cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Saturday, May 10, 2025

Pergi yg tak akan kembali lagi.



Tak tau nak mula kan macamana.
dgn ayat cam ne agak nya. 
tp i nak menulis sikit hari ni. 
panjang nak tulis ni. 
sebagai my own memory. 

My hubby, MOHD ZAMBERI BIN KUSA telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada Feb 4, 2025 Selasa, pada pukul 4.15am.


Hubby sebenarnya adalah dialysis patient since 2015 due to hyper tension issue. 
bidang kerja dan cara kerja mengakibatkan HIGH BLOOD PRESSURE dia sentiasa tinggi. 
Hubby sgt workaholic. 
kerja nya mcm 24/7.
ALHAMDULILAH i lak jenis yg mmg pasrah dgn cara kerja hubby. 
so mmg tak demand attention 24/7 jugak. 

May 2015 telah merubah routine hidup hubby. 
dialysis sebanyak 3 kali seminggu selama 4 hours per session menjadi kan hubby lebih banyak masa di rumah. 
even stick to waktu dialysis dia tetap bekerja.  
Laptop jadi peneman beliau. 

Masa i dgn hubby pun dah jadi berbeza. 
kalau dulu waktu dia bekerja masa dia dgn kami mmg agak limited. 
but since sakit, masa dgn kami jd bertambah la kan. 
at first i mmg felt so awkward. 
ye la you. 
dah asyik berdua je kan. 
yg sblm ni i jenis independent. 
mmg rimas la kan at first
hehehehee

tp since kita ni keje sendiri maka boleh la diadjust2 kan. 
i blh pegi hantar hubby ke hospital then breakfast or lunch sama. 
then he did the dialysis la. 
petang keluar for our dinner. 
memang rajin la berdua. 

then once i stop driving, adalah peneman nya. 
masa tu Abang 'Imran yg jd driver la. 
sebab Abang Luqman dan Abang Irfan di Bandung lagi. 
Once covid melanda, maka Abang Luqman n Abang 'Imran la yg handle everything masa hubby dialysis. 

Condition agak memburuk when he did heart bypass. 
few months before buat bypass ICU jadi rumah kedua. 
sebab hubby akan dpt problem dgn paru2.
due to heart problem la kan. 
few days la kat situ.
insurance dah tak ada. 
so semua keluar pocket sendiri. 

Once dah buat bypass problem dgn dialysis dah kira settle la. 
but his condition worst right after  vaccine. 
itu mmg ketara. 
but still hubby blh attended meetings tp dgn ditemani oleh Abang 'Imran. 
even dgn berwheel chairs still he did it. 
Alhamdulilah. 

heart bypass utk org yg buat dialysis ni usually susah nak bertahan lama. 
keadaan heart hubby agak memburuk dlm setahun sblm dia meninggal. 
selalu sesak nafas.
batuk yg berterusan.
mengadu belikat sakit sentiasa.
same things happened before he did his heart bypass in 2018. 
so dah boleh agak heart dia mmg problem. 

Dlm masa sebulan sblm meninggal hubby dah menunjukkan perubahan. 
process dialysis nya dah mula kerap terganggu. 
setiap kali dialysis pasti kena stop sebab BP hubby drop sangat2. 
meaning kalau teruskan sure heart nya stop. 


sehinggalah seminggu sblm he passed away hubby mengadu kaki kanan dia melepuh. 
i tak tau la kenapa pada awal nya. 
rupa2nya disebab kan kaki dia lenguh dia sapu Yoko2 then top up lagi dgn minyak mustajab. 
so double panas. 
few day melepuh. 
sampaikan kena buat dressing. 

dialysis berjalan lagi dgn keadaan kaki kena dressing dah tu. 
bisa berdenyut2 la kan. 
then hari selasa January 23, sekali lagi BP hubby drop while dialysis. 
Balik dr hospital hubby panggil i and anak2. 
"Bu, i nak cakap sikit.  i ni kalau masih berharta mungkin boleh dipanggil wasiat."
"tapi i dah tak ada apa2 dah. 
i cuma nak bagi tau, tgk pd keadaan dialysis i ni maybe i ni dah tak lama lagi", nada suara hubby pun mmg agak sayu dan slow je. 
tersentap la i kejap. 
senyap tak terkata apa. 
actually hubby rajin ckp benda ni. 
esp bila dia dalam keadaan depression. 
selalu i balas, alaaa belum tentu u  dulu B. 
silap2 i dulu i yg pegi. 
tapi kali ni bila dia ckp cam tu i terus tak terbalas apa2 dah. 
terkedu. 

