cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Tuesday, July 16, 2024

Pakistan May - June, '24 - Perjalanan CHILAS ke HUNZA (Day 3)



June 2, 2024
Day 3
Chilas to Hunza
215 km distance 
perjalanan selama 11 jam. 

***********************************************************************

Orait.. 
hari ni nak share itinerary yg dijalani the group yg pergi ke Pakistan baru2 ni. 
i mmg bersyukur dpt jadikan trip diarang sebagai my N3 di blog. 
even i tak dpt bersama2 mereka tp apa yg dishare kan oleh Atuk Baik di FB malah share the story dgn i waktu kami berjumpa benar2 dpt i rasakan mcm i pun sama dlm that trip. 
some pictures yg dishare oleh ahli rombongan yg lain pun sangat membantu. 
so kawan2 i dah jadi makin ramai. 
even dah balik kena tetap menjaga ukhwah yg telah pun terjalin since diarang membeli package ke Pakistan ni. 

ok. hari ni dah jadi hari yang ke 3 mereka berada di Pakistan. 
Perjalanan baru je suku. 
Semalam mereka dah menempuh perjalanan yg sangat panjang. 
almost 16 hours journey. 
tapi kan bukanlan 16 hours tu duduk dalam coaster je ye. 
campur la semua sekali. 
tang makan, minum, BAB ke, BAK ke. 
then stopped at any pitstops yg menarik. 
ambik gambar. 
ambik video. 
maka jadi lah 16 jam.

bila dengar 16 jam tu mmg terasa meletihkan. 
tapi rata2 cakap worth it. 
dah balik still cakap kalau boleh nak pegi lagi. 
tak boleh move on. 
in fact dr pengalaman i travel ke LADAKH last time pun cam tu gak lah. 
sebab minda kita dipengaruhi dgn nature yg cantik. 
memang hebat. 
hilang rasa penat bila hati dah tertawan dgn pemandangan yg memukau. 

Hari ni lepas je breakfast group terus kan la perjalanan ke HUNZA. 
i masukkan caption ATUK BAIK di FB ye. 


PAKISTAN 30 Mei - 10 Jun 2024
Hari ke 3 - Chillas -Hunza
LEBUHRAYA KARAKORAM (KKH) - 4
(Keajaiban ke 8 dunia)
Perjalanan antara Chilas ke Hunza Melaui KKH
Penuh dengan keindahan.
Gunung, lembah dan tasik yang ada di Pakistan boleh dikatakan sebagai syurga dunia, yang menjanjikan pengalaman yang mengagumkan di sini.
Ramai pelancong yang datang ke sini menghabiskan masa dengan menikmati pemandangan yang indah di setiap penjuru dengan suasana yang tenang dan indah.
SUNNAH KETIKA MENDAKI DAN MENURUN LERENG
Ada beberapa sunnah yang boleh dilakukan ketika mendaki. Tidak mengira ketika mendaki lereng, bukit ataupun gunung, sunnah ini masih boleh digunakan.
Sunnah mudah itu ialah
Mengucapkan “Allahuakbar” ketika mendaki.
Mengucapkan “Subhanallah” ketika menurun.
Hal ini sebagaimana dalil,
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم و أصحابه إذا علوا الثنايا كبروا و إذا هبطوا سبحوا
Rasulullah ﷺ dan para sahabatnya biasa jika melewati jalan mendaki, mereka bertakbir (mengucapkan “Allahu Akbar”). Sedangkan apabila melewati jalan menurun, mereka bertasbih (mengucapkan “Subhanallah”).
(HR Abu Dawud : disahihkan oleh Al-Albani).
Adakah sunnah ini khas untuk pejalan kaki sahaja?
Jawapannya tidak,
Sunnah ini juga boleh dilakukan ketika mendaki jalan dengan memandu kereta, menunggang motor malah jika hanya sebagai penumpang bas.
Wallahualam.


