cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Saturday, September 7, 2019

Anak tahun 2000 sambut birthday di hari raya




June 6, 2019.
Kampung Permas Kelapa. 
Second Eid 2019. 




Cerita lama sungguh dah ni. 
tapi tetap nak buat N3. 
tetap nak cerita. 

hari raya pertama kalau ikut2kan dah dibuat N3 hari tu. 
tapi cerita apa yang kami buat. 
ini nak N3 kan sebab hari ni adalah birthday Abang 'Imran. 
kami as usual memang tak ada grand2 celebration. 
just suka2 potong2 cake cam tu lah. 


pagi ni hujan lebat di kampung. 
macam best sangat kalau dapat tengok hujan cam ni. 
rasa bersih alam.
kejap lagi pasti ramai our guests akan sampai. 


pagi raya kedua kami dapat berkumpul semua adik beradik. 
Masa ni Cik Ti dah nak balik ke Kelantan. 
Cik Rah dah sampai kelmarin. 
jadi untuk tak melepaskan moment kami bersama yang dah selalu ambik gambar ber4 cepat2 kami bergambar. 
Muka semua selebet je tak bermake up. 
mata semua sepet2 nampaknya.
hehehehee..


masukkan lah gambar sikecik2 ni. 
memang meriah kalau dah kumpul semua. 
semua rasa sedih sebab Baby Akhtar nak balik kelantan. 
tak dapat nak main2 lagi. 


pagi tu kami sarapan Roti Canai yang dibeli di kedai makan yang dah pun dibuka. 
hebat orang kampung yang berniaga ni. 
rebut peluag hari raya. 
orang bandar yang balik ke kampung sure serbu kedai2 yang menjual sarapan di pagi raya kedua. 
siapa lah nak masak raya2 kan. 
beli lebih so that ada tetamu yang datang kami jamu kan je roti canai beserta kuih2. 


antara kuih2 yang dihidangkan. 
kuih memang tak pernah tak habislah. 
ALHAMDULILAH.


kena buat cam ni. 
sebab ada banyak station di rumah nak sediakan kuih muih ni.


masing2 bawak kuih untuk dijamukan ke para tamu yang berkunjung ke rumah MyDaddi and MyMommi.


dari pelbagai 'company' ni. 
dari Muar ada.
dari Shah Alam ada.
dari KL ada. 
dari Kelantan ada.
semua lah. 



chocolate yang dibeli Cik Ti dari Langkawi pun ada. 



glasses dah siap2 disusun. 
sama gak dengan pinggan.


air tak boleh sikit2. 
dah ready macam ni. 
nanti refill je lah. 


then malam raya ke2 baru dapat sambut birthday Abang 'Imran.
beli je lah cake dari Secret Recipe. 
nak suruh Chef Ciju buat memang tak lah kan. 
tak sempat pun. 


dah besar panjang dah anak ibu ni. 
dah 19 tahun dah. 
dia seronok sebab katanya birthday dia satu dunia cuti. 
hehehehe..
tahun ni je dik oiiii..



gitu lah Abang 'Imran. 
kami semua doakan agar Abang 'Imran sentiasa diberkahi hidupnya. 
sentiasa bersemangat dalam hidup. 
sentiasa taat kepada ALLAH. 
jadi anak yang menyenangkan hati ibu abah. 
INSYALLAHHH..


kebetualan hari dia sambut birthday kami dikunjungi anak2 yang lahir pada tahun yang sama dengan Abang 'Imran. 


Abang Hadri lahir bulan March 2000, 
kiri Abang Hadri rasa2nya kurang lebih sebulan dua tahun 2000.
Abang 'Imran bulan June 2000, 
then Cik Eni bulan September 2000 (pangkat Mak Sedara to Abang 'Imran dan Abang Hadri).
then anak pak sedara i yang baju melayu merah tu tahun 2000 gak. 
tapi tak sure bulan berapa. 

semua ni anak tahun 2000. 
sebenarnya ada ramai lagi saudara mara yang melahirkan baby dalam tahun 2000. 
My cousin ada 2 orang lagi. 
My SIL pun ada satu. 

