cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Showing posts with label UAE. Show all posts
Showing posts with label UAE. Show all posts

Wednesday, November 26, 2025

Manana Afghanistan - At The Top of Burj Khalifa (2)




Berminat nak ke AFGHANISTAN?
join my next trip in this coming OCTOBER. 

DM 0169151027 for more info ye. 



Lepas selesai kami lunch/dinner (buat sekali) terus kami ke area Diera. 
nak tunggu naik Burj Khalifa kami buang2 la masa ke area ni.
Nak shopping ke all the souqs mcm tak mungkin. 
bila plan tu mcm semuanya sempat. 
tapi hakikatnya bila dah ada di sana, kena la ambik kira waktu2 yg terpaksa digunakan. 
kalau kita pegi sorang2 tu maybe la apa yg diplan tu semua dpt. 
itu pun tengok keadaan la kan. 

plan nak naik ke Burj Khalifa tu dalam pukul 10 mlm. 
kami ada banyak masa lagi la sebab our flight pun delay or we cud say retimed. 
besok kul 7.25am baru kami fly ke Kabul. 
So our driver pun hantar la kami ke area DIERA OLD SOUQ. 
tepi sungai tu. 


mula ingat nak lepak2 je. 
tapi asyik dok tengok boat kat tepi tu kejap2 berlabuh, macam teringin la pulak. 


kita lupa kan hasrat nak shopping kat situ. 
kalau ke sana la gamaknya missed Burj Khalifa. 


seronok pulak la kan. 
jomm. 
murah je. 
dalam berapa sen je gitu kot. 
abang luqman yang handle part ni. 


ready nak ke seberang. 



semua kami di sini. 


dibawak kami ke seberang. 
tak sampai 5 min pun.
tapi mmg seronok la kan. 


masjid yg kelihatan setelah kami sampai di sebelah sini. 
nak ronda2 pun kami takut tak sempat la pulak nanti. 
so patah balik la ke seberang sana. 
bus pun dtg pick kami dah. 


bila plan tgk google maps, wahhh!!
10 mins je.


but in reality tengok je la traffic di depan ni. 
yg 10 min makan 30 mins. 
so faham2 je la kan. 


sampai je Dubai Mall dah nampak dah. 
kami nak kena menapak menuju ke situ. 
jauh weiiii. 


jom masuk.
ke tempat2 cam ni kalau rushing mmg stress kita kan. 
tapi kalau tak rushing bakal tak dpt pegi la gamaknya. 
sebab timing kita tu tak banyak. 
kena sentiasa berlapang dada. 
terima segala kemungkinan sebab yg mengatur tu kita.
yg tentukan berjaya atau tidak tu ALLAH. 


masuk ke entrance di area ni kami terus ke tingkat 6. 


menapak dan menapak. 


keluar dari bangunan masuk bangunan. 


dah masuk ke area ni jom kita menuju ke lift. 
dah check ticket which we bought online. 
tranporter yg buatkan semua. 
bayar kat dia je. 


priority utk yg berwheelchair. 
terus je ke depan pintu ni. 


ada special lane utk disable (wheelchairs).
senang keje abang luqman.


laju je naik tu. 
berdesup. 
ada suara selingan cam kat delhi la pulak. 
hehe


bandar yang tak tidur la gitu. 


merenung masa depan yg cerah dan gemilang. 


memandang ke atas, gah memang.


both of us yg keletihan. 


muka dah toya betul. 
penat wei. 
ni nak kena tunggu besok pagi baru la fly ke Kabul. 


ALHAMDULILAH. 
i mmg tak terbayangkan pun dpt naik ke sini. 
kalau dulu dok fikir tak perlu la nak buang2 duit naik ke sini. 
Tapi weiiii, bila dah ada peluang, kenapa tidak kan. 

kalau dulu dok fikir takat dpt ambik gambar kat bawah dia je pun cukup la. 
tapi weiii, kalau dah ada peluang naik ke tingkat 124 & 125 ni, why not kan. 
ada la pengalaman nak dok gebang dgn anak cucu. 
hehe..

cantik dan gah la. 


turun je dari tkt 124 dan 125, mamat arab ni ramah menyapa. 
sembang2 la kami terus dibawak ke lift. 
tunggu lift mamat syria (baju hitam) ni menyapa kami pulak. 
sembang kami. 
jadi meriah gitu. 
rupa2nya baru balik dari malaysia 3 bulan lps. 
nak datang lagi katanya. 


tiba di bawah ni ambik2 la gambar. 


ni dah bahagian luar.
nak tgk water fountain ok sgt.
tapi i dah tak selesa bila driver dah asyik dok message.
adoii. 
i nii jenis kalau ada org dok menunggu kita. 
biar i yg menunggu org. 


tp Abg Luqman kata, biarkan je bu. 
tak kan dia nak tinggalkan kita. 
so i pun enjoyed je la kejap. 


ni kami dah tiba semula di Airport Sharjah. 
tengah nak arrange wheelchair utk dimasukkan ke cargo. 
we all akan menggunakan wheelchair airport je. 

maka terbang lah kami keesokan hari ni. 
now just lepak2 again di Hala Lounge di Sharjah Airport ni. 
Lounge utk yg menggunakan wheelchair. 
special kan. 
i rasa later kalau ke mana2 mmg i tetap menggunakan wheelchair. 
better. 
badan dan kaki tak la terlalu penat. 
ok.. nnt kita cite lain ye. 


