i copy paste dr blog A M M I.
i baca her N3 terus sayu hati.
mintak izin dgn beliau.
i share kat FB first.
Selepas wafatnya Rasulullah, Bilal bin Rabah telah meminta izin dari Khalifah Abu Bakar untuk meninggalkan Madinah. Abu bakar telah memberi izin kepada Bilal untuk meninggalkan Madinah. Sebelum meninggalkan Madinah ditatapinya buat kali terakhir Kota Madinah di mana satu masa dulu dia dan Rasulullah berkongsi suka dan duka.
Bilal menetap bersama keluarganya di Syria. Sungguh sukar bagi Bilal untuk melupakan kenangan bersama Rasulullah. Sekian lamanya Bilal menetap di Syria. Satu hari Rasulullah muncul di dalam mimpinya "wahai Bilal keras sungguh hatimu, kenapa engkau tidak menziarahi aku". Lantas Bilal terjaga dari tidurnya dengan deraian air mata, sehingga seluruh keluarganya terbangun.
Bilal menceritakan kepada ahli keluarganya apa yang terjadi, lalu ahli keluarganya menyuruh Bilal menziarahi makam Rasulullah. Semasa Bilal dalam perjalanan menuju ke Madinah, airmatanya tidak henti-henti mengalir. Dia tidak berhenti di mana-mana agar cepat sampai di Madinah.
Setelah beberapa hari Bilal sampai di makam Rasulullah lantas memberi salam "Assalamualaika Ya Rasulullah". Airmatanya terus mengalir.
Tiba-tiba datang Amirul Mukminin Saiyidina Abu Bakar memeluk Bilal dari belakang untuk menenangkan Bilal, sehingga reda tangisan Bilal. "Bilal, alang-alang kamu sudah berada di sini laungkanlah Azan untuk kami", rayu Amirul Mukminin . "Tidak wahai Amirul Mukminin", jawab Bilal.
"Laungkanlah azan, kami rindu akan suara kamu", pinta Saiyidina Umar. Namun Bilal tetap menggelengkan kepalanya.
Tiba-tiba datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah iaitu Hassan dan Husin. "Pakcik Bilal, laungkanlah azan sebagaimana pakcik laungkannya di masa datuk kami masih ada".
Di peluknya kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah itu lantas diciumnya. "Sebentar tadi aku baru menolak permintaan Khalifah dan permintaan Saiyidina Umar, aku takut untuk menolak permintaan kamu berdua, aku takut nanti Rasulullah akan menolak permintaan aku", kata Bilal.
Bilal naik ke atas menara, ditatapinya satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah sambil airmatanya mengalir laju.
Allahu Akbar , Allahuakbar..
Terdiam seluruh penduduk Kota Madinah mendengar alunan suara azan tersebut. Suasana penduduk Kota Madinah masa itu sangat terkejut.
Asyhadu ala ila haa illallah
Abu I'sa Rasulullah. Apakah Rasulullah dibangkitkan semula bisik mereka.
Asyhadu ala ila haa illallah.
Tangisan penduduk Kota Madinah kian pilu, mereka terkenangkan saat mereka bersama Rasulullah. Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar dan penduduk Madinah menitiskan airmata. Kerinduan pada suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yg tercatat sebagai sejarah buat umat akhir zaman.
Asyhadu anna Muhammad Rasulullah.
Terus Bilal tersungkur tidak dapat meneruskan azannya lagi, lantas disambut oleh Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar. "Mengapa Bilal?", soalnya.
"Waktu aku sedang azan tadi sehingga aku menyebut nama kekasihku, aku seakan-akan terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita", kata Bilal.
Berlinangan airmata para sahabat dan penduduk Kota mMdinah apabila tukang azan Rasulullah pulang ke Kota Madinah untuk mengubati kerinduannya kepada Junjungan Besar Muhammad S.A.W.
Rindukah kita kepada Rasulullah?
ulang2 baca i still mengalir air mata.
rasa sayu sangat,
then i dpt satu response di FB.
tanya i sahih ke cerita ni.
gelabah mak.
sebab tak fikir panjang terus share kan.
sebab i rasa ceritanya mencuit hati kecik i.
so i carik2 dlm youtube.
so i dapat few links about this kisah.
1. Dari this BUYA YAHYA.
2. Dari Dr MAZA
3. Dari Ustaz ABDULLAH KHAIRI.
He shared also the link pasal fatwa yg dikeluarkan.
tengok SINI ye.
so nilai2kan sendiri.
maybe i salah.
tapi i salah sebab ustaz2 yg atas ni sampaikan suatu ilmu yang salah.
kalau selepas fatwa dikeluarkan sudah pasti ustaz2 dan org2 yg bijakpandai ni ada bagi statement kan.
betul ke?
but for me, ada benda yg menyentap jiwa kecik i ni.
maka i letakkan kat my OWN FB.
tu je.
satu lagi i tak share to any FB wall org.
i tak taq sesiapa.
i tak share kat mana2 whatapps group.
mana2 yg baik dr ALLAH.
yg buruk dr diri kita sendiri.
apa2 pun thanks to sis AMMI.
love it so much.
terima kasih atas perkongsiannya :)
ReplyDeletesama2 dear. semoga ada manfaat buat kita ye.
Deletei pun dh baca ari tu kat blog ammi...inspiring dan touching sgt2
ReplyDeleteye MZ. menetes gak air mato ambo. sayu je.
DeleteAtas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.
ReplyDeleteYang benar,
Permaisuri Cuya.
patih menjunjung perintah. akan segara patih lakukan. hehehe
DeleteTerharu sangat baca postingan ini, rindu sangat Bilal pada Baginda Rasulullah, karena mimpinya dia mendatangi makam Rasulullah.
ReplyDeletetu lah. mmg buat kan kita berasa sgt sayu. menitis air mata jugak.
Delete