cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Tuesday, May 20, 2014

Incredible India (2) - Jaipur tour

Story on 6 April, 2014 - Monday
Jaipur Tour


Today our second day in India.. planned this morning kitarang akan ke Jaipur.. so di Jaipur we just spent one day then direct to Agra.. Nak jimat masa punya pasai. So pepagi lagi kami dah ready to checked out the hotel. kena hangkut segala luggage sebab nak stayed over nite di Agra. 


tidur just 5  hours kalau tak silap.. dapat kejap je stay kat bilik tu.


even too early this hotel tetap served kan our breakfast. i m not sure kalau kat Malaysia.. kau bangun pepagi sangat, jangan harap lah kot. lagipun tak pernah buat kalau kat Malaysia. 


simple breakfast.. tapi memang banyak.. masala chai and masal omelet.. roti pun punyalah banyak..siap berbekal lagi.. 


malam tadi tu tiba tak sempat nak jengah cam ne dan di mana hotel kami ni. lepak sangat badan. lagi pun dah malam sangat. 


di lorong - lorong ni je.. dekat Karol Barg. outskirt sikit lah. tapi hotel tetap selesa sangat. 


menuju ke highway and terus ke Jaipur. cuaca memang cantik. cemerlang gemilang gitu. panass..


sebelum masuk state lain di India ni kena lah bayar tax..then kami terus kan perjalanan menujukan Jaipur. 


tengok lah ni ye.. 



pemandangan sepanjang jalan. pengangkutan seperti atas ni memang lumrah bagi mereka.. menarik pulak bila ditengok balik.heee.. dan di jalan kami macam dalam zoo pulak. apa tak nya.. kami jumpa....


anak lombu..


lombu - lombu.. bukan yang 3 ni tau. heee.. tu yang kat tepi tu..


unta jugak kami jumpa kat jalan besar ni..


ini paling best.. jumpa gajah.. memang best lah. experience jalanraya di India..macam - macam warna.. dalam kereta kami terjerit - jerit lah tengok karenah masyarakat di sini. 


dan lagi best.. kami jumpa kambing naik bas. heeee. ada ke disumbatnya kambing kat belakang bus ni. zholim sungguh. heeeee  ketawa bagai nak rak kami dalam kereta. 


masa jauh lagi nak sampai.. matahari memang cemerlang gemilang..


then after about 3 1/2 hours, kami sampai di Jaipur..lega punggung.. 


ini lah rombongan cik kiah ke India.. 


akhirnya... best sangat bila memandang seluruh kawasan.. takjub dengan keindahan ciptaan ALLAH ini..takjud kesan tinggalan sejarah. Mughal.. tentang sejarah ni malas i nak cerita.. google je lah ye.. i just na share apa yang kami nampak dan apa yang kami alami.. catatan sejarah banyak di internet. (gaya orang malas.. hee). Kami ke Amber Fort. 


kami naik sampai ke parking area. ramai betul manusia kat sini.. semuanya yang kelihatan memang pelancong tempatan.. orang dari luar tu agak kurang. mat saleh pun tak lah ramai mana. Memang rakyat depa ni je pun dah cukup dah untuk tourism depa ni.


oooo baru lah kami tau sebenar - benarnya kenapa ramai sangat di sini. rupa - rupanya ada perayaan keagamaan bagi masyarakat hindu.  mereka beratur panjang.. sangat panjang lah.. tanpa pakai kasut lagi panas - panas tu.. muka kitarang masa kat sini pun nak macam nak meletup. ini tak pakai kasut u.. 


we all nak kena naik tangga tu.. aduiii. suspend i .. ye lahh. tinggi tu.. tapi ALHAMDULILAH, the tour guide tu boleh tolong i.. kena jalan pelan - pelan. dan akhirnya sampailah i di atas tu.. 


nampak dari atas ni adalah Amber Village.


once naik, MASYALLAHHHH.. cantiknyaa.. sambil memandang ke bawah.. indahnya..Sebenarnya nak naik ke atas ni kita boleh nai gajah. tapi hari ni gajah rehat. ada perayaan tadi tu lah..



picca - picca is very important.. kalau tak, tak meriah blog i. heee


cantik lah .....ini Moatha Lake.





tepek sikit kat sini lah yee. 



sukalah si Amjad ni bila i kata dia dengan all his wives. heeee.. gatai.. 



marble stone.. 

