cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Tuesday, April 5, 2011

Domino's Pizza

Domino's Pizza

Bukan nak promote bagai nak gila. Tapi for those yang tak pernah makan or jarang makan, i suggest this pizza. Kitarang dah melanggan pizza ni almost 9 years since we moved to Shah Alam in early 2002. Then when we moved in to our new house in 2004, Pizza Hut tak buat home delivery to our housing area (ingat nak tukar selera lah). tapi, when we refer Domino's, diarang ada. Since then, Domino's in our heart. HOME DELIVERY. Petang ni sekali lagi kitarang ordered Domino's. We took combo deal. One for my kedai, and one for my home....

Ambik ni - large
Mintak ni for regular
this for my house
dan ini for kedai.
ada drink gak..
We ordered package No 4. Murah jeeee..
Jom layannnn.....

I really love this Banana Kaya Pizza.

Kitarang biasa sangat ambik set tambahan macam kat bawah ni.

Nanti ingat nak amik yang bawah ni..Nak cuba. Looks so tempting...
Jommmm makannn pizzaaaaa!!!!!Dial 1300-888-333

photos credit to uncle google.

Jumpa kawan baru..Nurkass

Pagi - pagi lagi (pagi tak pagi lah.. Almost at 10.00AM semalam), i received one phone call which the number i could not recognized. Not in my list. But i noticed that it from someone in Shah Alam. I angkat, sembang - sembang kejap, and we promised to have our first meet up...

Tapi sebelum tu Kak Timah i buat hal. Meragam tak leh start.. Takut tada transport, i promised to meet her kat Plaza Alam Sentral, but kami akan calling - caling (untuk confirm tpt). So, sebelum tu i met Mem Aji Sabar and Mem Sue at Plaza Masalam. We had our lunch there. I malas lah nak tunjuk apa yang i makan tadi.. Nanti kata, makannnnn je..heee....We ate at Famous Thai ,Plaza Masalam. Tup tap tup tap, almost at 15.30PM. Means that time to pick up 'Anak - anak Sidek'.

Sebelum i hantar depa ni balik, i teringat lak nak ke Cosway at Sect 7. Sabun basuh dah habis.. Ration for 3 months dah habis.. Bibik i kan 'rajin' membasuh hee..hee... So, while i did my shopping there, diarang makan petang di resto sebelah.. I memang suka membeli barangan cucian di Cosway. JIMAT.. i boleh save for 4 months at least.
Dari cuci pinggan, cuci jamban (hee..hee), cuci dapur, cuci lantai, cuci sayur...Semua i beli kat sini..
This is concentrated sabun basuh.. Harap2 dia tak tuang/pakai macam pakai sabun 'cap kapak' lah...Ajar lah dua puluh kali.. Cam tu gak...
Satu lagi i suka Cosway ni sebab nak sokong Enviroment lah kununnya...heee...Kan dulu bekas guru Kajian Tempatan.. So, nak selamat kan dunia lah kunun...Then almost at 18.00PM, i keluar rumah.. We decided to meet at SACC Mall sal i boleh bawak Abang Romeo. I memang tak dapat gambaran langsung gimana lah rupa blogger ni.. I... of course dia kenal.. Over exposed kan..heee...Akhirnya kami jumpa.. Seronok sangat. Kami macam orang dah kenal 20 tahun dulu..heee...Ini lah orang nya...
*
*
*
*
*
*
tadaaaaaaa.....

Ada yang kenal dan ada yang tak kan.. So... i kenalkan di sini..heeee...
NURKASS. ( yang pakai tudung pink tu).
Nurkass with her fren, Azian gak...(sweet girl, macam my cousin lak bila i telek2 rupa Azian)
Kami pun menyembang di The Teapot Deli . Apa ye kami makan.. Semua decided to take Roast Chicken.. Sambil makan, sambil depa dengar torak i.. heee..Eeemmm baru tau cam ne ye, Nurkass.. Tak berhenti sembang..
Roast Chicken - RM15.00
Hot Nescafe, my favorite - RM2.50
Tak cukup kat situ, kita sambung lagi sembang di depan lobby. Then photography session lah ye...Sebagai pendengar setia Nurkass dengar segala cerita i.. heee. Tapi one thing, we were happy.. Happy sangat.. Kami berjumpa pasal i nak tunai kan janji nak bagi FM kat dia.. Hope Nurkass happy.

