cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Wednesday, June 29, 2016

Iftar ke 24 kami


Tonite is 25th nite of Ramadan.
It's leaving us soon.
tahun ni i benar2 terasa lain dengan Ramadan ni.
i teringatkan seseorang di bulan ni.

selalunya arwah akan call or message me bagi tau, "yan i nak ke Jamia Mosque". 
"i will do donation on behalf of u".
dan selalunya i ganti balik duit dia tu dengan i pulak donate kat sini on behalf og him..
we have been doing this since 2011.

and another 2 days dah hari Jumaat. 
so in Kashmir usually depa namakan Jumaat-ul-Vida, the last Friday of the holy month of Ramadan.  

dan selalunya Jumaat macam tu lah beliau akan message dan bagi tau..
i will dua'a for your health, for your kids, for your husband, and the whole family.  :-(
But now dah tak ada. 

jadi rindu nak borak2 dengan arwah esp tazkirah beliau.
hhhhh.. okk.okkk..move on.
tak pe lah.. mengingati arwah dan percaya arwah berada di tempat yang selayaknya. 

Okkkk.. tak nak sedihlah..
nak senyum sampai telinga.
nak cerita pasal shopping tadi.
me and MyMommi went to SACC.


tuuuu diaa.. pilih baju.
katanya nak cari baju for her boyfriend lah.
pilih punya pilih, akhirnya she grabbed the blue one tu.
discount item katanya.
tapi dalam RM350 gak lah.. 
tak pe..
boy friend dia punya.


i berkenan yang ni.
tapi wang busat tåläk ada banyak lorrrr.
so just forget it.


then we went to Lovely Lace. 
eeeeeee, dia sambar lagi youuu.
layannn.


apa tak grab kan. cantik2 kalau masuk sini. 
geram betul


tuuuu.. dia grabbed cushion covers. 
cantikk.
ada discount gak. 
dalam 10%

then we went back. 
tapi singgah di Seksyen 9 sebelumnya.
pegi kedai Pak Arab dekat Resto Zam jam tu.
buat apa?


nii. i bought bottle drinks .
nak buat Lime Longan Mint.


tuu. i dah siap2kan. actually tonite we had our iftar with TokNgah and his family.



sambil bawak this cutie pie. 




i sempatlah prepared my big table for all of us today.
and we prepared Laksa Johor for our iftar. 
ALHAMDULILAHHH..


and Chef CiJu prepared this. 
i tak tau nak sebut apa ni.


and this is My Laksa. 
wallahi 
soon nice. 
maaf ye kalau rasa i terbongkak.. heeeeee
serious sedap.


last but not least..
our family picture during iftar.
MyHubby masa ni masih belum sampai dari office. 
Anyway, nanti kita update lah yeeee..
daaaaaa.

Tuesday, June 28, 2016

Shopping kat AEON Shah Alam lagi


YA ALLAHH.. time flies so fast.
malam ni dah malam ke 24.
means another 6 days to eid. 

and still i have one job to do.
that's why tadi siang ni i ke AEON Mall to settle few things
i ajak MyMommi.
Actually she was not so well.
tapi since i pun bukan rushing. 
MyMommi pun nak ikut dan teman kan i. 
jalan dengan warga emas ni, kena slow and steady.
lagipun i bukan boleh nak rushing2 sangat pun.


so kami ke sini. 
tak boleh pegi weekend lah kan.
so weekdays ni relax sikit. 
parking berlambak2.
suka i.


once tiba i terus ke Index Living.
few things i need to find here. 
no need nak ke IKEA lagi dah.
kat sini pun i rasa reasonable lah. 


bila ke sini, i suka sangat. 
i love all the little cute things.


cantik lah di mata i. 
decor2 kan. 


kalau kat IKEA, mau jenuh nak menghabiskan masa.


for me, kat sini pun not bad. 


lepas mencari itu ini, ini hasilnya.
i tak shopping banyak u.
shopping for certain reason.
not for my nafsu serakah. heeeeee
nasib lah wang busat tak ada..
kalau ada, ligat je kepala fikir nak itu lah, nak ini lah. 
nak ganti yang lama lah. 
nak pattern baru lah.
ALHAMDULILAH wang busat tåläk ada lorrrr...
anyway, i ke sini sebab nak buat my hamper.
memang kerja i tiap tahun. 


sebelum ni  i dah beli siap2 steel basket kat SSF. 
bunga sekali.


so kat Index Living ni i cuma cari benda yang melengkapkan je. 
i dapat soap dispenser ni. 
sukaaa..
cantik ahh.


face towels gak. 
happy lahh..

tak lama lepas tu, we all pun balik. 
ehhh.. tak balik lah. 
we went to Plaza Masalam.
i amik baju yang i tempah di d'qapas.
nanti nak tengok tak abaya yang i tempah kat situ.
tunggu yeeee..


ok lahhh. jalan2 sure rasa penat kan.
i asked MyMommi duk kat situ kejap.
i took her picture.
she follow2 je apa i suruh..
heeeee..
cute kan
memula masam je muka. 
dan terdongak sangat.