"Tapi dont worry bu (panggilan yg hubby panggil kat i setelah anak2 besar).
I dah tak takut lagi. 
i pasrah, 
i redha, cuma i rasa pening sgt2".
i dapat balas dgn pesanan, selalu la istifar B. 
selawat je. 

then hubby terus tak berapa banyak cakap lepas tu dah. 
tp yg i prasan adalah, dia rajin call kawan2 dan saudara yg rapat dgn dia then bagi tau dia akan pegi tak lama lagi. 
so dia mintak maaf dgn semua org. 
pesan kalau nnt tak jumpa dia di syurga, tolong la carik dia. 
tu je la pesanan dia. 

Chinese new year semua adik beradik i and hubby dtg berkunjung. 
masa ni pun i dah rasa lain. 
keluarga adik beradik hubby asyik menangis je bila hubby mintak maaf.
he kept saying sorry sebab tak jadi adik yg baik. 
allahu. 

malam tu jugak tetiba Hubby panggil i. 
i lak masa tu kat sofa di dapur terlelap sebab kunun2 keletihan la kan. 
kurang lebih masa tu dlm pukul 10 lebih. 
tetiba chef ciju ckp hubby panggil i. 
hubby cakap dia rindu i. 
panic gak kita ni kan. 

terus dtg ke hubby sambil melawak. 
halah halahhh.. rindu ye B. 
rindu kenapa lak ni. 
Hubby ckp nak sembang dgn i. 

"I nak cakap sikit. Kita ni dah kawin almost 30 years kan. Dah kenal almost 40 years."
Kami ni kunun2 tu highschool sweethearts la. 
hehehee
berkenal since umur kami 17 years in 1985.
"kita ni tak gaduh teruk2 pun kan".
(memang la tak gaduh teruk kan sebab isteri ni selalunya jenis mengalah). 

i hanya diam je sambil dada tu debar2 la kan. 
"i just nak bagi tau u kenapa i pilih u"
wowww!!!
30 thn kawin i tak pernah tanya dia pun tak penah bagi tau kenapa dia suka i. 
hehehehe.
"first time kita jumpa April 2, 1985 kat bilik pengawas (hehheheee) i mmg tertarik sgt dgn u"
u nampak elegant'
tinggi macam model. 
u cantik (haduh..haduhhhh)
n m so proud to have u as my wife"

ya allahhh u alll. 
terawang2 i ni. 
senyum2 i sendiri. 
dia kata tu je la dia nak bagi tau i. 
malu2 pun ada masa tu. 


Hari Khamis pulak as usual hubby buat dialysis. 
dia dah tak nak makan sangat. 
sebab tak nak buang air besar katanya. 
lagi pun noticed energy dia semakin merosot. 
nak angkat badan pun dia dah tak berdaya. 
bersyukur sgt kami dikurniakan anak2 bujang yang besar2 belaka. 
so 3 of them la yg menyiapkan segala nya buat hubby. 


Hari Sabtu Feb 1, Hubby buat dialysis lagi. 
pagi ni sebelum pegi i tgk mmg sgt susah dia nak move.
so anak2 la yg tolong angkatkan dr katil ke wheelchair then ke kereta then sekali lagi dr kereta ke wheelchair n langsung buat dialysis. 


keadaan cam ni buat kan Hubby terfikir nak warded hospital. 
mudah utk dia dialysis. 
then pagi tu hubby called bagi tau doctor nak jumpa. 
i pun terus bersiap termasuk chef ciju n mymommi pun nak sama2 pegi. 
so penuh la cik timah dgn kami ber5.
Abang 'Imran dan Abang Luqman pun semua pegi. 
Once sampai hospital then jumpa doc n doc pun bagi tau result angio yg hubby ambik. 
memang jantung hubby ada blockage lagi. 
Tapi hubby dah pesan dgn i yg dia tak akan buat apa2 procedure utk jantung dia lagi dah. 
dia dah pasrah katanya. 

so lepas we had our lunch together di cafe hospital hubby decide nak warded. 
dalam masa yg sama he was so sceptical. 
ok ke kalau warded. 
"siapa nak layan i".
i kata, insyallah u will be ok.

then kami terus ke Hospital Sungai Buloh. 
terus ke emergency sebab oxygen hubby sejak dr lps dialysis tu 80 je. 
BP dia 70/40.
but he was still ok. 
boleh makan sushi lagi tau. 
blh discuss dgn i n anak2. 

