cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Friday, September 27, 2013

Ledakan perasaan..

Story on September 25, 2013 - Wednesday.


Ini cerita pasal shopping kami lagi. sebenarnya bukan lah shopping mana punn. it's more to nak ajak CiRah (my fourth sis) keluar and have bonding lah gamaknya. anyway, kalau ikut - ikut kan cerita shopping ni belum patut keluar lagi.. tapi ada dua peristiwa yang membuatkan i nak sangat keluarkan this N3..

cerita pasal ujian tahap kesabaran i tercabar pada hari ini.. i wont go into details lah.. inilah akibatnya jika kita terlalu menjaga hati semua orang dan mengambik sikap 'tak apa lah.' sehinggakan sampai satu peringkat tahap kesabaran kita diuji.. semuanya adalah disebabkan masalah attitude seseorang yang rapat dengan i.. sifat pemalas, sifat hasad dengki, sifat iri hati, sifat nak lebih dari orang, sifat nak curi perhatian orang yang ada pada seseorang ini lah yang membuatkan i rasa muak, rasa sakit hati, rasa geram dan segala macam perasaan yang i pendam pada dia buat sekian lama. dan pada tarikh ini lah segalanya meledak.. memang susah nak mendidik manusia yang dah besar panjang ni, malah boleh i cakap manusia tua bangka.. tapi  yang penting bukan dari darah daging sendirilah..itu yang lagi susah.. habis semuanya i ledakkan. tapi i tak tau lah kalau segala kata - kata i pada dia tu  boleh menyedarkan manusia pemalas ini.. tapi sekurang - kurangnya i rasa puas dengan tindakan i ni.. semoga akal yang ada pada diri dia ni membuatkan dia memikirkan tentang diri dia dan paling penting buat family dia.. itu pun kalau dia mau family dia bertahan.. hhhhh..YA ALLAHHHH.. tahap sabar i betul - betul ada pada tahap bawah kaki i.. tapi i memang berharap sekurang - kurang nya dia berfikir.. kalau tak, memang buang karan i 'berperang' dengan dia...hhh... ok lahh. i tak nak stress dengan benda - benda ni.. i tak nak aura negative yang ada pada diri dia tu effect to me. NO WAY....

baik i cerita pasal our outing..i love all my sisters. better cerita pasal my sisters.. darah daging i sendiri.. just wanna share with you guys, how close we are.. ini lah my sisters.. lepas i 'berperang' tu, terus we all singgah Secret Recipe,, i panazzz.. so kena cool down and had my coffee.. heee...


peluang CiRah outing. kalau tak memang susahlah sebab dia di Johor. kalau outing of coz dengan Hubby je kann.. tak sama lah kannnn..kalau outing with gurls..


Princess Aurora mintak kids burger ni..


Rupa Cornish pecah ni seolah - olah mengambarkan ledakan perasaan i. heeee... 


lepas makan, terus window shopping.. melawat sekitar. we all actually went to Wangsa Walk.. my first time here. For me nothing much pun kat sini.. sorry lah ye. my point of view je.. tak sama macam kat Setia City Mall. more..


tapi tetiba termasuk ke area sini. waduhhh. gurls area.. 


tuan punya kedai ini ada dua shops.. macam - macam ada.. i terbeli dress ala - ala abaya. aduiiii.. tertawan sebab dress tu gak, plus tertawan dengan keramahan tuan punya kedai.. Anie.. 


siap bagi satu big ring to me as a gift. MASYALLAH.. it swept away my stress lah gitu.. kedai Anie ni sebaris dengan Secret Recipe. 



sampai tertidur - tidur Little Ali.. kesiann.. 


hee..heee... ini lah kami "SISTERS"..

then lepas ni terus je balik rumah NekCik. sebab petang nya My Daddi and My Mommi plus CiRah's family dah nak balik JB.. i pulak rushed back to Shah Alam.. ada satu lagi peristiwa berlaku di sini. tapi i malas nak ceritakan. Maybe nanti one day i share with you guys...hhhhh.. letih kepala i.. letih badan.. 


rasa sesak sangat kepala, terus i ajak Chef CiJu ke Secret Recipe sekali lagi. sebenarnya i nak makan dessert.. tapi mana lah ada kedai dessert kat Shah Alam ni. so bedal je lah Turkish Indulgence tu.. hhh hilang sikit beban di kepala  i ni.. 