INSYALLAH kita akan jumpa lagi.. Dekat je ..Satu Shah Alam.. Anytime je call, then kita meet up.. Thanks for spending your time with me. It was a great moment.. Ummm... this afternoon i also had a chance talking to Shaza thru phone. Ini pun pasal FM lah.. So, Shaza, akak tunggu your address je.. Dapat gak berchatting dengan Maya Amir yang sedang warded di Perdana Hospital. Hope get well soon. Berteman biar beribu - ribu... Musuh i tak mau..

Award Setetes EMBUN dari Made

Dua tiga hari ni rasanya kegembiraan berganda - ganda. Pasal apa agaknya ek??? Semuanya because of you, my dear frens. Dapat berjumpa, dapat bertelefon.. Dan hari ni dianugerahi award dari Made Budi dari Denpasar, Bali. Thanks a lots. I really appreciate. i sebenarnya dah tak ingat cam ne i boleh masuk ke blog Made. Apa - apa pun terima kasih ya.. Pasti tahun hadapan kita bisa ketemu apa Pak. Bisa ketemu isteri dan anaknya..

"Award Setetes EMBUN yang bermakna "Setetes komentar para sahabat merupakan permata dunia untuk kemajuan blog"
I lak nak bagi AWARD ni for those yang sering beri comments to my blog. semoga rajin2 lagi sambil mengeratkan silarturrahmi sesama kita.. This award goes to ( more then 10 persons pun boleh lah. or even more). Tapi bila dah dapat award ni, sila baca SYARAT2 nya di sini..

1. ainnoraini
2. kak kasihredha
3. kakcik
4. ibu intan
5. azlina
6. shaza
9. cik sue
10. BSB
12. Gina
13. Aini
14. Azian
15. Syariza
16. Ati
17. Zatil
19. Qasehraihan
21. Alin Mazlin
23. Dr Hanie
24. Wahida
26. Nani
27. Fadzli
28. Piasara

Sebenarnya ramai sangat lagi yang i nak tag kan.. Tp senang kata.. Semua followers i sila ambil award ni.. Mana nama yang talk tersenarai, ambik aje ye...

Monday, April 4, 2011

Tag dari Qaseh


Dapat tag dari Qaseh. TQ dear..

a) 5 nama samaran:
1. Yan (all frens)
2. Azi (close family)
3. Akak
4. Kak Long (certain orang je)
5. Tu je lah..

b) 5 tarikh penting:

1. My bufday on July 25.
2. Hubby and the boys punye bufday.
3. Wedding day.
4. Couple anniversary haa..haa...ini lebih ingat dari engagement day.
5. Close family members punya bufday.


c) 5 perkara yang saya buat semalam:

1. Settle kan all pinggan mangkuk yang nak disedekahkan kat orang
2. Tup - tup kena balik kampung sebab ada kematian. .
3. Belanja barang dapur (sayur di K Selangor).
4. Singgah umah SIL dan makan durian.
5. Tidur awal..


d) 5 perkara yang buat saya happy:

1. Shopping and window shopping walaupun tengah kering.
2. Tengok sinetron.
3. Travel walau pun just sekangkang kera je tpt tu..
4. Bagi tips pasal travel.
5. Kumpul among family, makan2 dan gossip2..hee


e) 5 sebab jawab soalan:

1. Qaseh tag i.
2. Dah lama tak dapat - so tq Qaseh.
3. Orang dan beri, tak boleh sombong tak terimalah kan..
4. Beramah mesra.
5. Satu lagi..kan dah penah jumpa Qaseh..(betul ke jawapannya ni)


f) 5 mangsa untuk di tag:

1. cthoney.
3. zatil

Siap dah homework.. Harap orang yang jadi mangsa ni sudi terima..Bila ada masa lah yee...

Sunday, April 3, 2011

Dine and Float at Antan Batura

Last friday nite, i telah berjanji - janji nak sembang - sembang dengan blogger Norazian (nama samalah pulak.Cuma tambah Nor je. Sekapal lak tu). Tup - tup Hubby dari office called dan ajak p makan kat luar. Tak kan kata tak nak kan.. So, kitarang pun layan lah dishes kat bawah ni.. Sedapppp...


Starter Hubby pesan French Fries and Garlic Bread.
Air yang i ordered, Tembikai Lychee dan Air Lychee tu Abang Luqman punya.
Nasi Ayam ni sebenarnya Abang Irfan yang ordered. Tapi bila tengok menu Abang Luqman lagi menyelerakan, dia kebas Abang Luqman punya.

Nasi Goreng Ayam.. Kenapa i makan nasi ek????

Siap ordered Soup Ekoq lagi..perrghhhh....

