cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Sunday, January 5, 2014

Kari Kepala Ikan Restoren Cina - E & O Restoren

 Story on December 28, 2013 - Saturday.


Activity yang dibuat di minggu terakhir 2013. Sebenarnya pada kurang lebih pukul 11.00am i dah buat appointment dengan my therapist di SS2. nak urut tangan yang macam terseliuh ni. ini kali ke dua dah pergi tapi masih tak baik - baik lagi.. sampai saat ini. ingat nak kena ulang lagi lahh. tak boleh angkat tangan dah ni.. 

lepas nya dari sana tu ingat nak picked up My Mommy. but then  tak jadi. maka cancelled lah plan tadi tu. ingat nak terus balik. tapi Hubby kata better we lunch before balik rumah. berdua je tu. dah lama tak lating dengan Hubby.. Hubby kata dia nak bawak i makan kat satu resto ni. Resto Cina. eeee... i tak suka tau.. dia convinced kan i yang di resto HALAL.. tak ada juai arak bagai even kedai cina.. 

maka setelah menempuh segala traffic kat KL ni, i terus dibawa ke  Taman Wahyu, Jalan Ipoh. tiba kat sini kiranya tepat jam 1.30PM. memang kalau ikut kan hati perut i lapar lah. tapi kan sebab Hubby kata itu resto cina, perut i rasa penuh.. nk buat cam nye..ikut kan je lah. tak kan lah Hubby ni tak tau kedai tu boleh makan or tidak. 


tiba je area ni, aduiii.. tak sukanya hati i dah berharap Hubby ajak pegi tempat lain ke, or kedai tutup ke, or Hubby tak ingat kat mana. eeee..pulak tu nampak dari jauh, papan tanda Calsberg tu. lagi lah gusar i... 


tapi dapat gak dia mencarinya.. kedai nya memang agak jauh dari main road. ada di kawasan perumahan. 


masa memula tiba tu memang ramai orang. truck askar punya lah banyak. masuk je ke dalam kedai, i noticed memang hampir 99% adalah orang Melayu. i perhatikan memang tak ada botol 'tuak'. nampak tanda HALAL.. papan tanda Calsberg tu kedai sebelah. dan i perhatikan pekerjanya kebanyakannya Indonesia dan bertudung. (tapi kengkadang bukti seperti ini tak boleh mengatakan kedai itu halal atau tidak. betul kan).


tapi bila dah masuk, hati i agak yakin. kedai ni boleh lah i makan.. nampak gak 3 4 orang pak aji tengah sedap meratah kari kepala ikan tu. . ok lahhh.. tenang sikit rasa hati. 


resto ni memang dah agak lama diusahakan.. kira ini dah generasi kedua kot.. pasal yang ada di cashier tu agak muda tokey nya.. 


kalau nak cari, ini lah alamatnya. ada nombor telepon lagi..


nak bagi tau gak operation time dia. ok lahh.. kita tengok apa yang special sangat dengan kari kat sini.. 


first of all ini lah dia. Kari Kepala Ikan. This is the smallest portion. tapi bila tengak macam tak sanggup i nak makan. banyak betul.


Hubby tambah lauk ni pulak.. suka i. isi udang yagn bersalut tepung. sedap weii. nama apa tak ingat dah.. 


sesaja je dia.. pegi diambik lagi Ikan Goreng Tenggiri. 


i pulak bila ditanya - tanya nak apa lagi, dan punya lah pandai waiter tu memujuk, akhirnya i setuju ambik sekor kari udang rimau. 


tak kan nak makan kari je kan, soo Hubby amik sayur pulak. suka i sayur ni.. Kobis tu dikukus, then terus letak kicap atas, dan ditabur keropok bawang putih. ( tak tau nak terangkan macamana).


Hubby tak lupa mintak sambal ni.. nak pedaslah kononkan. tapi masa makan i rasa dah tak perrlu makan sambal dia. 


dan ini.. bila nampak papadom ni i dapat rasa macam makan kat resto india/mamak pulak..


Amik air kelapa..


aduii.. punyalah banyak food yang Hubby order, i memang tak larat nak habiskan.. kari ikan tu sebenarnya boleh makan for 4 persons, but since itu lah yang the smallest, nak tak nak amik je lah kann..then Hubby jelah yang menghabiskan kari kepala ikan tu. i memang tak lalu dah.. 


i nak u all perhatikan receipt ni betul - betul. Ini kami makan berdua. kalau ramai kalu, mak aiii.. beratus for sure.. dan makannya kurang lebih macam makan kat kedai makan lain je.. Hubby kata sedap kari dia. pada i, kurang lebih je lah.. I bagi 3 bintang dari 5 bintang. paling tak tahan tengok rege udang tu. i makan sebelah je udang tu, jadi berapa rege untuk sebelah udang tu.. aduiiii.. tak pe lah. kata Hubby sesekali je.. then i jawab dalam hati, ni je lah sekali i makan. hee.. apa - apa pun barang siapa yang teringin nak makan kat sini, i dah bagi panduan. selamat mencuba.. 

