cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Thursday, February 18, 2016

Unforgettable Kashmir 16 - last day in Kashmir


Today was the last day in Kashmir.. sedih nya tak terkata.. dan macam - macam yang terjadi di hari terakhir ni. kalau boleh diulang i tak nak rasa macam i rasa di waktu ini dulu tu. tapi itu lah kenyataan nya. 

malam tadi nya i tak dapat tidur.. bukan pasal apa.. tapi pasal perut i sakit..purging. 3 4 kali masuk toilet. bukan sebab salah makan.. bukan memulas macam salah makan.. so last nite ni i tak tidur lena langsung. bila dah terjaga, sure kepala tu melayang ingat itu dan ini kan.. hhhhhh


bila tengok omelet ni, i sebenarnya tak ingat samada i breakfast ke tidak bila keluar dari Mannat Resort  pagi tu. tak kesah lah..


pepagi lagi i dah messaged Zubair bagi tau i kurang sihat. dan pagi ni jugak lah i memang planned nak ke mansion. nak ziarah kubur arwah Fahad. Ya allahhh.. hari last je baru i dapat ke sana. tapi since i kurang sihat, Zubair ajak i ke hospital dulu.  bising dia sebab i tak bagi tau malam tadi. eeeee... tak kan lah i nak called memalam bote tu kann.. so pagi ni bila dia dah mengajak ke hospital tu, i ikut je lah. i pun memang dah macam tak de energy. Mata kelat sebab tak cukup tidur, dan perut pulak sangat tak selesa. bila dah kena paksa ke hospital, maka i menurut je lah. 

hanya me and Mem Lina je yang pegi meanwhile the rest masih di hotel plus i kalau boleh memang hanya nak berdua saja ke sana.. faham2 je lah keadaan i yang tak senonoh tu.. malas nak melibatkan orang lain.. sorry to them. lagi pun kereta Zubair tu comel sangat. not transportation lain bagi urusan i sendirian dalam hal ini. 


we went to the government hospital. pada masyarakat Kashmir, government facilities tu lah yang the best. terbalik dengan kita sometimes private tu lah yang elk. (just my point of view) . depa ni even the doctors yang kerja dengan government adalah para doctors yang terbaik. (maybe sama cam kita). 

Once sampai ke sini, terus Zubair registered kan i. tak payah bayar apa - apapun. ye lah kot - kot lah nak kena bayar  kan.. kita kan foreinger. then terus je  Zubair menonong jalan ke depan.. me and Mem Lina mengejar dari belakang dengan mata melingas menengok keadaan hospital tu.  laju betul dia. 


terus ke sini. duduk kejap depan doctor comel ni, doctor tengah checked one patient. then after that terus i dipanggil. ya ampunnnn.. meja doctor ni.. menakutkan you.. penuh kertas menimbun. macam tempat pembuangan sampah gitu..   sib baik dapat doctor comel.. heeeee


tanya i itu ini  then terus dia nak tulis ubat.. then i kata, ehhh!! tak check apa2 ke. heeee.. baru lah dia sumbat stethoscope ke telinga dia.... lawak lah you doc. anyway, me ok. maybe just coz of the weather.. bukan sebab salah makan gitu. then nak kena pegi ke pharmacy yang ada di luar hospital tau.. bukan dalam hospital. 


sebelum keluar sempat i suruh Mem Lina tangkap gambar keadaan hospital tu.. eeee... memang i boleh menangis merugu2 kalau kena warded kat sini. ini meja doctor tau.. dikelilingi orang ramai gitu. entah mana yang sakit entah mana yang ngantar, entah mana yang saja2 dok nyibuk kat situ.. 


tengok lah patients yang ada ni.. suspend i you.. terus keluar.. ilang terus rasa sakit perut i. heeeeeeeee


settled dan perlu ke pharmacy untuk beli ubat. 


