cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Friday, May 29, 2020

Masak TOMYAM dengan HOMEMADE TOMYAM PASTE



kita cerita balik belakang lah ye. 
tak de modal musim covid ni. 
i nak share apa yang i masak on the last few days before our Eid. 
kan i ada HOMEMADE TOMYAM PASTE. 
tak kan masak sekali je kan. 
so i planned nak buat Tomyam untuk iftar. 
nak perabis all the stock2 sayur dalam fridge lah gamaknya ni. 


these were i had duirng iftar on May 20, 2020.
on our 27th Ramadan. 


my TOMYAM UDANG which full of sayur2. 
using my HOMEMADE TOMYAM PASTE.
not baddddd.


ada balance sayur dalam fridge tu i buat SAYUR CAMPUR.
guna gak tomyam paste tu tapi tak masam lah. 


a must. 
kena ada TELUR DADAR.


then i noticed ada balance ikan goreng kecik2 ni. 
panas kan balik then garnished sikit2. 
sedap je makan. 


to make it macam makan kat kedai. 
i did NASI GORENG KAMPUNG.
ada balance sayur kangkung. 
sedap jee..


kena ada KEROPOK IKAN..
mmg terangkat. 



Buah LYCHEE fresh ada dibeli so buat pencuci gigi kita ye.


and this is my TOMYAM.
yang atas ni adalah second time i masak Tomyam. 


first time i masak ada lauk SOTONG GORENG. 


dan makan dengan KUE TIAU. 
all the kids also love this. 


so i boleh buat sekali lagi tomyam. 
sebab paste dah almost nak habis. 
nanti boleh lah buat paste lagi. 
anytime nak makan boleh je leburkan paste ni. 
nanti i share my HOMEMADE TOMYAM PASTE.

Tuesday, May 26, 2020

Eid Mubarak dalam Wabah Covid19




Selamat hari raya edul fitri buat semua. 
kejap je dah kan. 
hari ni pun dah hari raya ke 3. 
beza sungguh edul fitri kita kali ni kan. 

suasana sangat berbeza. 
tapi kemeriahan tetap dirasakan even hanya duduk dalam rumah. 
still nak pakai baju baru baju wangi baju bersih kan. 



tuan rumah memulakan bicara. 
heheheee..
kenangan raya waktu wabah covid19 melanda. 
tak de baju baru. 
cuma baru  pakai setelah dihantar ke kedai dobi. 
bersih lah kan. 


ini lah hidangan kami pada pagi hari raya. 


dah get ready dari malam raya lagi. 
pepagi terus kita masukkan lauk pauh. 


Chef Ciju buat Osmot and me made Rendang Ayam. 


ini semua Import. 
Ada Rendang Dendeng. 
Ada Rendang Tok.
Rendang Kerang. 
dan Serunding Ikan dari CikTi. 


untuk dimakan bersama2 yang di bawah ni. 
Ada BERASAK dan KETUPAT LOI. 
menu wajib kami setiap kali raya. 
kunun2 tak nak buat. 
tapi tetap ada. 
Ada LEMANG i beli. 
Ada KETUPAT PALAS cikti buat. 
Ada NASI IMPIT segara i rebuskan je. 


ada SATE AYAM DAN DAGING. 
dari CikTi. 


BUNDT CHEEZECAKE dari Chef Ciju. 


I made this drink. 
LYCHEE LEMON and MINT. 


get ready to eat. 


sikit lah gambar sebagai kenangan ye. 


macam ada 4 anak lelaki lah pulak. 
saje je si kecik tu. 


kami bertiga je. 
2 lagi tak sama ada untuk bergambar. 
Pamanmie datang lewat. 
CikRah pulak ada di JB.
sedih sungguhlah kan. 


maaf2 pun kami buat simple2 je. 
tak nak sedih2.


kosong2 ye .

kenangan sembahyang sunnah yang dibuat di my house. 
simpan sini sebagai ingatan. 


kami bertakbir bersama2. 
semalam nya lepas maghrib dah bertakbir. 
ni bertakbir pada hari kemenangan kita semua. 


tugas Imam pada pagi mulia ni kita bagi kat Abang Irfan. 
Alhamdulilah. 
walau ada sikit terganggu still syukur masih ada yang boleh menggalas tugas ni. 
Abang Irfan bilang dia nervous. 
hehehe..
kat asrama maybe lain rasa. 
dengan family lain pulak rasanya kan. 