28 comments:

  1. kak.. sma la kita tak lalu nk mkn kedai cina... ;')

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lahh. akak mmg particular. tapi bila dah disahkan tu baru akak makan.. INSYALLAH halal.

      Delete
  2. haa ni kira makan beso dah nii..
    udang dia mak aii mahal ke beno..uiss mau pingsannn akak hehe..:D
    anyway salam kunjung balas then kenal sekali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hubby kata sellaunya dia tak pernah order udang. akak je yg mengodernya. mana lah akak tau rege dia sampai cam tu.. nak wat cam ne kkan. heee..

      Delete
  3. Waduh..harga udang tu mmg tak tahan...mahal sgt...ciput je RM42.00..kalau RM145++ utk 2 org makan..rasanya JM tak masuk kot kedai ni hahaah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak layan je lah kann.. org nak belanja. heee..

      Delete
  4. Yummy....tpi harga bleh tahan mahal....udang tu xde byk pown...hmmm...klu rietta jd akk pown, rietta was was nk msuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rieta.. udang tu sekor je pun. akak at frist lah. but bila dah pastikan, ok lahh..

      Delete
  5. amboi mahalnya ....tu br 2 org mkn ...huhu

    ReplyDelete
  6. wow, the udang's price really catch lots of attention...

    ReplyDelete
  7. Rindu sangat makan dekat kedai dan order je kat malaysia. Kami kene masak sendiri kalau nak makan gini ^^

    ReplyDelete
  8. tak pe.. tunggu je nanti.. nnt makan itu hati yee..hee

    ReplyDelete
  9. Kak Yan, Ella pun rasa OK-OK je makanan kat sini. Sbb 'choice' tak banyak sangat. Akak try Restoran Kari Kepala Ikan SG kat Sri Gombak. Pilihan lagi banyak kak. Macam-macam sayur ada. Kat E&O ni sayur dia dua jenis je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala Ella, akak rasa takat curry pala ikan ni kedai mamak berlambak. heee.. cuba je lah. yg akak rasa ari tu. masam sikit. not my choice lah.. tapi memang hubby suka curry. tu pasai dia ajak ke sini.

      Delete
  10. saya kalau lalu depan kedai makan cayanunalif pun dah kembang tekak rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..hee.. ALHAMDULILAH yang ni tak lah pulak.. boleh try lah.. tapi basically indian food lah. just owner je Chinese.

      Delete
  11. Seriussssssssss bila tgk akak buat review...umi Qi rasa nak pi jek try mkn situ sbb dekat je ngan opis...jln ipoh kan....tp alamak harga dia mahal juga ye....adehhh amik satu udang besar pun harga lg mahai dari kepala ikan...huwaaaaaaaaaa....lepas nih kalo nk order mmg kena tanya harga dulu nih kan kak....akak mekasih tau...mmuahhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeee.. yg penting kepala ikan kari tu.. tak payah lah amik udang besau tu. kat memana pun mmg mahai. gi lah try..

      Delete
  12. Boleh makan untuk 4 orang kan kak. Minus the udang, ada lauk kari dan lain2...dengan harga nie untuk 4 orang, ok kot. Mahal lah untuk restoran biasa, tapi kalau nak open table sekali sekala.. apa salahnya.

    ReplyDelete
  13. Owh...pitam jap tgk harga udang..sekor aje kan kak? Tapi xper..sekali sekala try.Tak try tak tahu plak kan..:)

    ReplyDelete
  14. hanya udang bersalut tepung tu menawan hati..hehehe

    ReplyDelete
  15. Saya pun tak lalulah kak nak makan kat kedai macam ni. Kira akak baik jugalah ikut kata suami. Kalau saya ni mesti dah masam mencuka, dahnya suami tak prihatin apa yang kita tak suka :)

    Seekor udang RM42, kalau akak tahu harganya agak-agak akak kasi licin tak itu lauk udang sekor tu? Hehehe....

    ReplyDelete
  16. salam kakyan
    sy penah dtg makan di sini dlm 10 thn yg lalu
    mkn dgn satu dept, tu pun org belanja hihi

    ReplyDelete
  17. Die accept credit card tak? Nak bawak client makan sini

    ReplyDelete

cliks..cliks