cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Saturday, February 27, 2016

Arigato Nippon (14) - to Tokyo and our last day.


Kejap je dah nak masuk bulan March. cepat sungguh kan masa berlalu. pejam celik dah setahun dah. dah nak hampir setahun i balik dari Korea and Japan. tapi ceritanya bertangguh.. apa yang dimakan dari Japan dah jadi baja dah.. heeee... ok lahh.. hari ni i kena habis kan gak cerita Japan i tu.. tapi ingat ke lagi cerita yang lalu ek? tak ingat? tak pe, i busy body bagi link kat S I N I ye.. nak suruh orang baca gak tu. heeeeee...

tell u the truth beb, some info tu maybe i dah lupa dah..anyway, i just want to share my experience kat sini.. maybe hard for some of u to get the idea how to go  there n here, or how to buy this and that. almaklum blog i ni adalah blog yang susah nak dibuat reference lah senang cakap.. kalau cerita Kashmir, anytime. heeeee

Ok laaahh.. pagi tu, kami terus ke Kyoto Station. Hari ni nak ke Tokyo by using shikansen. hajat Abang Luqman gak lah ni.. that's why kami punya route all one way.. To Korea one way, then to Osaka one way, so back to Kuala Lumpur also one way. Sebabnya nak rasa semua. 


pepagi kami dah bersiap. kami tak beli lagi tickets since faham2 je lah.. asyik menyantai je kejenya.. ikut suka hati sendirilah kan. tengok tu our luggage.. bertambah.. i thot kat Japan luggage kami cam tu je.. tup - tup semalam kami kena beli satu lagi. tu yang orange tu. 


once settled kat counter Ryokan kami ni, kami pun say bye bye lah kan.. Kata Abang Luqman, kawai lah Bu.. tu diaaaa.. kalau dah berkenan tu.. then kami jalan pelan - pelan ke jalan besar.. we just took a cab to Kyoto Station. tak lalu lah nak berjalan.. 


semalam kami menghafal jalan lain. kami semak the route and which train sud we take for Tokyo.. kami di area main entrance yang mengadap Kyoto Tower.. tup2 pakcik taxi ni hanter kat sini pulak. ha..haa..haaa.. habis geography i. tak pe lah.. dalam hati cuma satu, tak tau tanya.. no sweat.. 


terus ternampak the ticket counter. at first tanya dulu dengan officer di sini. bila dah puas hati, baru kami beli. kami tak lah beli awal2.. even hotel di Tokyo pun i just booked last nite.. itu pasallah kami boleh stayed another one nite in Kyoto.. we loved Kyoto so much for me, dia macam laid back sikit lah. maka tu yang nambah semalam lagi di Kyoto ni. 


ticket dah beli. then i ingat nak pegi post office lah.nak mailed some postcards untuk tatapan orang di Malaysia, Indonesia dan satu lagi di Kuwait. for my friends. tapi bila melilau cari seemed susah nak jumpa.. tu lah. yang semalam tu kan kat tempat lain. pagi ni locationnya berubah. tu yang blurred. 


after buying our tickets, terus kami menjajar mencari arah ke Shinkansen ni tau. i don't care. tanya je kat pakcik2 bertopi tu.. senang.. mak aiii jauh bebeno nak jalannya.. 


jumpa ini kira betul lah tuu.


akhirnya.


tak lama tunggu, shikansen kami pun sampai.. percaya bulat2 apa yang Chef CiJu bagi tau tentang our coach and seat, terus kami masuk once the shikansen arrived.. tengok punya tengok, our seats dah penuh orang.. aiiikkk!!!.. 


sepatutnya coach 5 seat 14-A kan.. yang kami naik ni kat coach 14 tu.. eeeeeee.. sakit tau hati kita.. meredahlah dari coach 14 tu menuju ke coach 5.. terhoyong hayang cam orang mabuk.dengan luggage lak tu.... anyway, setelah bersusah payah tu, akhirnyaa... ahhhhh.. lega.. cam nak tercabut lutut tau.. jom lah nikmati pemandangan.





sebenarnya my camera ada sikit problem masa ni.. gambarpun pada i kureng lah.. 



sampai kami akhirnya di Tokyo Station. cuaca agak lembap.. that's why tak nampak Mount Fuji. hujan renyai2.. tapi payung kami kan ada.. 


