biar bunga berbicara.. heeeeee
layan satu gambar sakura..
sebelum tu layan gak cerita kami di Kobe,
H E R E and
H E R E... dan cerita makan malam kami di
S I N I.
ok lahh. cerita hari ini.. cerita kami checked out from Social Guesthouse, Osaka.. Pagi ni cuaca agak lembab tapi tak hujan lah.. cuma redup sikit.. agak lewat kami berkemas.. tak breakfast apa pun.. just makan sikit - sikit je onagiri yang tersisa.. ingat nanti - nanti jamah lah apa yang nampak di jalan..
sambil berkemas nak keluar perhatikan gak the owner guesthouse ni.. tak nampak.. ke mana dia ek? tak sure.. kami kemas - kemas dah bersiap nak keluar.. kami yakin tak ada apa yang terhutang dengan owner ni.. dia pun tahu yang kami nak keluar dah pagi ni..
without leaving any message, we left the guesthouse and walked to the main road. tak sanggup nak naik subway sebab kami nak terus ke Shinimamiya Station.. Kami nak ke Osaka Castle.. kan semalam dah dapat sikit tips dari Bapak Haryanto. katanya kalau ke Osaka tak ke Osaka Castle sama macam tak ke Osaka.. so once sampai je di Shinimamiya Station kami terus bertanya arah cam ne nak ke Osaka Castle.. Kami perlu ke Osakajakeon Station dan baru boleh ke Osaka Castle.
beli ticket dan mengheret lah kami all the luggage menuju ke railway station..
used Osaka Loop Line.
Once tiba di Osakajakeon Station kami mencari lockers for our luggage.. malang nya tiada locker di sini. kami harus ke subway station for lockers.. tolak lah beb ke subway station yang terdekat iaitu Morinomiya Station..
Hati berbunga riang. tapiiiiiii.. tak ada yang kosong.. YA ALLAHHH.. kalau nak cari tempat lain, kami harus keluar dah cari di lain station.. atau, adakah kami nak mengheret all the luggage menuju ke Osaka Castle??
nak menuju ke Osaka Castle tu depan tu je haahh!!!.. can ne tu.. nak teruskan?? bila di congak - congak, kami tak mampu lah nak menolak semua our luggage ke Osaka Castle.. dengan perut lapar lagi.. so at the end, we decided to cancel our visit to Osaka Castle.. kami hanya merancang.. ALLAH is the best planner.. we kami patah balik menuju ke Osakajakeon Station dan terus beli ticket ke Kyoto.
we spent about JPY800 to go to Kyoto. it took us about 53 minutes to reach there.
excited to see Kyoto..
queued here..
pemandangan sepanjang perjalanan..
the journey was so smooth.. it took about 53 minutes to reach the Kyoto Station..
kami terus menuju ke luar station.. SUBHANALLAH. besar sungguh this station.. tapi tak tau kenapa i love with this station compared to Osaka Station.. even besar tapi i rasa lagi best..
memang agam.
manusia pun macam ulat. sana - sana..
mata terus menangkap ini. picture of Kyoto now was in front of us.. kat Osaka langsung tak jumpa Japanese lady pakai cam ni..
kaki terus melangkah.. MASYALLAHHH.. angin sejuk menerpa muka.. kaku jadi nya.. sejuk sungguhlahh.. dari dalam train lagi i dah bagi tau Chef CiJu, better amik cab je to go to our Ryokan. safe time.. sebab petang/malam nanti kami nak patah balik ke Osaka. nak jumpa my Japanese fren..
panjang berjela yang menunggu.. tapi, tak sampai berapa minutes tiba our turn. cabs pun berpuluh ada di situ.
this was our cab.. Our ryokan from Kyoto Station was so close . tapi nak suruh mencari dalam keadaan perut lapar dan letih badan, sure tak berdaya. kalau pakai cab plus minus dalam 1.6KM dan dalam 7 minutes dah sampai. katanya jalan kaki dalam 16 minutes. itu jalan orang jepun kot.. kalau kami mau sejam. heeee. and the charges pun dalam RM17/18 cam tu lah. naik - naik je cab dah JPY550..
exterior of Nagomi Ryokan Yuu.
even dah pakai GPS, pak cik cab ni pun macam melilau. dia bertanya kat kitarang.. ehhhh!!! mana nak tau weii.. bukan kampung kami.. kampung korang kan.. all the sudden Abang Luqman cakap, ehhh tuu.. so pakcik cab ni pun berundur sebab dah terlajak.. tup - tup tengok, bukan. heeeee.. dia naik hot you. ehhh!!! i thot orang Japan ok ok je. man man lai.. tapi dia memang macam marah sungguh.. alahhh dah tua kot.. sebab tu lah.. first impression, memang rasa agak tersinggung dengan pakcik tu. i siap lawan cakap melayu lagi sebab rasa sikit bengkak lah dengan dia..