masa diterangkan benda - benda ni semua, masa ni i dah agak dehydrated. macam nak pitam.. panas sungguh. tak ada angin langsung. dan orang agak ramai.. ALHAMDULILAH Ayang offered mineral water dia.. then lepas tu terasa macam angin berhembus lembut sikit. baru lah i ok. kalau tak... mau depa kena jaga i pitam.. ada pulak si Amjad tu kata sebab i berselubung dengan shawl tu.. eeeee... memang nak kena tampal mulut dia tu. tak de kena mengenanya hijab yang i pakai tu.. tak sesuaiii..ooo baru i ingat sikit - sikit.. i rasa this area ni dipanggil winter palace kot.. why winter palace.. i memang dah tak hengat dah kenapa.. tak pe lah.. i share gambar je lahh.. 


sambil minum, sambil i pandang depa ni. langsung i tekan punat camera. suka lah depa.. 


then kami beralih ke area lain. terus si Amjad tu tunjukkan benda ni.. and asked me.. guess apa benda ni.. i kata pangkin.. actually ini lah katil raja.. then si Amjad tanya lagi kenapa katil dia jadi cam tu.. jawapan pasti sebab dah lama kan.. Amjad mengiyakan.. katanya tu salah satu jawapannya.. tapi ada jawapan special..Raja ni isteri je ada 14 orang.. apa tah lagi gundik - gundik dia.. itu pasai lah katil tu jadi gitu. heeeeee...ganaz lahhh..


disebabkan ciri - ciri unique yang ada pada orang - orang Mughal ni kan maka terlahirlah diseni Kamasutra.. dan dinyatakan atas dinding palace ini.. mana yang faham, faham lah ye. mana yang tak tu, diam - diam je lah. hii..hii (ketawa nakal ni).. 


then picca - picca..  model of the pillars. 



ini pulak Summer Palace dia.. yang tengah tu macam salur air. then bila musim panas, air yang mengalir di sini lah yang akan membuatkan palace ini menjadi sejuk...


summer palace dari jauh.


sebelum melangkah keluar, kami singgah di satu store ni. nak cari ole - ole.. banyak lah i melabur kat sini.. 


kami tinggal kan Amber Fort dengan seribu satu rasa dan perasaan..Masa meninggalkan Amber Fort ni perut memasing dah keroncong.. nak kena pegi makan nampak gayanya.. 


tapi kami singgah dulu di Water Palace.. dari jauh je lah kami tengok.. kawasan palaca ni hanya dibuk'a in Summer. so tak merasakan gitu ye..


tak lama kami di Water Palace.. terus nak cari makan dan kami dibawa ke sini. makan dalam ac.. kalau tak mau terbang kepala ni.. sakit punya lah.. kan panas kat luar tu.. ini bukan case puteri lilin ke hape ke.. tapi memang kaw - kaw panas. nak larik cari tempat sejuk je.. and ALHAMDULILAH.. kami masuk ke resto yang berhawa dingin.. lega..kami ke Durj.. 


bahagia ye nak makan semuanya... then terus kami ordered..





sedapnya lahhh... nak tanya balik apa nama all the dishes, i surrendered lah. tak hengat.. punyalah sedap..heeee


memula ordered Mango Lassi. tapi tak sama Syed Resto lahh.. then i ordered Ice Coffee with Vanilla Ice Cream.. kelas makkk..


sedap punya pasai, i panggil chef dia mai jumpa kitarang. kalut lah Mamat Ram ni.. ingat Mak Bedah nak complaint. muka dia memang muka suspend.. 
"Are u the Chef?", tanya i.. 
"Yes, Maam", jawab dia.. 
"What is yr name?", 
"Ram, Maam".... 
muka memang suspend.. then the  rest tu, senyum - senyum sambil kikk..kikk.. pelan - pelan. 
Then i cakap,
" all your food are great'...
"oooo thanks Maam".. 
terus senyum melebar..
tangkap gambo lagi.. heee.. dajai kat orang i ni.. 


then kami pekena ini sebelum balik..




suka lah pulak tengok budak ni bergelek.. 


then kami pergi shoppingggg.. cari macam - macam. kat luar tu ada tunjukkan cara - cara buat apa tah.. dah ilang focus dah... tak sabo nak masuk dalam tu.. 


i sambar ni.. boleh lah melaram raya nanti. heee. buat abaya.. 


amboiii Chef CiJu.. kemain lagi.. shopping sakan.


sebelum balik, sambar ni lah pulak. heee.. saje je kan. suka - suka beb. 


kami terus ke Pink City.. memang nak sangat ke sini.. tak dapat lama, kejap pun tak pe lah.. at first ada ke Amjad kata we go there for few minutes,, tangkap gambo sikit - sikit..ada ke mak bedah nak tangkap gambo sikit- sikit. rugi camera wa tau.. mahai - mahai bawak ke India, sikit gambo je yang boleh.. heee.. tapi  macamana tah, bila lepas kan dari kereta tu, memasing macam orang gilo. hee..hee.. 