she pun suruh dia  tundukkan sikit kepala..
but still masam...
terus i tanya, why u masam2..
senyum lah sikit..
hee..hee..



haahhhhh!!!..
ini penangan senyum MyMommi.
senyum kan SEDEKAH..

sib baik dia tak buat muka..
selalunya itu yang dia buat kalau kitarang suruh dia senyum.
ALHAMDULILAHHH.. lepas tu kami balik. 

tadi after iftar,  i dah prepared some of the hampers. 
INSYALLAH lepas sahor nanti i sambung balik.

now i wanna sleep.
awal bebeno sekarang i tidur malam.
i need to wake up at 4.15am.
paling lewat at 4.30am.
INSYALLAH..
berkahi tidur aku dan tidur setiap umat manusia YA RABBB.. 
okkk. gud nite..
daaaa


Sunday, June 26, 2016

Serunding Kelapa dan Nasi Ambeng


SUBHANALLAHHH.. dah puasa ke 21 dah hari ni.
cepat sungguh masa berlalu. 
raya mood masih belum mai lagi.
tak pe.. lambat lagi raya pun tak pe. heeeeeee

ok lah nak cerita hal baling belakang. 
semalam punya cerita.. 
semangat i nak bercerita ni.
siap IG gitu.

sebenarnya memang dah lama teringin nak buat this dish.
i teringin nak buat Nasi Ambeng. 
Tersentap Chef CiJu bila i cakap nak buat this food.
kira macam hilang ingatan kejap lah dia. heeeeeee

tapi for Nasi Ambeng the first and important dish adalah SERUNDING. 
i lak memang tak berapa nak expert like chef2 tersohor di blog and IG ni. 
selalunya tu Chef CiJu lah kot yang buat. 
or usually if MyMomm yang buat, i just tukang kacau2. 
even tumis pun i tak pernah nak buat kot.
tapi semalam dek kerana semangat membara - bara tu kot, buat gak lah.


heyyyy.. dont play play tau..
i siap melesung. 
idoknya teman nak memblend gitu.
macam nak tanggai gak lah tulang bahu. 
heeeee..
terkejut dapur dengan i melesung. 
nampak kat atas tu. 
lumat u. 


dah siap perabah, i tumis.
sampai naik bau. 
apa bahan yang i guna tu..
i letak sesudu JINTAN HALUS
Sesudu KETUMBAR
6 ulas BAWANG PUTIH
8 ulas BAWANG MERAH yang sedang2 je. 
UDANG KERING 2 sudu besar
seINCI KUNYIT HIDUP
tumis ni dulu.
bila dah naik minyak, masukkan serai dan lengkuas yang telah dikisar. 
yang ni tak sanggup i nak melesung. 
jangan banyak2 sangat tau.
dalam 3 sudu besar je. 



i masukkan  setengah gula kabung.
letak KUNYIT SERBUK dalam 2 sudu. 
2 sudu teh GARAM.


semua dah naik bau, baru i letakkan 1 3/4 bungkus kelapa parut. 
i agak2 dalam 2 biji kot kelapa tu. (gambar kurang memuaskan)


kacau2.. tapi kaler tak cantik beno.
tadi MyMommi dah pesan, letak cili paste dalam sesudu.
dia tak leh makan pedas. 

tapi..heeeeeee
i lupa you.
chili paste i yang i guna telah menyelamatkan i.
i just letakkan dalam 2 sudu besar cam tu.
then gaul rata.


baru lah nampak warnanya.
huuhh!!!..
sib baik
dan my SERUNDING pun menjadi lah.
tapi nak makan Nasi Ambeng bukan hanya kena ada SERUNDING.


kena ada AYAM MASAK KICAP or AYAM MASAK CHILI or AYAM GORENG.
since MyDaddi kena makan dengan kuah, i masakkan AYAM MASAK KICAP.
kiddos pun suka kicap2 ni.
i buat simple je. 
not a complicated one.



TUMISAN ni Chef CiJu yang buat. 



i tak de IKAN KERING BULU tu. 
yang ada had ni je. 
ok lah tu. Janji ada IKAN KERING. 
goreng siap2.
Bahan2 yang atas ni, sediakan di rumah. 


Hubby ke Bazaar Ramadan, i pesan MEE GORENG.
Heee..heee.. Nasi Ambeng Derhaka namanya.
tak kuasa lah i nak menggoreng mee. 
tak banyak yang nak digunakan pun. 

so i pesan 4 bungkus. 
tapi banyak sungguh portionsnya.
ingat petang ni, kira alter2 lah cam ne. 



ini Hubby kata beli.
so dia belikan for my Nasi Ambeng.
katanya ini kalau kat kampung Hubby, Nasi Ambeng Orang Kaya. 
dia lak nak beli sebab MyMommi suka makan.



ok bahan semua dah lengkap. 
dah boleh nak atur. 
i tak lah pakai talam.
kami hanya bertujuh semalam.
Abang Luqman met his friends semalam.
so i just decided to serve atas pinggan setiap orang. 
jom serve..