Ini lah anak2 yang lahir pada tahun yang sama. 
tapi jarang dapat berkumpul dan bertegur sapa. 
jadi bila jumpa hari raya mereka MESTI beramah mesra. 

Thursday, September 5, 2019

Undur Mantu ke Tanjung Karang.





September 1, 2019
Sunday
Tanjung Karang.


Minggu lepas majlis kawin Hubby's niece di Kuala Selangor. 
Minggu ni pulak diundang untuk sama2 hantar pengantin ke rumah pihak lelaki. 
Mengundur menantu kalau dalam bahasa orang Johor. 
Ngundur mantu biasa yang i dengar. 
tak tau lah sekarang apa perkataan yang digunakan.

anyway kami bertolak dari Shah Alam at 10.45am. 
jalan clear. 
kami guna Latar Highway. 
ALHAMDULILAH sampai Kuala Selangor dalam pukul 11.30am. 
met my SIL kat Pasir Penambang langsung sama2 pengantin heading to the event place. 
Matahari lit2 you.


tiba sini dalam kurang lebih pukul 1.10pm gitu. 
kemainkan flower gurls and boys ni. 
gegerl pakai kembang2. 


rombongan dari pihak perempuan. 
terus ke majlis. 


kita tayang gambar pengantin dulu lah ye. 
selamat pengantin baru buat mereka berdua. 
semoga sentiasa bahagia hingga akhir hayat. 
dilimpahi keberkatan rumah tangga. 
dikurniakan penyambung zuriat yang taat kepada ALLAH..
ya rabbb.


once tiba di khemah makan kami terus dijemput untuk duduk bersama pengantin untuk makan beradab. 
Malu2 gak kita ni kan. 
bila dah diajak berulang2 kali maka terus lah kami turut sama. 


kemain lagi dayang2 ni kan. 
dah habis tugas tadi tu. 


food yang dihidangkan di meja pengantin dah pasti berbeza dengan yang disediakan buat para tamu. 
Dapat lah kami makan steak ni tadi. 
Sedap sauce dia. 


ada pulak Gulai Daging. 
Sedap. 
Pedas. 


Ada Ayam Masak Merah. 


Yang unique. 
Ada Umbut Kelapa Masak Lemak. 



Fruit Salad.


ini we took from the table for guests. 
Sedap. 



ini pun. 
ada bubur keladi. 


dan itu adalah cake yang dibuat oleh Chef Ciju. 
i brought this cake dan bagi kat pengantin sebagai buah tangan. 
never thot depa letakkan depan meja beradap. 



peluang lah i merasa sikit. 


dapatlah depa potong cake. 



sebelum balik kami diberi bunga telur dari pihak lelaki. 
bertambah telur rebus di rumah. 
memang nak kena buat Telur Sambal lah gamaknya ni. 

kami bertolak balik dalam pukul 2.00pm. 
dan sampai rumah kurang lebih at 4.30pm. 
jalan sedikit stuck kat Tanjung Karang. 
the rest clear. 
orang kan sedang bercuti. 
ALHAMDULILAH..

Wednesday, September 4, 2019

My Own Bakes, Central I-City




Cafe Reviews.
My Own Bakes
Sogo, Central I City, 
Shah Alam. 


hari ni i nak buat sikit review pasal this new cafe in town. 
located dalam shopping mall. 
jarang kita nampak cafe dalam mall kan. 
and for me memang jarang lah. 
so i pun seronok nak share kat sini about my experience minum2 kat this cafe. 

