cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Friday, May 21, 2021

Eid 2021 yang sangat berbeza.



Salam buat semua. 
masih lagi di bulan syawal kan. 
dah sembilan syawal hari ni. 
Tak terlewat untuk i ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. 
buat semua ye. 

dah lama sangat tak update blog. 
macam2 yang terjadi menjadikan semangat untuk menulis hilang. 
bagai tiada pemangkin langsung. 
pernah sekali  semangat untuk menulis hilang seperti ini sewaktu arwah Fahad dulu meninggal. 

dan kenapa boleh terjadi lagi. 
sure ada yang diantara kita ni dah tau kenapa. 
i akan cerita kan sikit2 ye. 
apa2 pun i tetap kuatkan semangat untuk bercerita. 
dan i mula kan dengan sesuatu yang indah. 
gambar2 kami sewaktu first eid tempohari. 


muka2 yang wajib ada sewaktu photo session on our first eid. 
i nak show to you guys wajah2 ceria kami. 
new members in the house. 
CikTi dapat baby baru. 
Baby gurl. 
Kami kekurangan org perempuan dalam family. 
so bertambah sorang tahun ni. 


satu family yang tak dapat bersama. 
Family CikRah. 
nun di Johor. 
PKP maka tak dapat lah nak beraya bersama. 
so dalam VC je lah ye. 


my family. 
bujang2 yang semakin menenggelamkan ibu abah. 


PamanMie and the family. 


CikTi and the family. 
bertambah dah tahun ni. 


center of attention dah dipegang oleh Naura Aish Medina. 
adoiii. 
panjang bebeno ler namanya. 


seronok bau baby. 
tau tidur je dia.


kami berempat je. 
semoga tahun hadapan dapat kami gambar berlima. 


angan2 je lah ye Chef Ciju. 
di kelilingi oleh anak2 sedara yang semakin bertambah. 


auww..
hehehe..
macam2 gaya ye. 
yang tua ikut jadi muda.


di awal pagi raya. 
kami menjamu selera. 


sosok tubuh yang selalu duduk di kerusi yang PamanMie duduk itu sudah tiada lagi. 
mereka yang menggantikan sekarang. 


i memasak serba sikit. 
some kami beli. 
suasana kami yang masih lagi bersedia dengan ketiadaan MyDaddi buatkan kami prepare serba sikit lah. 
yang pergi dah tentu2 pergi kan. 
yang masih ada hidup perlu diteruskan. 


setelah kurang lebih sebulan kami berkumpul bersama.
tiba masa family PamanMie balik ke Puncak Alam. 
alhamdulilah masih ada satu family lagi yang tinggal. 
Family CikTi. 
so rumah i masih riuh rendah dengan jerit pekik Akthar Nyaz. 

itu lah cerita eid kami yang gitu2 aje lah. 
yang penting hubungan kekeluargaan kami semakin erat. 
kami rasa kami sentiasa memerlukan satu sama lain. 
Semoga ALLAH kukuhkan ukhwah family kami. 
Abah dah tenang di sana. 
tinggal isteri, anak2 dan cucu2 meneruskan hidup. 
sampai waktu kami akan menyusul. 
Semoga ALLAH temukan kembali kami dengan abah di akhirat nanti.  
YA RABBBI..



Monday, March 29, 2021

Tomyam Udang dengan Homemade tomyam paste.




Dah lama i tak update here. 
macam hal jadi dalam my life recently. 
so mood menulis or bergembang di sini agak merudum. 
bukan pasal tak de mood ke apa. 
tapi lebih kepada macam busy sikit. 
so all the sudden bila nampak hasil gambar2 yang ditangkap ada di Google Photo terus i plan nak menulis sikit lah. 
sekurang2nya ambik mood nak menulis ni.
bukan nak cerita apa sangat. 
so pelan2 kita sembang ye. 

dah makan tengahari ke?
plan nak masak apa tu?
ini cerita i semalam. 
i cooked for our lunch. 
masak apa ek?


well kalau ada lah daun ni.
Daun Ketumbar dengan udang i rasa yang paling sesuai adalah TOMYAM. 
dan i gunakan   MY HOMEMADE TOMYAM PASTE. 
dijamin halal.

i memang suka daun ketumbar. 
siap buat ulam lagi. 
then last 2 weeks i balik kampung Kuala Selangor. 
so kita borong udang laut fresh. 
my SIL jual RM50.
udang laut. 
udang fresh.
udang reasonable price. 


Ini lah rupa pengakhirannya. 