Menyambung perjalanan yg sepatutnya bersisa another 4 hours.
drp CHILAS ke HUNZA. 
right after breakfast gerak la semua. 
tak sempat pun nak ronda2 pekan kecik CHILAS. 

then after an hour plus the group sampai di satu kampung dipanggil TATTA PANI. 
TATTA in urdu means HOT/PANAS.
then PANI bermaksud AIR. 
satu lagi perkataan urdu yg bermaksud panas dalah GRAM (bunyi cam GARAM).
saje je kan belajar bahasa sikit. 


tiba di sini. 


along this KARAKORAM HIGHWAY kita akan nampak INDUS RIVER. 
and bear in mind for those yg nak travel ke Pakistan ni. 
Highway doesnt mean like highway di Malaysia ye. 
and at this area, TATTA PANI ni adalah a village of DIAMER district, GILGIT-BALTISTAN.
and this place well known as the worst part of KARAKORAM HIGHWAY. 
why?
sebab a lot of landslides. 
then katakan la berlaku landslides ni maka berjam2 la traffic stuck di situ. 
tapi yg bagus nya any incident cam ni kejap sgt diselesaikan. 
tp alhamdulilah so far my groups yg ke sana tak bertemu dgn masalah ni. 
kalau ada pun setakat 30 or 45 mins stuck kat situ lah. 
syukur sangat. 

so this group sempat ambik2 gambar di sini. 
abadikan la moment tu kan. 
sebab balik belum tentu dpt buat cam ni lagi. 
tak banyak gambar yg dishare kan di group. 


terima kasih tak terhingga pd Atuk Baik yg bersungguh promote. 
ALLAH je yg membalasnya. 



betapa panas nya. 
tapi udara mmg agak sejuk di sini. 
CHILAS mmg kawasan yg terpanas di bahagian utara Pakistan ni kalau tak silap i. 
tak lama the group sambung lagi. 


tak lama kurang lebih 40 mins tiba di THALICHI.
berhenti di NANGA PARBAT VIEW POINT. 


cantik kan. 
dr sudut mana sekali pun alam ALLAH ni mmg maha hebat. 


then terus kan lagi perjalanan. 
nak kena ambik lunch. 
sure kesemuanya dah lapar. 


NEW MOON RESTAURANT ni dah banyak sangat cabangnya. 
tiba sini katanya dah pukul 3pm.
meaning kat malaysia ni dah pukul 6pm. 
bayangkan la perut dah berkeroncong hebat dah. 
i mmg pesan to the guests utk bersedia bila keadaan mcm ni terjadi. 
jadi perut tu tak la terlalu lapar. 


ini adalah restaurant 


cantik pulak tgk benda ni. 
very nice la to me. 


dan ini la hidangan nya. 

kalau group yg sebelum2 ni biasanya food yg dihidangkan adalah roti dgn lauk2 depa ni. 
but since sudah diimprovise kan i insist utk tambah nasi putih. 
then portion org malaysia bukan macam portion org Arab or Pakistani. 
even lapar sangat pun still consider tak banyak mana la sangat. 
i tak tau apa menu yg depa pilih. 
kalau tak boleh share the menu.  


satu meja panjang ni haah. 


Seronok dan bangga la kan tgk2 bendera MALAYSIA berkibar di situ. 
betapa ramai nya org Malaysia sekarang melancong ke Pakistan.
selesai makan dan segala urusan yg perlu dibuat di sini group sambung lagi perjalanan. 


dalam 30 mins cam tu sampai la di sini. 
THE THREE MOUNTAINS JUNCTION VIEW POINT. 

I masukkan caption atuk baik ye. 