hubby terus diletakkan under observation ward. 
depan counter doctors n nurses. 
but still hubby masih boleh sembang. 
doc bagi mmg hi dosage pain killer.
dah pakai oxygen mask dah. 

but still hubby masih kenal org yg melawat dia. 
even kat observation room alhamdulilah kami diberi peluang dekat dgn hubby.
i bertanya dgn doctor yg handle hubby. 
as doctor said, condition hubby critical. 
all the internal organs dah fail dah. 
doctor bagi tau hubby hanya boleh bertahan setakat seminggu paling lama. 
kami semua dah redha. 
the most we can do adalah berdoa semoga ALLAH mudahkan segalanya. 

hari ahad hubby masih blh sembang kejap2. 
sebab hubby under hi dose pain killer. 
kira mcm hi gak la kan. 
hari isnin pun sama.
then malam tu Abang Irfan spent his time almost the whole night sembang dgn hubby. 
dia bagi tau, "i nak spend masa dgn abah ye ibu. "


i told him go ahead. 
pulse hubby pun semakin menurun. 
malam tu mmg Abang Irfan  org terakhir bersama hubby. 
then my SIL. 
Alhamdulilah hubby pegi dgn tenang.
tepat jam 4.15am beliau pegi. 

i mmg tak berada di sisi nya. 
tp i tak terkilan sebab memang i puas menjaga hubby. 
even tak sempurna mana.
akibat keterbatasan movement i lately. 
dah mintak maaf berkali2 dgn hubby. 

urusan mandi jenazah semua dibuat di Hospital Sg Buloh dlm pukul 8.15 pagi. 
all my kids dpt memandikan hubby dibantu oleh petugas hospital. 
once dah settle jenazah pukul 9.30pg  terus dibawa ke Masjid Munawarah Seksyen 7.


jenazah tiba di Masjid around pukul 10 pagi. 


this boy iringi hubby dr hospital lagi. 
dan ke kubur jugak. 


tiba di masjid ramai dah kawan2 kami dan saudara mara berkumpul. 
alhamdulilah ramai yg solat jenazah. 
100 lebih termasuk jemaah wanita. 

berderau darah i bila dengar suara yg mengimamkan solat. 
suara Abang Luqman. 
sambil solat sambil i menahan sebak. 
ALHAMDULILAH anak. 
tak terlintas langsung di kepala i yg abang luqman akan jadi imam. 


selesai solat, imam masjid, Ustaz Sarafi memanggil semua ahli keluarga utk menatap wajah hubby buat kali terakhir. 
terbuka je sekali lagi berderau darah i. 
ya allahhh. 
muka hubby lain sangat dgn wajah yg terakhir dia bersama kami. 
he looked so young. 
muka dia tak sembab dah. 
muka dia redup sgt. 
muka muda dia. 
bongkok hubby yg disebab kan slip dics pun hilang. 
kaki hubby yg bengkok pun lurus. 
ya allah. 
tingginya dia. 
mmg itu la hubby. 
tinggi org nya 5' 11".
muka hubby balik kepada muka dia muda. 
muka mula2 kawin dulu. 
kurus tinggi. 
SUBHANALLAHH. 
pandangan yg manis utk i kenang buat selamanya. 


terus jenazah dibawak ke perkuburan islam seksyen 21. 
waktu iddah i pun bermula. 
i tak turut pergi ke kubur. 
anak2, mymommi, chef ciju serta ahli keluarga yg lain semua pegi. 
sekali lagi Abang Luqman mengalas tanggung jawab sebagai anak pertama. 
Abang Luqman menyambut hubby di liang lahat. 
ALLAHU. 


saje i share di sini dr IG story kawan2 dan saudara mara. 


awan banyak di langit. 
so tak terlalu panas waktu jenazah dikebumikan. 


selamat la hubby bertukar negara. 
hilang sudah kesakitan yg ditanggung nya hampir 10 tahun. 
sudah 96 hari hubby meninggalkan kami. 
raya pertama kali kami tanpa hubby. 
kalau dulu selalu bermain di kepala i. 
bagaimana rasanya sekiranya ada ahli keluarga yg meninggal. 
sekarang sudah i rasakan. 
4  years ago mydaddi meninggal. 
now hubby. 

kehilangan sosok seorang suami. 
ALLAHUAKBAR. 
i memang tak nampak terlalu bersedih. 
tp dalam hati siapa yg tau kan. 

i have to be strong. 
anak2 penguat i. 
mymommi n chef ciju. 
serta ahli keluarga yg lain. 

