cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Tuesday, February 16, 2021

Tau Fu Fa Jelly with Cincau My style my version.




Almost 2 weeks kan kita alami cuaca panas membahang. 
rasa2nya ada sekali kot hujan di malam hari. 
tapi tak lama pun. 
pagi hari dah terasa bahang kalau berada di luar rumah. 
badan jadi lesu, letih, lembik kalau outing even in short time. 
i lah tu. 
keluar beli groceries tak sampai 2 jam pun balik sakit kepala bawak sampai ke malam. 
serba tak kena. 
rumah AC 24/7 pun masih tak rasa sejuk. 

so since dah panas2 ni tekak pun rasa kering je. 
rasa nak minum or makan benda sejuk2 lah kan. 
as a dessert lover i mmg suka prepared any kinda dessert lah. 
tapi tak boleh bebanyak. 
kalau tak memang ke tong sampah lah. 


so hari ni i buat benda ni. 
Tau Fu Fa Cincau Jelly. 
simple sangat buatnya. 


dah tak keluar ke pasar malam dan dapat makan Tau Fu Fa kita buat ala2 lah ye. 
Jelly type of coz tak sama dgn Tau Fu Fa pasar malam. 
texture of coz berbeza. 


yang penting dapat buat dan dapat makan. 


Semak2 almari stock i ada Jelly Strips. 
so i pakai yg tu je. 
ada Jelly Powder tp tak nak pakai lah. 


Jom tengok recipe nya. 

Bahan

5 strips jelly strips. 
2 SB gula pasir. 
2 caw air
2 caw air soya kotak any brand. 
sikit flavored cincau. 

Cara

1. basuh dan jerang jelly strips bersama air.
2. masukkan gula pasir dan biarkan larut semua hingga mendidih. 
3. Kemudian masukkan air soya dan kacau rata. 
4. let it boil for awhile. 
5. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. 
6. potong dadu cincau dan letakkan dalam bekas acuan. 
7. Perlahan2 tuangkan air soya ke dalam acuan yang berisi cincau. 
8. let it cool sekejap dan masukkan ke dalam fridge. 

Air gula melaka. 

1 buku gula melaka dimasak bersama 2 caw air. letakkan sikit daun pandan dan secubit garam. 
biarkan mendidih dan sedikit memekat. 

Serving

Keluarkan jelly ke dalam bekas dan curahkan air gula. Hiaskan dengan longan atau Lychee. 
ahhhhh sedapnya...


SELAMAT MENCUBA...

 

15 comments:

  1. Cantiknya! Nak tumpang semulut...sluurrppp!

    ReplyDelete
  2. alahai sedapnya... dah la tengah musim panas sekarang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. cuaca mmg membahang. so kena yg sejuk2 gini.

      Delete
  3. amboi sedapnyaaa sis.. makan time petang2 ni layann hehe

    ReplyDelete
  4. Cantek nyaaa.... sayang plak nk makan ;)

    ReplyDelete
  5. Cantik persembahan.
    Lega di bilik tidur sejuk, selalu lari ke bilik kalau panas.
    Entah saya suka panas daripada sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq.. ye lah.. sekarang kena duduk nilik yg sejuk. boleh demam kita dibuat dek panas ni.

      Delete
  6. Tengok presentation nya rasa sayang nak makan dessert tu, Yan. Lagipun uncle bimbang tercedok kepala kucing kat tepi pinggan, hihi. Ingat uncle lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. he.heee. shuhhh..shuhh.. sy dah halau dah kucing tu uncle. hehehee.. mana pulak lupa kan uncle. sentiasa ingat lah..

      Delete
  7. tu bunga purple dgn oren tu xde dlm resepi pun mak., hehehe

    ReplyDelete
  8. Do you need Personal Finance?
    Business Cash Finance?
    Unsecured Finance
    Fast and Simple Finance?
    Quick Application Process?
    Finance. Services Rendered include,
    *Debt Consolidation Finance
    *Business Finance Services
    *Personal Finance services Help
    contact us today and get the best lending service
    personal cash business cash just email us below
    Contact Us: financialserviceoffer876@gmail.com
    call or add us on what's app +918929509036

    ReplyDelete

cliks..cliks