cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Sunday, May 17, 2026

Manana Afghanistan - Mazar e Sharif Tour 1 - (16).



Berminat nak ke AFGHANISTAN?
join my next trip in this coming OCTOBER. 

DM 0169151027 for more info ye. 


tengok gak my   T I K T O K   ye. 


lepas dapat permission to do the tour dr pihak TALIBAN, kami ke sini. 
Cerita kami jumpa pihak taliban ada di S I N I
Masjid pertama yg dibina di Afghanistan. 
masjid ni dipanggil Haji Piyada Mosque

The Haji Piyada Mosque, also known as Noh Gonbad ("Nine Cupolas"), is recognized as the oldest Islamic building and mosque in Afghanistan. Located near Balkh in northern Afghanistan, it dates back to the late 8th or 9th century (approx. 794 A.D.) and is considered one of the earliest, most significant Islamic structures in the region.


kami terus la ke sini.


The entire structure including its thick walls, circular columns, and arches was 
constructed from baked clay bricks.
hebat kan. 
cantik pulak tu. 


Bersama kak Zaiton. 


tapi ye lah. 
masjid ni dah dijadikan sebagai tourist spot. 
tinggalan sejarah. 


tengok pada binaan dan ukiran masjid ni, kagum tak?


kami diescort ke sini. 
satu van, satu bro talib. 


ini van kami. 
nama bro talib ni Sardar. 

cuaca di luar agak sejuk. 
hujan renyai2. 
sesekali lebat. 
kiri kanan jalan kita akan nampak banyak stalls yg berjualan barangan basah cam kambing dan ayam. 


kalau roti tu tak usah ckp la kan. 
sebab makanan utama depa ni mmg roti. 
nasi putih tu jangan harap la kita senang jumpa. 
kat resto pun upon request. 
itu pun kena awal2 lagi bagi tau. 
bukan mintak sepinggan, terus dtg sepinggan tau. 
depa pun pelik org Malaysia suka sesangat dgn nasi putih. 

tak lama kami pun sampai ke spot yang kedua. 
jarak nya kurang lebih dalam 4 - 5 km je. 
kami ke GREEN MOSQUE

The Green Mosque , Masjid Sabz, or the Mosque of Khawaja Abu Nasr Parsa is a mosquemadrasa and mausoleum complex located in the city of Balkh, in northern Afghanistan. The complex contains the Shrine of Khwaja Abu Nasr Parsa. The mosque's name is derived from the kashi tiles on the walls of the mosque, which are coloured turquoise, known locally as Turkish Green. The mosque was completed in 1421, during the Timurid era.


memang kena reno pun la kan. 
banyak tiles yg tertanggal. 
i tak sure kenapa dipanggil Green Mosque. 
sebab pada i cam biru je kan. 

oooo bila dah belek2 gambar br i prasaan mmg banyak warna hijau nya kat tiles tu. 
tu yg dipanggil masjid hijau. 


pelan2 i jalan ke masjid ni. 
tapi kena ada yg memimpin la. 
Abang Luq dah hilang dah busy tangkap gambar. 
i tak pakai wheelchair pun. 
tapi pasti ada yg memimpin i. 
my TG. 
alhamdulilah. 


masa kami sampai we noticed that this mosque was under renovation. 
quite massive gak la. 

Built in 1421, it is famous for its vibrant turquoise tilework and for housing the shrine of the revered Sufi saint Khwaja Abu Nasr Parsa. 


Bro Talib ni i noticed mudah sgt tersenyum. 
malah mmg sentiasa tersenyum. 
anak2 Afghan pun suka sgt kalau dpt bergambar sama kita ni. 


jemput masuk. 
dalam ni la diarang boleh solat. 
bangunan sebelah tengah buat reno. 


ruang kecik je kan. 


abang luqman berada di ruang yg sedang direno. 
i pun masuk kejap dlm ni. 
agak berdebu2 dan bising. 


nampak kan tiles nya tu banyak yg sudah tanggal.
mana tau tahun ni kalau pegi lagi dah cantik dah masjid ni kan. 


kita mmg suka carik pintu wak. 
pantang nampak pintu mmg nak je digambarkan. 
habit yg i dapat selepas i ke Kashmir in 2012 dulu. 
lagi2 pintu yg antique cam ni la. 


kami ke sini pulak. 
i tak ingat apa nama tpt ni. 
sebenarnya i nak ke rumah Al Rumi. 
rasanya di kawasan yg dekat dgn Haji Piyada Mosque kalau tak silap. 
tapi dah dibawak ke sini kita lanjutkan je la kan.


i and Kak Diana tak naik la kan. 
brother talib, Sardar teman kami di sini. 
i tak prasan pun tau kata si Sardar ni bersama2 kami. 
bila dah balik baru i prasan bila tgk gambar yg abg luqman ambik ni. 
belakang i tu kubur tau. 
bersepah2 je kubur diarang ni. 


diarang menapak la naik ke atas bukit ni. 


ni la kawasan kubur yg dikunjungi. 
diarang ni i rasa percaya sgt dgn kubur2 keramat.
maka tu la dibawak ke sini. 
kita lak could not careless la kan. 
setakat baca fatihah, kira dah ok la. 