PAKISTAN 30 Mei - 10 Jun 2024
Hari ke 3 - Chillas ke Hunza
Titik Persimpangan Tiga Banjaran Gunung Terhebat di Dunia.
(THE TREE MOUNTAINS JUNCTIONS VIEW POINT)
Terletak kira-kira 40 km dari Gilgit. Di bandar Jaglot, titik persimpangan gunung, di mana bertemu tiga banjaran gunung terkuat di dunia, adalah tapak unik itu mempamerkan pemandangan yang unik.
Banjaran Karakoram, Hindukush, dan Himalaya berkumpul di sini di pertemuan sungai Indus dan Gilgit.
Titik Persimpangan Gunung ini merupakan syurga, kerana keunikannya, adalah tarikan semula jadi teratas di rantau ini.
Kisah unik yang dilampirkan pada titik Persimpangan gunung dan kepentingan sejarah serta logistik Jaglot ialah satu lagi sebab mengapa ia adalah tempat terbaik untuk dikunjungi semasa anda meneroka Gilgit Baltistan.
Sifat dan topografi menjadi sendi perkasa. Banjaran Himalaya adalah kira-kira 2400 km panjang, merentasi India, Pakistan, China, Bhutan, dan Nepal.
Sebahagian besar banjaran Karakoram terletak di Gilgit–Baltistan, Pakistan.
Banjaran Hindukush dibebani dengan Pakistan dan Afghanistan sejauh 966 km.
Sungai Indus (dikenali sebagai Sungai Singa) pada ketika ini bertemu dengan sungai Gilgit. Berasal dari Tibet dan telah sampai ke titik paling utara dalam perjalanannya beberapa batu sebelum ia berpusing dan kemudian mengalir ke arah selatan yang merentasi seluruh panjang Pakistan, hingga mencapai kemuncaknya di Laut Arab.
Indus wujud sebelum pergunungan terbentuk, dan ia boleh mengekalkan laluannya. Ia memasuki Pakistan yang mengalir ke arah barat laut ke Baltistan, setelah mengembara hampir 1000 km dari sumbernya berhampiran Tasik Mansarovar dan Gunung Kailas di Tibet, China melalui Ladakh di sepanjang jalan.
Di Gilgit-Baltistan, anak sungai utamanya ialah sungai Shingus, Shyok, Shigar, Darel, Tangir, dan Astore. Manakala sungai Hunza, Nagar, Chalt, Yasin, Ghizer, dan Ishkoman mengalir ke sungai Gilgit sebelum titik pertemuan ini.
Sungai Indus, sepanjang 3200 km, merupakan sungai ke-3 terpanjang di Asia dan ke-21 terpanjang di dunia. 85% daripada luahan sungai dibawa pada bulan Mei hingga September, hasil daripada salji dan pencairan glasier, dan monsun.
Tempat ini mempunyai banyak kisah yang ada padanya melalui penduduk tempatan. Adalah dipercayai bahawa Titik Persimpangan Gunung adalah tempat tinggal utama Jin dan pari-pari. Makhluk ghaib ini akan datang ke sini dan minum dan mandi di air sungai.



look out point. 


INDUS RIVER dari view atas ni. 


tuan dia nnt pegi ye. 


all the gurls in the group. 

then group sambung perjalanan menuju ke GILGIT. 
from this place to GILGIT almost 40km. 
so it takes about plus minus one hour utk sampai ke sini. 
group tak singgah di GILGIT. 
tapi terus kan perjalanan then stop di RAKAPOSHI VIEW POINT

satu pit stop which was the last one before masuk hotel di Hunza. 
they stop kat sini pulak. 
RAKAPOSHI VIEW POINT NAGAR.
Diarang tiba sini kurang lebih pukul 6.30pm. 
since ni kan summer. 
so siang depa ni lagi panjang. 
belum nampak lagi gaya matahari nak terbenam. 


kalau travel between Gilgit and Hunza mostly tourists kn stop at RAKPOSHI VIEW POINT ni. 
boleh l enjoy the natural scenery in the shadow of Rakaposhi. 
Waktu summer adalah waktu yang ramai pelancong dtg ke utara Pakistan ni.
small terraces yg dibuat along the water flowing down from the glacier. 
so tourists boleh kan duduk2 sambil rendam2 kaki in cold glacier water. 
ambik gambar2 kat sini utk diabadikan sebagai memory. 


sedap sgt bila mendengar bunyi air mengalir kan. 
nak buat activity zipline pun boleh kat sini. 


pandangan dr atas jembatan. 


aliran air batu yg mencair. 