Zubair tengah beli ubat di sini. depan hospital je ni.. 

then after that kami terus ke Zakoora. nak pegi melawat kubur arwah.. Dah called dengan cousin arwah, Saqib i nak datang. dan the whole family memang menunggu i... tapi mamat Zubair ni entahlah apa yang ada dalam kepala dia pun i tak tau.. dibawak nya i ke kubur ni tapi lalu jalan belakang. memang i tak pernah lalu kawasan ni..  means i tak lalu the main gate nak ke mansion... jalan belakang gitu.. Masuk senyap2.. 


ini lah pusara arwah. hanya ada seketul batu sebagai penanda itu adalah kubur dia bersebelahan  kubur arwah mama dia. .kalau sebelum ni, in 2014, when i came to this mansion dan we all melawat Apple Orchard milik keluarga Fahad, he showed me his late mom's grave. memang dia dah janji nak tunjukkan pada i kuburan mama dia.. so boleh tengok kat  S I N I . . dan memang tak sangka kali ini i melawat kubur arwah Fahad.. 

YA ALLAHHHHH.. i memang dah tak boleh tahan dahh. menangis je keje i.. never thot in my mind.. i jumpa arwah dalam suasana begini.. bukan jumpa Fahad, tapi hanya kuburnya.. hanya tanah.. yang tak boleh menyapa i lagi..  

all the sudden, my phone berbunyi dan Saqib tanya mana i.. he and uncle  Muzaffar were waiting us at the main gate.. i bilang i dah ada kat kubur.. then tak lama dia sampai... once tengok muka Saqib, tangis i berulang lagi.. we didnt say anything, tapi pandang je, then huaaa..huaaaa... i slow down kejap. menangis bukan boleh dibuat2 kan.. memang lahir dari hati. i stopped for awhile. tarik nafas dalam - dalam. 

after that, uncle Muzaffar pun sampai.. jumpa we all.. sambung lagi tangis i once nampak muka dia.. teringat semua cerita kami masa i dan arwah ke mansion. bila dia tengok je muka i, dipandangnya mata i yang dah merah menyala ni. sambil dia beristifar panjang.. cakap, Fahad dah berada di tempat yang selayaknya.."Azian, he's not belong to this dunia", katanya.. lagi merugulah i menangis.. terus dia merapat pada i dan diletakkan tangannya atas kepala i.. He said, "enuf, enuf.. let him go. We go inside the house".


me, Mem Lina and the family. kalau buat close up, u all akan nampak muka i tu sembab betul. mata bengkak even mulut pun macam bengkak. aduiiiii.. 

berjalan menuju ke rumah agam tu,  ini lagi satu seksaaan buat i..i pandang seluruh kawasan yang memang banyak sungguh kenangan pertama kali i ke sini bersama arwah. siap makan tengahari. they are so good to me.. they are like my own family.  masuk ke dalam rumah, menangis lagi.. berpelukan i dengan ibu saudara nya.. S I N I... tengok  ye.. baca lah..  

lepas tu sorang lagi ibu saudara nya datang ke rumah besar ni.. memang mata i dah bengkak dah.. depa semua menangis.. baik lelaki baik perempuan..i memang langsung tak bercakap.. airmata je laju keluar.  sesekali depa cakap sesama mereka dalam urdu and kashmiri language.. Zubair bagi tau i, depa kata, memang susah bagi Azian nak lupakan Fahad.. yesss.. of coz he was my buddy, he was my little brother, and he was my friend.. bila dihidangkan chai, i memang menangis lagi.. bagai minum apa.. tercekik2 rasanya..

kami mintak diri nak balik.. sebab we needed to go to Baba's house. nak kena jumpa depa dulu lah kan sebelum berangkat balik ke Malaysia..ALLAHHH... itu satu part lagi.. tapi setelah i tengok kubur , i rasa bit ok.. INSYALLAH i tak akan menangis lagi di depan Baba.. tak lama Baba called tanya kat mana i. i terus kata  i akan ke sana sekejap lagi.. tapi sebelum tu, Zubair ajak i ke Hazrabal shrine. tengok pigeons katanya... Lepas kan rasa sedih you.. tinggalkan duka di situ.. 


inilah ...Zubair yang tangkap semua  gambar i kat sini. 









Let go all the sadness... Thanks to Zubair.. sekurang2 nya rasa happy dengan melihat pigeons ni.. lepas.. 