Ada ulam. 
termasuk lah daun ketumbar. 


Baby Kailan Oyster.
Fresh2. 
takat i gorengkan bawang putih dan halis. 
bagi hangus sikit. 
then masukkan kicap dan oyster sauce. 
then gaul2 sayur. 
jangan layu2. 


tak sah Tomyam tak de Telur Dadar kan. 
kita buat sikit. 
memula i goreng kan bawang putih seketul2 gitu.
then bila agak garing baru i curahkan bancuhan telur dgn bawang besar.
gorengkan tanpa cili. 


my tomyam banyak sayur. 
udang sorang seketui mana yang besar. 
kalau sedang2 sorang ambik lah 2 ekor. 
puas hati makan. 


my own tomyam. 


tak payah makan apa dah. 
hirup dia je. 
i masukkan nasi setakat 2 sudu je. 


dap ehhh. 


udang makan sekor besar2 best sungguh lah. 


alhamdulilah. 
syukur. 
segar je tomyam. 

tak lama lagi nak puasa dah kan. 
so i dah plan nak buat tomyam paste lagi nanti. 
boleh lah kita bertomyam nanti ye. 
insyallahh. 

 

Friday, February 26, 2021

LEMPENG KELAPA my style my version




dah minum petang semua?
makan apa?
apa kata kita buat Lempeng Kelapa.
Sedap sungguh lah kan. 
tapi sedap pada orang yang suka lah kan. 
hehehehe..


this is my Lempeng Kelapa. 
Sure selang 2 3 minggu i akan buat. 
favorite semua di rumah ni. 


nak buat my style tak?

Bahan:

3 cups tepung gandum
5 cups air
1 cup kelapa parut
i cup santan pekat (i pakai santan kotak je).
2 TBS gula pasir
1 TBS garam

Cara:

1. kacau semua bahan hingga sebati.
2. panaskan pan sederhana.
3. ambik sesenduk batter then lenserkan ke pan yang telah diletakkan sikit minyak. 
4. dah siap. 


tengahari tu pulak i masak simple je. 
ada SAMBAL TELUR PECAH dan ASAM PEDAS AYAM. 
ada SAYUR KENTANG SUUN dan TELUR MASIN. 


jadiiiii..
kita gu kan lah dengan LEMPENG KELAPA tu. 
sedap weiii. 
mencicah ASAM PEDAS AYAM tu memang superb. 
betul tak. 
eeee...
sodapp. 


then ada gak SAMBAL TELUR PECAH..
perghhhh.

So waktu PKP ni memacam yang difikirkan. 
berat rasa kotak kepala ni kan. 
esp bila membabitkan financial. 
serba tak karuan. 
tapi kena ikhlas lah. 
kena redha. 
ALLAH buat kerja dia. 
berserah je lah..
so jangan fening2. 
jom kita melempeng.

Wednesday, February 24, 2021

My sweet fingers - bunga2 dulang, potpouri dan sirih junjung moden.





Gambar introduction setelah sekian lama tak mengubah. 
cantik tak?
hehehehee..


Dah lama sungguh tak melembutkan jari jemari yang dah mula kaku ni. 
dah lama tak gubah mengubah. 
dah lama tak buat exclusive hampers sempena hari raya. 
dah terdetik di hati nak kemaskan my workshop.
kira nak tutup buku lah. 
hajat hati nak sedekah je lah kat sesiapa yang berminat nak mengubah2 ni.
banyak ribbons yang cumel ada dalam my collection. 
nak mengemasnya tu asyik bertangguh. 
then all the sudden masa i kat dapuq dapat call.
"Kak boleh tak gubahkan bunga dulang".
"kakak saya nak akak gak yang buat".
permintaan dari kawan yang boleh dikira hampir separuh dari adik beradik nya kalau nak menikah selalu menempah hantaran dari i. 
bila permintaannya tu agak simple i bersetuju even short notice je. 
almost a week je sebelum nak collect. 
sabar je kan. 


so i ajak lah Abang Irfan ke AEON nak cari bunga2an. 
need helper lah kan. 


nak yang warna putih2. 


jenuh lah mencari dan memilih. 
bunga yang dihajati tak de. 
nak cari ke tempat lain mungkin agak susah musim COVID ni. 
akhirnya ambik lah yang similar dgn apa yang diinginkan. 


so dapat lah bunga yang sebegini. 
dah i gubahkan lah untuk dijadikan bunga dulang. 


ok kan. 


nak nya cuma 6 jambak saja. 


