cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Tuesday, August 17, 2010

First Week of Ramadan, Iftar with family..

First Day Iftar (Aug 11, 2010)
Excitement hari pertama puasa terbantut bila CELCOM signal buat hal.. As i mentioned earlier in my last N3, bayar punya lah mahal, tak babis - habis upgrading service.. Sampaikan 4 hari.. Bila dan ada signal, PC lak buat hal, and lastly modem hancus.. memang menggeramkan.. Tapi sebagai membayar hutang rindu yang membara nak blogging ni, maka hari ini, aku akan loadkan segala gambar yang telah disimpan dari hari pertama puasa.. Saja nak puas kan hati ni.. And i wanna show off to my sister yang sekarang berkelana di Holland.. Ok lah ye Rah.. tengok gambo2 ni...
Kurang tiga family dalam gathering kami ni.Rah, Yati, and Nek Cik.Kalau tak mau kena tambah meja lipat for kids..Hubby pun tak leh joined sal stucked in traffic.. Poor him..
Abang Ifan recited the doa. He was so happy and me too pasal dia dapat berpuasa penuh on the first day. ALHAMDULLILAH at the age of 5 and half years dia mampu melakukannya..
Baked pasta dari Chef Koya.. Abang 'Imran makan punya lah banyak. He is a big fan of western food. Gara - gara mengandung dulu TERLALU suka makan western food. Now turun kat Abang 'Imran.
Apa menu kami for first Ifftar? Well meriah sehh, nasi impit, kuah kacang, sayur lodeh, rendang ayam kampung, serunding kelapa, baked pasta, BERASAK, (sure ramai tertanya-tanya, eh ada ke yang baca?) - traditional dish bagi masyarakat Bugis.. (tapi kami bukan family Bugis). Air pulak, pineapple juice. Bukan cordial tau. Buat sendiri, after Chef Zura buat pineapple jam (this jam for pineapple tart). Just tambah gula je..Sedappp
Ni lah BERASAK..Selalunya this food hanya dihidangkan waktu hari raya..But, during our first Iftar, my parents baru je datang dari kampung. So, segala bahan untuk buat BERASAK ni dibawa bersam-sama. Maka, buat lah kami BERASAK ni..Menu paling leceh and yet paling sedap (bagi kami lah). Tapi sedara-mara yang datang pagi raya sure tanya benda ni..Tak boleh tidak..

Second Day Iftar (Aug 12, 2010)
Tak nak cite banyak2..Cuma nak tayang makanan je.. Main dish i boleh terlupa lak..Tapi banyak makanan tambahan yang diambik gambar lak..Ooo baru teringat, Mee Goreng je for the main dish..
Fruit cocktail jelly
Gourmet pie
Pulut panggang dan lebihan serunding semalam..
Tiga suku ni Abang 'Imran habis kan..Huuuhh..memang dasat anak-anak bujang I kalau bab makan ni..

Third Day Iftar (Aug 13, 2010)
Tak tau lah kenapa this day boleh tak terambik gambar. Kalau tak pantang ada makanan, sure, my loyal Canon IXUS akan berbunyi. Yang ni memang aku benar - benar lupa, apa main dish nya.

Fourth Day Iftar (Aug 14, 2010)
Hari ni, hari menu tunjuk.. hee.. Beli aja lah. Chef Ciju sebenarnya decided to cook Soto..Well ari ni Chef Ciju cuti je lah..Kami planned nak makan Murtabak Singapore..Called ke resto yang biasa kami langgan. Tanya Abang Ifan nak makan apa..Terus jawab Satay.. So, kami ke Sect 18.. Rasa-rasanya the best satay in Selangor..
Murtabak Singapore yang ni berharga RM12..Puas makan sekeping. Boleh share ramai..Tak suka makan murtabak yang biasa dijual di pasar malam. Tu bukan murtabak daging atau murtabak ayam. Itu murtabak telur bagi aku. Kalau Murtabak Singapore ni, huuuh... daging tu je beb.. berlayer - layer.
Menu tunjuk.Murtabak Singapore, Chicken and Beef Satay, Rojak Karim, (tak nampak kat situ - Cendol Karim). Ada terselit kat situ, menu orang sebelah.. Mee Hailam kot..

Fifth Day Iftar (Aug 15, 2010)
Semalam punya menu yang tertunda tu, kami realisasikan hari ini.. Soto.. Soto yang biasa Chef Ciju masak, Johor style..Kena pakai santan.. Sedappp...Plus lak dengan dessert Sago Gula Melaka.. pergghh..
Soto Johor yang selalu nya kena lengkap. Mesti ada, daging ayam yang dicarik-carik, bergedil daging, kacang tanah, taugeh mentah, and of course nasi impit. Plus sambal cili kicap.
Ni portion untuk neighbor sebelah. Dah lama tak bagi depa. Since neighbor belakang balik Terengganu, kita bagi orang kiri lak..Rezeki kena share sama-sama.
Nilah menu kami..meriah atas meja beb..
La la goreng berlada ni memang favorite Chef Ciju. Pantang dia nampak kat pasar, sure dibelinya.
Bergedil daging..Tak ada sure soto tak enak..
Dessert dari Chef Koya - Biji Delima (guna sengkuang Cina, dan kuah santan) makan sejuk..perghhh...
Satu lagi dessert - sago
Fruit Salad requested by hubby..

Sixth Day Iftar (Aug 16, 2010)
Lagi teruk, ari ni Chef Ciju tak de..So, apa lagi, another time for menu tunjuk. Malas nak masak. So, we went to Sect 8. Pergi je kedai Mak Nyonya, macam - macam ada... Tokey nya Cina Mualaf di Section 8. Kalau tak silap Restoren Soto. Seribu satu macam pilihan lauk dan menu ada..Tunjuk dan bayar je. I bought gulai kawah for hubby, Roti John for Abang Luqman, Nasi Ayam for Abang 'Imran, and Ikan Bakar Terubuk. Cukuplah lah tu... bersederhana.
Ni lah Gulai Kawah tu..Pekat, dan memang sedap..Boleh makan sampai waktu Imsyak tadi...
Nilah barisan menu tunjuk kami.. Mengikut favorite memasing.
Teringin lak nak makan ikan bakar, so i bought Terubuk and Ikan jacket. Terubuk tu kecik je tapi, RM9.. Mahal betul...

So, ini lah rangkuman bagi membalas gian aku nak update N3..Tak kesahlah..janji bahagia. So, Rah.. apa menu ari ni? Tunggu je lah taun depan ye.Awak boleh balas dendam...


4 comments:

  1. hee... family besar, perut pun besar eynda

    ReplyDelete
  2. adoooiii kak yan....sedapnye baked pasta tu..huuhu~

    ReplyDelete
  3. jom mai umah...he.. nanti lah akak masukkan recipe nya..

    ReplyDelete

cliks..cliks