 

Tuesday, November 18, 2025

Manana Afghanistan - dari KL transit di Sharjah (1)



Berminat nak ke AFGHANISTAN?
join my next trip in this coming OCTOBER. 

DM 0169151027 for more info ye. 





Last Thursday (N0v 13, 2025)  i balik dah dr our longest trip in my life. 
16 days total kami travel. 
penat tak boleh cakap la kan. 

just recently baru berkesempatan nak tgk2 gambar yg diambik. 
yg abang luqman bagi pun almost 5K.
mine pun kurang lebih itu la. 

so hari ni baru nak mula menulis. 
gigih nak mula ni. 
takut je hangat2 poo poo ayam je nnt. 
i mencuba la ye. 


2 kereta hantar. 
sebab mymommi n chef ciju ikut sama. 
luggage je pun dah 2 besar. 
plus ada wheelchair pulak tu. 


flight retimed seblm tu now delayed la pulak. 
so kami ingat nak ngeteh la dulu. 
tp some of us dah mula beratur la pulak. 
so tak jadi nak makan. 


org yg ber wheelchairs ada privelige la kan. 
i dpt check in awal sama2 dgn assistant la kan. 
i and kak diana, luqman dan abang azrin dah settle checked in. 

i mmg perlukan wheelchair. 
pergerakan agak perlahan takut membebankan org lain. 
lagipun sakit lutut yg severe ni baik i guna wheelchair kalau kata nak kena berjalan lama la kan. 
alhamdulilah keputusan menggunakan wheelchair adalah satu keputusan yg tepat. 
malah segala urusan di airport, sangat mudah utk org2 yg kurang upaya ni. 
hehehee. 


 kami jumpa dulu sebelum berpisah setelah few months kami together gather kan. 
since hubby sakit sampai i habis eddah then selepas2 tu pun mmg kami sentiasa bersama. 
hari ni berpisah sebab i nak travel. 
Nanti kita jumpa balik ye. 
kita pisah selama 16 hari la ye. 


kami ready nak boarding. 
10 of us. 
Me, Abang Luqman.
4 couples, Dr Miza and hubby Jamal.
Dee and hubby Suhaimi, 
Abang Wan and Kak Zaiton.
then my old colleague, Kak Diana and hubby Azrin. 


diarang beratur kat sini. 
i pulak awal dpt pegi ke pintu kapal terbang. 


setelah 5 thn i tak travel, maka hari ni dpt la travel sama dgn anak bujang, Abang Luqman. 
last i traveled, pegi Hatyai dgn Chef Ciju, Abang 'Imran dan Abang Ifan. 
bila hubby dah mula tak teruk keadaan nya, maka i pun tak la travel. 
now kira dah free sikit, alhamdulilah. 
kita mulakan ye. 


suka dengar bacaan doa sblm kami terbang. 
I took AIR ARABIA. 
flight with the layover yg panjang di Sharjah. 
i bought the tix waktu sale tempohari. 
Hanya RM1890 (KL - KABUL and TASHKENT - KL)
Bang Luqman je agak mahal sebab beli harga biasa. 
his tix dlm RM3300.


i ambik seat utk 10 kami ni dekat2 then duduk tepi tingkap. 
untung diarang ni sebab 2 couples duduk berdua je. 
me and abang luqman ada neighbor org Yaman. 
Dr Miza pun ada neighbor. 


kami tiba di Sharjah dlm pukul 2.08pm (waktu UAE).
beza dgn kita 4 jam. 
kami terus ambik wheelchair claimed bahagian lost n found. 
lama gak menunggu. 
meantime memasing ke toilet la. 
 solat siap2 jugak. 
keluar je kami jumpa our driver. 
i arranged the group ke Dubai. 


gambar sememtara menunggu our driver yg berckp mcm ayam dgn itik. 
transportation di Dubai ni dikuasai oleh org Pakistan. 
sayang jugak kalau tak blh berenggres dgn org kan. 
syukur di airport ada free wifi. 
so dapat la i berckp dgn boss diarang. 


lps tunggu menunggu.
tukar ganti bas, kami terus ke sini. 
lapas wei. 
dr pagi makan semberono je kan. 


kami share2 food dgn kak diana n abg aaron. 
we all ordered chicken karahi. 


ordered gak Nasi Biryani. 


salad ni mmg ada. 


abang luqman nak makan roti. 
so ordered yang ni. 


keluar2 dah malam dah. 
maghrib kul 5 lebih la kan. 


kami ingat nak ke all the souqs.
tapi masa tak mengizinkan. 
we all just nak lepak2 la kunun sebelum naik ke Burj Khalifa. 


kami lepak2 sini dulu. 
nnt baru kita cite hal Burj Khalifa ye. 

so tungguuu. 




cliks..cliks