Kena cari locker dulu sebelum kami meredah Tokyo ni.. dah cakap dah, hari ini all out. so kami kena simpan dulu all the luggage then baru boleh jalan.. tapi kan locker yang ada tak cukup untuk menempatkan all our luggage.. so memang kena ke sana ke sini simpan.. itu kerja Abang Luqman dan Chef CiJu. i diam - diam je kat tepi locker tu. heeeeeee..


then baru kami mencari arah cam ne nak ke Nippori. Kami nak tengok kain - kain cotton. 


mencari arah dengan bertanya dengan orang.. i memang kurang mentelaah this area. tunggu je lah. 


dalam pada beratur dan bertanya tu tadi Abang Luqman terpandang ni.. apa lagi, terus diserbunya ke sana.. ikut kan je lah belalang. 


ini pun yang dia berkenan. heeeeee. kawai buuu..


kami terus amik train nak ke Nippori. 


tiba di station terus amik cab.. tak tau mana arah nak tuju.. terus je cab tu hantar ke sini.. 


nampak je Tomato ni terus kami mintak turun.. 


okk.. cari, cari belalang.. 


kena pandai cari.. i beli yang murah2 je... tak mamfu yang lebih2 gitu. dapatlah sorang sepasang.. i beli material for baju melayu.. so baju melayu for my abduls dan bapak abdul sudah dapat dah.. 


Chef CiJu masih mencari2 lagi. ramai yang nak dibelikan.. 


pilih Chef CiJu.. pilihh.. bukan tiap bulan kan ke Japan.. 


settled dah kat sini. misson accomplised..Abang Luqman dah bising sebab dia takut tak sempat nak shopping barang dia.. terus kami ke station balik dan patah balik ke Akhibara.. since dah almost a week merayau kat bumi Korea n Japan ni, train dah tak jadi masalah. cuma nak kena tau kat mana nak turun je.. gitu lahh.. yang penting tau baca peta. heeeeee..


menernoka alam di Nippori ni memang i suka even berjalan dalam hujan renyai2 ni.. bunga2 masih ada yang berkembang cantik... sib baik hujan you. kalau tak mau banyak lagi Yen i terbang.. we limited our budget here..tak boleh ikut nafsu betul.. 


kawasan ni memang pusat kain cotton lah kot.. cuma kena rajin mencari.. 


fabric street.. dah dibagi tau gitu. so sediakan je lah wang besar.. wang besar.


then kami pun terus meninggalkan kawasan ber'hantu' tu.. 


sampai di Akihabara Abang Luqman berpisah dengan i and Chef CiJu.. let him explore himself. ada banyak yang nak dibelinya. yang diidamkan since long time ago.. peluang dia menghabiskan wang yang dishpan nya masa  kerja kat my shop..i just lepak at the cafe at the shopping mall. janji jumpa balik balik Abang Luqman di tempat yang memula kami berpisah tadi tu..


lepas penat duduk, i bangun dan jenjalan dalam mall tu..



bila dah jenjalan tu, bukan sekedar window shopping.. tukang hasut suruh habiskan Yen sentiasa bekerja.. makaaaaa... 


memacam yang dibeli. pegang concept, bukan tiap hari  ke Japan. heeeeeeeee... curlassss kannn..


After two hours.. seeeee... this boy got what he wanted.. he spent almost 2K for all the gadgets or what so ever lah kat sini.. tu pun kata, i have few things more to buy.. i cakap, better balik ke pangkal jalan ye Luq. heeeeeeee.. yang penting he used his own money. not mine.. almost 6 motnhs dikumpulnya, then dillaburkan kat sini. suka hati kau lah labuuu..


Happy sakan lah tu. senyum sesungguhnya dia.






since keadaan cuaca yang tidal bersahabat dengan kami,  hujan semakin lebat, we decided went straight to our hotel.. weiiii. esok nak balik dah.. luggage nak ke arrange bebetul. 


we went to Tokyo Station. and took train to Chiba.. i booked our hotel at Chiba.. sebab takut besok i tak daya nak bangun terlalu awal for the airport. 


lama gak nak sampai you.. dalam pada tu agak was2 kat mana nak stopped.. so tanya mamat ni yang dia masa tu tengah asyik dengan earphones dia . terus cabut earphones dan menjawab pertanyaan kami. dia bagi tau kat mana we sud stop.