B, u selalu ckp dgn i. 
m sorry bu. 
nnt i mati i tak tinggal kan u apa2 dah. 
i dah tak ada harta utk u. 

tapi now i jawab, B.
u tinggalkan 3 anak lelaki yg merupakan harta yg tak ternilaikan. 
anak2 yg dpt memandikan u. 
anak2 yg dapat mengimamkan solat jenazah u. 
anak yg dapat menyambut u di liang lahat. 
anak yg sanggup menjengah dan bersama u di waktu malam pertama hingga ke malam ke tiga u di alam sana B.
(Abang Irfan mmg anak yg tegar)
ALLAHUAKBAR. 
mereka kekuatan i. 

terima kasih B. 
for 30 years bersama i. 
semoga kita akan bersama2 di sana nanti. 
AL FATIHAH sentiasa i sedekahkan buat abah dan you. 

31 comments:

  1. Al fatihah untuk arwah suaminya.. Nampak tenang pemergiannya, semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Aamin2

    ReplyDelete
  2. Salam takziah.
    Semoga arwah tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
    Baca entri ini memang nampak you kuat dan tabah. Tapi, betullah....hati di dalam siapa yang tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Amie. insyallah m a strong person. doa kan ye.

      Delete
  3. Sebak baca..semoga Kak Yan kuat ye Kak Yan..
    Betul..tengok kuat tapi dalam hati macam-macam, hanya Allah yang tau..

    ReplyDelete
  4. Salam takziah Kak Yan
    Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang² beriman dan syurga tanpa hisab buatnya.

    ReplyDelete
  5. Salam takziah.
    Semoga arwah tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
    semoga tabah dalam menempuhi dugaan di masa hadapan

    ReplyDelete
  6. إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ salam takziah buat kak yan sekeluarga... Alfatihah buat allahyarham...

    ReplyDelete
  7. puan, saya menangis baca ni. tak ready saya nk bayangkan one day ibu bapa saya dah takde :'(
    semoga arwah suami ditempatkan dalam kalangan orang beriman. lama arwah menahan sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa.. sorry dear. memula abah meninggal, tak terasa sgt sebab busy dgn hubby. now bila hubby yg pegi, memang terasa sgt. tp hidup perlu diteruskan right.

      Delete
  8. Sebaknya Kak Yan :(
    Arwah mgkn tak tinggalkan harta tapi anak³ soleh yg pasti jaga ibunya. Cantik aturan Allah utk Kak Yan.
    Takziah srkali lagi Kak

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanh.

    ReplyDelete
  11. Innalillah waiinna ilaihi rajiun.moga ur hubby ditempatkan di tmn2 syurga.i cried like a river reading this entry..esp the part how he fell in love with u and the part his face jd sgt muda lps meninggal..take care and stay strong kak yan. #hugs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye MZ. tq sudi baca. doakan i kuat ye. hugs back.

      Delete
  12. Salam takziah Yan...
    Semoga arwah tergolong dalam kalangan hambanya yang beriman.... Aamiin....

    ReplyDelete
  13. Salam takziah kak yan, moga pasangan romantis kan bertemu di Jannatul Firdaus..moga arwah ditempatkan bersama para solihin

    ReplyDelete
  14. Mixed feeling, baca entri ni. Tapi ada rasa suami kak Yan nak pergi tu, satu privilege, sebab saya pernah rasa masa arwah mama pergi, tak perasan apa-apa tanda langsung. Tumpang sedih, dan juga rasa terharu baca tentang anak kak Yan yang jadi imam solat jenazah. Huggss dari jauh untuk Kak Yan.

    ReplyDelete
  15. Mengalir air mata baca your story Kak Yan...Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman...

    ReplyDelete
  16. alfatihah dibaca ...semoga rohnya dicucuri rahmat ... aminnnn

    ReplyDelete
  17. Allahu..sedihnya baca entry ni...al-fatihah (dibaca)..semoga arwah ditempatkan di kalangan para solehin...Kak Yan take care ya...

    ReplyDelete
  18. Takziah untuk akak dan keluarga.

    Rasa seperti baca sebuah kisah pengakhiran yang indah penulisan akak ni walaupun ia sebenarnya cerita kehilangan. Dari sedih, hati jadi tenang bacanya.

    Semoga akak sekeluaga dapat berkumpul di syurga nanti, amin.

    ReplyDelete
  19. saya baca hingga habis cerita ini. sgt sedih n menyentuh hati. Semoga roh suami akak ditempatkan bersama roh org2 yg beriman. Aamiin...

    ReplyDelete

cliks..cliks