My Own Bakes. 
Katanya milik anak bumi. 
bangga gak tu sebab ada dalam mall.

maka mencuba lah kami waktu i celebrated my birthday last time. 
Chef Ciju yang belanja.. 
Kita happy je lah kan. 
jom kita tengok this cafe. 


nama diberi. 


counter area. 


nak pilih pastry ada lah di sini. 
cuma tak banyak pilihan. 


decor.



bahagian kitchen lah boleh dikata ni. 


tables yang disediakan. 
kerusi yang flat cam ni i kurang suka sikit. 
tak boleh nak duduk sembang lama2. 
sakit von...
hehehhe.
ehhh.. kita duduk lelama pun still order makan tau. 
paling tidak coffee or tea. 
for sure. 


cuppies yang ada. 


ini sedap. 


pilihan lah ni kan. 


cakes. 


nak order kuih raya pun ada. 


friendly staffs. 


kami banyak share tips. 


bayar dulu tau sebelum makan. 


we ordered this. 
cupcake i for my birthday gitu. 
cukup lah.


sebenarnya kami makan ni selepas our lunch. 
kira teatime lah. 


my coffee and cupcake. 


then kami mencuba this cake. 
carrot cake kalau tak silap lah. 


chef ciju nak cuba scone. 
setelah mencuba kami rasa scones di Teapot Deli still yang terbaik. 
Ini sincere cakap tau. 
still can be improved. 


this cafe sesuai for minum petang. 
or just for sembang2.
tak banyak pilihan heavy food. 
memang bukan untuk lunch or dinner. 
this cafe more to bapak2 relax and having cakes or coffee while mommies enjoy menyopping. 
sooooo...
kami bagi - 3.5 bintang.


selamat mencuba ye.



Address :  2nd Flr, Sogo Department,
                2F-01, I-City,
                40000 Shah Alam,
                Selangor.

Hours :   Closes 10.00PM
Phone :  013 - 236 5998


Tuesday, September 3, 2019

Siapa je yang boleh guna Handicapped Toilet?






Just happened to me recently lah.
Nak guna toilet di AEON Mall Shah Alam.
i need the sitting toilet lah..
coz of knees problem. 
but then only 2 sitting toilets disediakan di semua level. 
then bila satu rosak tinggal satu lagi yang ada. 
but then terpaksa menunggu lama lah kalau the earlier user pakai lama. 
menunggu dan menunggu. 
rasa memang tak boleh nak tahan. 

then i bertanya dengan kakak cleaner pasal sitting toilet yang katanya rosak tu. 
oooo memang tak boleh digunakan. 
i noticed almost every level di AEON Mall ni hanya satu je yang boleh guna. 
memang menyedihkan. 
but then i bertanya pada kakak cleaner ni. 
"Apa boleh saya gunakan handicapped toilet?".
"Lutut saya sakit ni".
"oooo boleh puan", jawabnya.
"Mari saya tunjukkan".

Maka i pun ke sana lah. 
dan ALHAMDULILAH dapat menggunakan toilet yang ada.
kemudahan dalam toilet tu pun masih dalam keadaan baik. 
selesa. 
sebab maybe tak ramai yang menggunakan toilet ni. 


biasanya beginilah kedudukan toilet yang ada di AEON Mall. 
Ada gak disediakan toilet untuk anak2. 
tapi macam kurang practical je pada i. 
sebab tu seperti tiada yang menggunakannya. 
tapi tak tau lah kan.
i tak de ada anak kecik dah. 
kurang arif penggunaannya di situ. 


dan ini lah handicapped toilet. 
siapa je yang boleh guna toilet ni?
yang biasa kita tahu  orang yang menggunakan wheel chairs. 
nampak sangat ketidakupayaannya kan. 

But how about orang2 yang sakit lutut ek?
those like me lah. 
kelihatan macam sihat sangat. 
tapi kurang upaya gak tu. 
so nak masuk macam malu2 lah pulak. 
apa pengenalan kita kan. 
kalau boleh banyakkan lah sitting toilet ni kan. 

Apa pendapat you all?
tapi i dah menggunakan toilet ni 2 kali dah. 
share your idea about this please. 

cliks..cliks