Selepas tu kami terus ke rumah Baba. tiba je dah terdengar suara halus si Muhammad Esa.. 


sayu rasa hati bila melihat this boy.. hilang sudah tempat bermanja sosok seorang ayah.. 


keletahnya sangat.. sebab maybe dah jumpa 2 kali he was a bit warm to  me and Mem Lina. 


i agak kuat pada mulanya. memang tak menangis langsung i.. but all the sudden ada satu hal yang buat i dan dan tu gak menangis.. akhirnya seisi rumah menangis.. terus Baba datang kat i, letakkan tangan dia atas kepala i.. dan terus menenangkan i. "enuf my dear, just pray for him". ya allahhhh... dah macam cerita hindustan i masa tu..hhhhhhhhh...

whatapps masuk, Mamat Zubair dah gelisah kat luar.. bagi tau i suruh cepat. eeeeeee... sabarlah sikit dol.. kejap je lagi ni.. and tak lama i terus mintak diri.. semoga i dan mereka yang ditinggalkan tabah semuanya terutamanya Asma.. dalam hati hanya ALLAH yang tau... Bersabarlah wahai hati - hati yang ditinggalkan. 


sampai je di hotel, we all terus checked out. actually masih awal lagi. tapi Zubair nak ajak ngeteh dulu.. dia asyik cakap, "i dont like this moment". ye lahh.. dah bersama, harus berpisah.. nak buat macamana kan.. 



keluar dan menunggu Bilal settled all our luggage. 


dalam perjalanan ke airport, i diam je.. untuk mengelakkan i dari menangis terus, si Zubair tangkap this picture. heeeee... nak bagi happy2 lah kot.. 


once our luggage settled by his man, Zubair ajak ke sini. sebenarnya memasing dah mula senyap je.. memasing layan perasaan.. sembang pun macam dengar tak dengar je..


tangkap sayu semuanya..


okk.. jangan sedih2.. nanti kita jumpa lagi yeeeee.




memandang ke atas, sebab takut diberakkan si burung . Zubair kata itu luck.. luck ke hapa kalau kena taik burung tu.. eeeeeeee. pa daaaa..


kami bersembang kat sini sebab tengah menunggu chai yang diorder di sini.. 



kami duduk tepi side table kat situ, dan layan chai.. ada sikit roti kalau tak silap. sedap je memasing minum panas2 tu.. cuaca lak nyaman sangat. 


time to go.. thanks to this young man for his help, Zubair. Maha besar kuasa ALLAH which we never knew. Never thot akhirnya i berurusan dengan dia bagi perjalanan berenam kami setelah kami ditinggal mati oleh Fahad 24 hari sebelum kedatangan kami ke Kashmir. Blank kepala i bila memikirkan bagaimana nak menguruskan our trip without Fahad.. Tapi ALLAH dah aturkan semuanya dan diberikan ganti dengan Zubair.. even memang tak sama, tapi ALHAMDULILAH, i bersyukur sangat. semuanya berjalan lancar...Anyway, tengoklah muka dia yang sedih tu. 


muka i pulak pucat. habis make up ilang sebab menangis.. balik hotel tadak lah nak touch up ke apa. tak kuasa i dah.  Okk Zubair.. good bye for now.. heeeeee... kunun2. 


ALHAMDULILAH.. settled semua urusan di bahagian check in.. excess luggage tapi depa lepaskan je.. lega. 


tinggal tunggu kapal je.. terus tangkap gambar... layan kan je lah kan.. 


melihat dari dalam. 


i duduk di barisan lain. tak sama Kakcik. 


meninggalkan bumi Kashmir, i menangis macam memula datang ke Kashmir dulu. tapi kali ni, ya allahhhh.. sedihnya.. layankan je lah.. 


we arrived at Delhi after 1hr 30 minutes flight. smooth je. 


ALHAMDULILAH.. selamat lah cerita i di Kashmir dengan kawan2 yang lain. Kenangan yang sangat berbeza. kenangan yang tak akan i lupa kan sampai bila2. thanks to all my friends bersama2 dalam trip ni.. sorry lah kalau ada yang terlebih atau terkurang.. semoga hubungan kita akan berlanjutan sampai bila2.. Apa2 kekurangan dari pihak i, i mintak maaf ye Kakcik, Mem Zura, Mem Lina, Nad and Iyra. Sesiapa yang treingin nak ke Kashmir, boleh PM me, or email me or call me at this number 0192129958 or call Zubair.

CONTACT HIM : 

Zubair Qazi.  

phone: +919796759999
email : verticaltravels@gmail.com , zubair@verticaltravels 
Website: www.verticaltravels.com

sebenarnya ada sikit lagi cerita i di India ni. tapi cerita kami di Delhi nanti.. sikitttt je lagi yeee... tunggu yeeeee..