Almost 1hour plus gak lah nak sampai.. terus kami mencari our hotel.. aduiiii. mana ni.. SUNROUTE  HOTEL CHIBA.


Abang Luqman pun menggoogle .. akhirnya kami sampai di sini. rupa2 nya atas station Chiba ni je. meaning keluar ke train terus boleh check in.. patutlah mahal. 


registered dan kami tak sabar nak masuk bilik. penat betul dah kaki i ni.


jalan lagi kat dalam hotel ni.. aduiii.. jauhnya.. 


nice hotel . seingat i satu superior dalam RM480 kot.. tak berapa ingat.. tapi yang i ingat dalam 400 lebih. we took 2 rooms. superior and single.. single pun dalam RM400. seeeeeee...


bilik kecik je u. 


katil pun. ya allahhh.. rindu my Super King bed ahh..


letak barang kat sini je dah penuh jalan. 


nice toilet. 


tapi tak leh nya nak berendam ke hapa.. tak cukup waktu punya. 



tu station Chiba. so esok, we needed to take our train here to go to the airport. 


woiiiii.. go to your own room ok.. let me rest. 


dia busy menayang barang yang dibelinya.. sakan lah dia. i tertidur sebelum sempat bersuci diri.. memang tak larat sungguhlah. tengah malam baru i bangun balik dan mandi.. tapi mata dah mula tak leh lelap betul sebab takut tak sedar even buat wake up call. 


pagi tu bangun cuaca di luar macam dah siang benar dah. even jam baru kul 5am you. then at 6.30am kami meninggalkan hotel dan turun ke station.


INNALILAH, kami terlepas train kul 7.00am.. needed to wait another 30 minutes.. hati i dah kecut. takut kena tinggal  kapal nanti.. dalam train dua'a bagai nak rak.. takut  weiiiii.. 


sampai je, kena lagi jalan dan jalan. dah macam lipas kudung.. tak de nya nak santai2..few things we needed to settel before check in. wifi lah, nak post surat lah..


then Airasia counter tu pulak. makkk ciiii. jauhhh sangat. sampai sini tengok orang tengah beratur.. then i terus suruh Cheh CiJu hantar wifi tu.. menakutkan betul ahh. i dont like this kinda situation. buat i nervous. 


then akhirnya kami tiba di counter for checked in..


ALHAMDULILAH.  legaaaaaaaa... kalau tak sure nak tongkang balik Malaysia ni. 


sebelum masuk ni, i sempat lagi ke post office depa ni.. i mailed some postcards buat yang tersayangs.. heeeeeee..


masa for boarding. lari cepat ke Immigration. punya lah memacam yang nak diperiksakan.


but for the last minutes shopping, depa menghabiskan Yen di sini. 


Ingatkan dekat je our gate.tu diaaaaa.. jauh lagi. perggghhh... macam marathon lah.



Akhirnya terbang kami balik ke sarang. ada orang sedih sebab nak balik dah..


last sekali.. pekena ni. 



dan kami sampai petang di KLIA2. 


luggage yang beranak pinak. 


sampai je di sini, kami makan terus. laparrrrr.. 


penat dah makan Japanese food ni. kami pekena food kat airport ni.. 






ALHAMDULILAH.. malam baru kami sampai rumah. penatnya YA ALLAHH.. yang penting semua happy.ALHAMDULILAH.. selamat dah menjejakkan kaki di dua negara dalam seminggu ni. Our budget ni memang tak leh ikut lah. 

We took one way ticket to Korea dalam RM400 lebih sorang,  means 3 persons dalam RM1200. then hotel for 2 nites in Korea dalam RM400. then we moved to Japan and spent 2 nites in Osaka which  cost us  RM950 for 2 nites. moved to Kyoto and stayed at Ryokan for RM1800 for 3 nites and one nite in Tokyo for RM500. flight to Japan dalam RM400 plus for one person means dalam RM1200 for 3 of us. and flight back also dlm RM400 plus.. means RM1200 plus for all. 