Abang Luqman yang bagi khutbah. 
ALHAMDULILAH. 
selesailah solat sunnah eidul fitri kami. 
sejarah bagi keluarga tercipta. 

SEMOGA ALLAH ANGKAT WABAH INI SEGERA. 
selamat hari raya maaf zahir dan batin. 

Monday, May 18, 2020

Resipi Serunding Kelapa NekMinah






Salam buat semua. 
subhanallahh.
lama tak berjengah ke sini ye. 
dah nak dekat raya dah kita ni. 
sure memasing dah mula bersiap2 nak sambut raya dalam suasana yang sangat berbeza kali ni. 
dalam duka ada suka. 

sambutan dalam keadaan yang dibelengu dek wabah ni pertama kali kita hadapi. 
ramai yang mungkin tak dapat berkumpul dgn mak ayah.
ALHAMDULILAH me pulak syukur sangat yang kedua mak ayah ada bersama. 
even kami tak dapat merayakan eid kali ni di kampung. 
suasana dah tentu2 sangat berbeza. 
tapi dah kita terbiasa dengan dah tak keluar rumah almost 2 months ni rasanya ok saje kot. 

me pulak since anak2 dah memang berkumpul semua dari  March 15, 2020 memang bersyukur sangat lah. 
tak dapat dibayangkan puasa sebulan dgn mereka masih stuck di negara orang then sambut raya di sana. 
ALLAH memang maha pengatur hidup kita. 
Apa2 pun syukur sangat. 

well, tentang sambutan eid kami buat ala kadar saja. 
masak lah sikit2 yang teringin di tekak. 
tengah berkira2 nak buat BERASAK ke tidak. 
anak2 tetap bertanya buat ke tidak. 
kita tengok lah nanti ye. 

bila ada berasak kalau dulu2 Mymommi suka sangat buat SERUNDING KELAPA. 
serunding ni maybe kurang lebih serunding yang kita biasa makan. 
but Mymommi punya recipe maybe slightly lain. 
and we love it so much. 

semalam waktu berbuka i buat lah SERUNDING ni. 
and noticed all my kids suka sangat. 
seems hubby pun suka. 
jadi i nak lah share the recipe kat sini. 
lagipun takut lupa lah nanti kalau tak simpan kat sini. 


we all makan dengan LONTONG.


padan gak dengan rendang tok yang dibeli hubby dari kawannya. 


ni setakat hias2 je. 
i makan tambah lagi serunding tu. 
mmg kena banyak. 
baru kick. 


serunding ni kena sedikit basah atau lembab lah. 


then i masakkan pulut sebab nak buat PULUT SERUNDING. 


sedap sangat di tekak kami anak beranak. 


ok i share ye. 
sayangnya kesemua gambar yang i ambik terdelete maybe. 
scroll balik mmg tak ada langsung gambar yang beriya2 i ambik tu. 
pelik gak ni. 
tak pe i tetap sharekan di sini ye. 


paling penting kena ada JINTAN dan KETUMBAR. 



Bahan2 untuk serunding. 

3/4 cawan MINYAK MENUMIS
1 biji KELAPA PARUT PUTIH
3 sudu besar JINTAN MANIS
2 sudu besar KETUMBAR.
2 sudu besar CILI BLEND
4 biji GARLIC
6 biji BAWANG MERAH
2 inci LENGKUAS
3  batang SERAI (2 ditumbuk halus, 1 ketuk2 je)
1 1/2 gengam UDANG KERING
80 gm GULA MELAKA (anggaran separuh gula melaka tu)
3 sudu besar AIR ASAM JAWA


Cara menyediakannya. 

1. Tumbuk  JINTAN dan KETUMBAR tak nak halus2 sangat ye sebab nak rasa ada jintan bila memakan nya.  
2. kalau nak kisar pun ok bahan2 BAWANG, GARLIC, SERAI, dan LENGKUAS tp i suka tumbuk je. 
3. tumbuk sekali UDANG KERING.
4. Panaskan minyak dan tumislah. tengok video bawah ni. 
5. ingat ye. jangan terlalu kering. biar sikit lembab. 


dah siap...

SELAMAT MENCUBA. 