32 comments:

  1. salam perkenalan yan... akak suka baca blog yan ni.. simple dan bersahaja je... dan tiap kali yan mention pasal fahad, akak pun akan rasa sedih dan menangis jugak.. rasa macam dah kenal si fahad tu.. pelik.. pasal apa berkesan sgt kat hati akak yg rapuh ni...

    anyway, nak tanya, how much in total do you spend for this trip? not inclusive of shopping? and is this tour suitable untuk org yang sakit lutut, tak boleh jalan jauh... akak jalan pun pakai tongkat.. huhu.. kaki pernah patah, pasang besi.. walau dah 1.5 years, tp jalan masih tempang lagi.. spine pun sakit kalau jalan lama2.. akibat disc degenerative problem...

    hope you can answer all my queries.. thanks yar... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum Puan. Sebelum Yan jawab, kakcik nak jawab dulu (maaf ya Yan). Kakcik ke Kashmir dengan lutut yang sakit. Dua hari sebelum pergi, kakcik ambil procedur (suntikan plasma ke lutut). Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya. Sampai rasa dah nak batalkan pemergian. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya.

      Samapi di sana, tipulah kalau kata tak rasa sakit langsung. Tapi Allah permudahkan perjalanan kakcik mengikuti ahli rombongan yang lain. Tanpa tongkat, kakcik masih boleh berjalan tanpa ketinggalan. Adalah satu dua tempat yang kakcik tak ikut seperti menuruni bukit atau meniti batu tapi kakcik tetap sampai ke kawasan itu. Mungkin kerana teruja dan yakin kepadaNya, maka kesakitan itu bukanlah penghalang. Kakcik juga ada sepasang skru tertanam di tulang belakang akibat slip disc. Peluang ke tempat orang yang mungkin tak akan berulang, memberi kekuatan untuk terus menikmati segalanya...

      Boleh datang ke blog kakcik unruk membaca catatan perjalanan kami waktu di Kashmir ini.

      Tentang kos, biarlah Yan sahaja yang menjawab.

      Delete
    2. Salam kak liza.

      thanks sebab rajin datang dan baca.. Fahad was a special person kak.. sebab tu lah even org tak pernah jumpa or even tak pernah kenal dan tau hal dia, pasti akan sedih.. apa tah lagi saya.. beliau orang yang menjadikan impian saya ke Kashmir satu kenyataan.. best buddy ever dengan dia. memang tiada ganti.

      pasal ke Kashmir ni, bagi trip yang saya bawak ni, for 6 of us, for 5 nites and 6 days, all inclusive, transportation, hotels for 5 nites, entrance fees, 3 times meals, tak termasuk naik pony or naik cable car. dalam Rupee 28,000. kurang lebih dalam RM1850.. this is during autumn/winter.. GROUND tau kak.. for those yang suka nak pegi in spring/summer sedikit lebihlah.. kurang lebih dalam RM2200 GROUND.. so for ticket yang kena beli and better turun di Delhi, KL DEL depends ikut flight mana.. kalau MAS, agak mahal. kalau Malindo depends on promo sama gak dgn Air Asia.. for us, aritu dalam RM 1300 kalau tak silap.. then akak kena amik domestic flight DEL SRINAGAR.. ari tu dalam RM400 plus. so all together kurang lebih RM4000 lah.. itu paling mahal lah tu.. akak, you boleh message me for details ye kak. please ye kak.


      bagi orang yang sakit atau berhalangan, tak jadi masalah terutama kalau dalam group yang kecil.. pasti akak seronok... saya sendiri adalah orang yang bermasalah. ada sakit tulang belakang dan sakit lutut.. dont worry kak.. Zubair will help u.. dia sentiasa menghulur tangan membantu kita berjalan terutama di kawasan yang sukar.. trust me kak.. dan proven to Kakcik.. kan kakk.

      Delete
    3. thanks to kakcik gak.. sudi bershare info dengan kak liza.

      Delete
  2. Seronok baca catatan Yan.. ada gembira, ada lucu, ada sedih....
    makchaq sentiasa ikuti kisah kashmir ni...
    Walaupun kadang2 lambat.. tapi baca semua...

