cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Wednesday, October 27, 2021

Jantung pisang untuk lunch.




Rasanya hampir seumur hidup tak pernah masak jantung pisang. 
makan kat luar tu ada lah. 
i suka je. 
lagi2 yang kalau dimasak lemak tu. 
sure i akan ambik dan makan. 
tapi kalau nak masak tu mmg seingat2nya lah hampir tak pernah. 
tak tau lah kalau i terlupa. 


tetiba malam kelmarin hubby dok tanya boleh belikan jantung pisang tak.
nak rebus nak buat ulam katanya. 
i tanya nak makan dengan apa.
cicah kuah pecal pun ok. 
kebetulan i memang ada stock kuah pecal readymade tu lah. 


untungnya jadi orang sekarang. 
kuah pecal dah ready tinggal dikacau sama air panas. 
tak perlu nak goreng2 kacang segala. 
bercekur lagi. 
memang best. 

memula tu pelik nak direbus cam ne. 
untung ada mymommi. 
Jangan belah2 dulu katanya. 
rebus segitu lah. 


so i rebuskan seketul gitu bersama sikit garam. 
tunggu lah agak dah masak. 
i tengok sijantung tu dah agak lembut. 
then toskan.
baru lah kita belah2 kan. 


kata mymommi kalau dibelah dulu then rebus nnt dalam nya tu akan lebam. 
so tak cantik lahkan. 
Hubby suka sayur2 yang dicelur or disteam cam ni. 
tak makan nasi pun dia. 
so stock utk rebus2 dan celur2 ni sentiasa ada di rumah. 
esp BENDI. 
ada gak PETOLA dan PUCUK UBI. 
nnt kita celur ye.. 


sepinggan kebahagiaan. 
lunch kami siang tadi. 
ALHAMDULILAH. 

15 comments:

  1. Jantung pisang enak lorrr layan dengan pecal lagi le sodap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah kan. i pun mmg terlalu jarang masak ni. kalau kat luar makan lah.

      Delete
  2. sedapnya kak, ratah gitu je pun dah seger gitu lagilah dengan kuah pecal

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa kelat2 sikit ek Dana. akak tak pernah makan gitu je. sure nak makan dgn kuah pecal. tp cik abe makan gitu2 je. selamba tul.

      Delete
  3. biasa makan celur jantung pisang cicah dgn budu je.. sedap!

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. tu lah.. ada org suka masak lemak. ada suka celur je. i makan dua dua tu.

      Delete
  5. Selalu suka jantung buat kerabu. Makan banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yee..buat kerabu. style sama macam kerabu biasa ye.

      Delete
  6. Saya tak pandai makan jantung pisang ni sis Yan ! 😅😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang2 muda mmg tak pandai. kita2 ni dah makcik2. kenal sangat dan biasa sangat jumpa dan makan.

      Delete
  7. rupanya sangat menyelerakan ..memang terliur juga nak tengok

    ReplyDelete

cliks..cliks