ehhh.. tak de NASI tak leh nak serve Nasi Ambeng kann.
ini i pakai Brasmathi. 
coz MyDaddi is a diabetic patient. 
jadi semua orang makan nasi ni kecuali MyHubby and MyMommi.
so for both of them i served with nasi beras wangi.


seeee..
tak de daun pisang, tak best kann.
i buat cam atas ni.
ada banyak ada sikit. 

for men, i buat big portion.
for women, i served half je.
(i dah lama tak makan nasi. malam tadi i makan buat kali keduanya.)


tadaaaaa
Amacam?
Ok tak?


i served siap2 for them.


tambahan dishes i served dalam mangkuk.
tapi bila dah pekena My Nasi Amabeng, depa kurang sentuh pun.
memang full lah semalam. 
i bangun pagi tadi for sahor pun sendawa Nasi Ambeng. 
really full lah..


for 7 of us. 




ALHAMDULILLAH BARAKALLAHH.
i m so happy.
i did it. 
semua puas hati sebab i paksa depa kata sedap. heeeeeee

Thursday, June 23, 2016

Tab Tim Krob or Red Ruby Dessert by me.


bulan puasa ni i macam masuk hantu sikit. 
asyik teringin nak buat dessert. 
i sememangnya dessert lover. 
jadi kalau nampak kat mana2 pasal dessert, sure i akan usha lebih sikit.
kalau dessert yang complicated tu i serahkan je kat Chef CiJu. 

this time i teringin nak buat Tab Tim Krob. 
first time dengar. 
or Red Ruby. 
ini biasa i dengar. 

how to make it.  
jom i share cara nak buatnya. 
easy lah.. 
cewahhh.


i bought water chestnut kat Giant.
beli sejumput tu. 
kupas bagai nak rak. 
ALHAMDULILAH isinya baik2 je. 
just adalah 2 bijik kot yang rosak.


i cut it into dice. 
u all boleh lah buat besar2 ke or kecik2. 
terpulang. 
i yang sedang2 saja maaa..


then semua water chestnut ni i curahkan sikit pewarna merah. make it sesudulah.
kalau suka merah pekat, buh lagi.
dan kocoklah dalam  bekas plastic  bertutup. 
kocok habis2an.
sampai merata warna untuk kesemuanya. 


tepung ubi dalam dua cawan i masukkan juga ke dalam bekas plastic yang baru. 


then i tuangkan color coated water chestnut ke dalam tepung dan tutupkan bekas tu.
kocok lagi sehingga merata. 


begini lah keadaanya. 
mana2 yang nampak bergumpal tu, leraikan pakai jari.
jangan takut dengan warna dia. 
tak akan melekat di jari. 


kemudian tapiskan untuk mengasingkannya dari lebihan tepung.


ini hasilnya.
those yang suka salutan tepung ubi tu tebal, boleh renjis2 water chestnut tu dengan air dan kemudian masukkan lagi ke dalam tepung ubi yang baru.


meanwhile sediakan air sejuk dan berais. 


panaskan air 


masukkan water chestnut yang bersalut tepung ubi tadi. 



pastikan betul2 masak.
biji delima tu akan float up. 


then angkat dari didihan air tu.


kemudian masukkan ke dalam bekas yang berisi air berais. 
biarkan buat seketika. 
sambil kacau2. 
jangan bergentil. 


dan ini lah hasilnya. 
not bad to me as the first timer kan. 
yang kelihatan putih2 tu sebab salutan tak merata..
or  maybe dengan coated kali ke dua, hal macam ni tidak akan terjadi. 
but i feel so satisfied. 
Menjadi red ruby i ni. 

bila dah tersedia red ruby, of coz nak buat Tab Tim Krob. 
how to make it?


first, i panaskan santan beserta sedikit garam. 
then sejukkan. tak perlu didih sungguh2. 
i guna santan yang ada muka Chef Wan Ismail tu. 
sedap dan tak berbau.

ok. now tengok bahan yang perlu ada untuk Tab Tim Krob ni. 


i ada buah kabung or kolang kaling.


nangka i hiris panjang2. 


ini lah bahan utama. 
actually kolang kaling tu optional. 
i suka dan stock pun ada. 
so i pakai.


masukkan dessert bowl with ice cube. 
then i masukkan buah kabung. 
banyak mana, jangan risau.  buh je. 


then masukkan hirisan nangka. 


dan masukkan bahan terakhir. 


i prepared siap2 cam ni dalam fridge. 
bila nak makan, i masukkan santan yang dimasak tadi dalam 3 sudu besar. 
or maybe lebih. 
terpulang. 
then i masukkan rose syrup ikut kesesuaian tekak memasing. 
rose syrup ni kena manis betul lah. 
sebab tak santan tadi tu lemak je. 
but some i rasa dalam santan tu dah boleh jugak diletakkan gula pasir sikit. 


and tadaaaaa.


dap eh..dap ehh. i suka sebab nangka. 
then makan sejuk2.. 
walla weiiii.... 
nice for your iftar dessert
okk. nanti cuba ye. 
interesting. 

cliks..cliks