cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Sunday, October 17, 2010

Laksa Johor


Bahan - bahn untuk membuat kuah.

1 kg ikan selar kuning besar
1 kg santan pekat
1/4 peket besar kari daging - Adabi
2 peket kecil kerisek
3 biji bawang besar
3 senduk cili kisar
4 batang bunga kantan - hiris halus
6 biji bawang putih
20 sen daun kesum
50 sen daun selasih
chicken stock
1/2 buku gula melaka
garam secukup rasa
1 pack of spaghetti - vercemelli

Cara:
1. Rebus kan ikan terlebih dahulu. Asingkan tulang dan isi.kisar halus. Sebaik - baiknya jangan campurkan tulang,.Kesian kat orang yang makan.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih sampai naik bau.
3. Kemudian tumiskan cili kisar sampai kering dan naik bau juga.
4. Masukkan serbuk kari dan tumis sebentar.
5. Masukkan isi ikan dan santan.
6. Kacaukan dan masukkan daun selasih dan kesum dalam kuah.
7. Masukkan kerisik ke dalam kuah.
8. Biarkan kuah sampai naik minyak.
9. Rebuskan spaghetti sampai lembut.
10.Toskan dan gaulkan dengan sedikit minyak zaitun.

Penyediaan.
1. Timun dipotong secara membulat bukan seperti potongan timun bagi laksa utara. Rupa timun kalau dipotong membulat, sama macam bawang yang dipotong bulat..
2. Hiris halus daun kesum dan daun selasih
3. Potong bawang secara membulat
4. Limau dihiris dua dan buangkan bijinya
5. Taugeh dibersihkan.
6. Sedikit sambal belacan

Letakkan sedikit spaghetti yang telah dicelur tadi. Campurkan kesemua bahan - bahan yang dihiris nipis dan halus. Kemudian tuangkan kuah. Di atasnya diletakkan sambal belacan dan sepotong limau.. Perahkan limau sebelum makan..

12 comments:

  1. Salam Yan...

    kakcik sangat suka makan laksa Johor, tapi kakcik sangat tak suka untuk cuba membuatnya! :)

    ReplyDelete
  2. Cantik cara potongan timun tu...nampak teliti :-)

    ReplyDelete
  3. Salam Kakcik,

    hee..kelakar lah kakcik ni.. Suka makan, nnt saya invite akak ke rumah kalau ada makan2 ek. INSYALLAH kita ajak bloggers lak..

    ReplyDelete
  4. Salam Eynda,

    tulahh sampai kecut2 jari akak ni.. Kena nipis2 buat pusingan tu then hiris pun kena nipis2.. Memang leceh. tapi puas hati tgk cantik..heee..

    ReplyDelete
  5. kak yan...
    kita orang johor tapi tak penah wat sendiri laksa johor ni...
    huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Salam Suzi,

    buat je lah yanggg.. tak pen..nnt just mai umah akak.. kita borak dan makan..


    Johor pat mane?

    ReplyDelete
  7. salam k.yan,xpenah buat, tp tgk yg dh siap hidang compius cam na nak buat timun jdik cantik, rupa2nya camtu cara potongnya...kretip tul la k.yan ni..

    ReplyDelete
  8. woooo k.yan petang petang ni leleh nengok laksa k.yan. masa sekolah dulu warden ada buat especially untuk fav student dia....WHO???? ME lorrr sapa lagi LOL. tapi sendiri nak buat belum lagi huhuhu

    ReplyDelete
  9. Salam Umiey,

    timun tu bukan akak yg mulakan..hee.. tp mmg tau cam tu lah gaya membuatnya..Selalunya depa tak nak buat. so k yan yg membuatnya sampai kecut jari.

    ReplyDelete
  10. Salam mamaicha,

    hee..sian lah dia sampai meleleh leleh.. kalau nak mai lah umah.. nnt akak buatkan...

    ReplyDelete
  11. Kak Yan
    Masa kat sini hari tu pun try buat laksa Johor, menjadi jugak walaupun first time buat..gigih mencari resepi nie, tapi kat sini, Gina pakai ikan tenggiri aje, manis sangat rasanya...satu lagi, boleh tak Kak Yan tunjukkan cara potong timun tu..hari tu pun buat mcm kak yan tapi taklah smooth macam tu

    ReplyDelete
  12. Salam Gina,

    ada sesetengah org yg susah dpt kan ikan, pakai sardine dlm tin pun boleh. Cuma rasa bit lain. Kalau cam tu lebihkan kerisek, daun kesum, selasih, dan bunga kantan.

    Timun tu setelah kupas kulit dia, potong/bahagikan sepanjang 3 inci, lepas tu pakai pisau yg tajam sikit, potong membulat nipis2. Kalau dah biasa dia cantik lah. Kalau awal2 tu mesti tebal. Tp yg penting kena pisau yg nipis dan tajam. Lepas habis di potong membulat tu gulungkan balik baru di potong nipis2.

    ReplyDelete

cliks..cliks