Spaghetti Seafood untuk Abang Luqman setelah Carbonara dia dikebas Abang Irfan.
Chicken Chop untuk Hubby.
Yang ni yang Abang Luqman dan Abang 'Imran ordered - Carbonara.
Memang menjadi kegemaran Abang 'Imran food yang ada cheese.
Emmm...sukanya dia..
Happy je muka bila tiba bab makan.
Abang Irfan suka garlic bread.
This place memang luas. Cantik gak tempatnya bersih. Nak tau di mana. Masih lagi di Shah Alam. Dekat dengan Tasik Shah Alam.. Orang Shah Alam mana tak tau, kat sini i nak war - warkan.. Last pegi in 2009 kot. Bila Kak Timah buat gathering..

*
*
*
*
*

Saja - saja nak manja - manja.. Dah semalam tak jumpa. Heee..

Lepas makan i berborak dengan Azian. Almost 1 hour plus.. Seronok...Azian nak pegi Bandung. So, kitarang borak pasal tips to Bandung.. She's so excited to go.. Happy holiday.. Nanti Nanas Bolen atau Durian Bolen 2 packs untuk akak ye. heee

Friday, April 1, 2011

Tips while you in Bali

Since ramai yang bertanya pasal Bali, i rasa nak buat sedikit N3 pasal trip to Bali. All berkenaan What, Where, When, Who, and How. I cerita serba sedikit pasal Bali. Maybe ada yang naik muntah darah kot bila i bukak topic ni.. But... i just wanna share some tips yang boleh membantu others while travelling in Bali. Maybe orang lain ada experiences or maybe lebih expert. But this is all about my travel in Bali...I dedicated this N3 untuk Hanie (yang baru balik dari Ho Chi Ming tu) dan Wahida, kalau tak silap Bro Rozali pun mentioned nak ke sini. (kalau salah sorry..Ehhh ke Jakarta..).

Ok.. i started travelling in Bali since 2000 after giving birth dan stayed kat sini..Champlung Sari Hotel, Ubud. Berdepan betul dengan Monkey Forest. Sesiapa yang suka binatang, boleh lah ke sini. I memang penakut. Tak pernah sekali ke sini..
Untuk pertama kali ke sini memang i was not really enjoyed pasal teringat kan baby (second one) yang ditinggalkan di kampung yang baru berusia 54 hari. Satu lagi , Abang Luqman demam panas.. So, memang not really enjoyed the moment.

Then in 2007, i and family went there and stayed at Tegal Sari Accommodation, Ubud. Since then i really fall in love with this hotel. Masa ni i hanya ada Nikon FM3 A manual. Maksudnya tak ada copy yang i boleh safe in my computer. Semua kena cuci lah...Ada dalam album. Tak kuasa nak scan lak.

I went to Bali again in 2008 for the third time. Kali ni agak ramai dengan fren and family. Ingat dapat tinggal di Tegal Sari Accommodation, tapi full. Sebelah je.. Sedih sangat. So, kitarang menginap di sini, Padi Prada, Ubud. Then Artini Cottage. ( i tak suka sangat with the furniture dan hotel ni bit old).
Having breakfast by the paddy field. Masa ni Abang Irfan berumur 3 year plus.
Walau the room really spacious, tapi i tak suka this hotel. It was not hygienic. Towel jemur atas rumput. First time gak i makan di Natrabu Restaurant (resto nasi padang) on the way to Ngurah Rai Airport. Masa tu kitarang dah nak balik.
Dalam tahun yang sama, boleh kan i mai lagi ke Bali and stayed at this hotel in August. But this time i datang with frens... Still tak dapat duduk kat my favorite room yang mengadap sawah padi.. and yet.. i still love the tilam and towel..haaa...(dalam link tu my N3 salah perkiraan.. sebenarnya yang the third visit.). Before moving to Ubud, we stayed in, Bakung Sari, Kuta. I took really budget hotel. Bilik..ok lah.. tapi dah namanya budgetkan. Just one nite.. Hotel ni pun agak jauh sikit dari town.

In 2009, i went here again with frens (kali ni lagi ramai). This time i explored some other places like Tanah Lot,

Pura Ulun Danu di Bedugul ( terdapat satu Masjid di atas bukit iaitu Masjid Al Hidayah) .Makan lak di Bebek Bengil Tepi Sawah ,
Sekali lagi i stayed at Superior Room in Tegal Sari Accommodation, Ubud. And dapat room yang best. Super Deluxe.