food merencam kami makan. but in restaurant we had our food dengan belanja kurang lebih RM1200 yang main saja. the rest maybe dalam RM500 for all of us. transportation di sana i agak dalam RM400 for all of us.. ini for train n subways and taxi.. then shikansen dalam RM418 per pax so that for 3 of us dalam almost 1250 lah.. shopping dalam RM1000 for me. excluded Abang Luqman. so all together i rasa tak sampai RM4000 pun. but our budget adalah RM4500 per person.. ok ahh. tu lah dan serba sikit cerita Japan Korea i yang dah tertangguh lama.. sebelum next episode jenjalan in 2016, better i habiskan.. apa2 pun selamat melancong ke Japan for those yang nak ke sana.. cuma now the currency lagi mahal. last time just 3. 3 je Yen. and Won dalam 3.2.. and masa i nak tukar baru2  ni dah dalam 3.6 or 3.5.. aduiiii.. ok daaaaa..tunggu cerita jenjalan i  lagi lepas ni.. byeeee..

28 comments:

  1. Nice story kak... mmg teringin nak gi korea @ jepun... tapi kena kumpul duit dula... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dwaty, insyallah boleh..sebab akak punya ni kira x budget sgt..mmg boleh budget betul2..tp kena pegi dgn kwn2.kalau dgn family kira burst lah budget kita.

      Delete
  2. seronok akak berjalan ye.
    for me, paling best part shopping cotton kot.faveret.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess...tp pasal hujan tu..so kena stop..heee

      Delete
  3. Hotel Yg akak stay Tu just 6 stations from our house...x roger Dulu...by the way Tokyo banana x blh mkn sbb Dia letak geletin from lemak haiwan...but since tataw termakan x pa la. Next time Mai la lagi na😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke..dekat je lah ye umah awak kat situ ye..x leh nak roger sebab pilih hotel pun mlm smlm nya..

      ooohhh!!..dah jd darah dah kan..x pe..x tau..hii..hiii...maybe abg luq je kot yg ke Japan...akak nnt2 lah.

      Delete
  4. saya pun suka Kyoto..best sgt bandar dia...banyaknya gadget Luq, mmg giler tgk gadget kt Akihabara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannzzz..akak lepak abis kat Kyoto..siap lepak minum coffee kat situ...sakan sesejuk tu..

      abang luq mmg sakan dgn all the gadgets u...kalau i bg yen lagi mau je dia tambah kot..

      Delete
  5. tak pernah travel ke Jepun lg.. in shaa allah. suka tgk penduduk kyoto ni. selamat pulang :)

    ReplyDelete
  6. Happynya tengok akak jenjalan...simpan niat kat hati suatu hari nak pi jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullilah..never thot boleh sampai tau..

      insyallah aina.tak mahal mana pun kalau betul2 budget..akak ni main blasah..

      Delete
  7. wow sangat kak walau kaki penat yg penting satu jepun puas merayap...bukan hari2 pon dapat sampai jepun kan...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Malinda.. bagai nak tercabut lah kaki.. tapi mmg seronok.. leisure sungguh lah kami.. ikut suka hati je

      Delete
  8. Seronoknya berjalan ya....Uncle pon dah lama tak balik menjenguk mak mertua. Isteri Uncle yakni Aunty berasal dari shinagawa. Stesyen paling dekat dengan rumah kami ialah Gotanda menggunakan line JR Yamanote yang berwarna hijau...all the best to you and hope that you had a wonderful time in japan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks uncle.. i love Kyoto. cantik and laid back bagi i.

      Delete
  9. Lepas ni citer kampong teman lah pulok ye

    ReplyDelete
  10. Syok nye..bila la nak sampai rezeki jejak kaki kat Japan nie..

    ReplyDelete
  11. dapat baca cerita jalan-jalan kak yan pun dah rasa macam ada dalam kumpulan jalan-jalan ni....

    ReplyDelete
  12. sobs!sobs! rindunya tokyo...huhuhu...
    Kak Yan alin pun kena cam kak yan masa mula2 sampai narita...salah naik coach...punyalah jenuh nak jalan...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee.. lawak kan.. kita ni jenis bangsa yang slow dan kurang alert.. tu pasai lah.

      Delete
  13. bajet dalam 4500 seorang..perghh...but nice info kak...memang sronok bace!

    ReplyDelete
    Replies
    1. all in dear IQ... lagi pun pegi family.. kalau kawan2, lain kot.

      Delete

cliks..cliks