Atuk Baik di sinun. 


banyak gambar yg nak discan.
tak terupload i. 


then depa ke seberang jalan. 
cari dried fruit, walnut cake n ice cream. 


meriah kedai bila org Malaysia masuk ek. 


macam2 yg dibeli sebagai ole2. 
tak beli nyesal nnt kan. 


pekan kecil di NAGAR.
so nak cari dry fruit, 
nak merasa walnut cake
or nak merasa ice cream depa kat sini la. 
so kalau nak bawak balik ole2 Pakistan grab some di sini. 
jgn compare2 harga sebab esok lusa belum tentu dpt  ke sini semula. 

itu mmg my tips kalau travel ke mana2. 
unless kita mmg dah study habis2 tpt yg kita nak pegi tu.
then boleh nak compare harga di tpt2 lain. 
satu lagi kalau travel dgn group ni susah sikit lah kan. 
belum tentu balik ke ISLAMABAD tu kita lalu lagi jalan ni. 
(just my two cents la)
unless kita pegi sendiri then boleh kautim dgn dreba. 


Akhirnya pukul 8,30PM group tiba di hotel. 
group menginap di sini selama 4 mlm. 
di HUNZA ELITES. 
this is the hotel yg i mmg nak the agent tukar. 
sebelum ni CARAVANSERAI HOTEL. 
ada few issues which i tak berapa nak kenan. 
esp bab timing. 
tp biasa lah bila deal dgn agent ni. 
mana yg ketegaq, tegang urat gak la kita. 
tapi akhirnya for this group dpt gak menginap di sini. 
nnt kita cerita bab hotel ye. 
now depa nk makan then rehat. 
besok activity lain menunggu. 

Teringin nak explore PAKISTAN in autumn?
DM 0192129958 ok. 

16 comments:

  1. My bro & sil baru balik dari Pakistan semalam. Belum sempat sembang lagi tapi cantiklah tempat² yg dilawati tu. Hopefully ada rezeki ke sana juga one day

    ReplyDelete
    Replies
    1. rata2 yg pegi cakap mmg cantik. tp tu lah. the journey tu. still berbaloi la kalau jenis yg mmg suka nature. insyallh i doakan u dpt gak ke sana nnt.

      Delete
  2. Gambar nature semua breathtaking..cantikkk sgt2 subhanallah ;)

    ReplyDelete
  3. Subhanallah cantik betul semuanya kak.... puas hati betul atok baik dan geng rombongan nya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dana. kita kat sini tgk gambar pun dah meleleh ayaq liuq. mmg cantik sgt. terima kasih sgt kat atuk baik sebab share gambar2 n video.

      Delete
  4. waahhhhh subhanallahh cantiknyaaa view! andd yg lagi wow coz all the girlsss ada a pair of legs yg kuat boleh jalan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. mmg cantik2. breaktaking. betul u. depa semua mmg dah berumur tp hebat2 belaka. bertenaga.

      Delete
  5. Cantik viewnya. Salute la kat depa-depa ni, nampak happy ja. In sya Allah teringin explore Pakistan one day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah. betul you. even dah warga emas, depa mmg enjoy kelihatannya. bertenaga terus.

      Delete
  6. Kalau tempat yang cantik dan dapat teman melancong yang sekepala memang akan rasa untuk ulang lagi.
    Hehe terus hilang penat ya?

    ReplyDelete
  7. Memang berbaloi menempuh 16 jam perjalanan sebab boleh singgah dan menikmati pelbagai pemandangan menarik di sepanjang jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul amie. jiwa mmg kena kental. esp bila menyusuri jalan2 yg mmg mencabar tu. lg2 bila hari dah mlm. tapi kalau tak nak lama tu, suruh je la driver tu jalan terus jgn berhenti2. hehehe

      Delete
  8. Cantik banget kak pemandangan di sana,apalagi yg ada jembatan dan sungai di bawahnya....ternyata Pakistan seindah ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nature nya mmg cantik banget. kalau di Indonesia di kawasan pergunungan pasti jugak secntik ini. tp ini lagi cantik kerana factor cuaca ya. bila musim salju keliatan lain banget.

      Delete

cliks..cliks