tak cukup tu, i ngap Spring Roll ni pulak. heee. haru betul i ni kannn.. 




hhhhh. itulah cerita i satu hari ni. memang terasa sangat penatnya. sangat - sangat.. lepas dari ni, i bermohon pada ALLAH agar tahap kesabaran i dinaik kan.. tahap jadikan lah i orang yang lebih redha.. jadikan i orang yang lebih cool. tapi dalam masa yang sama i terfikir kalau i tak buat semua ni, siapa lagi. harap - harap semuanya ada hikmah.. ada pengajaran buat diri i jugak.. AMEEN..i dah nak balik rumah dah. malam tu i tidur sangat awal. 9.45pm dah atas katil. tapi tidurnya tak lena. pukul 1.30am terjaga, pukul 3.30am terjaga lagi. sampai kan last sekali at 5.00am.. maka terus lah i bangun. malas dah nak tidur. macam tak puas.. hhhh.. emotionally tired.. ok lahh. tak nak negative - negative dah. BE POSITIVE....lagipun hari ni hari Jumaat. i nak buat benda baik. heee

Thursday, September 26, 2013

HOW TO MAKE PANCAKES - for breakfast? tea time? me ok je...

Ok guys..  ari ni i teringin nak makan lempeng.. tapiii bukan lempeng kelapa ye. hee. teringin nak makan lempeng mat salleh.. alaaaahhh PANCAKE lahh. so, Chef CiJu lah jadi mangsanya.. mintak je lah buatkan.. she did for us..  so yang ni version Chef CiJu lah..

Bahan - bahan kering.

100gm plain flour
1 tbl spoon corn flour
3 tbl spoon custor sugar
pinch of salt
1/2 tbl spoon baking powder




Kesemua baan atas ni diayak bersama - sama. dah siap kan bahan kering disatukan.. so settle satu part.. now pegi ke bahan basah pulak..




Bahan - bahan basah

1 biji telur
100 ml fresh milk




1. Satu kan bahan basah ni dikacau bersama - sama. so dah siap bahan basah dan bahan kering. 
2. Kemudian bahan kering masukkan ke dalam bahan basah.. 
3. Bancuhkan bersama - sama..
4. Kemudian masukkan minyak dalam kian - kira 1 tbl spoon. kacau rata. 
5. Kemudian bahan ni dibiarkan dulu selama 10 minutes. 


Kemudian masa untuk membakar..gunakan non stick pan. itu lebih bagus lah.. tapi adalah lebih baik, lenserkan sikit je minyak. senduk kan lah adunan dan tuangkan atas pan.



macam ni tau.. so agak - agak lah masa nak tuang tu..



tunggu sampai nampak bubble baru dibalikkan. jangan hangus tau.. 



yang telah dibalikkan. satu tips - kalau tak nak pan terlalu panas dan pancake u nampak cantik, lepas angkat satu pancake tu, terus letakkan atas pan tu towel basah. bila nak tuangkan batter ni, angkat towel basah tu, dan terus tuangkan new batter.

tadaaaa......siap dah kan.. tapi kalau makan cam ni je sure tak menarik kan. jom decor - decor lah. baru menyelerakan..



semalam ada beli Strawberry and Blueberries. memang purpose nya nak makan pancake..



satu cam ni,


satu lagi cam ni.. best nyaaaa. jom semua..makan with maple syrup. walla weiii.. sedap...selamat mencuba.. 







ini cara lain nak buat pancake. ikut suka hati lah kann.. masak dengan iman. baru sedap..heee..

shopping at Daiso then dinner at Dancing FIsh, Setia City Mall.

Story on September 23, 2013 - Monday.



*** i edit sikit sebab ada yang tanya pasal price food di sini.. 

Saje je nak ajak My Mommi and My Daddi keluar. depa dah almost 3 weeks ada di rumah i sebab My Daddi tak sihat. tu yang bawak datang ke rumah i. senang rasa hati bila orang tua sakit dan depa ada di depan mata. memang lah kita ni tak boleh nak bantu sangat - sangat.. tapi apa - apapun ada depan mata.. boleh lah kita tengok - tengokkan.. kira macam pantau lah.. lagi pun depa masih ada. tu je lah kudrat kita nak menjaga dan membahagiakan depa kan.. 