kami ke Hawa Mahal.. cantik tempat ni. terletak di kawasan Pink City.. hingar bingar bandar ni memang unique. asyiklah kami tangkap gambar sana sini.. keseronokan.. si driver Ramazan asyik pandang - pandang saje. heee.. tak peduli dah nak naik kereta. heee..terus kami requested dari Amjad nak shopping sikit - sikit.. ole - ole...


kami dibawak Amjad ke kedai uncle dia.. apa lagi lah.. satu kedai tu kami conquered...puas hati semua....setelah semuanya selesai, kami pun berangkat ke Agra. tapi sebelum itu kami harus singgah di office tour ini. A-1 Tours. nak jumpa Javed, the owner of the agency. .


Ini lah Mr Amjad.bagus bebeno orang nya. ingatkan orang tua, rupa - rupanya budak muda lagi.. sangat bagus. nanti i recommend ye..


Bagus jugak kami dapat singgah di sini. those yang bersolah, dapat lah solat di office Javed.. syukurullah..


ok lahh. kami sambung perjalanan menuju ke Agra.. jam dah nak dekat pukul 7.00pm.. 


perjalanan ke Agra agak lama.. almost 5 hours.. punyalah letih sangat badan. sepanjang perjalanan hati i kecut gak. ye lah.. jalan malam di tempat orang pulak. di India pulak. heee.. berhenti isi minyak pun kecut perut i bila mata - mata orang di petrol pam tu pandang - pandang. serem.. tiap minutes i bertanya dengan Ramazan tu, berapa lama lagi, berapa lama lagi. haru.. dan akhirnya sampai lah kami di hotel di Agra. almost jam 12 tengahmalam. dah tak boleh nak buat apa - apa dah. tapi hati i senang sangat bila dah sampai.. lega.. ok lahh. nanti i sambung cerita Agra. nak cerita tengah kesan cinta si Jahan buat Mumtaz.. Indahnyaaa.. okk daaaa..

14 comments:

  1. wah mmg meanriklah kat sini.. tq share cerita & pic2 yer

    ReplyDelete
  2. bestnya lah, bila la plan nak ke India akan menjadi kenyataan..travel partner semuanya bila sebut India je terus senyap bunyi cengkerik (takut sngt dgn tahap kebersihan dkt sana). haruslah suruh sorg2 baca blog kak yan nih! hehehe(semoga hasutan menjadi kenyataan)

    ReplyDelete
  3. best nya baca!! rasa macam pegi sekali...

    ReplyDelete
  4. Wah Amber Fort ......masa akak dulu naik elephant ride up to Amber Fort. Best sgt tp ngerikn . Cantik kn Amber Fort ni n sgt luas. Puas hati jln d sini.

    ReplyDelete
  5. Askm. Akak.. Bab saree yg paling nai tak tahan godaan tu....!!! Owh no...!!

    ReplyDelete
  6. teringat naik gajah kat amber fort tu dulu, siap la gajah tu berhenti kencing masa naik bukit!mencurah2 air dia!pastu senget2 la ktorg kat atas tu...memang mencuakkan!hahaha tp mmg pengalaman manis laaa naik gajah tu...1st time la katakan...hehehe

    ReplyDelete
  7. Rakyat dorang ni, asal kita hala kamera je.. sure dorang senyum.. meme sporting abis hehe.

    ReplyDelete
  8. yan..saya dok baca those yang exempted dri bayar tol tu..yg best tang bawah tu, yang dapat award pun tol free..

    ReplyDelete
  9. teringin nak tengok keretapi yg sarat dengan penumpang sampai atas bumbung.. jumpa tak?

    ReplyDelete
  10. pemandangan kt sana lbh kurang mcm kt indon ye kak, sana sini penuh org... lembu kambin ada atas jalan...
    tp bangunan lama diaorg cantik sgt, hasil seni bangunan kt sana mmg lawo.... tp tang istana tuh mcm tak terjaga ke camne.... syg betul

    akak kalu tayang mkn2 msti terliur... nampak sedap sesangat

    ReplyDelete
  11. Salam Yan......macam tak bernafas mck tengok gambar2 ni, they are totally the opposite from what i imagined India....ampun la india, i underestimate you :))

    Mck nak 'ulangkaji' yanjounal ni...will take sometime, insyallah

    ReplyDelete
  12. Cantiknye....makanan dia pown nampak sangat sedap...

    ReplyDelete
  13. assalam kak yan, lama tak mai sini. smakin kencangggggg travel skrg ni.. take care :)

    ReplyDelete

cliks..cliks