Thursday, May 7, 2020

Masala Bread





ini cerita waktu memula kita MCO. 
bingung nak buat breakfast apa.  
esp bila hubby tak ada treatment dan pagi ada di rumah. 
kalau dulu memang selalunya pakat dok beli je breakfast. 
la ni nak carik mana kan. 
ada lah satu resto dekat rumah ni yang boleh we all beli. 
tapi kalau hari2 pun mana boleh tahan tekak kita/ 

hubby mintak dibuatkan Roti Omelette.
cam ne tu. 
ooo kita google lah kejap. 
hehehheee..
sebenarnya hubby requested something yang i dah biasa makan tapi tak biasa buat. 
tetiba dia kenan yang tu lah pulak. 
so i pun buatkan lah. 


bahan penting kena ada roti lah kan. 
what kinda roti pun ok je pada i. 



i potong dadu bawang besar.
potong dadu tomato.
racik sikit cilantro
1 st chili powder
1/2 st cumin powder
1/2 st garam masala.


letakkan 2 bijik telur. 
1/2 st garam. 


kocok2 kan. 


letakkan butter kat pan. 
biarkan cair. 


tekap roti pada bancuhan telur tadi. 
buat 2 2 belah roti tu. 


macam ni. 


letakkan di atas pan.
bahagian atas yang belum ditelengkupkan u all letakkan bancuhan telur tu. 


then tebalikkan. 
bahagian yang dimasak tadi letakkan jugak bancuhan telur ni. 
then balikkan semula. 
dan siap. 
boleh diangkat dan diservekan. 


sedappp. 
tak sedar boleh makan lebih nanti tu. 


okkk..
selamat mencuba. 
kalau buat waktu sahur pun best. 
i will do this tonite. 
INSYALLAH..

then selamat berbuka ye..
menu apa hari ni. 
we all maybe nak try MEXICAN FOOD. 

Tuesday, May 5, 2020

Lemonade Mint with Edible Flowers.






 Salam Ramadan. 
dah  seminggu dah  kita puasa. 
kejap je kan. 
then tak lama lagi nak raya pulak. 
sekejap sungguh.

anyway since masih lagi awal ramadan kan. 
as a mom memacam kita nak cuba recipes baru buat family. 
esp waktu2 MCO ni lah kan. 
kalau tak sure Bazaar ramadan jadi penyelamat. 
betul tak. 

so since kita nak memacam serve to the family some of us ligat nak buat itu ini. 
ye lah bila dah siap masak tu then family makan puji kita pasti rasa bahagia kan. 
hilang penat kita esp bila dah seharian kat dapur kan. 

ok lah hari ni i nak share minuman yang i buat to my family on our second day of ramadan. 
fresh air ni. 
senang je nak buat. 
tapi kena ada edible flowers. 
itu pasal lah i beriya2 nak beli edible flowers ni kat  V i l l a g e   G r o c e r   ritu. 


ini lah yang i buat. 
so fresh. 


even i love the colors. 


cantik kan. 
u all potong nipis2 


1. LEMON dalam setengah bijik je. 
2. GRAPEFRUIT dalam suku bijik je. 
3. LIME/ LIMAU NIPIS - 2 bijik yang kecik2 je. 
4. 4 bijik STRAWBERRY
5. setengah bottle ICE CREAM SODA
6. SUGAR SYRUP.
7. EDIBLE FLOWERS.
8. MINT LEAVES
9. ICE CUBE

semua kena potong nipis2.
masukkan ke dalam bowl besar. 
edible flowers dan mint leaves jangan dipotong tau. 
then masukkan air masak sikit untuk merasa lah ye. 
masukkan ice cream soda dan sugar syrup.
then taburlah edible flowers tu. 
pilih lah color yang menarik. 


bunga ni boleh dimakan tau. 
dont worry. 


lemon tu u squeeze sikit. 
bagi rasa masam dia tu naik. 
kalau nak masam lagi limau nipis tu lagi masam. 
perah je lah sikit. 


separuh yang telah diminum. 



tuangkan dalam gelas tu agak2 lah mana nak ambik. 
bagi meriah warna gelas u all. 


warna - warna dari limau2 dan strawberry tu buat air ni jadi pinkish sikit. 


ini apa pulak?
well, since bunga tu masih banyak lagi dah tak nak lah membazir nanti lecuh i buat ice cube pulak. 
guna ice cream soda gak tau. 
nak buat pakai air masak je pun boleh. 
nanti adjust rasa lah. 


cantik kan. 


cam ne nak buat air ni nanti. 
ok.. 
tunggu yeeeee..


selamat mencuba. 



cliks..cliks