RECIPE
BAKWAN SAYUR
Pernah dengar Bakwan?
Bakwan sayur lah.
bakwan udang lah.
memacam ada.
sebenarnya Bakwan adalah makanan dari Indonesia.
kalau kat Malaysia boleh lah dipanggil as Cekodok lah tu.
Kalau di India maybe Pakoda.
kira benda ni lebih kurang sama je lah.
cuma mungkin kadang2 dari segi penyediaan bahannya ada sikit2 berbeza lah..
anyway hari ni i nak share this Bakwan which i cooked during ramadan for iftar.
Bakwan ni i padankan dengan Nasi Liwet.
and i selalu makan Bakwan ni kalau i travel ke Indonesia.
and of coz recently i selalu ke Bandung.
kan..
kalau dilihat dari rupanya kurang lebih macam cekodoklah kan.
cuma kalau yang ini i gunakan semacam acuan lah.
jom kita cuba membuatnya.
Bahan2nya:
Kobis - ikut suka dan dihiris halus2.
Carrot - sebatang pun ok dah dan dihiris panjang2.
Daun bawang - dipotong seinci2.
Tepung Gandum - 5 cawan
Tepung Beras - ini hanya guna sikit je.
Garam
tepung ni dalam 5 cawan.
kalau nak buat banyak pun ok ok je.
adjust2 lah kan.
gaul dulu tau.
jangan letakkan air.
tepung beras ni i letakkan setakat 3 sudu besar je.
tepung ni lah yang akan membuatkan Bakwan kita ni agak rangup di luar dan lembut di dalam.
dan keadaan ini agak kekal dalam tempoh yang lama gak lah.
Last time i sediakan pukul 5.30pm dan makan at 7.30pm.
masih ok sangat.
cuma sejuk je lahkan.
ini yang telah ditambah tepung beras.
jangan lupa letakkkan serbuk kiub ayam.
gaulkan dan tambah airnya sikit2 je.
terpulang pada you all nak agak mencair pun ok.
kalau agak keras pun ok.
i buat agak cair sikit.
akhirnya.
dan makan bersama Nasi Liwet.
Wallahhh weiii.
sedappp.
Cucur atau cengkodok ye ni.. Kadang nama atau sebutan berbeza tapi benda yang samakan atau seakan serupa.
ReplyDeleteiye.. betul tu.. sama je kurang lebih..
Deletesama dengan cekodoklah ni kan..nama saja lain ye, best juga kalau dapat makan ni panas2
ReplyDeletekurang lebih lah cam tu.
Deletecuma ada 2 types of tepung.
waduhhh terliur laa pulak wpn br lps sarapan
ReplyDeletehehehe.. sedap weii.. ranggup2 gitu.. tp dalam tu soft.
DeleteMakan gitu je cicah sos pun mesti sedap, kan? :)
ReplyDeleteiya kak.. ok je..
DeleteCam cekodok sayurlah kan..tapi nasi liwet tu nasi apa?
ReplyDeleteyesss.. betul. eh.. nasi liwet tu akak ada buat N3 dia. nnt u tgk. sedapp.
Delete