cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Monday, July 16, 2018

5P2 Eid Gathering



Kita masih lagi bercerita hal raya kan..
Biasalah rakyat Malaysia raya sebulan.
Sama macam orang Singapura.
Rata2 penduduk Moslem sedunia, beraya takat 3 hari or paling lama seminggu kot..
Tapi Malaysia tetap berbeza.
Kalau dulu tak sangat..
tapi sekarang ni lebih2 lagi hangatnya sambutan Syawal ni. 
Sebulan itu pasti.
Sometimes ada yang terlajak ke minggu berikutnya.
tapi tak apa lah kan. 
Sekurang2nya perkara ini ada kebaikannya.
Menambah uhkwah sesama kita.
Setahun sekali selama sebulan.

Apa2 pun nak share apa yang berlaku pada minggu yang sudah.
My ex classmates nak gather2.
Since dah raya ni, i offered my place untuk kami meet up.
ALHAMDULILAH..
Memula plan dan bagi senarai ramai gak lah.
Tapi some ada halangan di saat2 akhir..
Yang betul2 jadi dalam 10 orang.
Manakala sorang datang keesokan harinya.
Plus dengan family memasing kurang lebih dalam 27 orang semuanya.
Memang meriah rumah i.
Syukur sangat.


Tamu yang pertama sampai, Faizal (purple shirt) ber 3.
Then brother Rocky kita ni haaahh..
Ber 4.
Rocky ni dah beberapa kali ke rumah i dah..
Dah biasa lah kira2nya.


Then Abang Sool kita ni. 
He got married with my second cousin.
Datang ber5.


then Hafiz and Zaiton.
Both my classmates.
depa dari satu class, terus kekal berkahwin.
Datang ber4.


Then Hj Zainal ni haaahh..
Pakai t. shirt hitam, lone ranger je.
Nabal, Neb or Rozani datang ber2.


Since my big table tak boleh tampung semua makan sekali, kita pakai take turn.
Depa ni dulu makan.
i didnt make any table setting sangat sebab, ramai kan.
Plus tak ada helper..
So i buat macam ala2 buffet. 
Pinggan kena ambik sendiri. 
Still ALHAMDULILAH.


I mampu sajikan LAKSA JOHOR,
NASI MINYAK, RIBS OSMOT (for biryani), RENDANG AYAM KAMPUNG, dan SAMBAL GORENG NEKMINAH.



Semua dah get ready masa ni.


kira depa ni first group yang menjamu.


ini kira 2 families lah.



then second one pulak.
Family Hafiz and Zaiton.
and family Shamsool. 


then Hj Zainal sampai.





then Neb and his wife sampai.


Zie and Reha pulak sampai. 
fifth group yang makan.
ALHAMDULILAH dapat gak jumpa dalam masa yang sama.
Cuma masa ni Faizal dah balik dah.


macam2 fesen kan.
Kat sini yang dah confirmed nak mai, tapi saat akhir cancelled dalam 5 6 orang kot.
So kalau plus family might be another 10 persons in the house lah kan.
tapi bukan rezeki namanya.


My big table,


Laksa Johor yang disediakan.
Memang boleh dikatakan setiap kali majlis makan2 ni, Laksa Johor yang kami hidangkan. 
Itu je pun yang kita mahir..


Cake yang dibuat oleh Chef Ciju.
Ada gak Brownies and Congo Bar.


then rest dah balik, tinggal Neb and wife. 
and girls je.


Ambik peluang bergambar lah kami.


dan lagi. 


dan lagi. 


dapat pulak ole2 dari Cape Town. 
Neb yang bagi. 
Thanks so much. 



i dapat ini pulak dari Zaiton dan Hafiz..
Merasa lah pisang hasil tanaman Hafiz.
ALHAMDULILAH.

Habis cerita hari Sabtunya.
Hari Ahadnya pulak.
Another one ex classmate yang tak sempat nak datang semalamnya, ingin nak berjumpa. 
Shini.
almost 15 years kot tak jumpa.
She has twin.
Pun i rasa lagi lama kami tak jumpa.
But since Shini wanted to visit her sister kat Shah Alam, 
she said she wanted to meet me even sekejap.


So jumpa lah kami. 
I tak sempat nak sediakan apa2.
Just Rojak Karim sebagai penyelamat dan Chef Ciju made Spaghetti Meatballs. 
ALHAMDULILAH..
ok lah kan.




Saje je buh gambar kami berdua bebanyak. 
She came with her husband and 2 sons. 
INSHALLAH we will have another meet up soon. 
Nak kena arrange lah gamaknya. 


Saje je nak share my table setting masa Shini datang. 


Rojak Karim and Spaghetti Meatballs. 



ALHAMDULILAH..
I m so happy dengan our gathering ni. 
semoga ALLAH memberkahi majlis kami. 
Semoga ukhwah dan silaturahim antara kami terus terjalin. 
Di waktu ini sorang our ex classmate sedang diuji ALLAH..
sedang melakukan treatment atas penyakit barah yang baru dikesan.
kalau dulu katanya dah stage 2. 
after operation, now katanya dah stage 3.
Semoga ALLAH mempermudahkan segalanya dan diangkat sakit nya segera.
ok lah..
nanti cerita lain lah ye..
daaaaa...




6 comments:

  1. meriah sungguh gathering kak yan..
    nampak happy je semua.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu geng2 tingkatan 4 dan 5 dear. Tahun 84/85. Dah tua2 semuanya.

      Delete
  2. suka tengok big table tu bila penuh makanan. Best & meriah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah..seronok tgk org makan. Sediakan apa yg termampu je lah.

      Delete
  3. Alhamdulillah dapat berkumpul sbb tahu bukan mudah nak buat reunion. Hehehe. Seronok tengok. Semoga ukhwah berpanjangan kakak Dan kawan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu you. itu pun sekadar separuh yg boleh datang.. tp bersyukur lah sangat ada yg sudi datang.

      Delete

cliks..cliks