simple je gubahannya. 
kejap je i siapkan. 
tak sampai setengah malam selesai. 

then pengantin mintak gak dibuatkan bunga tangan. 


since bunga dulang tu dah putih2 sangat.
then hand bouquet tak nak lah warna putih2 lagi kan. 
even nak guna waktu nikah. 
so to make it cantik dan berseri i guna kan warna bunga yang macam ni. 
ada pink2. 
ada orangy2. 
biat menarik. 


campur2kan dengan bunga kecik2 tu. 



i tambahkan dengan kain lace di bahagian pemegang. 
so dah settled lah apa yang dimintak. 
since tak de apa yang boleh diberi sebagai hadiah buat pengantin i decided to make bunga rampai modern mengguakan potpouri dan boleh diberi pada pikah lelaki sewaktu majlis akad nikah nanti. 
payah lah untuk i guna pandan sebagai bunga rampai. 
then ada banyak lagi bunga kering dalam simpanan maka i berhajat nak buat. 


masih banyak lagi. 
so sesiapa yang nak buat potpouri nanti boleh je i buatkan. 


then i ada this. 
i pun tak tau nak panggil apa. 
nampak cam cartoon2 gitu kan. 
but it is so cute to my eyes. 


ada berjenis ribbons. 
so ambik this color. 


tak de kain net. 
dah habis. 
i guna je dolly paper. 
kena creative lah kan. 


tepek kan cam ni. 
pandai2 lah. 


pengantin tu dah i bubuhkan sikit penyeri. 
letak lah bunga plastic kat situ. 


tadaaaa..
dapat lah i buat kan sebanyak 24 batang. 
katanya pihak lelaki dalam 20 orang. 
ok sangat lah kan. 


ingat dah settle. 
ya ampunnnn.. 
selesai bunga rampai baru i teringat yang depa ada tempah 1 simple bouquet untuk sirih junjung. 
waduhhh.. 
bunga2nya tak ada. 
terpaksa sekali lagi i ke AEON. 
pergh..
malas sungguh nak keluar. 
tapi kena gak lah kan. 
dah i sambar je lah mana ok. 


ini lah hasilnya. 
nanti bila dah dapat kat diarang tinggal selitkan sikit daun sireh. 
then lepas ni pengantin boleh je guna sebagai hiasan di rumah. 
so tak membazirlah kan. 
i guna je kotak kayu yang ada dalam simpanan i. 
guna je yang tu. 
still nampak cantik kan. 

waktu bagi tau nak bagi hadiah bunga rampai merayu lah pulak mintak dibuatkan another potpouri untuk majlis doa selamat berkhatan. 
pulak.. 
alhamdulilah i pun menggali2 lah kain2 yang ada. 
dapat lah gak kain net yang terselit2. 
nak dalam 30 potpouri. 
i kata i cuba. 
color up to me. 


tadaaa..
kita guna warna chocolate. 
banyak ribbon kaler ni yang masih tak terpakai. 


siapa yang dapat boleh lah gantung di mana2. 
kereta pun ok. 
dalam bilik pun ok. 


i just bought Teddy's Dream dari Lovely Lace. 
wahhh..
sedapnya bau dia. 

Syukur majlis dah berlangsung January 8, 2021 lepas. 
pengantin happy sangat. 
i pun happy gak lah kan. 
alhamdulilah jemari i masih lembut. 
tetiba rasa tak nak bagi kat orang lah apa yang i ada tu. 
simpan dulu. 
mana tau ada majlis aqiqah ke nanti . 
ecehhhhh. 
insyallahhhh..

* i ada gak blog for my sweet fingers ni. 
boleh tengok SINI ye. 
cuma blog ni memang tak terjengah since long back. 

Monday, February 22, 2021

Ginger Drink



nak buang angin liar dalam badan. 
moh kita buat cenggini. 
kalau dulu i hate ginger. 
tak suka sangat. 
tapi bila tau khasiat dia i terus mencuba. 
then gradually i suka. 
so i nak share one drink which make badan u selesa. 
buang angin je. 


i guna halia tua. 
i hiris2kan cenggini.
i tak buang kulitnya. 
tapi bersih kan betul2. 
i siap guna berus. 
masukkan air dalam 3 cawan. 


i ada gula melaka. 


i tak nak terlalu manis. 
masukkan separuh je. 


rebuskan sampai mendidih. 

then sejukkan..
kalau i, i suka yang masih hangat2 tu. 
sedappp..

ok.. selamat mencuba...


cliks..cliks