kenapa i cakap cam ni. 
sebab lepas diarang ni naik, ada sekeluarga ni sampai di situ jugak. 
bawak baby yg i rasa dalam 6/7 bulan. 
bawak ke kubur ni. 
mmg pasti diarang ni bayar niat di sini. 
turun ke bawah tu depa jumpa dgn satu imam ni. 
then ambik cam tali gitu. 
ikat la kat tangan baby tu. 

i pun yg duduk kat situ ada diberi nya mcm tangkal. 
agaknya dia tgk i ni bertongkat dan berwheelchair. 
maksudnya sakit la kan. 
so kena mintak dgn keramat berdoa supaya sihat. 
cam tu la. 
i ambik je then i letakkan dlm kereta. 
i ckp dgn driver, u nak u ambik la. 
i tak perlukan benda2 ni. 
dia senyum je. 
budaya diarang la kan.

couple ni mmg hebat. 
sanggup n masih gagah naik ke bukit ni.


kami tinggalkan pusara keramat tu langsung menuju balik ke Mazar e Sharif. 
suka tgk bandar/pekan diarang ni. 


kalau dpt turun then jenjalan sambil beli2 makanan kat sini best kan. 


ni ayam yg sudah bersih, dipotong, then dimasukkan dlm plastic terus. 
so tak la terdedah dihurung lalat kan. 


bendera Talib yg tidak diiktiraf oleh world. 
ni kiranya bendera baru diarang setelah diperintah oleh Talib new version. 
bukan talib yg dulu tau. 


on the way kita terjumpa pokok kapas di tepi jalan. 
berhenti kejap. 
tapi kan depa ni. 
nak berhenti pun tengok la ladang yg penuh kapas nya. 
ni ada la 5 6 pokok. 
adoiii. 
tak pe la. 
dpt gak bergambar sikit ye. 
daripada dia tak turun terus. 
ralat gak tak dpt tengok kan. 


sampai dah bandar Mazar e Sharif. 


masih busy bandar ni.


kami terus ke Rayhan Restaurant for our lunch. 
abang2 talib masih lagi dengan kami. 
kita belanja depa makan la kan. 
upah escort kami. 


lepas makan kami ke sini terus. 
kami ke BLUE MOSQUE pulak. 
kalau travel ke Mazar, tak singgah masjid ni kira cam tak complete la kan. 
masjid biru yg besar sangat. 


The Blue Mosque, also known as the Shrine of Hazrat Ali or Rawza-e Sharif, is a stunning architectural masterpiece located in the heart of Mazar-i-Sharif, Afghanistan. Renowned for its intricate geometric tilework and pale blue domes, it serves as an important spiritual and cultural center visited by thousands of pilgrims annually.


suka hati dpt berada di sini. 
luas sangat kawasan sekitarnya. 


apa lagi kita gambo la kan. 


mmg stunning la tilework dia. 


boleh nampak bro talib kita pam air utk ambik wuduk . 


oooo rupa2nya  bro talib kita solat kat sini. 
tadi bro Sardar solat di resto yg kami lunch tadi. 


masa kami made a round this area, kami stopped kat sini. 
i pun ajak la bro Sardar ni bergambar dgn yg lain. 
kira gambar reramai la kan. 

tup2 dia merapat ke i.
rupa2 nya dia nak gambar kat tepi i. 
terkojut kita wak. 


then kami gambar beramai2. 
lepas gambar dia terus cakap dgn my TG.. 
ini adalah pertama kali dia bergambar dengan perempuan. 
heheheee..
adoi Sardar oiii.. 
nak gelak pun ada. 
itu la pengalaman kami waktu nak bergambar dengan bro talib.


Abang Wan dpt masuk ke dalam bangunan yg menempatkan maqam Sayidina Ali.
(spt yg diclaim oleh masyarakat setempat la kan). 
betul atau tidak, tu mmg kena sahih kan. 


orang perempuan tak masuk. 
kita ingatkan tak boleh. 
rupa2kan boleh je kalau kita ni tourists. 


kawasan ni mmg ramai yg bertilawah al quran. 
i suka sgt dgn tilework diarang ni. 
mmg hebat. 


even dikatakan masjid ni masjid org syiah, tak nampak pulak diarang ni pakai TURBAH, 
Karbala stone, Mohr, Khak-e Shifa - soil of healing or Sajdagah - place of prostration.
Maybe diarang ni org sunni kot. 
so sunni and syiah di sana ok ok je. 
tak nampak secara mata kasar kita depa ni dok gaduh. 
even my TG ada yg syiah ada yg sunni. 


ni adalah tourist spot yg akhir kami kunjungi. 
cuaca sejuk menggigit2 tapi kami tetap had fun explore this place. 
cuma kita tak dpt berlama2 la sebab ibu2 masih belum solat lagi. 
we all kena balik ke hotel. 
siap solat then kita sambung nak shopping pulak. 
besok kami sudah nak cross border. 
so tunggu cerita selanjutnya. 

ALAHMDULILAH..

No comments:

Post a Comment

cliks..cliks