Kedai Canggih. Masalah tersebut dapat diselesaikan.
Ni bujang i jadi model. Dah pencen jadi model since dah besar.. Ibu dia takut godaan.. heee... Model pempuan cantik - cantik dan seksi - seksi..

Yang ni lak memang model setia Ibu dia. Pantang acu camera je kat dia, dia dah ready dengan senyum.
Baju Melayu untuk sekolah agama pun ada. Samping sekolah agama ada merah, ada hijau, ada maroon.. Semua lengkap.
Stationaries dari characters pun ada. Sure anak - anak suka.
Kelengkapan camping dan unit beruniform pun ada.
Membership fee just RM 10 for two years. The cheapest lah kot.
Jangan lupa daftar kan diri sebagai ahli dan dapatkan potongan bagi kelengkapan yang ada. Bila dah daftar tu, datang JANGAN TAK BAWAK CARD. Kalau tak, anda menyesal. Tak akan dilayan..
Datanglah beramai - ramai ke boutique Canggih dan dapatkan kelengkapan lebih awal. Anda boleh berkunjung ke alamat di bawah.

Shah Alam,
Lot 1.62 & 1.63,
Tingkat 1, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor.
Tel: 03 - 5511 0226 ( Ada rezeki boleh kita jumpa di sini)

Kota Damansara,
Blb A-G-11, Pusat Perdagangan Pelangi Damansara,
Persiaran Surian, Petaling Jaya
Tel: 03 - 7710 0212

Klang,
No 71, Lrg Bt Nilam 5,
Bukit Tinggi, Klang.
Tel: 03 - 3324 5226


6 comments:

  1. memang baju sekolah canggih baik kualiti nya...
    kain nya tebal tapi tak panas...nak gosok pun senang...
    tapi sekarang ada lagi 1 jenama,'cemerlang'...kain nya pun baik,klu baju putih tak payah dinila selalu...sentiasa nampak putih biru jer....

    ReplyDelete
  2. salam kak long,

    jenama cemerlang ni dah lama gak lah.. lepas 2 atau 3 tahun Canggih ada di pasaran, brand ni pun keluar dan ada similarity. Nak wat cam ne. Persaingan...

    ReplyDelete
  3. nnt alin memang nak pi kedai kak yan..tggu Qayyum nak start sekolah..

    ReplyDelete
  4. tiga2 ni Yan punya ye.....Nana pun pakai baju sekolah canggih ni....insyaallah kalau ada rezeki boleh gi....tp nana nak masuk form 5 dh 2012 ni....hehehe...

    ReplyDelete
  5. tahun nie,preparing baju sekolah anak lelaki masuk tahun 1,2 pasang yang berjenama sepasang lagi beli yang biasa biasa je wat basahan....

    ReplyDelete
  6. yg dekat area taiping takde ke ?

    ReplyDelete

cliks..cliks