then hari ni My Daddi and My Mommi dah nak balik kampung kejap lagi..Kebetualan CiRah mai dari JB.. so boleh lah depa ikut balik kampung.. itu yang sebelum depa balik, i brought depa out. bukan nya apa.. saje je jalan - jalan. alaahhh bukan ke mana na.. just ke Setia City Mall. belakang rumah i je. Lagipun My Daddi belum pernah sampai sini.. tu yang laju je My Daddi ikut. 


saje je kitarang ke sini. sebab tak ada plan bebetul nak shopping ke or nak cari barang. just nak being away from our house.. Tapi bila dah masuk sini lah kannn.. ada je benda yang menarik tertarik kannn..heee..



emmmm.. memacam gelagat depa ni.. beriya nak bergambar..layan je lah kann..


we all lak.. asyik lah sangat.. hee..hee..


 i berkenan dengan sudu kaca.. tapi tu lah. kecik je sudu tu pun kena bayar RM5. rasa macam tak berbaloi pulak.. but i like the color.. 



eeeemmm.. sangkut 3 4 barang kat sini dah.. yang Abang Irfan ni sesaje je beli bekas air.. tak tau nak nak bawak ke mana.



merengek gak nak masuk ke sini.. i kata, economy merudum no shirt or anything else here. tunggu taun depan. heee...


since almost at 7.00PM danMy Daddi time for dinner dah patut kena amik pun. maka kami ke Dancing Fish. Lagi pun Abang Luqman wanna have his iftar.. 


Abang 'Imran tak ikut...just kat rumah..jom tengok apa yang kami pekena.. 



sebenarnya lagi satu reason keluar ni adalah memang nak eat out with My Daddi and My Mommi.. tapi tak cukup ahlinya.. Hubby dah fly ke Kota Kinabalu.. then Abang 'Imran nak lepak je kat rumah.. tapi tak kesah lah. ini pun dah ramai dah..


 yang ni macam a must lah kan kalau masuk makan di sini we took 2 bowls..1 bowl of emping RM5.00


 some of our drinks. Coconut tu RM11.90,  Honey Lemon RM8.90, Pomegranate Pink Fizz RM11.90


our food..


dapat free dish for kid.. suka lah Abang Irfan..


kitarang ordered Bebek Goreng. sangat sedap..Bebek Bali - RM29.90


Dancing Fish..RM40.90


Pucuk Paku Masak Lemak. RM11.90


kitarang makan Nasi Kuning RM 4.00 we took 4 for all of us. 


Terung Berlada.. sedappp.. tak cukup gamaknya. tapi buat - buat culup. hee..Terung Sambal RM12.90



ALHAMDULLILAH BARAKALLAH.. selesai dah.. kenyang..


Last sekali we took Lemon Grass tea.. sedap pulak tu..i now tengah berusaha nak minum Air Serai tau. tapi tak tau leh either boleh tak.. kata orang Air Serai ni macam remedy for cancer.. then i hope kalau i minum air serai, my cyst kat back bone tu boleh shrink gamaknya.. dua'a kan lah yee...Lemon Grass Tea - RM6.90 .. here we spent about RM257.15 for 6 of us.. not bad lah kann.


Selesai je our dinner, terus lah window shopping.. kami ke Parkson Grand.. ada sale tau ye.. just nak bagi tau. ingatkan tak nak shopping. tup - tup terbang gak RM50. heee. tak e sikit je.. 


Last but not least.. keluar je dari Parkson Grand terus ternampak Pacific Coffee. eeemmm apa lagi.. i pun mintak coffee satu. Chef CiJu lak searched for something to bring home.. ok lah kan. i lepak je di sini.. Almost at 10.30pm we arrived home.. lepak betul badan i sebab hari ni my schedule bit tight.. but dapat spent time dengan family ni kira seronok sangat.. anyway, bulan depan, i guess kurang lebih another 3 weeks, My Daddi and My Mommi akan mai balik ke rumah i. kan dah nak Eid Adha.. cepatnya masa berlalu.. Harap depa berdua sihat sejahtera, dan nanti ada lah anak - anak yang jemput depa di kampung.. INSYALLAH..

**********************************
Volume 2, Book 15, Number 71 :
Narrated by Al-Bara'
I heard the Prophet (p.b.u.h) delivering a Khutba saying, "The first thing to be done on this day (first day of 'Id ul Adha) is to pray; and after returning from the prayer we slaughter our sacrifices (in the name of Allah) and whoever does so, he acted according to our Sunna (traditions)."

cliks..cliks