cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Wednesday, November 24, 2010

Makanan Anak Ramai

Sehari dua ni Chef CiJu diberi kekuatan oleh anak - anak buah untuk mempelbagaikan menu untuk diarang. Kejap - kejap jelajah uncle google. Cari recipe menarik. Malam kelmarin pegi sekejap ke rumah Rose, tengok donut ( tak dapat nak ikut exactly pasal ada bahan yang tak ada). Siap je masak, eemmm..tak sempat dibuat breakfast.. licin...
Tak lah segebu macam Rose buat.. Tapi yang macam ni lah Hubby suka. Tapi Chef CiJu kata dia suka yang macam Big Apple punya. I lak, blasah je.. yang penting sedap...
Maghrib semalam, buat pulak Sausage Bread. Full of cheese. Pun tak sempat disimpan untuk orang belakang. Nasib baik dapat dicilok agak - agak dua keping untuk Hubby. Tau je lah, Hubby kalau balik pasti tercari - cari apa boleh dibuat kudapan tengah malam atau dini hari...
Makan panas - panas.. Licinnn
Malam ni pulak, memang khas untuk anak - anak ramai. Chef KoYa pulak buat Mini Chicken Burger.. Kata my Mommy, tu burger orang kedekut.. Heee.... sebenarnya khas untuk anak - anak ramai...
Mini Chicken Burger
Beginilah keadaan selera anak - anak sewaktu cuti sekolah.. Sebab itu uniform sekolah kena beli kira - kira seminggu lagi nak naik sekolah.. Kalau tak....Emmmmm...

14 comments:

  1. Wahhh cuti sekolah memang baget meja makan kena extra, kan?

    Samalah dgn Kak Azie pun. Asyik asyik beli beras. hahahaha

    ReplyDelete
  2. salam kakyan, saya suka donut Big Apple makan 6 ketul pun tak puas lagi.

    ReplyDelete
  3. Salam Azie,

    hee..sama lah kita. Peti ice punya stock kena penuh selalu..

    ReplyDelete
  4. Salam BSB,

    akak pun suka. kdg2 kalau nak p umah org buat buah tangan. lepas akak makan, macam nyesal lak.. kan manis...hee

    ReplyDelete
  5. Salam Yan...

    seronok anak2 bila ada orang boleh sediakan makanan ikut kesukaan mereka, kan? :)

    ReplyDelete
  6. Salam Kakcik,

    anak2 saya ni memang jenis pemakan.. Especially western food. SO, kena rajin google dan cari apa yg jadi favorite.

    ReplyDelete
  7. oooohhhhh...semuanya sedap2 dan memang feveret sayayg bukan kanak2 lagi ni..

    ReplyDelete
  8. Kak Yan... bestnya!!! rasa macam nak join bersama acara makan2 tu. hehe

    ReplyDelete
  9. ahahaa...
    boleh copy paste menu anak2 ramai kak yan ni...
    budak2 ni pun asek mencari makanan je kat umah
    ;)

    ReplyDelete
  10. salam kak yan.

    cuti nilah buat ati penat dan pening
    kejap2 gaduh..kejap2 terjerit..uhh cabaran

    ReplyDelete
  11. Salam Sue.

    nak makan jom mai umah..

    ReplyDelete
  12. Salam Cyana,

    selagi cuti sekolah selagi tu acara makan2 ada..hee..mai lah

    ReplyDelete
  13. Salam Suzi,

    hee..hee.. bebduak sedang membesar lah kan..

    ReplyDelete
  14. Salam Ati,

    hee..biasalah tu.. Version ibu tarzan lah kita..

    ReplyDelete

cliks..cliks