    Kashmir ni salah satu tempat impian makchaq.. tapi belum sampai lagi..
    Nanti kalau yan nak pi lagi war2 la kat blog.. kot2 ada rezeki nak ikut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq, kalau nak pegi, let me know lah.. dont worry.. boleh pegi punya. affordable..

      thanks sudi baca ye makchaq.

      Delete
  3. sebak nyer saya baca kak walaupun ade part akak panggil zubair tu dol! hehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Payah nak dijelaskan.. sedih nya masih ada di saat ini idzwa.
      dol tu hanya akak dengan kakcik mengelarkan nya. heeeeee

      Delete
  4. turut sebak kak... tp banyak persoalan nape zubair bwk akak ke kubur dr gate belakang nape tak lalu dpn... or mungkin itu cara or adab kt sana...
    nmpak sgt muke akak yg sembab sbb nngis banyak msa gambar ber2 ngn zubair...

    hrp akak dpt ke sana lg nnti n tak sabar nk tau mcmne kashmir di masa or musim cuaca lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana, depa ni satu masyarakat yang possesive sikit menurut akak lah. dah lama bercampur dengan depa ni.. meaning dengan Fahad gitu lah dulu.. kiranya macam, Kau kepunyaan aku lah gitu. menangis je Dana.. sebab tu lah.. mata sakit sampai.

      INSYALLAH akak nak ke sana musim summer nanti. dua'a kan ye..

      Delete
  5. sama jugak akak kalau yan bercerita pasal fahad tu mcm tetiba rasa sebak, macam tau je insan bernama fahad tu sedangkan akak tk pernah pun kenal, memang penulisan yan buat bg mata akak masuk habuk je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak.. rezeki dia lah sebab ramai orang kenal even org tu tak pernah mengenali Fahad semasa hayatnya..

      sian akak turut masuk habuk mata.. saya bukan takat masuk habuk kak. hee

      Delete
  6. Al fatihah buat aruah Fahad. Bila dah beberapa hari bersama-sama berjalan sudah semstinya sedih untuk berpisah apa lagi jika tempat tersebut merupakan kenangan bersama Aruah Fahad. Semuga Allah jaga keluarga Aruah Fahad. Bila kata epal orchard huhuhu mesti best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. notie, arwah memang special person. sebab tu lah agaknya akak jadi cam ni.. we were so close sampai ke keluarga2 gitu.

      Delete
  7. Dalam sendu ada keceriaan
    Yg pergi kita doakan.
    Pasi dalam hati semua ingin ke sana lagi.

    Kakak tengok burung merpati depan masjid tu terbayang merpati kat masjidilharam kan Yan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah kakzakie.. semoga arwah tenang di sana.. harapan tetap akan ke sana lagi. INSYALLAH..

      Delete
  8. Sedihnya..
    Tapi betul bagai dikata kawan Yan tu.. "Arwah telah berada di tempat yg selayaknya". Moga tenang di sana.

    ReplyDelete
  9. Sedihnya kak yan...sobs..sobs...smg arwah bersemadi bersama org yg disayangi Allah

    ReplyDelete
  10. Sedih baca. Dan tak sabar2 nak ke sana.
    Akak pergi tak musim bunga ni?
    InsyaAllah saya ke sana 16 april ni...setelah bertahun2 memasang impian hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti leez pegi in spring.. best time tu. akak suka.. waktu autumn ritu akak kurang happy lah.. hope u still can see the tulips lah..

      Delete
  11. Sedih la story akak dlm post ni. I memang teringin nak ke sana. Tapi tu la.. tak tau bila.

    ReplyDelete
  12. Syoknya baca perjalanan kashmir ni.....

    Iyra ada ajak hari tu..tapi keadaan tak mengizinkan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau akak nak pegi, just let me know ok. i will help u.. no worries yarrr..

      Delete
  13. Assalamualaikum ...

    kak yan ... saya datang nak raya ni ...

    hi hi hi ...

    wahhh best nya blog akak...

    meriah meriah ... kena gali ni entri-entri travel akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam dear..datang lah ye yang..baca dan gali yeee...heeee

      Delete
  14. harap ada rezeki ke sini suatu hari nanti

    ReplyDelete
  15. kena baca ni.. arwah fahad tu siapa kak?

    ReplyDelete

cliks..cliks