cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Monday, January 22, 2018

Berjimba ke Bandung (2) - dinner di Kedai Cihampelas 130, Bandung


Nak tau lepas rehat dan ketiduran pulas di bilik, 
i jadi kelaparan.
sebab masa tengahari tu depa makan, i pulak just makan Rojak Buah. 

bila dah kenyang tidur, perut pulak lapar. 
so we decided to have our early dinner. 
means, before maghrib, kitarang turun lah ke Jalan Cihampelas tu. 

terus je decided nak makan kat cafe yang ada di depan our hotel, Aston Tropicana. 
depan mata je. 
lintas kena hati2..
baik2 dengan speda2 motor yang terlalu banyak di Bandung. 


apa yang menarik minat kami sampai teringin nak makan di sini?
dari depan kedai, nampak bahagian belakang kedai menghadap kawasan perumahan sekitar. 
kiranya Cihampelas ni kedudukannya  agak tinggi. 
macam berbukit gitu lah. 


itu lah pemandangan dari atas ruang tinjau resto ni. 
rapat2 rumah2 kat bawah tu. 


kawasan ni lah yang boleh ditinjau area perumahan di bawah tu. 
macam bawah tu kawasan kampungnya kot. 
at first ingat nak duduk kat sini lah.
but then, ada cowok2 yang kat situ tengah nak 'bunuh diri' .
heeeeeeee..
smoking laaa.

tak tahan bau rokok, maka kami pun pindah tempat lain yang lebih aman lah.
nak makan banyak kena selesakan. 
heeeee..
Mak Bedah kalau bab makan..
tak boleh lawan laaa.


food pun diorder.
macam2 kami order bagi memenuhi nafsu serakah kami. 
orang tengah lapar tu. 


suasana resto.
sempoi je 
suka pulak tengok.


resto nya memang agak luas. 


susun atur dalam resto.


dari view tempat kami duduk. 


macam2 ada..


ehhh.. 
sibuk cerita pasal kedai.
baik kita cerita pasal food dia ye.
Ini dipanggil Otak2..
beza dengan Otak2 Malaya.


Dalam nya macam ni. 
pencicahnya kuah kacang. 
sedapppp.
makan panas2.


Abang Luqman  took this.. 
like Mee Soup gitu lah..
tapi ada nama dia lah. 
i pun tak berapa nak sure. 


I took this.
Iga Bakar. 
enakkk sihhhh...
Ini adalah tulang rusuk.
Ribs lah gitu. 
Masakannya tu yang sedap. 


the sate yang i nak cuba..
i m sure sedap tu..
then makan lah.
ini sate kambing. 
sedapppp.
tapi sure ada kicap..
terasa kicapnya.
tapi yang penting, sedappppp.


air yang sedapppp..
soda je pun. 
tapi ada flavor..


like dessert  lah.
ini kalau tak silap ice cream.
Abang Luqman suka dessert..
ini dia yang ordered. 

dah kenyang,
time to jalan2.
my perut was so happy maaa..
nak sambung jenjalan. 


decor dalam resto.
peminat motor kot owner dia ni. 


tu dia..


so terpaksa merendahkan diri. 
makcik2 yang rendah2. 
heeeee

okkk.. time to jenjalan sekitar Cihampelas. 
at first kami langsung ke     P r i n c e s s   C a k e
After Princess Cake, nak jalan ke Cihampelas Walk. 
But i decided balik hotel.
i nak sambung tidorrrrr.
hanya di Bandung i dapat tidur yang sangat pulas..
okkkk..
depa jalan lah,
i diulit mimpiii...
okk sambung nanti ye.

22 comments:

  1. satay bandung tu nampak menarik :0

    ReplyDelete
    Replies
    1. rupa nak dekat sama Hans. tapi rasa memang sangat berbeza.. yg penting sedap lah.

      Delete
  2. Replies
    1. boleh ahh.. sikit2 je for hari raya.. kain for orang lelaki.

      Delete
  3. suka pulak sy tgk satay basah2 mcm tu...barulah menyelerakan...kat sini kering2 dah tu liat pulak...aduii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini mmg sedap..lain sgt dgn sate kita kat sini.

      Delete
  4. nampak klasik deko restoran tu. suka!

    yg macam otak2 tu, saya ada mkn kat Jakarta. Sedap mkn panas2 cicah kuah kacang dia.

    ReplyDelete
  5. camne rasanya otak2 tuh kak?
    sate tu mmg nampak menggoda, besar pun iya jgk
    semua menu nmpak sedap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cam ne nak bagi tau ek..heeee..mcm otak2 kita gak tp kita punya pedas..ini agak berlemak gitu. Kenyal2.

      Delete
  6. blog kak yan ni best tang gambar2 makanannya. i like :)

    ReplyDelete
  7. kat Bandung ada program tv jalan2 cari makan tak? kalau ada Puan Azian kita dah layak jd host dah ni..

    ReplyDelete
  8. Assalam...

    Best kan jalan jalan Bandung

    ReplyDelete
  9. Kedai nampak biasa je, menu boleh tahan..yums!

    ReplyDelete
  10. semua makanan nampak mengancam terutama satayyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain dr sate kita kan JM.. kuah kicap tu yg membezakannya.

      Delete
  11. Wall batu bata tak plaster tu nampak cantik pulak dlm gambo, ala ala hipster gitu...
    Macam besar je otak otak dia tu Yan, sama besar dgn seekor ikan....Puas makan.
    Gitu rupanya sate Bandung ....ada kicap ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di bandung cafe2 mng banyak cam ni dear..

      Otak2 tu kecik je pun. Gambar kot nampak cam besar..tp puas lah makan nya. Sate berkicap mmg lain. Sedap.

      Delete

cliks..cliks