cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Friday, June 4, 2021

Nasi Kandar dgn Kambing Kuah Hitam My style my version.





Hehehe..
gara2 covid lah ni. 
dah tak travel2. 
memanjang dok kat rumah. 
even nak keluar ke mall pun rasa tak selesa. 

so apa lagi. 
masa yang banyak tak tau nak buat apa. 
makanya my time more in the kitchen. 
nak kata bersungguh dok kat dapur tu tak lah. 
but i have my own time untuk mencuba memasak. 

kalau tak masak usually kami beli je. 
dan hubby as usual akan suka food dibeli.
dan agak kerap dia membeli nasi kandaq. 

jadi i pun terfikir.
why not i cuba buat menu2 nasi kandaq. 
of coz not as good as yang biasa dimakan. 
but still setonok mencuba. 


so ini lah yang terjadi. 
#mystylemyversion of nasi kandaq. 


cuma jadi je tak sampai habis semua jari sememeh makan. 


abang luqman pun seronok. 


this is my food. 


I made Kambing Kuah Hitam. 
even not so hitam lah. 
but still the bau tu mmg food mamak. 


melekat bau dia. 
kalau dulu dok fikir cam ne depa ni masak. 
and now i dah tau. 
penting dalam semua masakan depa ni kena ada rempah kari. 
daun kari dan daun pandan. 


I made this Ayam Goreng. 
but still not perfect. 
i need to improvise it. 


PAPADOM is a must kan. 
kebetulan i memang ada je stock papadom ni. 


WAJIB ada. 
BENDI REBUS. 


dan SAYUR KOBIS GORENG. 

memnag i puas hati memasak hari ni. 
and i wanna share the recipe how to cook KAMBING KUAH HITAM. 




Recipe by @azian_elias

Bahan
500 gm kambing yg telah diperap bawang putih, halia, garam, black pepper sauce. (Terpulang nak ribs ka, dagin ja ka, ikut suka).
1 1/2 biji bawang besar - kisar
4 biji bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging
1 asam keping
2 sudu besar gula pasir.
3 sudu besar madu.
5 sudu besar kicap manis
4 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap pekat.
Selembar daun pandan - potong 5 bhgn.
1 tankai daun kari.
1 btg kayu manis
3 biji cardamoms.
Garam
Chicken stock.
Cara
1. Tumis kayu manis, cardamoms, daun pandan dan daun kari hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga agak kering.
3. Then masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak.
4. Kmdn masukkan serbuk karii dan sikit air.
5. Tumis lagi sampai pecah minyak.
6. Masukkan semua kicap dan madu serta gula.
7. Masukkan daging dan letakkan air utk memgempukkan daging.
8. Masukkan asam keping dan yg lain like garam n chicken stock.
9. Masak hingga kuah agak mengering.


Jemput makannn.. 

1 comment:

cliks..cliks