then lepas few second, baru kami terjumpa.. dia memang tak pandang dah muka kami. lepas amik duit terus dia blah.. dan kami disambut oleh one of the ryokan staff. so sweet budaknya.. dan kami melahirkan rasa tak puas hati dengan sikap pakcik cab tu.. terus dia yang mintak maaf.. eehhh!!! bukan salah dia lah.. ye lahh i rasa dia pun nak kena ambik hati kita kan.. tapi tak pe, disebabkan sambutan dan layanan pekerja di ryokan ni buat hati kami cair dan happy.
the landscape of the Nagomi Ryokan Yuu..
kami checked in dulu dan buat apa yang patut.. kejap lagi dah nak keluar semula..
semuanya dah settled.. so depa nak tunjukkan bilik.. tapi bilik katanya belum ready.. after few minutes kami terus dibawak ke bilik.. bukan di sini... tapi di rumah lain..
ini Nagomi Ryokan Yuu.. traditional Japanese house.. dah berusia dalam 100 tahun cam tu.. rege semalam dalam JPY16,500.. ini kira - kira dalam RM528 per nite lah.. tripple room dah luasnya setakat boleh muat 3 mattresses je.. biliknya besar takat 2.6m X 2.9m and private bathroom..
ini lah pandangan luar our hotel. best sangat.. ini memang permintaan Abang Luqman yang memang dah duduk traditional Japanese house.. hotel yang hanya guna tatami, guna futon.. jalan pun kena pelan - pelan.. memang kena sangat berhalus lah.. lepas buat apa yang patut, kami keluar semula.. cuaca sangat bagus hari ni..
melalui jalan - jalan belakang dan suka sangat tengok rumah - rumah orang Japan ni..
tengah jalan, nampak lak kedai yang dah nak tutup... kami jumpa kedai jual mochi.. apa lagi..lapar weiii.. beli lah buat alas perut kami..
macam - macam ada. i lak suka tengok presentationnya.. menarik sungggh.. comel - comel.
i tak tau apa yang dipilih oleh dua beranak tu..i makan je lahh.. no big deal..
sambung lagi sambil makan.. tak beradap sungguh. heee.. nak kejar masa actually..
menyusuri sampai ke Nishinotoin Dori (Dori ni maksudnya Jalan/Street) dan belok ke kanan.. rumah kecik, tapi kereta sume besar - besar..
sangat lengang tau..memang tak banyak kereta.. dan kalau dilihat kawasan sekitar ni, rumah - rumah mereka ni tak banyak kereta.. kan depa ni menggalakkan penggunaan public transport kan. tapi public transportation depa ni memang kita salute lah.. terbaik lahh.. kalau kat tempat kita, suruh orang guna public transportation, tapi kebanyakannya sangat menyedihkan..
terang - terang i cakap, i memang dah fall in love dengan Kyoto. sangat relax lah..
berjalan kami sampai di sini. once sampai kat 4 junction ni, di Yobai Dori, kitarang macam blur.. nak pegi mana, terus tahan cab dan cakap nak ke Nijo Castle. terus je lah dibawaknya ke sana.. langsung lupa kat mana - mana tah.. depends on pakcik cab je lah kan..
kalau ikut - ikutkan distance between Nogomi Ryokan Yuu and Nijo Castle is about 3KM.. tapi disebabkan kan dah berjalan tadi almost half of the journey, so tak sampai 5 minutes, dah sampai kami di Nijo Castle..
tapi tak boleh nak masuk sebab the castle tutup.. akan dibukak balik at 6.30PM.. ada illumination show malam ni.. so since then, we decided to cross the Horikawa Dori which is in front of the castle. kat situ ada small park by the side of the road.. nak bergambar dengan sakura.. cantik sungguh lah even dah banyak gugur..
kat sini - sini pun dah rasa cantik dah this area..
okkk. crosss... ramai gak yang cross sama kami..semuanya macam nak ke same area dengan kami..
dekat dengan bus stop.
cantik sungguh.. disaksikan dengan mata kepala sendiri.. MASYALLAH. indah ciptaan ALLAH ni..
depan tu lah Nijo Castle.. some parts were under renovation.
verangan kejap..
happy lah mamat ni. even tak dapat berhanami sebenar - benarnya.. gini pun dah cukup happy dahh..
tercapai hajat nak bersakura dia.
layan kan jeee...heeee
we needed to cross this bridge to go to the other side.. dipanggil Higashi Horikawa Dori.
now kam dah berada di Higashi Horikawa Dori. then nak menyusuri Nijo Dori.. ada apa di Nijo Dori ni? sebenarnya saja nak bunuh masa.. heeee. nak tunggu pukul 6.30PM tu kan.. tu yang merayau this area.. yang penting this area memang best.. sakan kami.. jalan je lah sambil layan pictures.. tangkap lah sebanyak mungkin.. send lah ke FB, ke Insta, ke Whatapps.. sakan kan.. sebab kami ada mobile WiFi.. maka tak de keje lain lah.. sikit - sikit update.. hhhhhh gitu lah gamaknya..
tunggu ye cerita seterusnya..