cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Sunday, October 9, 2011

Caramel Cake

Jom kita buat Caramel Cake. Recently Chef CiJu tengah kemaruk buat cake ni.. Sedap gak rasanya. Ada rupa ada rasa. MASYALLAH.. Jom kita buat..




A. Bahan lapisan gula hangus/caramel.
3 sudu besar gula castor

Cara nak buat caramel
1. masukkan gula castor ke dalam loyang pembakar.
2. kemudian dibakar atas api sehingga menjadi caramel.
3. Ratakan caramel tersebut.
4. dan dibiarkan sejuk sehingga akan menjadi retak. (jangan bimbang).

B. Bahan untuk pudding
6 biji telur kuning
120 gm castor sugar
1 tin susu cair
1 st vanilla essence.

Cara nak buat pudding.
1. Kacaukan gula dengan susu cair sampai larut.
2. Masukkan telur sambil dikacau.
3. Jangan lupa tambah vanilla essence.
4. Tapis kan adunan ini dan terus masukkan ke dalam loyang yang bergula hangus. Faham kan..




C. Bahan untuk cake
3 biji kuning telur
45 ml melted butter
135ml plain water
70gm castor sugar
140gm tepung gandum

Cara nak buat cake
1. Kesemua bahan di atas kecuali gula, tepung dan baking powder dipukul bersama sampai putih.
2. Kemudian baru masukkan gula castor.
3. Pukul sampai adunan naik sekali ganda.
4. Kemudian masukkan tepung dan baking powder. Kaup balik saja.

D. Bahan untuk meringue yang dicampur ke dalam adunan cake
6 biji putih telur
70gm gula castor
1 st cream of tar tar

Cara nak buat meringue
1. Pukul putih telur sampai berbuih.
2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
3. Guna high speed.
4. Cuba terbalikkan. Kalau tak tumpah, kira dah ok lah tu.
5. Mula - mula masukkan 1/3 adunan ini ke dalam adunan cake dahulu.
6. Kemudian masukkan yang selebihnya.
7. Setelah sebati, bahagikan adunan cake dan meringue ke 3 bahagian.
8. Adunan pertama masukkan 1/2 sudu makan strawberry paste.
9. Lagi dua tu ikut lah suka hati anda.
10. Kemudian masukkan adunan berselang seli ke dalam puding caramel.
11. Bakar menggunakan kaedah steam bath.
12. Panas kan oven 170 C.
13. Kemudian masukkan cake dan tukar suhu kepada 160 C.
14. Guna api bawah saja.
15. Bakar selama 1 jam.
16.Setelah cake masak, biarkan saja dalam oven dahulu. Biarkan adunan sehingga menrenggang.
17. Keluar kan dan sejukkan baru keluar kan dari loyang.


Keadah steam bath
1. Tuang air panas ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang cake.
2. Letakkan loyang cake dan bakar.

The texture is so soft..Rasa macam kapas. Selamat mencuba ye..

22 comments:

  1. cantik tekstur kek tu..teringat pulak masa sue kecik2 dulu..kalau time bezday sue, mesti sue suruh mak sue buat kek yang sue panggil Kek Warna-warni sebab warna kek tu bila dah potong, sebiji macam kek yg akak buat tu.. :)

    ReplyDelete
  2. nampak menarik, mesti sedap ni, kena cubalah lepas ni

    ReplyDelete
  3. Macam best jer... tapi, tengok cara-cara dia cam banyaknya proses :p.

    Hati tu teringin jer nak cuba buat macam-macam jenis kek.. tapi, nak buat yang sesimple mungkin... kekekeke...

    ReplyDelete
  4. tengok rupa yang cantek dan menarik tu, mesti sesedap rupa dia...

    ReplyDelete
  5. menariknya kek ni...tentu sedap...Teringin jugak nak cuba, tapi mcm susah jer....

    ReplyDelete
  6. "dah penah buat sekali,tapi silap kt mana ntah...tak jadi lak....sampai skrg takut nak buat lagi..."

    ReplyDelete
  7. susahnya nak buat kalau org cam k.ani ni....tp kek nmpk sgt menarik! Ada jual kat kedai Yan x nanti boleh gi try kat sana!

    ReplyDelete
  8. Anak kakcik dah berapa kali minta kakcik butkan kek ni, tapi tak buat-buat lagi!

    ReplyDelete
  9. dh buat pun, mmg best, kek ni gebu gebas

    ReplyDelete
  10. sedap dan sya kalau nak makan kek ni tak berani nak buat sendiri lagi, tp berani tempah je pada penjuanya.. ;p

    ReplyDelete
  11. Betul tu Sue..

    Mak2 kita dulu mmg suka buat cake cam tu.. Marbel cake lah kot.

    ReplyDelete
  12. Mamasyaza,

    memang sedap. Soft sangat.

    ReplyDelete
  13. Leily,

    jom malam ni nak masak lagi ni..jommm

    ReplyDelete
  14. Senang je ni Aini. Kena cuba. Cuma nampak je susah..

    ReplyDelete
  15. MP,

    tak cuba lagi mana tau susah..

    ReplyDelete
  16. Pia,

    sampai takut tu.heee cuba lagi..

    ReplyDelete
  17. Syariza,

    memang gebus kann,sedap pun ye..

    ReplyDelete
  18. Kasihibu,


    bagi tau je bila nak dan berappa keping..hee

    ReplyDelete

cliks..cliks