In 2010, i went there with my whole big family. All together ada 15 people. First day kami tiba we just stayed kat budget hotel di Prima Cottage, Sanur. Sebelum masuk hotel kami makan di Dapur Alam, Kuta. Nak cuba Nasi Bakar, pegi lah ke sini..
Di Dapur Alam.
Again, this time lagi banyak tempat kami pergi.. So, second day kami pergi ke Pura Ulun Danu, Jatiluweh, Tanah Lot, Kintamani untuk Tengok Mount Batur.
Mount Batur yang still active.
Agro Tourism for Kopi Luwak . Cafenya terdapat di lereng bukit. I wonder this place..
Banyak tangga untuk menuju ke gazebo untuk menikmati coffee.
Kami singgah makan di Beratan Restaurant yang terdapat di Saranam Eco Resort, Bedugul. INSYALLAH next year in Feb 2012, kitarang akan stay di Saranam Eco Resort. I suka sangat tempat ni.. One more, this resto serves halal food.

Kemudian untuk hari yang ke empat dan ke lima we had to move out dan checked in to new hotel. Kitarang ke Casa Ganesha, Ubud. I tak berapa suka stay kat this hotel. Staffs tak berapa ramah.. Sebelum kitarang balik, kitarang checked in di    T a n a y a   B e d   a n d   B r e a k f a s t,  L e g i a n  dan sebelum tu kitarang makan di Restoren Sederhana yang terdapat di Ngurah Rai Bypass. Suka sangat hotel ni.. bersih dan simple..I thought kitarang leh spent time dinner by the beach kat Jimbaran. Tapi tak sempat. Tapi kitarang tetap happy...

Ok lah... panjang kan N3.. tapi i nak bagi sikit lagi tips..

a. Ubud adalah tempat yang lebih lembab. So, kalau stay kat sini banyak benda yang u boleh lakukan.Kebanyakan hotel ada sawah padi. Syahdu dan luas mata memandang.
b. dekat dengan Ubud Market atau boleh gak pergi ke Sukawati Market. Dekat je..
b. dekat gak dengan Semar Kuning. Tempat painting yang paling murah dan bermutu.
c. Siapa yang minat bird, boleh pegi Bali Bird Park, Gianyir. I went here in 2007. Entrance fee kalau tak silap kurang lebih USD20, cam tu lah.
balibirdpark4
d. Tempat yang paling murah untuk shopping adalah Tanah Lot. Sambil nak tengok sunset kat sini, shopping dulu.. Cantikkk sangat kat sini.. Similar place adalah di Uluwatu. Banyak monyet. Di sini you leh tengok Kecak Dance. I ni mcm takut sikit. Dance ni jenis panggil2 spirit lah gitu. takut i sama menari nanti....heee...
e. Tempat makan for moslem memang banyak.. Cari je lah Restoren Minang. Tapi kalau dah hari - hari makan benda sama pun tak best gak kan.. You boleh cari di sekitar Kuta, ada resto Ayam Betutu, Ayam Plengkung, Madania Restaurant , Natrabu Restaurant, atau Restoren Sederhana. Paling - paling mudah, u boleh makan di KFC, Pizza Hut, McDonald. Diarang ada Sijil Halal MUIS. Or tengok link di sini.
f. Kalau u ada di area Kuta, u boleh shopping di Galleria (Duty Free Shop). Boleh ke shopping mall Matahari. Melambak Matahari ni di Indonesia.
e. Nak cari sovenir murah pergi ke Kampung Bali atau Krishna. And Krishna is the cheapest. Siap sediakan service packing lagi.
f. Antara Spa yang bagus dan yang murah. Bali Ratu dan Venezia di Ubud.
g.Cuba elakkan bulan Julai dan August onward. This is peak time. macet pun ye...
h.elakkan datang in 5 March sal Balinese merayakan 'Hari Nyepi'. Waktu ni semua orang termasuk tourists tak boleh langsung keluar dari rumah atau hotel..Depa puasa..No activity, no traffic at all on the road and no fire may be lit for 24 hours.
i. i tak suka stay area Nusa Dua, Sanur, Kuta, pasal di sini rame Bule ( mat salleh lah). rimas bijik mata..hee
j. k lah.. dah banyak tips i bagi, so i nak kenalkan my Moslem Indonesian frens yang dah banyak tolong kitarang waktu di Bali. Boleh contact dan INSYALLAH uall akan happy with them.
Dari kiri Hari, Yuyun, dan Iwan..
Selamat Bercuti....Hope ini dapat membantu..

cliks..cliks